Bab 1-22 akan menggunakan gantinama diri "AKU" dalam bab-bab ini. Dilabelkan dengan nama watak.
Bab 1- 6 merujuk kepada SAIFUL ANUAR BIN AZIZI,
BAB 7-11; NUR KATRINA BT. DAUD.
BAB 12-17 NURNATRAH BT. DAUD.
bAB 18-21 ADUHA @ DUHA.
SEMUA WATAK2 INI / BAB 1- 21;
AKAN BERAKHIR DI SATU TEMPAT iaitu Break Through Event. Dan seterusnya,
tiada gantinama diri pertama lagi yang akan digunakan. BAB 22; watak dikembangkan dgn gantidiri ketiga.
Selamat
Membaca! Mengalu-alukan pandangan pembaca! Saya dahului dengan ucapan
terima kasih. Suntingan bab-bab hanya dimasukkan secara rawak sahaja.
22
Saiful menarik nafas lega. Dia merasa lega majlis perasmian mereka telah
berakhir dengan baik. Suasana yang meriah, dengan jemputan VIP yang datang.
Semuanya berakhir seperti yang mereka bayangkan, sebenarnya jauh lebih baik
daripada yang mereka fikirkan!Sesendat dalam fikirannya dahulu.
“Abang, kita pergi makan, di kedai biasa tu!” Perlawaan yang biasa.
Saiful mengangguk lagi, bersetuju tanpa bantahan. Kebetulan pula, Kat dan Sara
serta Pia belum lagi pulang hari ini ke rumahnya.
Saiful segera melihat ke wajah Ridzuan lagi. “Pandai betul Wan menilik
nasib perut abang ni. Nampaknya…” Dia menghabiskan ayatnya di situ.
“Nampaknya apa? Saya tak nampak apa-apa lagi ni. Saya hanya nampak,
perasaan saya lega sebab semuanya sudah berakhir dengan jayanya. Perasmian
sudah. Terowong pun hampir 80% siap. Dan saya tak nampak sebenarnya bang, saya
cuma dapat mentafsir bunyi di perut yang berkeriuk-riuk.” Ridzuan mengeluarkan
pernyataan yang begitu melegakan hati Saiful. Frasa berbaur lelucun. Kelakar!
“Pandailah tafsir bunyi rupanya kau ni ya!” Saiful tergelak lagi.
“Boleh dengarlah bang, bunyi perut abang tu! Kuat betul drumnya.”
Saiful hanya tersenyum. Dengan perasaan bangga dan lega. Bukannya lega
kerana bunyi muzik dari perutnya, tetapi perasaan bangga kerana terowong yang
sama-sama mereka rancangkan, berjaya digali dan hampir menuju ke proses terakhir
kurang daripada tempoh setahun lagi. Dalam fikiran nakalnya, dia hanya nampak,
wajah sitocang dua yang sudah lama dia rindui! Wajah isterinya. Wajah Katrina!
“Rasanya saya tahu, apa yang abang nampak sekarang ni?” Ridzuan meneka,
sekadar berbasa-basi. Dalam diamnya, dia nampaknya dapat menelah perkara yang
masih berbunga kembang dalam fikiran dan minda abang ‘senior’ d hadapannya ini.
“Ala, mesti
ingat Kak Kat tu saja. Lama juga tak jumpa kan? Mesti dah rindu. Saya tengok abang
mabuk gila bayang semacam je!” Mengusik terus, dengan senyuman sumbing.
“Mana ada Wan. Kalau baru bercintun, memang la menjiwang habis. Telefon
tak dapat cakap pun, rasa pening semacam je. Kalau tak dapat lihat orangnya,
lamanya macam ‘angau satu badan’. Bila dah kahwin, tak ada lagi lah
angau-langaunya tu. Hari-hari jumpa, apa lagi seronoknya.”
Ridzuan tergelak. “Itulah yang salahnya bang. Kalau dulu, zaman menjiwang
patutnya, sekali angau. Bila dah kahwin, patutnya lima puluh kali angau,
barulah betul. Barulah bahagia sampai ke syurga.” Saiful hanya tergelak. Dia
tidak menyangka, anak muda dua puluhan ini pandai pula bermain kata soal
perasaan.
“Alah, bercintun pun belum, pandai pula bercakap banyak. Nanti kalau Wan
dah angau satu badan, baru tau apa penangan angin kus-kus yang datang tu. Angau
ni bukannya boleh dibuat-buat tau. Dia datang tanpa dipinta. Datangnya laju
tanpa sempadan, tanpa garisan. Bila susah datang, tak akan pergi lagi. Melekat
di dinding hati.” Kali ini tiba masanya Ridzuan ketawa sungguh dengan kata-kata
Saiful.
