Home Novel Travelog CINTA CAPE TOWN
BAB 4; SAIFUL ANUAR AZIZI, (NORA ISMA FUAD)

Bab 1-22 akan menggunakan gantinama diri "AKU" dalam bab-bab ini. Dilabelkan dengan nama watak.

Bab 1- 6 merujuk kepada SAIFUL ANUAR BIN AZIZI,

BAB 7-11; NUR KATRINA BT. DAUD.

BAB 12-17 NURNATRAH BT. DAUD.

bAB 18-21 ADUHA @ DUHA.

SEMUA WATAK2 INI / BAB 1- 21; AKAN BERAKHIR DI SATU TEMPAT iaitu Break Through Event. Dan seterusnya, tiada gantinama diri pertama lagi yang akan digunakan. BAB 22; watak dikembangkan dgn gantidiri ketiga.

Selamat Membaca! Mengalu-alukan pandangan pembaca! Saya dahului dengan ucapan terima kasih. Suntingan bab-bab hanya dimasukkan secara rawak sahaja.

4

Gambar perkahwinan kami yang tergantung di kamar tidur kami, mengembalikan memori lama. Dia, Kat, isteriku jauh berbeza daripada tempoh masa yang aku kenali dahulu, sebelas tahun lampau. Aku perhatikan lagi gambar kami yang diletakkan besar-besar di birai katil kami. Foto yang bersaiz besar, terletak di tengah-tengah birai katil. Baju pengantin berwarna merah cili, warna kesukaan dia, yang kini bergelar ‘mama’. Hanya mama dan papa, panggilan biasa kami sehari-hari. Masih terbayang akan detik lama itu. Dan masa seolah mengembalikan kenangan itu kepada peristiwa lama, detik itu! Hanya detik itu!

Kat membawa Sara dan Baby Piakeluar sejak awal-awal pagi lagi. Katanya dia perlu bertemu kawannya Vimmi di Kampung Gajah. Dan mungkin, mereka akan bertemu di rumah ibu mertuaku di sana. Akupun tidak bertanya banyak lagi, maklumlah, ‘perang dingin’ yang tidak aku ketahui puncanya masih belum tamat. Jadi, jalan selamatnya, aku mendiamkan diri dan membiarkan Kat dengan anak-anak meluangkan masa mereka bersama. Mungkin, mood Kat akan kembali pulih setelah bertemu Vimmi. Vimmikan kawan baiknya sejak UiTM Shah Alam lagi. Tapi setahu aku, Vimmi tinggal di Shah Alam, mungkin, dia dan keluarganya balik kampung ke rumah ibunya berdekatan dengan kampung isteriku. Rumah ibu Kat dan ibu Vimmi hanya berselang beberapa minit sahaja.

Pertemuan pertama membawa kepada nama ‘Hana’. Barangkali jika dikenang akan memorabilia lama, mungkin terasa bagaikan sedikit pelik. Jika ‘Hana’ yang aku buru, kenapa pula Katrina yang kupilih menjadi ‘suri hatiku’. ‘Hana’ adalah nama yang diperkenalkan Kat sendiri semasa pertemuan pertama kami. Dia yang hanya berbaju kemeja t berwarna hitam dan berbunga kecil biru, dan berseluar panjang berwarna coklat gelap melengkapkan gaya manis sigadis. Ringkas tapi ayu sungguh! Dia selama itu menjadi ‘Hana’ yang aku kenali, sehinggalah ke satu waktu, bertukar menjadi namanya yang sebenar, Katrina a.k.a Kat.

Gambar itu membawa aku kembali kepada ingatan lama kami, sejak pertemuan kami kali pertama, bukannya mudah untuk aku ‘bertemu ruang’ bagi berkenalan dengannya. Pertemuan pertama kami gagal membawa aku ‘dekat’ kepadanya. Setiap baris kata-kataku kepada Aqil, masih aku ingat semuanya walaupun sudah belasan tahun berlalu. Ketika itu, aku mengunjunginya hujung minggu sebab sudah kemaruk sangat, ‘angau’ mengingati panahan pandangan mata pertama terhadap Kat.

“Dil, nanti cari Vimmi ya. Aku kena cari Hana tu. Tolonglah Kil.”

