Bab 2 :
Rancangan Amerika
White
House, West Wing
Setahun Selepas peristiwa
pencerobohan ibupejabat CIA di Langley yang mengemparkan seluruh dunia, dunia
semakin bergolak, tekanan semakin memuncak dan kehidupan semakin mendesak.
Negara-negara Islam semakin tertekan dengan musuh yang tidak diketahui yang
terus-terusan menyerang dan mensabotaj aktiviti mereka seolah-olah ada dendam
kesumat yang tidak terpadam. Pihak Islam tahu dan sedar tangan-tangan ghaib CIA
dan Israel yang memainkan peranan dalam kejadian ini semua tetapi mereka tiada
bukti yang jelas yang mengaitkan pihak Amerika dan Yahudi, musuh Islam itu
terlalu bijak dan licik untuk menyembunyikan kegiatan dan kejahatan mereka.
Kematian Muaz rakyat Malaysia yang menjadi pejuang Islam adalah titik tolak
bermulanya kejatuhan gerakan-gerakan Pejuang Islam di seluruh dunia.
“Coper! terangkan pada aku sehingga sekarang
apa pencapaian yang telah kau capai setelah kita lancarkan program memerangi
penganas Islam, program itu telah berjalan hampir setahun?” kata Presiden
Amerika Billy Kleenton yang duduk diatas Sofa empuk yang menghadap seorang
lelaki yang berbadan agak gempal dan berkaca mata.
Coper Black tersenyum nipis sambil memandang
ke arah Presiden Amerika itu.
“Ya Tuan! seperti yang Tuan maklum setelah setahun
peristiwa pencerobohan itu, aku dan pasukan CIA telah meningkatkan tahap
keselamatan disemua jabatan-jabatan pertahanan kita, disamping itu juga kami
telah melancarkan operasi memerangi militan dan ‘terorrist’ Islam. Nampaknya operasi kita sudah berjaya, musuh kita
semakin tertekan dan mereka semakin lemah. Aku yakin tuan sedikit masa lagi
kumpulan-kumpulan ini akan berjaya kita lenyapkan.” terang Coper dengan wajah
yang penuh rasa bangga.
“Maksud kau mereka tidak lagi menjadi ancaman
pada Amerika dan Israel?” tanya Presiden Amerika itu lagi.
“Ya tuan! orang-orang Islam tidak akan lagi
menjadi ancaman pada kita dan Israel. Tiada lagi orang seperti Muaz dalam
pejuangan Islam.” kata Coper pada ketuanya itu.
“Hahaha!...bagus Coper, bagus tidak sia-sia
aku lantik kau sebagai Ketua Pengarah CIA yang baru, kau memang hebat berbanding
dengan Mert Deutch yang tak guna itu!” ketawa Billy Kleenton dengan kuat.
Coper
Black terkedu mendengar kata-kata Presiden Billy itu, dia teringat pada bekas
ketuanya Mert Deutch, dia simpati pada bekas ketuanya itu.
‘Maafkan aku Deutch! kerana Muaz kau telah di
lucutkan jawatan oleh Tuan Presiden dan kerana dia juga kau hilang
segala-galanya, aku berjanji akan pastikan orang-orang Islam akan di hapuskan
dengan tangan aku sendiri.’ getus Coper dalam hatinya.
Presiden Kleenton kemudiannya merenung ke arah
Coper Black dan berkata dengan wajah yang serius,
“Coper! aku mahu kau jalankan fasa kedua,
takluki negara Islam yang menentang kita dan kaut semua hasil negara mereka,
aku mahu kita menjadi negara tunggal yang menguasai minyak dan semua hasil bumi
negara Islam, kita mesti terus menjadi kuasa yang terunggul di dunia, jangan biarkan pejuang Islam menganggu
rancangan kita, musnahkan mereka sehingga ke akar umbi. Tapi kau pastikan
rancangan ini dibuat secara sulit agar kita tidak dipesalahkan!”
