Home Novel Umum HOT CHOCOLATE TEA LADY
HOT CHOCOLATE TEA LADY
Ramlah Rashid
21/10/2014 18:13:32
220,006
Kategori: Novel
Genre: Umum
BAB 24

Dan sebaik pintu dikuak. Akh! Semangatnya seakan direntap sakit namun, berusaha dia berlagak professional. Meski senyum bergetar namun dia berasa puas dapat berlakon.

Yes, apa yang boleh saya tolong?”

“Puasa lagi atau dah berbuka?”

“Puasa, kenapa?”

“Saya nampak awak makan dengan lelaki. Saya ajak keluar lunch awak kata puasa.”

“Owh dah tak jadi puasa. Berbuka dah.”

“Awak main-mainkan saya ya?”

“Encik Zafran, saya sibuk sikit, boleh tak jangan macam-macam kat sini? Hal peribadi kita bincang lepas pejabat boleh?”

“Boleh ke? Setiap kali saya ajak keluar lepas office awak sentiasa kata ada hal.”

“Sekarang pun saya ada hal.”

“Za, kenapa ni? Kalau saya salah, beritahu saya dan mintak maaf tapi tolong jangan buat saya macam ni.”

Shaza mengeluh, tampak bosan benar melayan persoalan-persoalan peribadi Zafran.

“Awak tak pernah macam ni, kenapa tiba-tiba berubah?”

“Saya sibuk, Zafran. Kerja banyak.”

“Saya tahu, dan setiap kerja awak berkaitan saya, saya tahu sebanyak mana kerja yang awak ada.”

“Apa masalahnya ni?” Shaza sudah meninggi, sudah terlalu bosan.

“Jangan ingat saya tak nampak, bersama siapa awak berbuka puasa lunch tadi. Saya ajak makan awak kata puasa, walhal bukan main gembira makan dengan lelaki yang saya tak kenal. Bukan client kan? Saya kenal semua pelanggan kita.”

“Tak ada bezanya sama ada awak nampak ataupun tidak, kenal atau pun tidak. Ini hal saya, tidak ada kaitan dengan awak atau sesiapa.”  Juga meninggi suaranya, menengking.

“Jangan bongkak sangat boleh tak? Kenapa dah sombang sangat ni?” tetap serius juga dia.

“Siapa bongkak? Awak ke sini semata-mata nak tanya hal peribadi saya, saya tak boleh nak jawab mengikut peribadi saya?”

“Za, kenapa awak berubah macam ni?” sudah menurun suaranya, memujuk lembut, perlahan. “Call saya dah seminggu awak tak angkat, mesej saya beratus-ratus awak tong sampahkan. Apa salah saya?”

“Saya dah beritahu jawapan itu seminggu sudah kan? Malas dah nak ulangnya lagi.”

“Awak belum menjelaskannya.” Masih juga Zafran berjaya mengawal emosi, kekal duduk di kerusi di hadapan meja Shaza.  Tinggi suara Shaza dijawabnya lembut memujuk.

Shaza berdiri di sisi meja, menunjuk marah keterlaluan Zafran mencampuri urusan peribadinya dan mempersoal mengapa dia berubah.

“Za, kita sedang menghadapi mesalah besar, keluarga kita merancang yang pelik-pelik, tolong beri kerjasama. Saya janji, saya akan selesaikan perkara ini. Tapi tolonglah jangan macam ni.”

“Mungkin awak yang bermasalah, bukan saya. Saya dah tak ada masalah lagi, saya dah dapat apa yang saya cari selama ini dan awak boleh teruskan hidup awak.”

“Shaza, kenapa ni? Saya macam dah tak kenal awak Za.”

“Bagus.”

“Za, saya cintakan awak. Lelaki yang awak jumpa tadi tak jujur, dia hanya nak permainkan awak. Percayalah.”