“Hai, jarang dapat tengok hero Melayu merayu ni. Tu la, ada kesempatan, tak gunakan betul-betul. Macam mana aku nak cari Vimmi. UiTM tu besar. Coursekami tak sama. Susah nak jumpa. Dah berbulan aku tak terserempak dengan Vimmi. Kalau tak jumpa dia, macam mana pulak nak cari Hana?”

Aku memandang Aqil lagi, kali ini tepat ke dalam anak matanya. Dia mengalihkan pandanganku dengan melihat ke dinding di hadapan kami. “Bukannya aku tak nak tolong Epol, aku benar-benar tak jumpa Vimmi tu.”

Aku akhirnya memegang lengan Aqil, seolah merayu dia berterusan. Dia menepis pegangan tanganku dengan perlahan tetapi menjerit perlahan, dengan cemas. “Hoi, janganlah sampai pegang-pegang tangan aku ni. Kalau nampak dek kawan kita, habis gosip bertahun tak habis tau. Pantang aku, jantan pegang-pegang tangan ni!” Dia separuh menjerit. Aku melepaskan pegangan tanganku.

“Tolonglah Kil.” Aku merayu lagi. Rasanya ‘jantan Melayu terakhir’ di Malaya ini sudah kalah dengan jelingan maut Hana.

“Kalau kau nak gila bayang, aku biarkan kau soranglah. Tapi kalau kau gila macam ni, aku tak mahu mengaku kau akawan aku Epol! Sumpah, aku tak mahu!”

Aku tergelak lagi. “Maaflah Kil, tapi kalau kau tak cari Vimmi tu, mana nak jumpa! Tolonglah cari dia Kill.Tolonglah. Banyak pahala menolong hamba Allah yang dalam kesusahan ni.”

Aqil tergelak sendiri lagi. “Yalah. Yalah. Aku akan cari sampai jumpa. Tapi, kawan, tak ada gerenti tau. Dibuatnya minah tu sudah ada BF (lambang boy friend,sudah bertunang, bini orang, nasib la. Jangan nanti ‘dek angau’ kau tu, asyik tunggu depan rumah dia. Aku tak mau masalah-masalah yang mencabar ‘kejantanan kita ni.’ Aku tak mau, dek kerana benda-benda kecil macam ni, orang gelakkan kita tau. Faham Encik Epol!” Syarahan percuma, panjang dan sinis bunyinya.

“Ialah Encik Aqil. Penuh dengan Akilismenya.”

“Apa dia?”

“Akilisme.” Dia tergelak panjang mendengar perkataan itu. Akilisme merujuk kepada falsafah atau ideologi yang ‘dia’ lahirkan daripada mindanya. Dikaitkan dengan nama ‘Aqil’ dan ‘idealisme’.

“Kau cari dia tau. Sekarang ni kita tahun akhir, kalau tak cari dia, susah nak cari lagi di tahun depan.”

“Ialah Encil Saiful. Tahulah aku.”

“Tapi kalau…” Aqil seolah sengaja menguji diriku.

Segera aku menyampuk dengan jawapan tegak, a.k.a mengugut, “Kalau kau tak dapat jumpa dia, kita putus sahabat tau.” Aku lihat dia ketawa sahaja.

“Kuat betul penangan Si Minah tu, sampai nak putus sahabat. Tapi kalau putus sahabat pun tak apa, taklah aku payah-payah nak kena cari minah kau sorang tu.” Dia ketawa terus. Dan cara dia ketawa masih terasa teriyang-iyang di telingaku.

Aqil mendongak lagi memandang tepat wajahku. “Aku agak hang ni nanti macam Hang Tuahlah pulak.”

Aku pening sejenak mendengar kata-kata Aqil. “Kenapa pulak?”

“Ialah, setelah Puteri Gunung Ledang disumpah oleh Sultan Mansur Shah, yang sesiapa saja yang akan memandangnya, akan bermuntahkan darah, baru Hang Tuah nak mencari dan bertemu kekasihnya. Akhirnya hanya mati memuntahkan darah je. Mati percuma. Tak berbaloi Epol.”

