Bab 1-22 akan menggunakan gantinama diri "AKU" dalam bab-bab ini. Dilabelkan dengan nama watak.
Bab 1- 6 merujuk kepada SAIFUL ANUAR BIN AZIZI,
BAB 7-11; NUR KATRINA BT. DAUD.
BAB 12-17 NURNATRAH BT. DAUD.
bAB 18-21 ADUHA @ DUHA.
SEMUA WATAK2 INI / BAB 1- 21;
AKAN BERAKHIR DI SATU TEMPAT iaitu Break Through Event. Dan seterusnya,
tiada gantinama diri pertama lagi yang akan digunakan. BAB 22; watak dikembangkan dgn gantidiri ketiga.
Selamat
Membaca! Mengalu-alukan pandangan pembaca! Saya dahului dengan ucapan
terima kasih. Suntingan bab-bab hanya dimasukkan secara rawak sahaja.
18
Hujan turun dengan lebat lagi. Air daripada langit yang mencurah bagaikan
tangisan sang puteri langit yang menyedihkan, barangkali sedang patah hati, penuh
dengan irama gendangan petir dan guruh, berselang-seli tanpa henti. Sesekali
bunyian ‘tempuran’ bagaikan medan
perang, penuh getar dengan bunyi tembakan bertalu-talu. Langit yang paginya
cerah, secerah birunya air laut, yang berada di pinggir pantai, turut
kedengaran bagaikan muzik heavy rock,seakan
seolah separuh menjerit, bagaikan berderum bunyinya.
Langit yang asalnya membiru indah warnanya, tidak dapat aku telah
warnanya lagi, bersembunyi malu di sebalik warna air yang berwarna jernih dan
kristal, mengalir perlahan dan bermelodi di bahagian cermin tingkap di kamar
tidurku. Walaupun kilat itu agak kejam sifatnya, kilat yang memanjar di langit
nun jauh di sana
bagaikan pancaran cahaya yang menerangi alam yang sudah pun gelap gulita. Alam
yang berwarna hitam, kelam, dan tiada warna, menjadi cerah barang seketika.
Aku bangun bermalasan daripada katil kayuku, menuju untuk melihat cermin.Terpandang
wajah sendiri di dalam cermin. Pelik dengan penampilan diriku sendiri. Panik. Kaget. Aku yang berbaju berbaju putih,
dan bertopi tinggi bagaikan chef. Tertanya sendiri, sejak bila pula aku menjadi
chef? Sedangkan akukan baru sahaja bangu daripada katil. Barangkali inilah
pakaian yang tidak mungkin akan aku sarungkan ke tubuhku sendiri. Dan bagaimana
aku selesa berbaring dengan topi chef yang tinggi di kepala ketika berbaring
malas di katilku sendiri. Di ruang keliling bilik pula, aku terasa bagaikan
asing sama sekali. Di sebelah kiri, sebuah katil kayu bujang pula. Dan di
hadapan kami, susunan kabinet yang berisi pakaian barangkali. Di mana aku
berada? Aku bagaikan meneka sendiri! Barangkali aku sudah memasuki twilight zone! Seram sendiri.
Aku
melangkah keluar, dalam mencuba mencari di mana aku berada sekarang ini. Di
sebelah kanan, ruang hadapan, kelihatan kabinet dapur. Di sebelah kiriku, mesin
pembancuh kopi dan alat membakar roti. Agaknya aku berada di dapur pula.
Tertanya sendiri, di mana aku berada agaknya. Kelihatannya tempat aku berada
ini bagaikan dapur serba mewah. Dan sekali, dua persoalan yang bermain
dibenakku, siapa aku sebenarnya, dan di mana aku berada.
Terdengar satu suara memesan makanan, kopi panas satu, roti bakar dengan
kaya, telur suku masak dua biji.” Entahlah suara daripada arah mana, tidak aku
pasti pesanan daripada siapa. Yang pasti, pesanan itu ditujukan buat aku
sebagai seorang chef.
