Home Novel Thriller/Aksi Legasi Pejuang 3 - Permulaan sebuah pengakhiran
Legasi Pejuang 3 - Permulaan sebuah pengakhiran
9/3/2016 10:42:13
5,387
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab Bab 4: Saintis Upahan

Bab 4 : Saintis Upahan

“Tu…Tuan! maafkan saya, hanya setakat ini sahaja perjuangan saya. Ianya satu penghormatan dapat berjuang bersama tuan,” luah Yassir sambil terbatuk kecil, darah menyembur dari mulutnya.

“Yassir! Yassir… kau mesti bertahan,” pujuk Syed Fahim sambil cuba merawat luka Yassir.

Dengan perlahan, Yassir memegang tangan Syed Fahim yang sedang melekapkan kain untuk membersihkan darahnya, dia merenung ketuanya dengan wajah yang sayu.

“Cukuplah Tuan…usah pedulikan saya, masa semakin suntuk. Tuan pecahkan kaca di tepi panel kawalan, kemudian tekan butang biru. Pastikan suis kawalannya tuan pecahkan. Pintu itu akan tertutup dan tidak akan boleh dibuka lagi. Tuan akan selamat,’ ujar Yassir sambil menahan kesakitan.

Bergenang air mata Syed Fahim mendengar kata-kata anak buahnya. Dia begitu terharu dengan sikap perwira anak buahnya. Walaupun nyawa dihujung halkum, dia masih lagi memikirkan rakannya yang lain. Pandangan mata Prebet Yassir semakin bening, nafasnya turun naik satu persatu, akhirnya dadanya terhenti dari bergerak. Dia telah kembali kepada Sang Pencipta, ALLAH yang agung. Syed Fahim memandang sayu ke arah sahabatnya, air matanya mengalir ke pipi. Seorang lagi anak buahnya telah gugur syahid.

“Bersemadilah dengan aman, moga kau mendapat ganjaran atas perjuangan ini,” bisik Syed Fahim lalu mengqiamkan tangan anak buahnya.

Pada masa yang sana, satu-satunya anak buah Syed Fahim masih lagi berjuang di luar sana. Nasir Abbas masih belum menyedari yang mereka hanya tinggal berdua sahaja. Dia masih berjuang dengan penuh semangat dan berani. Musuh yang menyerang semakin lama semakin ramai. Rupanya mereka sengaja menjerat Skuad Al Jabbar untuk mencerobohi tempat ini, rancangan Hamas untuk memusnahkan tempat ini sudah dihidu oleh pihak musuh. Oleh itu mereka telah merancang untuk menghapuskan sekaligus Skuad Al Jabbar yang memang selama ini memberi masalah kepada Tentera Israel. Sejarah kebolehan dan kejayaan kumpulan itu selama ini membuatkan pihak Mossad dan Tentera Zionist cuba mencari jalan untuk memusnah kumpulan itu. Dalam perjuangan pasti ada musuh dalam selimut, kini misi mereka hampir berjaya. Hanya ada dua orang sahaja lagi Skuad Al Jabbar yang masih tinggal.

“Ayuh! Serang mereka! Jangan benarkan mereka masuk ke dalam bilik itu! Mengikut rancangan tuan ketua mereka semua harus mati di sini!” arah seorang tentera yang mengetuai serangan tersebut.

Puluhan anggota tentera Zionist terus melepaskan tembakan bertubi-tubi. Nasir Abbas yang sedang bertahan di luar bilik itu akhirnya terpaksa berlindung dari peluru yang berterbangan ke serata arah. Dia semakin tertekan, matanya memandang ke arah pintu besi yang terbuka luas. Dia sedang berkira-kira.

‘Jika aku lari masuk ke sana, pasti aku akan ditembak oleh mereka,’ getusnya dalam hati.

Syed Fahim mengesot ke arah muka pintu, dia melihat senjata berat itu sudah hampir selesai dipasang. Masa semakin suntuk, jika dia tidak berbuat apa-apa mereka akan tewas.

‘Aku mesti selamatkan Nasir.’

Lalu Syed Fahim segera berpatah balik ke arah jasad Yassir. Dia mengambil beg sandang dari tubuh arwah Yassir. Dengan segera dia mengeluarkan sesuatu dari beg itu lalu dengan segera Syed Fahim memasangnya.

