salam..sambungan bab 3
Bab 4 :
Ken dan Kuromoto
3 tahun
yang lalu, Hampton’s Landing Marina
Ken
Mushashi Kagiyama, tekun menyusun minuman dan makanan atas rak di dalam Restoran
makanan Jepun miliknya dipinggir pelabuhan Hampton Bay. Ken berhijrah ke
Amerika 5 tahun dahulu kerana lari dari buruan pihak Yakuza Senno musuh tradisi
Yakuza Yamaguchi yang disertainya, dia terlibat dalam satu kesan pergaduhan dan
pembunuhan di antara dua kumpulan itu.
“Aduh penatnya! pinggan dan mangkuk banyak
lagi belum di cuci, memang bagus bila kedai semakin mendapat sambutan ini , tapi
yang tak bagusnya kerja semakin bertambah.” rungut Ken sendirian.
Malam itu dia
terpaksa berkerja seorang diri, temannya Minami cuti sakit manakala 3 orang pekerjanya
lagi sudah awal-awal cabut lari apabila restoran sudah tutup, banyak kerja-kerja
mengemas yang belum dibereskan dan Ken sudah kepenatan.
“Celaka betul mereka ni, berani kenakan aku
ya! tak apa, nanti tahulah aku macam mana nak buat, aku potong gaji mereka
nanti!” rungut Ken pada dirinya sendiri sambil terus berkerja.
Setelah hampir satu jam melakukan kerja-kerja
pembersihan akhirnya kerjanya sudah selesai. Dia tersandar kepenatan sambil
melihat jam di dinding.
“Alamak dah hampir jam 2 pagi! sampah belum
aku buang lagi, aduh! bab buang sampah ni masalah sikit, dah lah tempat buang
sampah tu jauh gelap pulak tu, aku ni bukan berani sangat.” keluh Ken
sendiriann.
‘Tapi aku tak ada pilihan, terpaksa juga buang
sampah ni, jangan lah ada apa-apa dekat sana.’
Dia kemudiannya mengangkat plastik sampah dan
antara rasa berani dan takut dia melangkah ke tempat buang sampah itu, tangan
kirinya mengenggam kemas lampu suluh sambil di halakan ke hadapan. Langkah di
atur dengan perlahan, suasana awal pagi itu semakin dingin dan gelap, mata Ken
menjeling ke kiri dan kanan dengan degupan jantung yang semakin kencang.
‘Tak jauh lagi Ken, dah dekat.’ pujuk Ken pada
dirinya sendiri.
Ken ini memang seorang yang takutkan gelap dan
memang sebolehnya dia tidak mahu ke tempat sampah itu dan biasanya pekerjanya
yang lakukan tetapi kini dia tiada pilihan.
Ken
terasa tong sampah itu semakin jauh dari dia, setiap kali melangkah ke hadapan
dia merasakan tempat sampah itu seperti berganjak ke belakang dan semakin dia
menghampiri tong sampah itu bau busuk sisa makanan dan sampah menyucuk
hidungnya.
“Hui! busuknya, apalah mereka ni, sisa makanan
dan sampah lain tu bungkuslah elok-elok ini main campak macam tu sahaja, naik
loya tekak aku, orang Majlis Bandaran ni pun satu juga, kutiplah sampah
hari-hari ini 3 hari sekali datang, itupun lebih banyak tak datang dari datang,
bosan betul aku!” rungut Ken sendirian.
Akhirnya dia sampai ditempat buang sampah yang
samar-samar di terangi lampu jalan, dengan segera dia membuka tong sampah itu
dan terus mencampakkan plastik sampah di dalam tong tersebut.
‘Aduh! takutnya aku, lantak lah sampah ni
masuk ke tidak.’ kata Ken dalam hatinya dan saat ini dia hanya mahu
meninggalkan tempat yang gelap itu dan kembali ke Restorannya.
Dengan
segera dia terus melangkah dan berjalan dengan sepantas yang boleh mahu
meninggalkan tempat itu, tetapi baru sahaja dia melangkah dalam langkah beberapa
tapak tiba-tiba dia terdengar satu suara menderam disebelah kirinya.
‘Ehh! apa ni.’ kata Ken dalam hati dan saat
itu bulu romanya mulai meriding, jantungnya berdegup kencang dan mukanya
menjadi pucat.
Secara sepontan sahaja dia terus menyuluh ke
arah kirinya itu dan ketika itu cahaya dari lampu suluhnya menyuluh satu
lembaga yang berjalan terhuyung-hayang ke arahnya.
Ken tergamam dan keluar dari mulutnya itu,
“Ha...ha...hantuuuu.” ujar Ken dengan suara yang
mengigil.
Lampu suluhnya itu tepat menyuluh ke wajah
lembaga itu dan Ken terperanjat besar apabila melihat, wajah lembaga itu
berlumuran dengan darah dan lumpur, dengan bajunya koyak rabak, tangan lembaga
itu mengapai-gapai ke arahnya. Tubuh Ken serta-merta menjadi kaku dan lembaga
itu semakin menghampirinya, dia menjadi tidak keruan dan dia cuba menjerit tapi
tiada suara yang keluar.
“To...to..tolong aku….!” ujar suara itu sambil
memegang bahu Ken.
Mulut Ken terbuka besar apabila matanya
bertentangan dengan lembaga itu dan dia terkejut apabila mendengar kata-kata
lembaga tersebut.
Ken dan
lembaga itu jatuh bersama dengan lembaga tersebut menghempapnya.
“Ahhh! apa ni.” jeritkan dalam ketakutan.
Ken berada dibawah tubuh lembaga yang tidak
bergerak itu, bau busuk dan hamis tidak dapat di gambarkan lagi, dengan
sepontan dia terus menolak lembaga tersebut dan entah dari mana datang
tenaganya dia meloncat dan terus lari lintang pukang menuju ke arah Restorannya.