“Eh, cepat sikit la! Tuan kita mahu ke pejabat!” Jeritan itu sedikit
menggangguku. Aku sendiri bagaikan seorang dungu yang menunggu arahan, tetapi
tidak mahu melakukan tugasku dengan baik. Aku hanya berdiri tegak di dapur,
tidak tahu di mana harus aku mulakan.
Daripada arah barat daya, datang seorang lagi lelaki, berusia dalam tiga
puluhan, berpakaian kemas, kemeja dan berseluar panjang. Wajahnya berkumis,
kurus tinggi, kulitnya hitam tetapi berwajah manis. Dan berada di tubuhnya
juga, sehelai apron dan topi chef tinggi. Sama seperti pakaianku.
“Kau siapa?”
Dia tergelak sambil bersuara, “Sejak bila pulak kau tak kenal aku?”
Aku masih lagi termanggu, tanpa suara. “Aku…”
“Aku Labi.”
“Labi.” Bertanya dia kembali, pelik.
“Kau kan Labu.”
“Labu. Kau Labi.” Aku mengulang lagi. Jari telunjukku kutujukan ke arah
wajahnya, sekadar pelik dengan perkataan yang keluar daripada bibirnya.
Dia tergelak. “Betul kau tak ingat siapa kita?”
Aku mengangguk, menjadikan dia ketawa dengan kuat.
“Kau dah mereng!” kata-katanya membuatkan aku lagi terusan bingung.
“Entahlah.” Kataku kembali membuatkan dia ketawa kuat.
“Memang sah, kau dah bengong.”
“Bengong. Tadi kau kata aku mereng.”
“Dua-duanya. Lagi teruk kalau aku kata kau… sudah gila.”
“Gila.”
Dia terus ketawa seketika dan terhenti berkata, “Kau ni trauma dapur.
Semalam kau kena ketuk kuat dengan Haji Bakhil.”
‘Haji Bakhil? Bagaikan pernah teringat akan namanya, tetapi di mana?’
bertanya sendiri dalam hati.
“Ketuk. Aku tak ingat kena ketuk!”
“Betul, kau tak ingat, dengan senduk besi, macam ni!” Dia beraksi dengan
senduk besi yang dipegangnya.
Aku masih menggelengkan kepala.
“Tak ingat, mari sini, aku ingatkan kau.” Dia mengambil satu senduk dan
mencuba mengetuk kepalaku. Aku melarikan kepalaku dengan cepat. Ketukan dia
hanya mengena ‘angin’ di sisi bahuku sahaja. Aku tersengih, terasa seronok
mempermainkan dia yang mengenakan dirinya yang mengaku dirinya sebagai ‘Labi’.
“Haji Bakhil ada pesankan makanan tadi. Cepat kalau tak mau kena ketuk
lagi.”
“Ala
setakat ketuk, tak kisah.” Selamba aku menjawab, sebenarnya masih keliru dengan
hal yang terjadi. Aku adalah ‘Labu’!
“Masaalahnya, sekali ketuk, kau hilang akal Labu. Sepuluh kali ketuk, kau
jadi keldai!”
“Keldai!”
“Bodoh macam keldai.”
Aku masih lagi termanggu. “Manisah pula mahu kopi panas sahaja, makanan
tak payah katanya. Dia sedang diet.”
Aku masih lagi tercengang. Masih dengan persoalan yang sama. Kenapa pula
aku menjadi Labu dan bagaimana aku boleh muncul dalam situasi ini. Secara
tiba-tiba, terasa angin menderu menerpa tubuhku. membasahi wajahku. Air menyimbah ke tubuh kami. Labi
menjerit ketakutan. Aku juga menjerit sekuat suara, “Hrrrrrrrrr.” Apabila aku
membuka mataku, terpandang rentik hujan lebat di luar balkoni. Pintu kaca
balkoni yang terbuka luas menjadikan angin kuat menderu, menerpa terus ke
tubuhku. Percikan yang halus tetapi cukup melencunkan pakaianku.