Sebaik sahaja memasang benda itu, dia segera kembali ke muka pintu. Syed Fahim melihat tentera Israel sedang galak menembak ke arah Nasir Abbas yang masih berlindung. Nyawa Nasir Abbas dihujung tanduk pada masa yang sama Senjata berat yang dipasang tadi perlahan-lahan dihalakan ke arah Nasir Abbas.

‘Celaka! Aku mesti bertindak cepat!” getus Syed Fahim.

Syed Fahim tahu dengan peluru senjata berat yang bersaiz 60mm itu pasti tubuh anak buahnya akan hancur berkecai.

“Nasir…bersedia! kau lari ke sini,” jerit Syed Fahim dengan lantangnya.

Nasir Abbas yang sudah tertekan itu memandang ke arah ketuanya, dia mengangguk dengan segera sebaik sahaja terpandang benda di tangan ketuanya. Syed Fahim dengan pantas bertekud lutut sambil mengangkat senjata di atas bahunya. Dia menghalakan senjata 60mm M224 Lightweight Mortar ke arah kumpulan tentera Israel.

‘Mampus kau Yahudi laknatullah!’ makinya dalam hati.

Beberapa orang tentera Israel tersedar apa yang Syed Fahim lakukan. Belum sempat mereka lari Syed Fahim terus menekan butang picu pada Mortarnya. Peluru roket dari senjata berat itu meluncur laju, lalu menghentam ke arah tentera musuh. Letupan yang kuat bergema, mengegari seluruh tempat itu. Bebola api menjulang tinggi, serpihan daging dan tulang-tulang melayang ke udara, jeritan kesakitan bergema. Dinding batu di tepi mereka runtuh dan terpokah, Nasir Abbas yang sedang berlindung terus berlari ke arah balik pintu besi itu.

‘Bagus!’ getus Syed Fahim bila melihat anak buahnya berlari laju.

Sebaik sahaja Nasir Abbas melepasi pintu besi itu, Syed Fahim menekan butang berwarna biru seperti yang Yassin ajarkan. Serentak itu pintu besi yang berat itu mula tertutup perlahan-lahan. Di luar sana, belasan anggota tentera Israel mati bergelimpangan, mana yang cedera menjerit kesakitan.

“Rasakan! Ini pembalasan kerana membunuh rakan-rakan aku,’ gumam Syed Fahim kepuasan.

Sebaik sahaja pintu itu rapat, Syed Fahim terus memecahkan suis panel kawalan itu. Tindakan Syed Fahim telah memutuskan bekalan eletrik untuk membuka pintu besi yang tebal tersebut. Mustahil untuk pihak Israel membuka pintu itu kecuali dengan menggunakan bahan letupan yang berkuasa. Syed Fahim dan Nasir Abbas tersandar di dinding.

“Terima kasih Tuan,” ujar Nasir Abbas dalam kelelahan.

“Aku tak tahu sama ada Sarjan Imran dan Musab masih hidup lagi atau tidak. Aku harap mereka sempat memasang bom-bom itu. Nasir walau apa pun yang terjadi, walaupun nyawa kita menjadi taruhan, misi ini mesti dijayakan. Kita mesti hapuskan semua saintis itu serta bahan penyelidikan mereka!” kata Syed Fahim memberi semangat pada anak buahnya.

Nasir Abbas mengangguk kecil, dia akui ketika ini bukan nyawanya yang penting tetapi nyawa seluruh umat manusia yang lebih bermakna.

‘Aku mahu mati sebagai seorang pejuang seperti mana rakanku yang lain.’ getus Nasir.

“Ayuh Tuan! Kita sudahkan misi ini demi kawan-kawan kita!” luah Nasir bersemangat.

Syed Fahim tersenyum melihat semangat satu-satunya anak buah itu. Dengan tubuh yang dibasahi peluh serta kesan darah mereka berlari laju menuruni sebuah tangga.

“Berhati-hati Nasir mungkin ada musuh di dalam sana,” Syed Fahim memberi ingatan.

Mereka semakin jauh masuk ke dalam bangunan yang dibina cukup kukuh itu. Lorong yang mereka lalui kelihatan diterangi lampu neon, Mereka langsung tidak mendengar sebarang bunyi di luar sana.

