Bab 7:
2 lawan 10
Ken
dan Kuromoto terus berbual-bual dengan mesranya dan banyak perkara yang mereka
kongsi bersama, Ken menceritakan rancangannya bagi memajukan lagi Restoran yang
baru dibukanya itu,
“Aku ada rancangan yang besar Kuro, kita akan
bangunkan perniagaan ini dan jika sambutan berterusan baik seperti ini aku rasa
aku akan buka cawangan lain dan aku mahu kau jaga tempat ini.” Luah Ken dengan
nada yang gembira.
Kuro tersenyum mendengar kata-kata sahabatnya
itu,
“Tapi Ken kau kena bersabar dan mantapkan lagi
perniagaan di sini lagipun ianya baru 7 bulan dibuka, banyak lagi yang kita
kenal lakukan.”
Ken mengangguk kepala tanda mengakui kata-kata
Kuro itu.
“Kau tahu Kuro, malam ini adalah antara malam
yang bermakna bagi aku, aku sedikit pun tak menyesal kerana tak ikut Minami
pergi berhibur di Pub sana kerana inilah pertama kali kita benar-benar berbual.”
ujar Ken sambil tersenyum pada Kuromoto.
“Ya lah! akupun rasa seronok juga, sebelum ni
mana ada masa kita nak bersembang begini, kita sentiasa sahaja sibuk.” tingkah
Kuromoto sambil tergelak.
Ken juga turut ketawa besar,
“Hahah…betul
tu Kuromoto, marilah kita balik, dah pagi dah ni nanti kita nak ke pasar
pula, akupun dah mengantuk ni.”
“Ken! kau pergi dulu, aku nak kunci pintu dan
buang sampah di belakang sana.”
“Ok! aku jalan dulu.” ujar Ken sambil berjalan
menuju ke jalan besar.
Kuro
dan Ken terus berpecah dan Ken berjalan meninggalkan restorannya sambil
menyeluk saku dan mengeluarkan sekotak rokok. Dengan perlahan dia menarik
keluar sebatang rokok dan meletakkan dibibirnya lalu menghidupkan pemetik api
dan membakar hujung rokoknya itu.
“Ahh…nikmatnya dapat hisap rokok!” ujar Ken sambil
menyedut asap rokok dalam-dalam.
Dengan tiba-tiba Ken merasakan seperti ada
yang tak kena, dia terus memandang ke depannya “Ehhh! Apa pulak ni.” ujar Ken
dalam keadaan terkejut apabila dia mendapati dihadapannya ada 3 orang lelaki
kulit putih dan diikuti dengan 5 orang lelaki yang muncul entah dari mana.
‘Apa hal mereka ni?’ getus Ken dalam hati
sambil melihat 8 orang lelaki yang berbadan besar dan bermuka bengis.
Kesemua lelaki kulit
putih itu berdiri memegang senjata ditangan masing-masing seperti kayu beluti,
Kayu Hoki, batang besi dan pemukul Besbol. Nampaknya mereka memang sudah
merancang untuk menyerang Ken. Tiba-tiba salah seorang dari lelaki itu
melangkah ke depan,
“Hei! Jepun! kau tahu aku siapa?, Aku adalah ketua
gangster tempat ini! aku dah lama perhatikan kau, aku dapati kau tak bayar duit
pelindungan dan kau belasah budak aku bukan sekali tapi dua kali, hari ini kau
mesti mampus!” jerit lelaki tersebut.
Ken merenung lelaki yang berada di hadapannya
itu, dia cuba menenangkan dirinya.
‘Aku tahu saat seperti ini pasti akan tiba,
sebelum ini sudah beberapa kali dia hantar orangnya untuk peras ugut aku tapi
aku pukul mereka, nampaknya malam ini mereka nak pukul aku pula.’ getus Ken
dalam hatinya.
“Celaka pun Jepun! Kau ingat kau siapa! Berani
kau pukul anak buah aku, kau tahu tak kau berada dimana sekarang?”
Ken sedar dia dalam bahaya sekarang dan dia
perlu melakukan sesuatu.