Rupanya aku bermimpi, tidur dan terbangun dalam mimpi. Pendek kata, mimpi
dalam mimpi. Aku rupanya terbaring di sofa kulit berwarna kelabu di ruang
tengah apartmenku. Televisyen yang terpasang kelihatan jalur berwarna kelabu
sahaja. Siaran astro pasti hilang semula akibat angin yang menderu dan hujan
lebat. Rupanya aku hanya bermimpi. Lega.
Seandainya benar aku adalah Labu, habislah cerita. Menggoreng telur pun
belum tentu elok, apatah lagi memasak. Hanya tahu membancuh minuman sendiri.
Barangkali disebabkan aku menonton cerita ‘Labu dan Labi’ sebelum melelapkan
mata, itulah sebabnya aku bermimpi menjadi Labu. Dan tersenyum sendiri. Aku
pasti bukan Labu.
Tetapi aku masih mempunyai Manisah yang aku gelarkan Manis.
Aku bingkas bangun menutup pintu
kaca di balkoni. Angin yang bertiup kuat merembeskan sedikit daripada percikan
air hujan ke mukaku menjadikan wajahku terasa basah. Dan ajaibnya menyedarkan
aku daripada mimpiku yang pelik. Aku segera duduk lagi di kerusi kulit coklat
gelapku, menenangkan diriku sendiri.
Hujan! Tidak pernah sedetik pun menjauhkan aku dengan tentang ‘Manisku’.
Hujan, walaupun serintik cuma semakin mendekatkan aku dengan wajah ‘manisku’.
Kesayanganku! Aku masih ingat sepenuhnya memori hari itu. Pada saat itu. Detik
itu. Semuanya tentang dia. Setiap inci dan perinciannya. Daripada hujung
rambutnya sehingga ke penghujung kakinya, sekurangnya, maksudku, sehingga ke
hujung kasut yang dipakainya, walaupun hanya sekadar sepasang selipar ‘jepun’
berwarna putih, bertapakkan warna biru. Dan ketika itu, hujan pun sedang turun.
Lebat sekali. Bertempat di perhentian bas, di hadapan sekolah.
Kedudukan kami, pelajar tingkatan enam atas. Dia, adalah gadis yang
begitu popular di sekolah, anak orang besar, bapanya seorang Ahli Parlimen
Persekutuan (Ahli Parlimen), berjawatan seorang Setiausaha Kementerian, yang
juga memegang jawatan tertinggi di sekolah, pengerusi PIBG (Persatuan Ibubapa
dan Guru) di sekolah kami. Dia, Manisah, yang tentunya bukan anak gadis Pak
Haji Bakhil seperti yang dipaparkan pada jalan cerita Nasib ‘Si labu-Labi’,
lakonan P. Ramlee. Hanya dia yang bernama Manisah, dan bapanya bukanlah Tuan
Haji Bakhkil seperti dalam filem. Dan aku dan dia bagaikan seumpama cerita
‘enggang dan pipit’ tetapi bisa bertemu juga di langit yang terbentang ciptaan
Allah.
Patah demi kata, datang dengan melodi yang perlahan. Semuanya tiba
bagaikan gerakan perlahan. Sepatah demi sepatah. Memori demi memori. Bagaikan
ulang tayang filem yang biasa kutonton.
“Manisah kan?”
Dia menoleh. Wajah berkulit manis, genit orangnya segera menoleh
kepadaku. Wajahnya bujur sireh, berkening lebat. Hidungnya sedikit kemek,
berkulit sawo matang. Pendek kata, tiada cantik pun Manisah ini, tetapi
mendengar suaranya membuatkan rasa jiwa ‘terpesona’. Tutur katanya memanah jiwa!
