Home Novel Travelog CINTA CAPE TOWN
BAB 19 DUHA. (NORA ISMA FUAD)

Bab 1-22 akan menggunakan gantinama diri "AKU" dalam bab-bab ini. Dilabelkan dengan nama watak.

Bab 1- 6 merujuk kepada SAIFUL ANUAR BIN AZIZI,

BAB 7-11; NUR KATRINA BT. DAUD.

BAB 12-17 NURNATRAH BT. DAUD.

bAB 18-21 ADUHA @ DUHA.

SEMUA WATAK2 INI / BAB 1- 21; AKAN BERAKHIR DI SATU TEMPAT iaitu Break Through Event. Dan seterusnya, tiada gantinama diri pertama lagi yang akan digunakan. BAB 22; watak dikembangkan dgn gantidiri ketiga.

Selamat Membaca! Mengalu-alukan pandangan pembaca! Saya dahului dengan ucapan terima kasih. Suntingan bab-bab hanya dimasukkan secara rawak sahaja.

19

Mulanya, berniat mahu ke masjid berdekatan, tetapi aku bangun agak terlambat sedikit apabila azan mulai berkumandang di udara. Dengan mengambil kira waktu mandi dan bersiap, barangkali di masjid nanti jemaah sudahpun mulai bersolat subuh. Dan solat subuh yang hanya dua raakat, tentunya aku akan tidak sempat untuk berjemaah.

Bangun, dan melihat di sisi, ‘Manisku’ tiada juga berada di katil. Cepat-cepat aku jenguk ke bilik air, juga dia tiada di situ. Tiada juga di ruang dapur, juga di ruang tamu kami. Agaknya di patio, di luar, tetapi jarang sangat pagi-pagi begini dia berada di patio. Lazimnya dia akan berada di dapur, menyediakan minuman panas yang lazat untukku, dan kalau ada nasi malam yang sengaja dimasak lebih, nasi goreng kampung yang enak akan dia sediakan.

“Manis.., manis, aku memanggil lagi.” Tiada bersahut.

Barangkali dia pulang ke rumah ibunya lagi. Manis merajuk lagi ke? Akan aku buat panggilan ke rumah ibu Manisah. Pasti dia di sana! Cepat-cepat aku mengerjakan solat subuh, berdoa panjang, akan kesejahteraan keluargaku, isteriku Manisah. Cepat-cepat menuju ke telefon, dan mendail ke rumah ibu mertuaku.

Deringan yang beberapa detik, begitu meresahkan. Dan panggilan ternyata bersahut, “Hello.”

“Assalamualaikum mama.”

“Waalaikumsalam. Duha ke tu? Duha sihat?”

‘Sihat.’ Menjawab sendiri. Anehnya mama ini, tidak pula dia bertanya mengenai Manisah atau memberi khabar tentang Manisah.

“Duha. Duha sihat?” Mama bertanya lagi.

Aku cepat-cepat menjawab, lagi lama dia digagang, aku akan terus diasak soalan yang sama.

“Sihat mama. Sihat. Manis ada di sana?” Aku cepat-cepat bertanya lagi. Harapnya mama tidak akan marah-marah. Mana mungkin seorang suami yang baik tidak mengetahui kedudukan isterinya. Aku ternyata bukan seorang suami yang baik. Mama seolah tidak memberi jawapan. Pastinya, Manisku berada di sana. Dia pasti merajuk panjang.

“Sihat. Mama. Sihat. Mama dan papa bagaimana?”

Gagang diperkemaskan. “Kami sihat Duha. Zehra pun sihat. Bila nak balik tengok Zehra?”

‘Zehra! Siapa Zehra?’ Sekadar bertanya di dalam hati. Aku pasti siapa pun Zehra yang mama maksudkan, aku tahu tentunya dia ada kaitan dengan diriku. Tetapi aku tidak dapat pastikan sesiapa. “Baiklah mama, nanti Duha akan balik bila senang sikit ya,” segera aku memberi janji, tidak mahu diasak dengan persoalan mama lagi. Dan nampaknya mama tidak juga menjawab persoalan, adakah Manisah berada di sana? Mungkin, isteriku di sana. Dia masih merajuk denganku, entah apa butirannya kali ini. Mungkin, dia telah menukar namanya kepada Zehra, siapa tahu!

