Home Novel Thriller/Aksi Perhitungan
Bab 7: Berpecah

      Sarjan Mike Sloan menjerit kesakitan, serentak itu kakinya menghenyak pedal minyak dengan kuat kerana terlalu sakit. Belakangnya terasa berbisa kerana terkena tembakan. Bas yang di bawanya teroleng-oleng lalu menghentam tembok batu di sebelah kiri. Tanpa sempat berbuat apa-apa lagi bas itu menuju tepat ke arah gaung.

“Ah Long! pegang kuat-kuat!” jerit Hirzan.

“Oh Tuhan! apa yang dah jadi…” hanya itu yang sempat diluah oleh Kapten Edward.

          Bas itu terus menjunam masuk ke dalam gaung. Tanpa dapat disekat lagi. Badan bas menghentam beberapa batang pokok, berpusing beberapa kali. Hentam yang kuat itu menyebabkan sebahagian badan bas terkopak. Beberapa orang tercampak keluar, Bas berguling-guling beberapa kali. Dalam malam yang pekat itu hanya terdengar bunyi yang gempita. Akhirnya bas itu terdampar di kaki lembah gaung. Sebahagian besar badan bas telah hancur dan terkopak. Bahagian depannya terbenam sedikit dalam salji. Kelihatan Asap hitam menjulang naik.

Tidak lama kemudian kelihatan beberapa tubuh bergerak-gerak dari dalam bas yang separuh hancur itu. Suara erangan dan keluhan meminta tolong mula bergema. Ah Long yang berada dalam pelukkan kemas Hirzan turun membuka matanya dengan perlahan-lahan.

“Hirzan! bangun, bangun Hirzan,” kejut lelaki tua itu.

         Lelaki Tua itu berdiri perlahan-lahan. Dia mendapati bas itu telah hancur teruk. Semua barangan dan bahagian badan bas bersepah-sepah ke merata tempat. Ah Long terpandang beberapa mayat yang bergelimpangan di dalam bas. Ada yang mati dengan besi menembusi tubuh mereka. Ada yang kepalanya hancur kerana terkena hentaman kayu. Tidak kurang juga yang sedang mengerang kesakitan. Ah Long terjumpa sebotol air, dengan perlahan dia menuang air itu di telapak tangannya. Lalu mengusap tangannya pada muka Hirzan.

“Apa yang dah jadi Ah Long!” tanya Hirzan.

“Kita kemalangan… Bas jatuh dalam gaung, ramai yang mati.” Luah Ah Long.

             Hirzan mengangguk perlahan. Tubuhnya terasa sakit. Mungkin kerana dihentam bertalu-talu.

Dari jauh dia terlihat beberapa orang Banduan sedang berhimpun, dengan perlahan dia berjalan ke arah mereka. Dia terdengar seorang lelaki bercakap.

“Hawk kau tak boleh buat begini! bukankah kita ini rakan kongsi. Berapa banyak aku beri kau kemewahan dan kemudahan sepanjang di Penjara sana. Aku yang menjaga dan melantik kau ketua di sana. Kau kan masih orang bawahan aku!”

Dia mendapati Kapten Edward duduk dalam kesakitan sambil di kelilingi Hawk dan rakannya.

“ALLAH!’ getus Hirzan, apabila mendapati tangan kiri lelaki itu telah putus sampai ke lengan. Juraian daging dan urat bergantung di tangannya.

“Edward, Edward,Edward… kau ini manusia yang paling bodoh pernah aku jumpa. Kau ingat aku mahu sangat jadi anak buah kau!. Aku ikut arahan kau selama ini untuk seksa dan buli budak itu bukan kerana aku mahu tetapi kerana aku mahu kemudahan yang kau berikan. Setiap hari aku menyimpan dendam kepada kau. Kau hina dan jatuhkan maruah aku. Aku berdiam diri kerana aku tahu harinya akan tiba juga nanti. Inilah hari itu! Aku akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri. Selamat tinggal Kapten Edward yang bodoh dan kejam.” Hawk menghalakan sepucuk senapang ke arah kepala Kapten Edward.