“Err, saya tak pasti saya mengenali awak.” Ikhlas, sejujurnya daripada
dia. Dia memang tidak mengenali aku. Maklumlah, dia adalah Timbalan Ketua
Pengawas Sekolah, anak Pengerusi PIBG, seorang pelajar yang menyerlah dalam
bidang sains, sedangkan aku adalah pelajar biasa, berjurusan sains sastera.
Kami dalam dunia yang berbeza. Kebiasaannya pelajar aliran sains dikategorikan
sebagai bijak sementara pelajar sastera sebagai peljar ‘kelas kedua sahaja’.
“Saya Adduha Adha. Awak tak akan kenal saya. Saya pelajar sastera. Awak kan dari kelas sains.”
Aku berkata-kata dalam hatiku. ‘Awakkan kelas pertama, saya hanya daripada
‘kelas kedua’. Sebab itulah awak tak kenal saya.’
Manisah tersenyum lagi, “Saya minta maaf Duha. Barangkali, kita tidak
pernah berurusan. Kalau saya pernah ke kelas awak, saya pasti kenal awak.”
Bunyinya ikhlas sekali. Bersopan dan begitu merendah diri. Aku suka dengan
sikap pemimpin yang begitu. Agaknya dia mewarisi sikap politikus bapanya. Aku
kaget lagi. Tidak tahu apa lagi yang akan aku katakan.
“Ini penyakit serius?” Ayat yang keluar daripada bibirnya membuatkan aku
tersentak. Tidak aku tahu sama ada ayat ini merupakan ayat pertanyaan atau
pernyataan.
“Hmm…”
Dia tergelak manja. “Pelajar form
sixtak kenal sesama sendiri.”
Aku tersenyum lagi. “Ya.” pendek jawapanku. Tetapi bukanlah penyakit
kepadaku.
“Minggu depan, saya rasa elok kita buat pertemuan untuk semua pelajar
tingkatan enam. Kita buat Pot Luck,semua
orang bawa makanan, serba sedikit,. Apa kata awak Duha?”
Aku kaget lagi. Tidak tahu apa yang harus aku katakan.
Manisah memalingkan wajahnya ke arahku. “Nanti saya bincang dengan Cikgu
Shahlawati. Dia kan
penasihat Persatuan Tingkatan Enam. (PTE) Kita mesti jayakan misi ini.” Aku
hanya mampu mengangguk. Dia dengan misi besarnya.
“Menghairan pada saya, kita pelajar tingkatan enam pun tak kenal satu
sama lain. Padahal kita bukannya ramai sangat. Ada tiga kelas sahaja. Satu kelas sains, satu
kelas sains sosial dan satu kelas sastera.”
Aku hanya mengiyakan kata-katanya.
“Awak tak jadi ahli PTE ke?”
“Tak.” Aku menjawab pendek.
Dua mengangguk lagi, “Padanlah saya tak kenal awak. Kalau awak jadi ahli
PTE, pasti saya kenal.” Aku hanya mampu tersenyum. Aku aktif dalam Persatuan
Seni sekolah, di bawah guru penasihatnya, Cik Haslina.
“Awak pun tak jadi ahli Persatuan Seni, sebab tu saya tak kenal awak.”
Aku cuba
berseloroh.
“Ya.” Jawapannya pendek dan lawakku menjadi. Dia tertawa kecil sahaja.
“Bagaimana pulak saya nak masuk
persatuan tu, saya buta seni.” Jawapannya membuatkan aku tergelak lagi, dalam hujan lebat yang sudah mulai renyai. ‘Biar
buta seni Manisah, jangan buta hati’. Hati berbisik sendiri.
“Awak tunggu siapa Duha?”
“Siapa?” Aku tersenyum sendiri. Andai sudah berada di perhentian bas,
tentulah menunggu mas. Dia barangkali lebih beruntung, hanya menunggu kereta
atau pemandu yang datang.
“Saya menunggu pemandu.” Dia mengangkat kepalanya memandang ke arahku,
dan aku menghabiskan ayatku, “…bas Manisah.”