“Abang. Hus! Sumpah, ini kali pertama saya dengar abang menjiwang. Kalah
senikata lagu dalam filem hindustan.” Dia ketawa terus. Memang sah, agaknya,
hati jantan ‘saudaranya’ ini masih tengah angau. Walaupun puas dia menafkan
yang ‘angin angaunya’ masih menjangkau satu badan terhadap isterinya, ternyata,
perasaan itu masih kuat menguasai perasaan lelaki yang bakal mencecah usia
empat puluhan itu.
“Pandailah kau Wan. Nanti akan tiba masanya tiba Wan, kau tahulah! Ada
pulak yang akan kena gelak tau! Akan tiba masanya tau!” sengaja dia menaikkan
jarinya sebagai tanda ingat-ingat kepada Ridzuan yang hanya tersenyum sendiri.
“Kalau nanti saya angau bang, saya senyap-senyap je, tak akan cakap
dengan abang pun.” Ridzuan hanya tersenyum lagi. Dia tidak dapat membayangkan
dirinya jatuh hati dengan mana-mana gadis pun.
“Eleh, konon. Dengan siapa lagi kau nak mengadu Wan, kalau bukan dengan
abang.”
Ridzuan ketawa lagi. “Perempuan macam mana yang menjadi idaman kau, Wan?”
Ridzuan ketawa lagi. “Genit mesti macam Amy Mastura, kulit mesti cerah,
bermata hindustan, senyuman manis. Pendek kata, ada kelas bang. Ada kelas.
Kalau ada yang berdarah campuran, lagi bagus tau.”
“Campuran, banyaklah campuran kau.”
Redzuan mengenyitkan matanya sambil menjawab, “Kalau ada yang berdarah
cina, campur belanda, campur bugis, uuiisskhh, tentu cantik kan bang?”
Saiful tergelak lagi. “Banyaknya syarat kau ni Wan. Susah la macam tu.
Tapi kan abang rasa ada seseorang yang padan dengan syarat tu. Dia kan berdarah
Bugis dan Cina?”
Ridzuan tergelak besar, “Campur-mampur juga bang. Tapi, kalau dia tu lah
yang abang maksudkan? Tak payah cakap bang. Dah tahu. Abang nak kata Zie kan?”
Saiful tergelak balik, jeratnya sudah mengena.
“Daripada saya pikat dia, lebih baik saya ajak abang makan malam ni, tempat
biasa.” Dipandangnya Saiful lagi. Lelaki berkulit sawo matang ini, hanya
tersenyum lagi.
“Makan je yang kau ingat Wan!”
“Habis, saya nak ingat apa lagi bang ooi, mata air pun tak ada!”
“Kot iya, kau tak ada mata air Wan?”
Ridzuan tergelak lagi, “Tak ada. Saya tahu la kan, isteri abang tak ada
kat rumah, macam mana abang nak makan malam ni. Kalau saya tak ajak abang,
abang nak makan dengan siapa pulak?”
“Kan kita banyak makan hari ni, malam ni diet la separuh.”
Saiful hanya terdengar Rizduan ketawa lagi. “Kalau betullah abang diet,
tak la jadi perut dah borai ke depan bang.”
Saiful tergelak sendiri. “Ini bukan borai, ini namanya maju ke depan.
Tanda prosperity. Susah-susah tau nak
bagi perut ke depan ni. Ambil masa sepuluh tahun tau nak bina perut macam ni.”
Menyebut tentang perut, Saiful terkenangkan Katrina lagi. Kali pertama
isterinya mengandungkan Sara, dia yang terasa lebih seronok. Apabila doktor
yang ditemui, mengesahkan kandungan sudah berada pada minggu ke lapan, dia yang
seolah mahu melompat sakan!
“Hah, apa lagi, abang ni, tersenyum sorang lagi.” Saiful tersenyum lagi,
nampaknya gambaran perutnya dan perut mengandung Katrina semasa berusia lapan
minggu agak sama ukurannya. Malahan perutnya barangkali terlebih saiz.
“Kedai makan biasa bang?”
“Wokey.” Saiful beranggapan Redzuan tahu kedai biasa yang dia maksudkan.
Kedai makanan paling hujung, dimulai dengan kedai menjual basikal, kedai buku.
Di sebelah kedai makanan ini adalah kedai menjual surat khabar. Lokasi yang
menarik sekali, sebelum makan, singgah dulu membeli akhbar. Tentu sedap rasa
fikiran, setelah kenyang, sambil memesan kopi secawan, membaca surat khabar
terlebih dahulu.
Di kedai makanan, kedai kelihatan lengang. Maklumlah, jam sudah
menunjukkan jam 6 lebih. Agaknya pelanggan lebih suka makan tengah hari dan
makan malam yang akan bermula daripada jam lapan dan ke atas, Meja yang berada
di koridor menjadi tarikan kami, sebab berada di luar kedai membolehkan angin
menderu, kita akan merasa lebih selesa.
“Bang, kalau nak nasi, terus le ke sana.” Redzuan menunjukkan tempat di
mana lauk pauk dihidang.