“Jangan risau tuan, kita telah berjaya
hapuskan pertubuhan yang besar dan kuat seperti Hamas, Hezabullah, Jihad Uislam
dan beberapa pertubuhan yang lain, pemimpin mereka juga telah kita bunuh, mereka
tidak akan bangkit lagi dan aku akan jalankan fasa kedua kita, hasil bumi
negara Islam akan menjadi milik kita, rancangan Tuan Mert Deutch akan aku
teruskan lagi!”
“Celaka kau Coper! jalan kau sebut nama celaka
itu, kerana dia Amerika menanggung malu, kerana dia aku diketawakan oleh
musuh-musuh kita, sampai matipun aku tidak akan maafkan celaka itu!” marah
Presiden Billy pada Coper Black apabila dia menyebut nama bekas pengarah CIA yang
lama itu, Coper Black terdiam mendengar kata-kata ketuanya itu.
Sebuah
Rumah kabin berhampiran Tasik Grant di Grant Park
James Mert Deutch,
bekas Pengarah CIA merenung kosong ke arah tasik didepannya itu, dimatanya
jelas terpancar pandangan kehampaan dan kekecewaan. Sekali pandang orang tidak
akan tahu bahawa lelaki yang berpakaian selekeh dan kotor dengan wajah yang
kusam serta ditumbuhi tunggul-tunggul janggut yang sudah banyak kelihatan putih
dari hitam, dahulunya adalah seorang lelaki yang berkuasa dan memiliki
segalanya. Kini dia telah hilang segala-galanya bukan sahaja jawatan, pencen,
maruah diri dan yang lebih malang lagi anak dan isterinya turut meninggalkan
dia kerana malu apabila dia dipecat oleh Presiden Amerika.
“Celaka Muaz! dan Presiden Kleenton!” sumpah
Mert Deutch sambil tangannya memegang sebotol Wiski dan dengan gelojohnya dia
menuang arak itu dalam mulutnya dan kelihatan halkumnya bergerak-gerak bagi
membenarkan arak itu masuk ke dalam tubuhnya.
Kehilangan semua kemegahannya dahulu memberi
tekanan yang hebat pada dirinya, dendam kesumatnya pada Muaz dan gerakan Islam
tidak pernah pudar malahan dari hari ke hari semakin bertambah tebal
kebenciannya.
‘Cis! kerana
Muaz!, aku hilang segala-galanya,aku tak akan maafkan
kau walaupun kau sudah mati, aku masih tak puas hati!’gumam Muaz dengan wajah
yang geram.
“Kerana dia aku telah dibuang dari kerja, aku
telah hilang semuanya termasuk pencen dan harga diri, kini Coper Black telah di
lantik mengantikan tempat aku, aku tidak marah pada Coper tetapi pada Presiden
celaka dan Muaz itu!”
‘Nasib baik Coper tidak melupakan aku, dia
bersetuju untuk meneruskan agenda kami melindungi negara Israel dan aku juga
merasa lega kerana Coper memberitahu aku bahawa Presiden Billy telah
mengarahkan untuk memerangi habis-habisan pertubuhan Islam, aku harap Islam
akan terkubur tidak lama lagi.’ ujar Mart Deutch sambil matanya merenung
permukaan tasik yang tenang tetapi tidak setenang hatinya.
Peristiwa
pencerobohan Muaz benar-benar telah mengubah landskap perjuangan di seluruh
dunia, pihak Amerika dan sekutunya mengutuk serangan dan pembunuhan yang
dilakukan oleh Muaz dan mengatakan itu adalah agenda pihak militan dan ‘terrorist’ yang bertujuan untuk memporak
perandakan keamanan dunia dan kegiatan mereka mesti di kekang.
‘Gerakan memerangi dan menghapuskan pejuang Islam
sedang giat dijalankan oleh pihak Amerika, pejuang-pejuang Islam semakin tertekan
tetapi sayangnya aku tidak sempat menikmati semua itu sebagai Ketua Pengarah
CIA.’ keluh Mert Deutch.
‘Aku harap rancangan aku dan Coper akan
berjaya, menjadikan Amerika Syarikat kuasa tunggal dan menguasai dunia!’ harap
bekas Ketua Pengarah itu.