“Okay la mama. Nanti Duha telefon lagi.” Selemat mengucapkan salam dan salam yang bersambut dengan ucapan waalaikumsalam, mama meletakkan gagang. Dan hatiku penuh dengan pertanyaan lagi, ke mana Manisah menghilang? Pelik rasanya apabila seorang ‘hero’ bertanyakan ke mana hilangnya ‘heroine’ hatinya? Pelik bercampur aneh!

Segera ke dapur, membuatkan semug air panas. Dan sekeping biskut gula dicelup perlahan ke dalam mug yang mengandungi air coklat panas. Telefon genggam berdesir perlahan, barangkali daripada Manisku. Kulihat skrin, bertulis Vimmi.

“Hello. Ya Vimmi.”

“Hello. Assalamualaikum. Hari ni Encik Duha ke galeri tak?”

Galeri, pastinya dia maksudkan galeri seniku bertempat di Shah Alam.

“Waalaikumsalam. Akan pergi Vimmi, kenapa?”

“Ingat nak bertemu di sana, nak bincang menu untuk jamuan Encik Duha. Hari tu kata nak tengok menu dulu. Hari ni, saya bagi beri food tastinglagi.”

Aku tergelak, belum pernah lagi, caterer memberi food testing.Kalau ada pun, hanya untuk makanan dan kek perkahwinan sahaja. “Okay jugak tu, lepas untuk makanan tengah hari saya. Apa jenis makanan yang Vimmi bawa? Nasi ada bawa tak? Kalau tak bawa, saya belikan siap-siap.”

“Ala, nanti tengok la. Tapi ala-ala tempoyak mesti ada. Nasi, saya bawakan, cukup untuk tiga orang.”

Aku tergelak lagi. Macam dia tahu-tahu sahaja yang aku sukakan tempoyak.

“Okaylah macam tu, jumpa di sana. Pukul berapa nak datang.”

Terdengar dia pun ketawa sama. “Dalam jam 12.”

“Jumpa di sana.” Dan panggilan kami ditamatkan.

Dan berbicara tentang tempoyak, mengingatkan aku dengan Manisku. Di hadapan cermin pintu gelongsor yang mengadap balkoni kami, aku ternampak akan Manisah yang masih berdiri di situ. Sekadar dengan senyuman manisnya. Dan kulihat perut Manisah yang membusung! Manisah sedang mengandung! Sejak bila pula Manisah mengandung! Yang pasti aku ingat, lima tahun kami menganyam cinta. Enampuluh bulan purnama, kami menanti zuriat tercinta. Dalam tempoh itu, semerata dunia kami jejaki. Daripada Timur ke Barat. Barat ke Timur.

“Manis..” Aku memanggil lagi. Tiada jawapan.

“Mana Manis pergi?” Dia tidak menjawab. Dan apabila dihampiri, bayangannya hilang begitu sahaja. Angin yang menderu bagaikan menampar kuat tubuhku.

Kupanggil lagi. “Manis….Manis…” Masih tiada jawapan. Hati sempat berbisik, ‘Barangkali dia di patio lagi.’ Pintu balkoni yang berkunci daripada dalam mengesahkan bahawa Manisah tidak berada di patio. ‘Entahlah, barangkali dia benar-benar berada di rumah mama?’ Hati berentak lagi, mengesahkan kenyataan yang tidak aku fahami. Andai benar Manisah mengandung sekarang, siapa pula Zehra yang mama maksudkan siang pagi tadi? Manisah adalah Zehra? Banyak puzzleyang sedang berselang seli dalam kepalaku!

Segera aku ke bilik mandi, aku sudah ada janji temu di Gleri seniku di Shah Alam. Aku perlu bergegas ke sana. Segera aku kenakan kemeja berjalur biru, berlatarkan putih lily berlengan pendek bersama sehelai jeans. Menuruni lif sambil terfikirkan akan Manisah. ‘Manisah! dan Zehra’ Agaknya Zehra ini ada kaitannya dengan Manisah! Jika Zehra adalah anak aku, bagaimana pula Manisah sedang mengandung? Aduh’. Kepalaku terasa bingit dengan tiba-tiba. Dan telefon bimbit berdesir perlahan, tanpa suara. Kulihat, skrin bertulis ‘galeri’. Rashdan, kupanggil nama ringkasnya, Dan, adalah pengurus Galeri Seniku, bernama Galeri Manis, bertempat di Shah Alam.