“Eh, ke situ pulak. Kau bukannya Sultan Melaka pun. Tapi kenapa cakap macam tu Kil. Kau ni macam membunuh semangat aku tau.”

Aqil membeliakkan matanya memandang tepat ke arah anak mataku lagi. “Betul apa kawan. Hang dah diberi kesempatan itu. Dah jumpa dia. Andai kau baru bermimpikan dia, tak jumpa lagi, bolehlah dimaafkan kawan. Ni dah bertentang matapun. Kalau rasa dah suka, kenapa tak tanya dia betul-betul. Ni, kononnya rasa pandai macam Einstein, tapi kalau bertindak macam Pak Pandeh je.” Kata-katanya tajam dan seolah menghiris terus ke jantung.

“Okaylah Kil. Aku mengaku. Aku pandai macam Einstein, tapi bodoh macam Pak Pandir. Dan kau akan tolong aku kan? Kan?”

“Ialah tu, Einstein konon. Einstein tak bodoh macam kau. Ni sudah bodoh macam Pak Pandir. Tapi Aku cuba Epol. Aku cuba. Aku tryuntuk tolong kawan aku ni, Si Pandeh.” Pada masa itu aku tidak lagi mahu mendengar perkataan lain. Perkataan ‘cuba’ menjadikan motivasiku seolah meningkat tinggi, hampir 300 peratus.

“Hana punya pasal, kau kata aku bodohpun, aku telan juga. Aku Pak Pandeh pun, aku terima je.”

“Tapi hang kena tahu Epol, kalau lagak Pak Pandeh ni, semuanya terlepas. Ke hulu, dia terlepas, ke hilir pun, dia terlepas juga.” Kata-katanya membuatkan perasaan keyakinan yang maha tinggi pun, rasa tergugat juga. Akan menjadi Pak Pandehkah aku ini? Pun begitu, sedikit rasa akal dan minda sentiasa menyakinkan aku yang Aqil akan berjaya bertemu dengan Vimmi dan akhirnya akan membawa kepada pertemuan dengan Hana. Lebih enam bulan aku berkelana seperti kata sebaris lagu lama dulu. Aqil kebetulan terserempak Vimmi apabila dia dan Vimmi terlibat sama dengan projek UiTM. Daripada emel yang dia hantar kepadaku di Serdang sana, dia hanya menulis ringkas.

Aku dah jumpa Vimmi!Jumpa aku ahad depan.

Perkataan ringkas yang sudah lama aku tunggu sekian lama.

Pagi ahad yang indah itu, aku cepat-cepat menaiki motorsikal kapcai ini menuju ke Shah Alam. Ahad ini merupakan pertemuan penting antara aku, Akil, Vimmi dan jika aku cukup bertuah, akan bertemu Hana lagi. Dan ternyata aku memang bertuah, aku dapat bertemu Hana, yang nama sebenarnya Katrina.

Kali kedua bertemu Kat. Kami bertemu di bawah pangsapuri sewaan Vimmi, Kat dan kawan-kawannya. Terpandang wajah polos dia, aku rasakan saat dan masa itu bagaikan berhenti berdetik. Kaku. Pilu. Bercampur gembira. Perasaan yang bercampur-campur. Sesekali terasa perasaan debar jantanku mati di situ lagi. Kaku. Koma. Noktah.

“Ya Epol, jumpa lagi.” Pandangan matanya bagaikan agak pelik lagi untuk bertemu aku lagi. Seolah ada soalan yang menjadi tanda tanyanya. Keningnya seolah diangkat, penuh dengan tanda tanya di jiwa dan mindanya. Vimmi dan Aqil sekadar berdiri tegak, hanya memerhatikan aku yang berdiri mengadap Kat.

“Ya. Boleh kita bercakap.” Terus aku terjahnya dengan soalan.

Kat hanya tersenyum. “We’ re talking.” Senyuman itu seolah membunuh rentak dan irama jantungku.

“Boleh kita ke kedai untuk minum ke, soalku. Aku harus memberanikan diriku. Aku tidak datang sejauh 30 kilometer hanya sekadar menyapa dia buat seketika saja. Atau sekadar menyapa dia buat dua tiga saat sahaja. Tidak berbaloi agak lenguh pinggang menaiki motorsikal jika tidak dapat menghabiskan masa bersamanya. Dia memalingkan mukanya seolah bertanya Vimmi. Rakannya yang kelihatan mempunyai ketinggian yang sederhana tingginya, bertubuh kecil, hanya mengangguk sambil tersenyum.