“Kawan aku tak mahu cari masalah, wang
perlindungan yang kau minta itu tinggi sangat, aku tak mampu bayar lagipun restoran
aku tu baru sahaja buka, modalpun tak balik lagi, berilah aku peluang.” pujuk
Ken.
“Peluang kepala otak kau! Kau ingat kami ni
apa, bila aku minta duit kau kena bagi! lagi satu berani kau pukul budak-budak
aku!”
“Aku tak cari pasal dengan orang kau, mereka
ugut dan pukul pelanggan aku, mana boleh aku diam sahaja.” tingkah Ken.
“Ahh! aku tak peduli, malam ini kau akan mati
budak!” kata ketua Gengster sambil meludah di depan Ken.
‘Aduh! macam mana ni, dulu yang aku pukul
setakat 3 orang dan tidak bersenjata, kali ni ramai dan semuanya ada senjata,
parah juga aku macam ni.’ gumam Ken dalam hatinya.
Tiba-tiba dia terasa
ada seseorang berdiri di sisinya, Ken agak terkejut dengan kehadiran orang itu
disebelahnya, jantungnya berdegup kencang, kerana dia tidak sedar bila lelaki
itu muncul ditepinya.
“Ehh siapa pula yang berdiri di sebelah aku
ni, bila masa dia muncul aku tak perasan pun.” ujar Ken dan dengan segera dia
memandang ke arah tepinya dan Ken mendapati lelaki yang berdiri di sebelahnya
itu adalah Kuromoto.
Ken melihat di tangan Kuromoto ada sebatang kayu
beluti dan kehadiran lelaki itu secara tiba-tiba mengejutkan semua Gengster
tersebut, mereka tertanya-tanya dari mana lelaki itu datang.
Dengan wajah yang serius Kuromoto berkata,
“Ken! Ada masalah ke?”
Ken tidak menjawab pertanyaan Kuromoto itu,
“Apa kau buat disini Kuro!, lekas tinggalkan
tempat ini, kecederaan kau tu masih belum sembuh, ini masalah aku dan biar aku
yang selesaikan kau jangan masuk campur!”
“Tapi mereka tu ramai, boleh ke kau kalahkan
mereka?”
Ken agak tersentak mendengar pertanyaan Kuro
itu, dia sedar dia tak mampu mengalahkan musuhnya itu tetapi dia tidak mahu
menunjukkan wajah ketakutan pada saat ini.
“Ini Ken la Kuro!, kau tengok bagaimana aku
kalahkan mereka itu dengan teknik judo aku ni, jangan kau takut sebelum ni
mereka dah aku kalahkan nampaknya mereka tak serik-serik lagi.” ujar Ken sambil
menjeling ke arah sahabatnya itu.
Ken terus menyerbu ke
arah kumpulan lelaki itu tetapi tiba-tiba 3 orang gengster itu juga turut
berlari ke arah Ken dan mereka menyerang secara serentak. Ken menjadi agak
kelam kabut dengan serangan yang bertubi-tubi itu, tiba-tiba Ken terkena tumbuk
di perut dengan agak kuat juga, menyebabkan dia tertunduk kesakitan, Seorang
lagi penyerang terus menghentak lututnya ke arah muka Ken menyebabkan Ken
terpelanting ke belakang dan terjatuh. Belum sempat Ken bangun salah seorang
lelaki itu terus menyepak kepala Ken, nasib baik kali ini Ken sempat mengelak
dan dia cuba berdiri. Tanpa Ken sedari salah seorang penyerangnya itu menghayun
kayu Besbol ke arah belakang kepala Ken.
“Awas! belakang kau!” jerit Kuro.
Mendengar jeritan itu Ken terus mengangkat
tangan kirinya melindungi kepalanya, kayu Besbol itu singgah di tangannya dan
terdengar bunyi ‘Prak!’ dan pada masa
yang sama tangan kiri Ken itu terus terkulai patah.
Ken terus jatuh dan mengerang kesakitan sambil
memegang tangannya yang patah itu.
“Aduh! sakitnya.” ujar Ken menahan kesakitan.
Tiba-tiba dia melihat lelaki yang mematahkan
tangannya itu mengeluarkan sebilah pisau dan berjalan menuju ke arah Ken,
‘Alamak! nampaknya dia ni memang betul-betul
nak bunuh aku, apa yang aku nak buat ni.’ ujar Ken sambil meringis menahan
sakit.
