Home Novel Umum HOT CHOCOLATE TEA LADY
HOT CHOCOLATE TEA LADY
Ramlah Rashid
21/10/2014 18:13:32
220,834
Kategori: Novel
Genre: Umum
BAB 22

Lunch, jom?”

“Ajak saya ke or your sister?” Zafran menunjuk dada sendiri dan Shaza.

Elsa sudah masuk, meja Zafran dihampirnya. “Kak Sha pun boleh ikut.” Dia memegang bahu Shaza.

Shaza tertawa perlahan seraya mengumpul kertas-kertas dan fail berselerak di atas meja Zafran.

Zafran membaca jam tangannya kemudian pandang Shaza. Shaza hanya senyum, sudah lama dia memerhati geri dua orang itu. Mereka seakan sedang melewati satu fasa kehidupan. Bercinta atau sedang berusaha ke arah itu dengan cuba mengenali hati budi masing-masing. Shaza tidak pernah bertanya, hanya memerhati setiap kali Elsa dan Zafran bersama. Elsa tampak bersungguh-sungguh sementara Zafran seperti mengelak. Segalanya dibaca ringkas Shaza sejak kali pertama dia menyertai Creative Advertising

“Jom lah.” Elsa sudah di kerusi sebelah Shaza, berhadapan Zafran.

“Baru pukul berapa nak pergi makan? Breakfast dah berat dah?”

Elsa melihat jam tangan. “Alah, lima belas minit lagi aja.”

“Saya tak habis lagi.”

“Lepas makan boleh sambung what…? Jom lah.”

“Elsa,” sambil mengerling Shaza yang tersenyum-senyum gelagat Elsa.

“Kakak, boleh kan? Berhenti dulu?”

“Boleh, kakak no hal. Lagipun kakak dah letih sangat, nak rehat jap.”

“Ha, dengar tu. You jangan nak dera Kak Sha ok? Kakak I dah letih, dia kena rehat sekarang.”

“Kita ada sikit lagi Sha.”

“Dipaksa berfikirpun belum tentu berhasil. Berfikir mesti dalam keadaan rela, cergas dan bebas.”

“Sekarang awak terpaksa?”

“Ya.” Shaza tertawa perlahan. Dia menyusun kertas-kertas ke dalam fail sambil mengerling nakal Elsa. Dia bermain mata, bersenda dengan Zafran.

Zafran menangkap gurauan itu seraya mengeluh berat. Dia berkemas kertas-kertas dan fail.

Elsa membantu Zafran tetapi Zafran menolak, dia tidak mahu dibantu. “It’s ok. You tunggu aja.” Zafran menolak tangan Elsa.

“Jom Za, join sekali?”

Elsa berkerut mendengar panggilan Zafran kepada Shaza, sekeluarga mereka memanggilnya Sha, sementara Zafran menyebut Za tetapi didiamkan saja kerana merasakan perkara itu kurang penting.

“Eh, tak apa. Awak berdua pergilah.”

“Ala, jom lah sekali. Saya belanja.”

“Saya on diet.”

“Badan keding macam ni nak diet?”

Diet bukan untuk orang gemuk saja, yang kurus pun kena diet untuk maintain.”

“Lain kalilah sambung diet awak tu atau hari ni makan sayur-sayur dan buah-buah aja.”

Shaza gelisah didesak lebih-lebih di hadapan Elsa yang seakan mencuri kemesraan mereka.

“Eh, tadi kakak dengan Abang Adam dari mana? Datang satu kereta.”

“Dari rumahlah, Abang Adam malas nak drive.”

“Ha? tak pernah lagi Ell dengar alasan Abang Adam malas drive. You pernah dengar?” Elsa mengaju kepada Zafran yang turut tercengang.

Zafran geleng, dahi berkerut.

“Ha, Zafran pun tak pernah dengar lelaki seorang itu malas drive dan tumpang kereta perempuan.” Elsa tertawa perlahan, turut menepuk-nepuk permukaan meja seakan lucu benar apa yang sedang mereka bincangkan.

“Kaki Abang Adam belum betul-betul sembuh.”