“Hello, Encik Duha, akan datang galeri ke hari ni?”

Aku tersenyum lagi. ‘Tentu ada hal di galeri.’

Segera aku menjawab, “Iya, on the way.Kenapa Dan?”

“Tak ada apa bos, saja je tanya!”

“Saja!”

“Oh ya bos, bos ada temujanji dengan Syarikat Beans.Mereka datang mahu tempah lukisan untuk syarikat jam 2 petang. Lepas tu bos catat nak jumpa dengan Vimmi pasal lukisan.”

Aku tersenyum lagi. Agaknya Vimmi sudah lupa dengan lukisan atau dia sengaja mempercepatkan temu janji ke jam 12 tengah hari, agaknya sengaja mahu memberi makan percuma. Jawapanku pendek, “Okay.” Panggilan ditamatkan.

Panduan kereta Mitsubishi ASX, berwarna hitam berjalan lancar menuju ke Shah Alam. Ah kereta! Kereta bersaiz ‘comel’ milik Manisah. memikirkan Manisah lagi, agak pelik, ke mana dia pergi? Apatah lagi meningalkan keretanya di apartment kami, dan dirinya sendiri, menghilang! Perjalanan dari kota menuju ke Shah Alam, tidak sesak. Agaknya sudah jam 10 pagi, orang lain sudah pun masuk ke pejabat.

Dari jauh kelihatan papan tanda Galeri Manis yang diletakkan tinggi di galeri lukisan. Segera aku meletakkan kereta di parkir yang disediakan sebanyak empat petak di hadapan galeri. Kereta Rashdan tiada di parkir. Bermakna dia belum datang? Tidak mungkin! Rashdan dan sepupunya Lily akan datang awal, untuk membuka galeri.

Di halaman Galeri Manis, yang mengambil sempena nama Manisah, kelihatan sunyi. Halaman dengan rumput yang pendek, kelihatan masih basah, dengan simbahan hujan malam tadi. Bunga-bunga rumput yang berwarna kuning bagaikan tersenyum girang menyambut pagi yang cerah. Kotak-kotak bata berwarna merah yang menjadi tapak memijak bagaikan berseri dengan simbahan air hujan.

Aku memijak dengan berhati-hati, kekadang, dasarnya menjadi sedikit licin apabila basah. tangan kananku menghayun bekalan sarapan pagi kami yang sempat aku beli di kawasan sebelum tiba di galeri tadi.

Kulihat, cermin hadapan galeri telah dibersihkan dengan baik. Segera menekan nombor kod rahsia di panel kunci kedai. Kami menyediakan dua nombor rahsia, salah satunya adalah 310612. 31 Disember, tarikh harilahir Manisah dan nombor 6, menandakan tarikh pertemuan kami buat kali pertama di perhentian bas, kebetulan pada 6 Mac.

Panel kekunci nombor di hadapan pintu yang membolehkan pintu kaca terbuka secara automatik. Pengawasan dengan kod bermakna pintu hanya boleh dibuka daripada dalam, memastikan keselamatan galeri daripada dicerobohi oleh mana-mana individu. Pintu juga hanya boleh dibuka daripada luar oleh aku sendiri, Rashdan dan Manisah. Hanya kami bertiga yang mengetahui kod pintu tersebut. Dan tertanya lagi, di manakah Manisah?

Pintu terbuka, kuberi salam. Tiada jawapan. Barangkali Rashdan di belakang kedai. Menghampiri tandas, kulihat Rashdan sedang berdiri di situ, memberi arahan kepada pekerja swasta yang kami upah untuk membersihkan ‘kamar mandi’.

“Hello bos.” Dia hanya tersenyum melihat aku datang.

“Dah makan?” Segera bertanya kepadanya. Pemuda dalam usia dua puluhan ini akan tersenyum dan tentunya akan menjawab dengan jaapan yang sama setiap kali. Hari ini dia berbaju kemas seperti biasa. Sehelai baju kemeja biru bertangan panjang, yang tangannya berlipat sehingga ke siku, berseluar hitam pekat. Rambut pendeknya nampaknya di letakkan gel di hadapan, kelihatan kemas. Dia yang berkaca mata, berhidung agak penyet, bermata sederhana, berwajar agak bujur, kelihatan cukup amanah orangnya. Aku boleh mempercayai dia dengan akaun galeri yang disediakan dengan terperinci. Bahkan satu sen pun, wang tidak akan lesap begitu sahaja.