Dan apa lagi!, kedai mamak menjadi saksi pertemuan kami. Masih bergelar pelajar lagi, tidaklah berduit sangat untuk berbelanja sakan. Di sana, aku membawanya duduk di meja yang jauh sedikit daripada meja dan kerusi di mana Vimmi dan Akil duduk berdua.

Aku terangkan situasi sebenarnya, yang aku ingin sekali mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Matanya mebulat saja mendengar ceritaku, aku kira cerita dongeng, seorang putera yang bagaikan The ugly dan princess.

Dia nampaknya menarik nafas panjang. “Sebenarnya Epol, saya ni sudah ada teman istimewa. Jadi, macam tak elok juga kalau kita berhubung.”

Jantungku bagaikan ditarik perentaknya. Kaku. Kelu. Koma! Mati! Angin pun terasa bagai berhenti bergerak. Anak mataku bagaikan terkaku. Melekat pada wajah dia. Aku menyedari dia bukannya menolak diriku sebagai temannya terus, cuma dalam kedudukannya yang ‘sudah mempunyai teman istimewa’, dia terpaksa. Mungkin dia nampaknya seperti tidak mahu mengkhianati teman ‘istimewanya’ sahaja, bisik hati jantanku lagi. Tidak mahu kalah dengan situasi tersebut!

Aku masih mahu mencuba, jiwa jantan tidak akan mengalah begitu cepat. “Kita masih boleh berkawankan Hana.”

Lama dia terdiam. “Nama saya Katrina, bukan Hana. Sengaja saya beritahu nama saya Hana.”

Sengaja, bermakna dia sengaja mahu menjauhkan aku dan dirinya, tapi kenapa Hana? Atau Katrina?

“Tapi kalau sekadar berkawan, baiklah. Tak ada perlu syarat pun sekadar untuk berkawan. Tapi…” Ayatnya berhenti di situ. Dan aku sabar menunggu.

“Tapi…” Aku menyoal lagi.

“Awak kena ingatlah Epol, saya sudah ada teman istimewa.”

“Maksud Katrina?” Aku bertanya, sekadar pura-pura bersikap bodoh.

“Saya tak boleh untuk diajak keluar, dating, makan-minum, menonton wayangatau apa-apa hal lagi yang bersangkutan dengannya. Semua perkara yang ‘sewaktu’ dengannya, diharamkan sama sekali. Faham! Saya sudah terikat dengan ‘seseorang’.”

` Aku mengangguk lagi. “Faham.” Aku menjawab perlahan. Itu kata mulut, bukan kata hati dan mindaku. Kata hati berlagu perlahan, ‘Tak mengapa. Mungkin hatinya baru separuh terisi, mana tahu, masih ada harapan untukku menumpang kasih di sudut hatinya.’ Minda pula separuh berbisik, ‘Selagi belum bermula ijab dan kabulnya, sidia masih ‘kosong. Sifar. Bakal direbut oleh sesiapa sahaja termasuk aku.’

Dan lagu, I can’t help falling in love with you,seakan berbisik, mendendang berirama dalam sukma. Dan benarlah seperti yang ditulis dalam liriknya,

Wise men say - Only fools rush in,
But I can’t help falling in love with you)
wise men say-only fools rush in
but I can’t help falling in love with you...

Shall I stay - Would it be a sin,
If I can’t help falling in love with you.

Dan aku masih ingat setiap patah perkataan yang dikunci Hana kepadaku ketika itu, “Epol, awak jangan kata awak jatuh cinta dengan saya pulak. Saya tak akan percaya, kalau awak katakan yang awak tak tidur lena, mandi tak basah, makan tak kenyang kerana ingatkan saya pulak.” Kata-katanya bagaikan pedang yang menikam hati, bagaikan terdengar irama lagu cinta yang baru berdendang sebentar saat tadi.

