Bab 1:
Pembalasan
Masjid
Al- Aybaki, Gaza City, Palestine
“Hidup itu sendiri adalah perjuangan, setiap
hari kita harus berjuang dan menghadapi perbagai dugaan, sebagai rakyat
Palestine, rakyat di bumi bertuah ni, rakyat di bumi para ambia ini, kita mesti
terus hidup dan berjuang mempertahankan Negara ini, kerana kita telah diwarisi
oleh orang-orang terdahulu dari kita, kini bangsa Yahudi telah menguasai tanah
kita ini, tetapi kita tidak harus menyerah dan mengalah, kita mesti terus kuat
dan bersatu.” ucap Sheikh Ahmed Yasen dengan suara yang lantang hingga terdengar diseluruh Masjid tua di bumi Gaza
itu.
“Ingatlah Firman ALLAH ini,
“Jika
Allah menolong kamu maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan
kamu; dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong
kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah
jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri”. Surah Al- Imran ayat
160.
oleh itu sahabat-sahabatku dan para pejuang,
kita tidak boleh patah semangat dan mundur dalam perjuangan mempertahankan bumi
Palestine ini dan agama ALLAH, kita mesti terus bersatu hati bagi menghancurkan
negara Israel dan bangsa Yahudi yang zalim itu.” tegas Lelaki tua itu.
Seluruh
jemaah di dalam Masjid itu terdiam dan terpana mendengar syarahan awal subuh
itu, kata-kata dari pemimpin ulung Hamas itu benar-benar membangkitkan semangat
rakyat Palestine dan memperkuatkan tekad mereka untuk membebaskan bumi
Palestine dari cengkaman Israel setelah lebih 80 tahun.
“Benar apa yang Tuan Sheikh katakan itu, kita
ada tanggungjawab yang besar, tugas membebaskan bumi Palestine ini ada ditangan
kita.” bisik seorang lelaki pada teman di sebelahnya.
“Aku setuju Kareem, walaupun kita hanya ada
tulang empat kerat ini sahaja tetapi kita ada ALLAH dan janjinya yang pasti.”
ujar teman lelaki itu sambil tersenyum.
Sheikh Ahmed Yasen kemudiannya menamatkan syarahan
paginya dengan puji-pujian pada ALLAH Taala dan Nabi Muhamad dan seluruh warga
di dalam masjid itu menyambut dengan takbir yang bergema. Selesai tazkirah pagi
Sheikh Ahmed kemudiannya keluar dari masjid dengan di iringi pengiringnya
menuju ke arah kenderaannya. Sheikh Ahmed Yasen memandang ke langit yang sudah
mulai cerah dikala matahari kelihatan mula mengintai dibalik kabus sambil
membiaskan cahaya keemasannya,
“Cuba kau lihat itu Yazid, alangkah indahnya
subuh di bumi bertuah ini, demi agama dan tanahairku ini aku rela berkorban,
sesungguhnya tiada yang lebih manis kecuali mati dalam jihad dan mempertahankan
agama yang suci ini.”
“Apa yang Tuan Sheikh katakan, tiada siapa
yang akan terkorban, Tuan Sheikh mesti menyaksikan pembebasan Palestine satu
hari nanti.” ujar Pembantunya itu.
“Entahlah, Yazid aku rasa inilah subuh
terakhir untuk ku.” balas Sheikh Ahmad Yasen sambil matanya merenung langit
yang semakin cerah itu.
Dari kejauhan kelihatan dilangit biru yang
semakin cerah itu sebuah helikopter terbang dengan pantasnya memasuki sempadan
daerah Bandar Gaza itu, helikopter jenis AH-64
Apache Gunship. Pesawat canggih itu dikendalikan oleh Paul Smith dan dibantu
oleh Death yang mengendalikan senjata tempur.
“Paul, aku rasa disana masjid itu, lekas arahkan
ke sana!” arah Death sambil sekali sekala dia memantau dari sistem GPSnya
“OK!” ujar Paul sambil menghalakan pesawatnya
itu ke arah yang dikatakan oleh rakannya.
Death menggunakan teropong pembidik dan dapat
melihat imej Sheikh Ahmed dan pengiringnya sedang bergerak menuju ke arah
kenderaan mereka, dengan segera dia memokuskan sasaran targetnya pada Sheikh
Ahmed bersedia untuk menembak dengan peluru ’missile’
yang canggih yang dikenali dengan nama ’AGM-114
Hellfire’, missile buatan syarikat Lockhead Martin yang dianggarkan
berharga hampir USD 68,000 atau lebih kurang RM210,800. Missile ini adalah
sebuah senjata yang amat hebat dan canggih di mana ia boleh mencapai sasaran
hampir 8kilometer dan berkelajuan hampir 1.3 Speed march atau bersamaan 425 meter per saat dan dengan kuasa
memusnahnya yang amat hebat. Death terus memakukan pandangannya melalui alat
pembidik pada senjatanya itu dan menunggu masa sahaja untuk menekan punat
kawalan senjata itu.
“Ehh!! Apa tu, nampak seperti helikopter!”
tunjuk salah seorang pembantu Sheikh Ahmed.
Semua pembantu, pengawal dan Sheikh Ahmed sendiri
melihat ke arah yang ditunjukkan itu.
“Ahhh!..pesawat tempur Israel! lekas bawa
Sheikh Ahmed ke kereta sekarang, tinggalkan tempat ini.” arah Yazid yang
menjadi ketua Pengawal Sheikh Ahmed.
Sheikh Ahmad memandang helikopter itu dengan
pandangan yang sayu,
“Ya
Allah akhirnya janji aku telah tiba untuk bertemu denganmu, ampunilah segala
dosaku dan maafkan aku kerana tidak mampu merampas kembali bumi bertuah ini.”
ujar Sheikh Ahmed dengan pandangan yang redup.
Pada masa yang sama
juga kelihatan asap berwarna putih sedang terbang dengan pantas keluar dari
badan Helikopter itu. Peluru missile yang dilepaskan itu meluncur laju bak
seperti anak panah yang dilepaskan dari busarnya dan dalam hanya beberapa saat
sahaja peluru missile itu terus menghentam kereta dimana Sheikh Ahmed berada
berhampirannya dan disaat itu juga terdengar satu bunyi letupan yang kuat
diiringi bebola api yang menjulang tinggi.
Death yang sedang meneropong melalui teropong
itu tersenyum dengan bangga kerana berjaya membunuh seorang lagi pemimpin Islam
yang besar yang sebangsa dengannya dan dengan senyum dari bibirnya yang sumbing
itu dia berkata dalam hatinya,
“Heheheh....hari ini aku merasa amat puas,
setelah aku berjaya membunuh Muaz dan beberapa pemimpin Islam yang besar kini
aku berjaya pula membunuh pemimpin Islam yang tua yang masih tak sedar diri
ini....hahahaha.”
Helikopter itu terus terbang tinggi
meninggalkan bumi Gaza yang masih berdarah dengan darah syuhada Sheikh Ahmed
Yasen........