Sebaik
sampai di depan Restorannya yang terang benderang itu dia terus masuk ke dalam
Restorannya dan mengunci pintu dengan nafas yang termengah-mengah.
“A...apa benda tu, apa benda tu...hantu ke!”
tanya Ken pada dirinya sendiri sambil memandang dalam kegelapan ke arah tempat
buang sampah itu.
Ken cuba menenangkan dirinya, dia menarik
nafas dalam-dalam.
‘Tak pernah aku setakut ni.’ getus Ken dalam
hatinya.
Dia terus duduk di dalam kedainya tanpa
bergerak hampir sepuluh minit dengan matanya memandang ke tempat itu kerana
takut lembaga itu datang ke kedainya.
‘Nampaknya benda itu tak datang ke sini,
tapikan aku rasa itu bukannya hantu agaknya sebab jika hantu kenapa dia minta
tolong pada aku, dan kesan kotoran di baju aku ni macam darah yang hampir
kering, siapa dia tu?’ ujar Ken cuba membuat andaian apabila fikirannya kembali
tenang dan rasional.
‘Kenapa mukanya begitu teruk sekali dan
berdarah-darah, adakah dia orang yang baru kena pukul dengan Gengster tempat
ini?’ Soal Ken pada dirinya sendiri.
‘Aku rasa mungkin dia kena pukul dan sudah
cedera parah, apa aku nak buat sekarang, jika aku tak tolong dia pasti dia akan
mati, tapi jika aku tolong dia tentu aku dalam masalah nanti.’ fikirannya
berperang dengan dirinya.
Dia tak tahu nak buat
apa sekarang antara rasa takut dan kesian bermain di kepalanya. Dia sedar dia
tidak boleh terlibat dalam sebarang masalah lagi kerana baru seminggu yang
lepas dia baru sahaja membelasah beberapa orang lelaki yang membuat kacau di restoran
miliknya itu dan dia sudah dalam perhatian pihak polis.
“Aku tak boleh terlibat dalam hal-hal seperti
ini, jika orang itu mati dan aku dikesan ada di situ pastinya aku ditangkap dan
dipenjarakan.”
Dia terus termenung diatas kerusi didepan
restorannya, mata Ken merenung ke arah tempat buang sampah itu seolah-olah dia
nampak orang itu mengapai tangan meminta tolong padanya, Ken terasa serba
salah. Dengan tiba-tiba dia terus bangun dari kerusinya dan berjalan keluar
dari kedainya dia telah membuat keputusannya.
Ken berjalan dengan
berhati-hati dan apabila sahaja dia tiba berhampiran lelaki itu dia mendapati
lelaki tersebut terbaring kaku, dengan perlahan dia mencangkung di sisi lelaki
itu dan kemudiannya memusing tubuh lelaki itu yang sedang terlungkup itu.
Ken terkejut besar apabila menyuluh ke arah
muka lelaki itu.
“Wah! teruknya dia ni, muka dan tubuhnya
berlumuran dengan darah manakala kepalanya di tutupi dengan rumpai laut, agaknya dia ini datang
dari laut sana kot, ataupun ada orang yang campak dia ke sini.” kata Ken membuat
andaiannya sendiri.
Ken kemudiannya meraba tangan lelaki itu dan
merasa nadi di tangan lelaki itu.
‘Eh! dia masih hidup lagi la!, Apa yang harus
buat ni!’ gumam Ken sendirian.
“Kalau aku tak tolong dia, pasti dia akan mati.”
Ken berfikir.
Tanpa
menghiraukan bau busuk dan kotoran pada orang itu, Ken terus mengangkat lelaki
itu dibelakangnya dan dengan segala tenaga yang dia ada dia terus mengendung
lelaki itu ke arah restorannya dan meletakkan lelaki itu di atas sebuah meja,
dengan segera dia memeriksa keadaan lelaki tersebut.
‘Parah juga lukanya, tapi macam mana dia boleh
hidup dengan kecederaan seperti ini?’ getus Ken dalam hati.
“Degupan jantung dia ni agak lemah, baik aku
rawatnya dahulu!”
Dengan segera Ken mengeluarkan alatan
pertolongan cemas dan terus merawat kecederaan lelaki itu, Sebagai seorang bekas
ahli Yakuza, Ken mempunyai sedikit sebanyak kemahiran dalam pertolongan cemas
dan rawatan. Ken berusaha dengan bertungkus-lumus merawat lelaki itu, Dia
mendapati luka di kepala lelaki itu sudah berhenti pendarahannya mungkin kerana
air laut yang masin telah menyebabkan pendarahan itu terhenti, tapi Ken tidak
pasti tentang hal itu.
‘Nampaknya kesan luka di kepalanya ini agak
parah, pendarahannya sudah berhenti tetapi aku tak tahu dia boleh bertahan tak
dengan kecederaan seperti ini?, jika aku biarkan tentu dia akan mati!’ ujar Ken
sambil duduk tersandar di kerusinya dan di sekitar meja itu penuh dengan kain
dan kapas yang berlumuran darah begitu juga dengan kedua-dua tangan Ken.
Ken nampaknya sudah berputus asa untuk merawat
kecederaan lelaki itu, dia kini merasa kesal pula kerana telah menolong lelaki
itu.
‘Aduh! penatnya, aku hanya dapat rawat dia
setakat itu sahaja, kecederaan dia terlalu parah, Aku rasa dia ni terkena
tembakan agaknya, peluru mungkin telah menembusi kepalanya, apa aku hendak buat
sekarang.’
“Doktor Tazaki.” getus Ken tiba-tiba.