Dia tergelak kecil, “Maaflah Duha. Memalukan betul.”
Terasa hairan. “Apa yang dimalukan Manisah?”
“Saya ni la. Berada di perhentian bas dan bertanya, apa yang ditunggu.
Tak kan mahu
menungu lori balak pula.” Dia tergelak kecil.
“Tak pernah nampak awak di sini
pun?” Soalan dia betul-betul membuat aku tersentak.
Aku hanya tersenyum sebelum menjawab, “Selalunya saya naik basikal atau
menumpang motor abang yang bekerja ke pejabat. Hari ini abang out station,kebetulan tayar basikal
pancit pula.”
Dia mengangguk lagi. “Oh itulah ceritanya, hari ni awak tunggu lori balak
ye.”
Aku masih tertawa lagi. “Ya. Itulah sebabnya.” Tidak pula aku sangka dia
mampu berjenaka begitu. Aku tidaklah mengenali dia secara peribadi, Cuma anak
politikus terkenal, satu sekolah biasa mendengar akan namanya. Dia popular di sekolah kami.
“Hujan ni buatkan saya lapar. Awak lapar tak. Rasanya, masih ada roti
dalam beg saya ni.” Aku hanya memandang titis-titis hujan yang turu membasahi
perhentian bas kami.
“Duha, ni roti planta, makanlah. Jangan sampai awak ‘lekat’ sudahlah,
saya tak ada air minuman lebih.” Dia menghulurkan sebiji roti planta berperisa
coklat.
“Terima kasih.”
Aku mulai membuka bungkusan roti dan memamahnya perlahan. Memang sah
sedap. Berkemungkinan disebabkan perut yang sangat lapar, makanan yang biasa
pun, dirasakan sangat sedap! Atas salah satu sebab inilah, agaknya agama Islam
menganjurkan umatnya makan ketika lapar, dengan itu, kita akan menikmati
makanan dengan rasa syukur dan penuh kenikmatan.
“Nasib baik hujan saja, tak ada guruh dan petir!” Dia tiba-tiba bersuara.
“Kenapa pula? Awak takut?”
Dia tersengih menampakkan gigi hadapannya yang sedikit sumbing, tetapi
masih cantik sebaris.
Dia mengangguk perlahan, “Saya bukan sahaja takut Duha, saya kecut perut.
Saya boleh jadi macam orang gila kalau dengar guruh dan petir.”
“Teruk sangat ke?”
“Teruk. Masa kecil dulu, pernah petir memancar betul-betul di hadapan
mata saya, walaupun jauh bermeter-meter, saya terkejut giler. Sebab tu lah saya
takut. Saya… sebenarnya mengidapi Keraunophobia atau Bahasa Inggerisnya disebut
sebagai Ceraunophobiaatau digelar juga Astraphobia
atau Astrapophobia.”
Aku sekadar mengangguk. Aku sedar semua istilah yang disebutkan Manisah merujuk
kepada individu yang takut akan guruh dan petir. Dia tidak lokek bercerita kisahnya. Aku hanya
mampu bersimpati.
Kami masing-masing terdiam selepas itu, menikmati roti planta, dalam
hujan yang mencurah di luar perhentian bas.
Kami sempat berbual-bual biasa sementara menunggu kenderaannya tiba. Di
waktu itu, hujan yang agak lebat tadi sudah pun mulai berhenti. Langit yang
kelam mulai terang dan membiru kembali. Angin yang menerpa lembut membuai rasa
gembira.
Sebuah kereta jenama import berhenti betul-betul di hadapan perhentian
kami. “Jom, saya hantarkan awak.” Aku hanya menyatakan terima kasih. Lebih
selesa menaiki bas. Aku menolaknya dengan baik.