“Kereta auto kut…”

Zafran membiar Shaza dan Elsa mempertikai perubahan Adam sejak akhir-akhir itu. Dia sendiri melihat perubahan Adam yang sangat ketara, tidak lagi berkasar dengan perempuan terutama Shaza dan semakin minta dimanjai oleh Shaza. Sudah ada bauan cemburu menyelit menyakitkan, lebih-lebih lagi Shaza menolak keluar makan tengah hari bersamanya dan Elsa.

“Entah, katanya dia tak biasa guna kereta mama. Kereta dia kan tak keluar bengkel lagi?” Shaza semakin bosan memperbincangkan perkara yang tiada kaitan dengan dirinya.

Elsa angguk akhirnya meski tampak ragu.

“Okaylah, saya keluar dulu, kita sambung after lunch.” Shaza meminta kebenaran dari Zafran.

Elsa tersenyum-senyum melihat spotingnya Shaza.

“Awak nak apa-apa tak? Saya belikan.”

“Tak apa, tak apa. Jangan risaukan saya. Awak dengan Ell pergilah lunch.”

“Za…” Zafran menyangka Shaza cemburu dan merajuk, dia menelan bimbang.

Elsa memerhati dengan hati kosong.

“Zaf, you pergilah.” Shaza rimas didesak Zafran di hadapan Elsa. “Ell, kakak keluar dulu. Enjoy your lunch, ok?”

SUDAH hampir berakhir satu jam namun Elsa seakan tidak bersedia meninggalkan tempat makan itu. Selepas makan nasi dia memesan pencuci mulut, separuh dimakan, dia memesan pula aiskrim, kek. Zafran semakin tidak faham meski sudah lama mengenali Elsa.

“You tak kenyang-kenyang lagi ke? Time is over.”

“Ala, papa tak ada. Abang Adam mesti keluar makan dengan Kak Sha.”

“Pandai-pandai aja you ni berspekulasi, menggosibkan abang sendiri bersama kakak sendiri.”

“Eleh, tak kan abang tak tahu my brother dulu dan sekarang. Sejak Ell balik, Ell macam kenal orang baru. Bukan lagi si Adam yang gila meroyan asyik nak marah orang, curiga pada orang, tegas tak bertempat.”

Zafran membentang telinga, rasa sakit di dalam hati diikat ketat tidak mahu disedari Elsa dia sedang memikirkan Shaza.

SHAZA hilang mood keluar makan tengah hari selepas Lisa ambil cuti setengah hari kerana ada hal mustahak. Dia lalu memesan makanan segera melalui staff di bahagian perjawatan. Belum sempat membuka bukusan makanan, muncul Adam memberi salam.

“Sha tak keluar lunch?” Adam menepuk perut berkata sangat lapar kerana tidak berkesempatan bersarapan pagi. Sesampai di pejabat, dia terpaksa menggantikan Rusman di bilik meeting. Banyaknya agenda dibincangkan dia hanya sempat meneguk air mineral. Itu diadukan kepada Shaza untuk meraih simpati supaya menemaninya keluar makan.

“Sha dah beli bungkus.” Dia menunjuk di sudut bilik bungkusan polisterin dalam plastik warna merah.

“Makan nasi bungkus?”

Shaza senyum cuma.

“Tak baik makan makanan bungkus kalau ada pilihan makan dihidang dalam pinggan.”

Shaza berkerut, mengerling juga tidak bersetuju dakwaan Adam. “Bukan nasi, Chicken Chop. Dah lama tak makan, kat luar negara tak halal.”

“Jom abang belanja.”

“Sha dah beli, abang pergilah.”

“Makan kat luarlah, temankan abang.” Merayu pula dia.

Shaza menggeleng lembut, senyum sendiri. Sekelip mata berubah kepada lelaki jiwang yang bijak merayu, bermanja juga.

“Kenapa senyum macam tu?”

Shaza menutup senyumnya dengan lima jari.

“Dekat-dekat sini ada restoran makanan segera, sedap. Abang belanja.”

Shaza senyum. Bijak benar memujuk, desisnya dalam hati.

“Kenapa?”

No, Sha puji abang pandai sangat memujuk, cepat aja hati Sha cair.”