             Dentuman peluru yang ditembak bergema. Hawk berpaling memandang ke arah semua banduan yang masih hidup selepas kemalangan itu.

“Kawan-kawan! aku telah membebaskan kamu semua dari penjara. Kita akan keluar dari tempat ini. Kita akan mulakan hidup baru!”

“Aku mahu kamu semua kumpulkan pakaian, makanan dan senjata. Semuanya letak di depan aku ini.” arah Hawk.

Setengah jam kemudian, kelihatan longgokkan kecil barang-barang di hadapan Hawk. Lelaki itu memandang longgokan barang-barang di hadapannya.

“Hanya ini sahaja yang kamu dapat?” tanya Hawk dengan nada yang tidak berpuashati.

“Maaf Hawk…puas kami menyelongkar ini sahaja yang kami dapat. Bas ini tak bawa banyak bekalan makanan.” terang Carlos kepada ketuanya.

“Hawk! jika kau tidak keberatan biar aku tolong bawa sedikit. Aku dan Ah Long boleh tolong.”

           Hawk merenung Hirzan dengan pandangan yang tajam. Hubungan kedua lelaki itu tidak pernah baik sejak dari hari pertama Hirzan masuk ke penjara lagi.

“Hirzan! terus terang aku katakan, kau bukan musuh aku. Aku seksa kau dahulu kerana lelaki itu beri arahan. Aku tiada perasaan dendam dan benci pada kau. Tetapi aku tak mahu kau dan orang Tua itu ikut serta dalam kumpulan kami. Kau bebas pilih laluan mana yang kau nak pergi.” Hawk berkata dengan nada yang tegas.

“Tolonglah Hawk! aku merayu. Jangan tinggalkan kami berdua di sini. Kami tak tahu bagaimana untuk hidup di sini. Kami pasti mati,” rayu Ah Long

“Itu masalah kau! Apa aku peduli dengan nasib kau!” luah Hawk dengan tegasnya.

Tanpa menghiraukan Hirzan dan Ah Long. Hawk memberi arahannya.

“Baiklah…kita akan menuju ke sebelah Barat. Aku rasa sana berdekatan dengan laut. Kita akan pergi ke arah sana. Dari sana kita akan berjalan menyusuri pantai sehingga sampai ke Pelabuhan Prince Rupert semula.” Hawk menerangkan rancangannya.

            Beberapa minit kemudian kumpulan yang diketuai oleh Hawk berjalan pantas meninggalkan tempat itu. Hirzan dan Ah Long hanya memerhatikan sahaja. Tiba-tiba Hirzan terlihat kumpulan Hawk itu berhenti. Seorang lelaki dalam kumpulan itu bercakap-cakap dengan Hawk. Hirzan dan Ah Long memerhati dengan penuh minat. Tidak lama kemudian lelaki itu menyerahkan barang yang dia bawa kepada Hawk. Lelaki itu berpatah balik menuju ke arah Hirzan dan Ah Long. Sebaik sahaja sampai ke tempat kedua lelaki itu. lelaki kulit putih yang masih muda itu berkata,

“Aku Chris. Aku tak mahu ikut kumpulan Hawk itu. Aku mahu ikut kau berdua.” lelaki yang bernama Chris itu tersenyum.

“Nanti dulu! kenapa nak ikut kami. Kami ini tengah buntu. Lagipun kami langsung tiada apa-apa barang dan peralatan. Semuanya sudah diangkut oleh kumpulan Hawk. Aku rasa kau ini buat pilihan yang salah. Lebih baik kau kembali semula ke kumpulan Hawk itu.” Ah Long berkata dengan penuh curiga.

“Aku rasa tindakan Hawk untuk menuju ke arah Barat itu tindakan yang sia-sia dan merbahaya. Lagi pula pihak Polis telah tahu akan kejadian ini. Mereka pasti akan memburu kita. Aku rasa rancangan Hawk untuk kembali semula ke Pelabuhan Prince Rupert itu tindakan yang bodoh. Mereka umpama masuk semula ke kandang buaya. Aku mahu ikut kamu berdua.” terang Chris panjang lebar.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.