“Tunggu, biar saya yang jawab.” Kataku. Dia hanya tersenyum menanti perkataan yang bakal keluar daripada bibirku.

“Tentunya Dan akan jawab, belum, tunggu bos la.” Dia hanya tertawa besar mendengar kataku. Segera aku berikan dia dua bungkusan tadi. Tiga keping roti telur. Untuk kami. Aku, Rashdan dan Lily.

“Ah bos, macam biasa, bos akan kata, sediakan minuman panas.” Giliran dia mnegajukku pula. Kami tertawa sama-sama. ‘Adatnya dalam hidup, mesti pandai tertawa. tanda riang tawa, hidup akan hambar rasanya.’ Petikan, kata-kata Manisah! Ketika dia beredar ke sudut belakang kedai bagi membat minuman panas, hujan menyimpah bumi lagi.

“Bos, jom kita minum.” Perlawaannya membawa aku kepada bilik di ruang belakang galeri yang aku khaskan sebagai tempat makan atau boleh juga dijadikan tempat solat. Sebuah meja makan, empat segi dengan empat kerusi bulat menjadi pelengkap tempat makan, ‘sederhana tetapi sempurna,’ seperti yang selalu dikatakan Manisah! Ah! Wanita itu yang menjadi pelengkap kesempurnaan kehidupanku, di mana Manisah? Walaupun istilah sempurna hanyalah bayangan manusia, dan kehidupanku bukanlah 100 peratus sempurna di mata orang lain, padaku, kehadirannya dalam dunia penghidupanku menjadi pelengkap kesempurnaan hidupku berdasarkan konsep kesyukuran. Bersyukur dengan apa sahaja yang ada!

“Hujan lagi bos.”

“Jangan mengeluh Dan. Hujan adalah rahmat ALLAH.”

Dia hanya tersenyum, “Bos, saya bukan mengeluh, sekadar beritahu.”

“Tapi nada tadi tu semacam je.Mengeluh la tu!”

Dahinya nampak berkerut. “Iya ke bos. Maaf, saya bukannya niat untuk mengeluh. Cuma, hujan, baju saya tak kering.”

Segera aku memberi solusi, “Bawa baju tu esok ke sini, saya bayarkan kos keringkan di kedai dobi.”

“Betul ni boss.”

“Betul la.” Sekali sekala apa salahnya. Senyuman dia menyenangkan. Aku rasa gembira sebenarnya mengatasi rasa gundah gelana terhadap kehilangan Manisah. Melihat bagaimana dia gembira kerana aku telah memberi dia jalan bagi mengatasi masalah kehidupannya.

“Mana Lily?”

Dia tersenyum lagi. Barangkali ada pula informasi yang aku lupa hari ini.

“La. Lupa pulak bos ni. Tak la tua sangat. Lily pergi jumpa Safika, pelajar tingkatan lima tu, nak ambil lukisan dia di rumah.”

“Safika, bukan Dan kata Vimmi nak bawakan pagi tadi, masa call saya?”

“Saya tersilap baca nota bos. Kak Vimmi kata nak datang tengah hari, lukisan Safika sepatutnya diambil di rumahnya, sebab tu Lily pergi ambil.”

Sekadar mengangguk. Rashdan bangun dan membasuh mugnya di sinki. Aku sekadar duduk mengadap tingkap kaca yng terbuka luas. Hujan mulai menyimbah lagi. Di Malaysia ini adatnya, hanya ada dua musim, musim panas dan hujan. Kebiasaannya musim hujan hanya akan merapati apabila mencecah bulan oktober. Klimaks musim agak bertukar sekarang, musim hujan datang setiba bulan Febuari lagi. Musim banjir melanda pada hujung tahun sehingga membawa kepada awal tahun baru.

Hujan mulai menitik lagi. Menyaksikan titisan hujan membawa aku ke Eropah, di mana mereka menghadapi empat musim. Akun mulai berfikir tentang empat lukisan yang aku perlu tamatkan. Aku sudah akhiri lukisan winterdan springku. Hanya perlu menghabiskan lukisan Autumndan Summer.