Shaza bernafas sesak, marah juga sahabatnya dipertikai kejujurannya sedangkan Zafran hanya memandang dari jauh. Malah yang lebih membuatnya sesak nafas, kerana berhadapan Zafran. Haruman yang dipakai Zafran menyenakkan, sejak pertama kali berjumpa di bilik mesyuarat syarikat dia berbau haruman itu. Sinar mata dan jernih wayahnya juga sering membuat dia hampir terbunuh. Dicubanya bertahan, demi sebuah tekat. ‘Aku tidak benarkan sejarah yang ibu dan papa cipta berulang. Aku tidak akan menyakiti mama, Ell lebih memerlukan Zafran.’ Berkali-kali diulangnya untuk kekuatan hati.

“Bagi peluang saya membaiki salah faham ini.” Zafran sudah bangun, semakin lembut intonasinya.

Shaza mahu meninggalkan tempatnya, sudah tidak tahan dia dipujuk dan dirayu tetapi Zafran pantas menarik lengan Shaza. Shaza tersentak. Dia menyentap kuat minta dilepaskan tetapi genggaman di lengannya semakin diperkemas Zafran sehingga menyakitkan.

“Za, jangan macam ni. Jangan tinggalkan saya hanya sebab orang lain. Tolonglah.”

“Apa masalah awak ni Zafran! Awak boleh berambus dari sini sekarang! Saya tak nak tengok muka awak lagi. Pergi!” sudah berlaku tarik menarik berserta suara Shaza yang tinggi, emosi lebih kuat dari tenaga zahir. Ke dua-duaya sudah merenik peluh, tarik menarik tanpa mempeduli di mana mereka sebenarnya berada. Rusman kebetulan menyinggah di situ juga dengan tujuan sama seperti Zafran, mahu pengesahan bersama siapa tadinya Shaza makan semeja. Dia dan Zafran melihat dari kejauhan.

“Hei, hei kenapa ni?” Rusman meluru, Zafran dan Shaza dileraikan. Meski kuat cengkaman Zafran di lengan Shaza, lerai juga selepas dilonggarkan Rusman. Jika diselak lengan bajunya pasti tampak berkesan dek kuatnya genggaman Zafran.

“Kenapa ni? Ini pejabat bukan gelanggang gusti.” Zafran dan Shaza direnungnya silih berganti. “Apa hal sebenarnya ni? Macam budak-budak.” Rusman mengendur.

Shaza sudah beralih ke mejanya, menunduk dengan menekan dua belah tangan pada permukaan meja, dia jelas stress benar. Dihentak pula tangan itu di meja serentak jeritan kecil. Rusman memerhati, Zafran sudah menunduk bertopang dia pada penyandar kerusi.

“Aku benci kau Zafran. Aku benci kau…” Shaza berungut perlahan, berusaha gayanya menahan tangisan.

“Za, tolong bagi saya sekali lagi peluang. Dah banyak masa kita habiskan bersama tak kan nak berakhir macam ni aja.” Merayu dia, tidak dipedulinya Rusman yang mendengar.

“Saya sembah awak, tolonglah jangan buat saya macam ni.” Shaza direnungnya lama.

“Shaza, Zafran.” Dua-dua menoleh Rusman, lambat gerakan mereka tidak setangkas panggilan tegas Rusman.

“Masuk bilik saya sekarang,” Rusman sudah meninggalkan mereka, sambil membuka pintu dia menoleh semula.

“Jumpa saya di bilik sekarang!” sudah kuat suaranya.

Lisa yang kebetulan melintas situ menoleh, belum pernah dia mendengar suara Rusman setinggi itu berserta intonasi yang menggerunkan. Tidak dia menunggu lama, terus meninggalkan perkarangan bilik Shaza, mengambil tempatnya semula. Tidak lama Rusman berlalu, dia melihat Zafran dan Shaza seorang demi seorang melintas. Dikerling dengan ekor mata, berkerut hairan.

Previous: BAB 23
Next: BAB 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.