“Tak apa. Rumah awak di jalan yang sama.” Aku panik juga. Di mana dia
tahu jalan ke rumahku. Rupanya, baru aku teringat, tadi lama kami berbual
mengenai tempat tinggal kami. Kami rupanya berada dalam kawasan kejiranan yang
sama. Jalan rumahku berada di hadapan lorong yang sama dengan lorong ke
rumahnya. Cuma bezanya rumahku hanyalah rumah berciri satu paras yang biasa, yang disewa ibuku,
berbanding dengan rumah mewah yang berada pada lorong rumahnya yang berada di
jalan belakang, deretan rumah banglo yang agak mewah.
Dan senyuman manisnya mengiringi aku ke jalan di hadapan rumah.
Dan aku tiba-tiba terkenangkan dia. Di mana dia agaknya? “Manis… Manis…”
puas kupanggil dia.
Dia tidak muncul. Barangkali dia
tertidur nyaman di bilik. Maklumlah, hujan-hujan begini, langit yang kelam,
dengan deruan penghawa dingin yang menghembus dingin, pasti tertidur dengan
enak di ‘peraduan’. Tiada siapa yang tidak suka berbaring di katil! Puas aku
cari dia. Kaki yang sudah penat melangkah, daripada ruang tamu, ke bilik dan ke
dapur lagi.
Tidak
mungkin dia berada di balkoni luas kami yang berada di balkoni. Manis suka
sangat di bawah patio kayu jati itu. Pokok-pokok yang berjuntaian meredupkan
keadaan, ulang Manis selalu. Dia boleh berada lama di sana, dengan sepiring biskut dan hanya
secawan minuman panas, dia bagaikan boleh tidur di kerusi malas rotan yang
sengaja aku letakkan di bawah patio, berbumbung plastik lutsinar. Aku cuma
bimbangkan Manisah, jika datang petir dan guruh, dia kan mengidapi Keraunophobia atau Bahasa Inggerisnya
disebut sebagai Ceraunophobiaatau digelar juga Astraphobia
atau Astrapophobia. Manisah boleh
menjerit apabila mendengar guruh atau duduk diam dalam keadaan ketakutan yang
amat sangat. Dan ketakutan Manisku bukanlah sesuatu yang dibuat-buat.
“Manis…Manis,” kuseru namanya lagi. Tidak mungkin dia berada di bawah
patio di waktu hujan lebat begini. Walaupun berbumbung, hujan yang lebat begini
sakan menjadikan suasana dingin sekali. dan apa lagi dengan ketakutannya, Keraunophobia, dia tidak akan berani
berada di suatu tempat terbuka ketika hujan lebat atas kekuatirannya terhadap
guruh dan petir. Aku mencuba mengintai daripada kaca balkoni, ternampak sebujur
tubuh yang sedang berbaring di bawah patio. Nampaknya samar-samar, tetapi aku
pasti Manisku sedang berbaring di sana.
‘Manis di sana?’,
tertanya sendiri. ‘Benarkah pandanganku?’ Segera aku keluar ke balkoni,
berjalan dengan berhati-hati melalui laluan berbumbung menuju ke patio. Laluan
yang sudah ditempiaskan dek air hujan yang masih lebat membasahi bumi.
Setibanya aku di patio, kulihat tiada sesiapapun di sana. “Manis…” Aku memanggil lagi! dan lagi.
Tiada jawapan. Akhirnya aku duduk bersandar di kerusi malas, berfikir tentang
Manis. ‘Ke mana dia pergi?’ Dan menjadi buntu. Kebiasaannya aku suka dengan
hujan yang turun, hujan membawa seribu rahmat, permulaan kehidupan yang
mengembirakan aku! Tetapi pada detik ini, cerita yang ‘manis’ tidak lagi manis,
kerana aku gagal menemui Manisku. Dan sedetik hujan lebat pun berhenti. Hujan
rindu di hati yang masih belum berhenti, hujan masih lagi masih menari di dalam
hatiku, dengan rentak rintiknya sendiri. Sadisnya apabila seorang lelaki
terpaksa menahan hujan di hati sendiri, tidak cukup jantankah aku ini! Terpaksa
merintih seperti hati seorang perempuan.