“Aaaa.” Kata-kataku mati di situ. Mengakui hakikat ‘cinta’ yang baru mahu berputik seakan bauan cinta yang palsu. Masakan kami diistilahkan bercinta. Aku baru sahaja mengenali dia. Nama sebenarnya baru sahaja aku dengari. Hana adalah nama palsu Katrina. Nama yang sengaja dia berikan sebagai tanda ‘kenal’ yang palsu. Pengenalan ‘palsu’, yang entah apa juga maksudnya!

Memandang wajah bujur sirehnya dan senyumannya yang dihiasi sebutir tahi lalat, yang bertenggek di atas bibirnya, bagaikan melekat di dinding ingatan selamanya. Dan kemudian, syaratnya untuk tidak mengajaknya keluar, tentunya tidak aku mahu patuhi. Apatah lagi, kebetulan, setelah tamat ijazah kejuruteraanku, aku ditawarkan bekerja di Shah Alam, bagaikan dogengan yang menjadi nyata.

Kali pertama setelah lama aku cuba mencuri ‘dia’ untuk dibawa keluar berjalan di Shah Alam sana. Lama betul aku bertaki-taki, memasang angan-angan untuk mengajak dia keluar, dan setiap kali aku menelefonnya, panggilanku kerap ditinggalkan dengan tanda tanya. Dia tidak menjawabnya apatah lagi memulangkan panggilanku. Ingatan tentang kepayahan itu kadangkala membunuh emosi jantanku. Membayangkan ratio panggilanku yang bersambut. Satu dalam dua puluh kali sahaja. Rupanya payah benar aku cuba memikatnya. Dan ada waktunya, panggilanku hanya dijawab oleh teman serumahnya yang menyatakan dia tiada di rumah, dan entah ada betulnya atau sengaja direka. Andai difikir-fikirkan balik, seakan tidak logik kalau dia ‘pergi’ tanpa telefon bimbitnya.

Dan bagaimana patah hatiku, mendengar jawapan di sana yang berbunyi, “Maaf, Kat tak ada, seminggu. Dia menyertai projek bersama kampus. Dia lupa membawa telefon dia.” Aduh! Di masa itu, terasa sedih sangat, kenapa Kat sampai tidak memberitahu aku ke mana dia akan menghilang apabila panggilan dibuat sebelum ini. Tapi, ialah, siapalah aku ketika itu.

Pernah ada ketikannya, setelah aku tanyakan mengapa dia tidak memberitahuku ke mana dia pergi sebelum ini, katanya sambil ketawa,

“La, kenapa pulak nak kena beritahu. Mahu saya hantar salinan laporan kepada awak Epol?” Dan dia ketawa. Ketawa yang seakan membunuh segala semangat jantanku.

Tetapi akhirnya, di penghujung November, aku menerima panggilan mesra Vimmi yang meminta aku datang ke rumah sewa mereka. Kata Vimmi, “Epol, awak kena datang memujuk Kat. Da menangis sejak malam semalam. Mesti pasal Hisyam. Rasanya mereka bergaduh atau Kat ditinggalkan. Saya sudah tak tahu apa yang patut saya lakukan.”

Aku tidak pasti siapa Hisyam ketika itu, atau di kedudukan mana atau semesra mana Hisyam dan Katrina, tetapi aku pasti ‘jantan’ bernama Hisyam itu telah melukakan hati Katrina. Dan malam itu, aku cepat-cepat ke rumah sewanya, setelah berpakat dengan Vimmi. Lama menunggunya turun, untuk menemuiku yang menunggu setia di bawah pokok sena. Kulihat wajahnya seolah mencuba memberikan senyuman, tetapi aku sedari, itu hanya senyuman palsunya. Dan ayatku hanyalah,

“Kat nak keluar makan. Saya lapar ni, belum makan lagi.” Dan entah, di mana angin yang membantu semangatnya, dia terus bersetuju. Walaupun ditemani Vimmi, aku merasa lega, pertemuan kali ini membawa kami ke petanda aras yang baru. Dia, sudah bisa dipikat! Dan berlakulah pertemuan demi pertemuan selepas pertemuan tidak rasmi ini. Pada mulanya ditemani dek dayang-dayang tidak rasmi kami, Vimmi, dan akhirnya kami hanya keluar berdua-duaan sahaja. Aku langsung tidak berani membuka mulutku dan bertanya tentang Hisyam.