Gengster bertatu di muka itu mencengkam rambut
Ken dan kemudian dia mengangkat tinggi tangannya yang mengenggam sebilah pisau
yang tajam berkilat.
“Jepun sial! kau dah kalah, mampus kau!”
Ken tidak mampu
berbuat apa lagi, dia hanya berserah sahaja kali ini. Tiba-tiba dia terdengar
bunyi ‘Thup!’ yang agak kuat juga, dia
tak berani membuka matanya dan dalam beberapa ketika kemudian dia merasa tangan
yang mencengkam rambutnya mulai longgar dan terlepas.
‘Ehh! Apa yang dah jadi.’ ujar Ken di dalam
hatinya.
Dengan perlahan-lahan Ken membuka matanya dan
apa yang ia lihat lelaki-lelaki yang berada di hadapannya kelihatan terkaku dan
ada yang melopong mulut mereka.
‘Ehh! Apa yang dah jadi dengan mereka, kenapa
seperti nampak hantu sahaja.’ ujar Ken dalam hati sambil berpaling memandang ke
arah kirinya.
Ken terkejut besar apabila melihat kejadian ditepinya
itu, dia melihat lelaki yang cuba membunuhnya sebelum ini rebah dengan kepala berlumuran
dengan darah.
‘Ah! kenapa ni!’ ujar Ken dalam hatinya.
Dia tidak percaya dengan apa yang ia lihat.
‘Siapa yang pukul dia eh! Kuromoto!’ ujar Ken
apabil terlihat di tepinya berdiri Kuromoto sambil merenung Gengster-genster di
hadapan mereka.
‘Apa yang dia buat?’ tanya Ken pada dirinya.
Apabila melihat ditangan kiri lelaki itu dia
mulai faham,
‘Ahh! Nampaknya Kuro telah menyelamatkan aku,
dia yang memukul lelaki itu.’
“Kuro! Terima kasih kerana telah menyelamatkan
aku” kata Ken kepada rakannya itu.
“Tak mengapa Ken, kau ok?, bagaimana dengan
tangan kau tu?” tanya Kuromoto sambil menjeling ke arah Ken.
“Tangan
aku patah, Kuro lebih baik kita lari dari sini, mereka tu semua ganas dan kejam.”
Semua
lelaki kulit putih yang menyerang Ken merasa terkejut dengan kejadian yang di
luar dugaan mereka, mereka tidak tahu bila masa lelaki itu bertindak.
‘Setahu aku tadi, jaraknya hampir 12 kaki dari
kami bagaimana dia boleh sampai ke sisi Jepun itu dengan cepat, pantas betul pergerakan dia.’ getus salah
seorang dari ahli kumpulan tersebut.
“Pantasnya! siapa dia tu.” kata salah seorang
dari kumpulan Gengster itu.
‘Jika
di lihat tindakannya itu tadi, aku rasa dia ni lebih hebat dari orang Jepun
itu, tapi siapakah dia ni.’ kata Ketua Gengster itu dalam hatinya.
“Aah! Apa hebatnya, dia pukul curi!” tingkah salah
seorang Gengster itu.
“Kawan-kawan, dia dah tumbangkan Philips, mari
kita bunuh dia!” sambung lelaki itu lagi.
Mereka mula bersedia
untuk menyerang Kuromoto, masing-masing mengenggam kemas senjata mereka sambil
terus memantau pergerakan lelaki yang baru muncul itu, mendengar gesaan anak
buahnya Ketua Gengster itu kembali bersemangat.
“Cis!
Berani dia pukul curi, kawan-kawan! dia dah bunuh rakan kita, kita mesti
hapuskan dia!, Ayuh! serang dia habis-habisan!” Jerit ketua kumpulan itu dengan
kuat sambil mengacung tinggi besi yang ada dalam genggamannya.
Mendengar sahaja arahan dari Ketua mereka, lelaki-lelaki yang kelihatan
bengis itu menjerit-jerit sambil menjulang senjata mereka dan terus menyerbu ke
arah Muaz.