Aku duduk mengkhayal mengenai Winter, Spring, Summer dan Autumn.Aku perlukan penghayatan supaya dapat menghabiskan lukisan-lukisanku. Setiap satu musim mempunyai klimaks yang berbeza iaitu suhu dan keadaan alam yang berbeza. Aku mencuba mengingati musim-musim percutianku dengan manisku. Semua musim yang kami lalui bersama.

Winter.Kesejukan yang begitu menggigit sehingga terasa ke dalam tulang. Senafas udara yang keluar daripada hidung bagaikan kepulan asap putih yang keluar daripada hidung. Jika mahu keluar rumah pula, perlu berbungkus seperti beruang kutub tebalnya. Seronokkah begitu? Mungkin seronok untuk sehari dua, menjelang sebulan, tentunya kita akan tidak lagi merasa seronok, apatah lagi rongga hidung terasa tersumbat, dengan rasa kedinginan yang menyekat ruang antara rongga hidung dan mata. Di masa itu, akan terasa sesak, ketat hidung dan sejuknya, menyeramkan. Mentari pula seakan malu-malu, menyembunyikan diri di sebalik langit kelam yang hanya mempamerkan wajah mendung, seolah berduka. Daratan dipenuhi dengan deburan salji yang memutih. Bersih. Suci.

Dan musim sejuk mengingatkan aku akan kata-kata Manisah, “Sejuk. Dingin. Kalau cinta bagai musim dingin, ada baik dan buruknya.”

“Baiknya, apa yang baiknya. Sejuk. Kaku.” Jawabku.

“Itu yang buruknya. Statusnya beku. Kaku. Begitu sahaja.”

Hmm. Tergamam sekejap. “Baiknya, apa pula.”

“Baiknya sebab warnanya putih. Bersih. Kasihnya benar-benar asli, macam cinta Duha kepada Manis.” Dan dia ketawa.

“Dan cinta yang kaku, tak akan berubah, walaupun mungkin tidak bertambah, tetapi nilainya tidak pernah berkurang.”

“Tak bertambah?” Aku bertanya balik, dan dia lantas tersenyum lagi.

Dan benarlah, cinta musim dingin berikan kita cinta yang sentiasa kaku seperti sekarang. Manis, entah ke mana menghilang! Hanya tinggal bayangan dan memori silam. Tanpa bukti, tanpa nota ‘amitan selamat tinggal’. Hanya sejarah! Antara aku dan Manisah! Dan autumn,aku bayangkan dedaun Red Maple yang bertukar merah karat ketika ini. Dedauan Prunus Sargentiiyang juga akan bertukar daripada hijau ke merah mata dan orange keemasan ketika musim ini. Dan bayangan aku seolah melihat bungaaan Acacia yang berwarna kuning dan Alium yang berwarna ungu muda.

Springpula adalahmusim yang paling indah untuk dipertontonkan. Puas aku pejamkan mata, membayangkan ketika aku dan Manisah bercuti di Amsterdam. Setelah lama sang mentari bersembunyi di dada langit, cahaya suluhannya akan mulai memancar, langit yang biru akan beransur cerah. Salji yang memutih mula mencair, menjadi kristal yang jernih, memukau. Ranting pokok yang membeku, berwarna coklat, sebelum ini akan mulai mengeluarkan tunas baru, hijau, menyulur perlahan mencari cahaya mentari. Tumbuhan lain yang seolah ‘kaku’ akan mulai menghijau semula.

Pepohon yang berbunga mulai menguntum senyuman yang berwarna warni. Musim-musim ini alam seolah tersenyum dengan senyuman penuh warna- seolah satu kreografi tarian yang indah, terbawa sehingga bertemu musim panas. Daffonilkuning yang indah, bungaan Japanese Cherry tree,berwarna merah jambu di Jepun, Spring Cherry, Agapanthus, Amaryllis Statice, Zinnia, Casa Blanca Lily dan banyak lagi.

Semua lukisan alam yang seolah bangkit dengan warna-warni segar, bagaikan lukisan yang baru dilukis, yang lebih perlu disegarkan dengan campuran warna-warna hijau muda, juga dedaun yang kekuningan atau merah yang samar-samar, diserikan dengan cahaya mentari yang malu-malu menampakkan diri.