“Tak pe, sekejap, biar pesan minuman dulu. Tolong pesankan abang, teh o
limau ais, abang nak pergi beli surat khabar di sebelah.”
“Wokey bos.”
“Banyak la bos kau.” Saiful membalas dengan ketawa kecil Redzuan. Saiful
meninggalkan kedai makanan bagi mendapatkan akhbar di kedai bersebelahannya.
Seorang gadis genit, datang menghampiri
Saiful dan mengambil pesanan minuman. Seketika, Saiful kembali ke tempat
duduk mereka, membuka akhbar dan membaca
tajuk rencana mengenai ‘,terowong mereka’.
“Wah, cerita terowong kita ni Wan.”
“Okay, abang bacalah kuat-kuat, saya nak tumpang bangga sama.”
Saiful tergelak sahaja. “Tapi bukan perasmian yang hari ni tau.”
Redzuan membalas ketawa Saiful, “Memang la. Hari ni mungkin, esok akan
keluar surat khabar.”
Saiful segera menganggkat muka surat akhbar dan bersedia membacanya
kuat-kuat, sekadar mendengar ke telinga mereka sendiri, TAIPING: A
milestone in local railway engineering has been achieved with the 3.3km tunnel
through a solid 300m granite hill in Bukit Berapit under the Electrified Double
Track Project (EDTP) The engineering and construction team of…” Bacaan
Saiful terhenti apabila gadis tadi datang dengan menatang dua gelas minuman
yang dipesan Redzuan sebelumnya.
Matanya bagaikan terpaku kepada wajah
gadis itu. Wajahnya sederhana, berkulit sederhana cerah, a.k.a sawo matang,
matanya yang besar, keningnya tebal, bibirnya yang sederhana. Yang penting,
sebutir tahi lalat, biarpun hanya bersaiz kecil di atas bibirnya. Rambutnya
yang ditocang dua, menjadikan dia gambaran Katrina semasa awal pertemuan
mereka. Dia seolah Katrina, yang
menjadikan Saiful seolah ‘gila bayang’. Bak kata peribahasa lama, makan tidak
kenyang, mandi yang tidak basah dan tidur dalam keadaan yang tidak lena.
“Air abang.” Ringkas katanya. Saiful
masih terpaku di situ.
Saiful hanya mengalihkan pandangannya
sejurus terdengar Redzuan mulai ketawa besar. “Abang ni, sampai ternganga
mulut. Tahulah Kak Kat tak de di rumah, janganlah sampai ternganga tengok
orang.”
“Mana ada abang nganga. Abang admirebaca berita ni.”
Sakit hati Saiful melihat Redzuan
yang masih mentertawakan dirinya lagi. “Ya la tu bang. Ya la tu. Saya nak ambil
nasi dulu.” Redzuan berlalu. Saiful hanya duduk melayani perasaan sendiri.
Entahlah! Adakah kerana tocang dua atau sebutir tahi lalat, yang menjadikan
gadis genit itu tadi sama seperti Katrina, yang dipuja selama ini.
“Paru goreng cili yang abang suka
ada.” Patah perkataan yang keluar daripada bibir Redzuan seakan melayah jauh
daripada Saiful yang masih leka memikirkan perihal gadis tadi.
“Abang. Aduh! Berangan lagi. Hantu
Romeo dah merasuk abang ke?”
“Apa Romeo?”
“Dengarlah pulak. Saya kata ada paru goreng
sambal yang abang suka tu!” Redzuan sekadar menjeling kepada Saiful. ‘Takkanlah
pulak ternganga melihat gadis tu. Biasa je nampaknya budak tu! Tak patut pun
kalau mahu ternganga tengok’, bisik Redzuan dalam hatinya, pelik dengan
tindakan spontan Saiful. Redzuan sekali lagi hanya mengintai daripada jauh,
Cuma melihat kelibat gadis tadi. ‘Entahlah, tidak pula istimewa gadis itu di
mata dia’. Hatinya berkata lagi. ‘Lainlah kalau Angelina Jolie yang melintas,
wajib, aku pun akan toleh’. Dia terasa geli hati sendiri, tersenyum menikus
sendiri.
“Okay.” Saiful bangun dan berfikir
lagi tentang gadis tadi. Dan sehingga ke malam harinya, di sebalik ingatannya
kepada Katrina, dia diburu pandangan akan gadis yang hampir sama wajahnya dengan Kat, walaupun
sekadar dua tocangnya dan sebutir tahi lalatnya. Mungkin dia hanya diburu bayangan
rindukan Kat! Itu sahaja. Kat dan dua tocang kudanya. Lagenda cinta yang sudah
lama dilupakan. Mungkin, sudah masanya dia menghayati kembali lagenda itu!
Sudah masanya dia jatuh cinta lagi, sekali lagi dengan Nur Kartina Binti Daud.
Sekali lagi! Dia seharusnya mengulangi cinta, bagi menjadikan dia menghayati
cinta sang isteri!