Adam turut senyum, malu pula dipuji Shaza. Shaza sudah mengambil beg tanga, telefon bimbit di atas meja dicapai, dibawa sekali. Kunci kereta terdampar di atas meja direnung Adam.

“Kunci kereta? Abang kan tak bawak kereta hari ni?”

Shaza senyum, angguk lalu meraih kunci kereta.

“Nampak Zafran? Boleh ajak dia sekali.”

“Keluar lunch dengan Ell.”

“Oh.” Angguk-angguk Adam, pintu Shaza ditutup.

Sewaktu melintas hadapan meja penyambut tetamu berhampiran pintu keluar masuk, beberapa orang kaki tangan wanita duduk di sofa berbual-bual sambil membaca majalah dan akhbar. Semua bangun memberi hormat kepada Adam, mereka menegur dengan cara itu. Adam hanya angguk, tidak senyum tidak juga kucam sombong. Shaza tersenyum manis, angguk juga, menyahut sapaan bisu wanita-wanita di situ.

“Nak keluar Cik Shaza?” tegur Zeti.

“Ya, lunch.”

“Tadi kata tak nak keluar? Nak makan bungkus?” Zeti mempertikai.

Shaza senyum, tunjuk Adam dari belakang, memberi maksud atas arahan Adam. Zeti faham, angguk seraya senyum melirik.

Di dalam lif Adam dan Shaza hanya diam, Adam melirik Shaza melalui cermin dinding lif. Diperhatikannya sekujur tubuh Shaza, Shaza akhirnya tersedar lalu berasa kurang selesa. Adam tidak menyedari Shaza bereaksi tidak selesa dikunyah rakus. Apabila pandangan mereka bertembun di dalam arca, Shaza angkat kening isyarat bertanya mengepa dia direnung sebegitu melalui cermin dinding lif.

Adam senyum. Tidak pernah dia tertawa melantun suara, jika ada yang benar-benar menggelikan hati, tawanya hanya meledak sedikit dalam kadar terlalu singkat. Caranya jelas mahu menunjuk ego dan menjaga imej supaya dihormati. Itu ditafsir Shaza sendiri tanpa dirujuk.

Sorry” hanya itu gugur.

Shaza angguk meski belum berpuas hati.

“Abang tak tahu papa ada anak perempuan…” ayatnya seakan tergantung, masih ada yang tidak mampu disebut, terpaksa Syaza bertanya.

“Oh, papa tak pernah beri tahu dia ada anak dengan perkahwinan pertamanya?”

Adam angguk bersungguh-sungguh. “Ada, cuma abang tak pernah tengok Sha, kan?”

Shaza angguk perlahan. “Sha duduk dengan nenek dan maklong yang Sha panggil emak.”

Adam angguk faham. “Sejak baby right?”

“Sejak papa kahwini mama abang.”

“Persahabatan mama dan ibu Sha sangat suci kan? Saling berkorban.”

Shaza diam, dalam hati mencongak siapa yang berkorban dan siapa terkorban, malas diaju soalan itu.

“Abang, Sha tanya sikit boleh?”

Adam menoleh, menunggu persoalan diaju.

“Zafran dengan Ell…?” dia mendekatkan jari telunjuk kanan dan kiri memberi maksud rapat.

“Oh, Zafran lelaki kegilaan perempuan-perempuan di office. Siapa tak suka pada dia memang otak dia ada masalahlah tu.” dia memusing-musing jari telunjuk ke dahi sendiri.

“Oh ya? Macam tak percaya?” Shaza tertawa perlahan.

“Sha tak tertarik pada Zaf?”

Shaza geleng seraya mencebir dan tertawa kecil.

Adam angguk dengan senyum mulus. Tampak manis dia senyum begitu, penuh berkarisma. Shaza memuji dalam diam.

“Oh ya, abang.” Adam menumpu.

“Dalam syarikat, kita hanya diberi gaji atau bahagian saham?”

“Papa tak beri tahu Sha?”

Shaza geleng. Sudah lama dia mahu pencerahan itu malah sewaktu pulang ke rumah Shatiah juga Shatiah bertanyakan soalan serupa.

“Gaji yang tinggi, Sha abang tak tahu.”

“Ohh,” terangguk-angguk Shaza faham.

Previous: BAB 21
Next: BAB 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.