Buat apa lagi bertanya tentang cerita yang akan memberi dia dukacita. Dan itulah sejarahnya perkenalan aku dengan [email protected] Hana seperti yang dia nyatakan sebelum ini, kali pertama pertemuan kami. Dan persoalan, perasaan merajuk Kat masih belum terjawab. Deseran lembut telefon menghilangkan khayalan aku dengan Kat dan membawa aku kembali ke bilik tidur kami. Kupandang lagi skrin telefonku. Kulihat sebuah mesej ringkas daripada Kat. Dan sms tadi membawa aku kembali ke alam realiti. Aku sudah bersuamikan Kat, dan Sara sera Baby Pia adalah tandacinta kami.

Kereta rosak lagi, di tengah jalan. Dekat rumah mak. Nasib baik Vimmi dan suami ada di sini.

Cepat-cepat aku membuat panggilan ke sana, tetapi panggilanku tidak bersambut. Agaknya suami Vimmi, Farid sudahpun menguruskan di sana. ‘Kereta ni pun satu juga, di tengah-tengah kemelut ‘Perang Dingin’ ni lah, dia rosak lagi, lagilah lama perang tu nanti.’ Sekadar merungut dalam hati sendiri. Dan ingatan melayah kepada ibu mertuaku. Agaknya bila anaknya balik, tentu dia masakkan rendang pedas, atau masak lemak cili apinya yang sedap!

‘Rendang pedas mak. Tak akan siapa dapat menolak, masakan rendang pedas mak mertuaku.’ Berasal daripada keturunan Rawa, masakan air tangannya memang sedap sungguh. Apatah lagi mengenangkan masakan lemak gulai tempoyak udang atau masakan masak lemak ayam, yang biasa disediakannya, air liur bagaikan melecur di mulut. Isteriku, Kat biasa memasak rendang yang dipelajari daripada ibunya, tetapi masakan mak mertuaku ternyata lebih memancing selera! Tangan yang sudah lama bekerja, nampaknya.

Masakan maklah katakan, sudah berpuluhan tahun memasak, barangkali air tangan mak mertuaku terlebih enzim yang mengalir di jarinya yang menambah kelazatan dan keenakan masakannya. Siapa tahu! Segera membalas sms Kat, ‘Abang datang ke sana.’ Mungkin kedatanganku nanti, bisa menamatkan perang dingin yang sudah memasuki hari ketujuh.

Segera sms baru mendarat,

Tak payah susah-susah. Farid sudah membantu. Sudah hantar ke bengkel. Petang esok baru balik rumah.

Ayatnya berbunyi merajuk lagi. Aku sendiri masih berfikir-fikir, mahu pulang ke kampung isteri atau meluangkan masaku dengan Wan sahaja. Katanya, mahu perkenalkan aku dengan kedai makan yang sedap di bandar Taiping. Dan dalam berfikir panjang, deringan lagu Zed Leppelin, stair to heaven,berdesir merdu, melihat di skrin, daripada Wan.

“Abang, saya di depan rumah abang ni.” Dan tiba-tiba aku menjadi tidak sampai hati pula menyampaikan kepada Wan yang aku perlu memujuk isteri di Kampung Gajah. ‘Rajuknya akan sembuh sendiri, lagipun kereta sudah dihantar ke bengkel, tiada apa lagi yang aku perlu lakukan.’ Segera aku menyarung t-shirt ke badan, memasukkan telefon ke poket seluar, dengan tangan kanan mencapai dompet ke poket seluar di belakang seluar jeans. Aku segera berlari menuruni tangga ke ruang tamu di rumahku. Dari pintu rumah, terlihat wajah senyum Wan di keretanya. Dan aku melambai sama, aku akan menghabiskan masa ‘bujangku kembali’. Dalam hati jantanku, menjerit berulang kali, ‘Yahooo!’ ‘Yahooo!” Sesekali menjadi bujangan semula, bagaikan ‘Pucuk Dicita ulam mendatang’

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh (NORA ISMA FUAD)Noor arbaiah ismail