Summerjuga tidak kurang indahnya. Sekali lagi kami ke Amsterdam, melihat Amsterdam dalam musim yang berbeza. Bagaimanapun musim tiupan angin dan cuaca yang agak tidak menentu Kekadang hujan, panas, mendung atau ribut kelam. Kuntuman pepohon bunga berwarna-warni akan terus tersenyum, rang dan melintuk menari dengan haruman yang segar. Kalau mahu melihat kelopak bunga segar dari jenis tulip, ros, jasmin, inilah masa yang patut dinanti. Kuntuman bunga-bungaan ini murah harganya. Musim romantik seperti yang digelar orang terutamanya pasangan bercinta.

Dan kata-kata Manisah masih teriang-iang di telinga.

“Duha, tengok tulip-tulip tu kan. Cantiknya. Banyak warnanya. Indah. Kalau tulip berkembang tanpa perlu gugur, kan lebih bagus.” Dan dia ketawa riang.

“Cari saja bunga tulip plastik, pasti kembang sepanjang masa Manis.” Dia tersenyum kembali.

“Kalau setakat plastik, tak payahlah beli pula. Nampak kembang menguntum, tapi palsu.” Mukanya sengaja dikerutkan membuatkan aku tergelak lagi. Sengaja aku cuit hidung kemeknya. Dia tergelak kembali.

“Kalau muka macam plastik, cantik.”

Dia segera memahami dan berkata, “Ala, asyik mengata orang.” Dan bunga seakan mengembang bagai cinta kami. Tulip yang kembang segar, berwarna-warni indah menjadi latar kepada lukisanku nanti dengan tajuk Summer.Gambaran bunga-bunga Alchemilla, Carnation, Dahlia, Iris, Lilac dan Calla Lilybagaikan menerpa kembali.

Aku kembali mengkhayalkan akan cantiknya bunga-bungaan yang kembang seperti cinta. Cinta mungkin berkembang secantik bungaan yang sedang mekar. Bagai tulip! Atau lebih ceria digambarkan bagai ros! Seperti tradisi Inggeris, bunga menjadi kemestian di dalam rumah. Memberi bunga bagaikan satu tanda cinta! Di akhir musim, sehingga Ogos, dedaun mulai kering. Dedauan hijau segar mulai menguning dan layu. Warna orange dan tona coklat serta kekuningan boleh menggambarkan suasana ini.

Apabila Autumntiba, iaitumusim gugur, segala pemandangan yang indah berubah. Dedaun di pepohon akan mulai gugur Dedaun pinemulai memenuhi sepanjang jalan. Di akhir musim, sehingga November, cuaca sejuk bermula lagi. Putaran musim Winter, Spring, Summer dan Autumnakan terus berputar lagi.

Aku bangun meninggalkan meja hitam kecil itu, menuju ke bilik lukisanku. Dalam pencarianku mencari Manisku, aku juga perlu melengkapkan lukisanAutumndan Summerku.

Aku dan manis, indahnya kenangan. Kami telah jelajahi Asia Tenggara, menyusur salur indahnya Sungai Chao Phrayanya, menikmati senja lempayung yang memerah di Solo. Atau indahnya menyaksikan warna monumen, bangunan ciptaan manusia berwarna kelabu yang megah dengan lelangit yang mulai megersik menguning di Jogjakarta, atau indahnya pantai sambil menyapa angin laut mesra takkala bangun di gigian laut di Pulau Bali. Telah kami jelajahi juga Eropah, menyaksi empat musim yang silih berganti. Indahnya tulip di musim bunga, atau indahnya dedaun gugur di London, indahnya krismas bersama bola pelangi di New York. Segalanya, yang semakin indah, menganyam memori bersama Manisah.

Cuma, aku sedari aku dan Manisku belum lagi melihat Aurora seperti yang pernah aku angankan! Sambil tangan ligat mewarna, jiwa juga ligat berfikir, dimana Manisku? Manis pasti ada komen membina mengenai lukisan-lukisanku seperti yang dia selalu lakukan 60 purnama lalu. Entahlah! Ke mana Manisku menghilang!Akan kubawa dia bersama melihat cantiknya Eurora!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh (NORA ISMA FUAD)Noor arbaiah ismail