‘Nampaknya tempat ini memang kedap bunyi. Aku rasa orang di dalam tempat ini masih belum sedar apa yang berlaku di luar sana,’ fikir Syed Fahim dalam hatinya.

Setelah berlari hampir 35 minit, akhirnya mereka sampai di sebuah selekoh. Syed Fahim mengangkat tangannya memberi isyarat untuk berhenti. Dia mengeluarkan sebentuk cermin kecil yang dipasang pada sebatang besi. Dengan berhati-hati dia menghulurkan cermin itu dibalik tembok tempat dia bersembunyi. Dari biasan dalam cermin dia dapat melihat ada tiga orang pengawal yang sedang mengawasi sebuah pintu kaca. Syed Fahim tahu mereka sudah sampai di tempat yang ditujui.

“Nasir! kita sudah sampai ke lokasi yang kita cari, di depan sana terletaknya makmal yang menjadi matlamat kita. Tempat itu dikawal oleh tiga orang pengawal yang lengkap bersenjata. Aku rasa mereka belum menyedari apa yang terjadi di atas sana. Adakah kau sudah bersedia?” tanya Syed Fahim sambil memandang ke arah Nasir Abbas.

“Saya bersedia tuan! ayuh kita sudahkan misi kita,” luah Nasir dengan bersemangat.

Nasir Abbas mengenggam kemas senapang AK-47 nya. Masa untuk bertindak, masa untuk membalas dendam.

Syed Fahim mengeluarkan sebalang bom asap. Dia menarik pin pada balang bom asap itu. lalu dilontarkan ke arah musuh. Terdengar letupan kecil lalu kepulan asap putih berkepul-kepul keluar. Ketiga-tiga orang pengawal itu terkejut dengan keadaan itu.

“Serbu!” jerit Syed Fahim.

Nasir Abbas serta Syed Fahim meluru keluar sambil melepaskan tembakan bertalu-talu. Ketiga-tiga orang pengawal yang belum bersedia itu, tidak sempat berbuat apa-apa. Peluru Nasir Abbas serta Syed Fahim menembusi tubuh ketiga-tiga orang tentera Israel itu tanpa belas kasihan. Pintu kaca di belakang mereka berderai terkena hentaman peluru. Akhirnya Nasir Abbas dan Syed Fahim menghentikan tembakan mereka. Seluruh kawasan makmal itu diselubungi asap.

“Biar saya masuk dulu tuan. Saya mahu bunuh semua Saintis Yahudi itu!” luah Nasir Abbas lalu berlari laju, Syed Fahim tidak sempat menahannya.

Syed Fahim berjalan mengekori Nasir Abbas, dia melihat mayat tiga orang Tentera Israel yang mengawal tempat itu mati bergelimpangan. Tubuh mereka bersarang dengan peluru.

Manakala Nasir Abbas yang meluru masuk ke dalam Makmal itu mengenggam kemas senjatanya. Matanya melilau cuba mengesan di mana Saintis Yahudi itu berada. Asap putih mulai semakin menipis. Sebenarnya sebaik sahaja terjadinya serangan tadi kesemua para Saintis itu segera bersembunyi. Mereka takut akan dibunuh, Nasir Abbas melangkah dengan penuh waspada. Tiba-tiba dia tersenyum sinis, dari balik biasan cermin dia melihat beberapa tubuh manusia yang sedang menyorok dibaliksebuah almari. Dengan geramnya dia segera mencekah senapangnya, lalu dia melompat ke arah musuh. Nasir Abbas terus melepaskan tembakan tanpa belas kasihan.

Tergamam kesemua Sainstis itu melihat kemunculan Nasir Abbas. Dikuasai rasa marah dan kecewa kerana rakan-rakannya dibunuh, Nasir Abbas terus melepaskan tembakan bertubi-tubi seperti kehilangan akal. Para Saintis itu tidak mampu berbuat apa, mereka menjerit kesakitan, peluru tersebut menghentam tubuh mereka lalu menghancurkan organ dalaman mereka. Seorang demi seorang rebah ke bumi, darah membasahi lantai makmal. Syed Fahim yang baru masuk ke dalam makmal itu terpaku melihat apa yang Nasir Abbas lakukan.

“ALLAH! Nasir hentikan…cukup!” kata Syed Fahim sambil memegang bahu Nasir.

Nasir menghentikan tembakan, dia memandang ke arah ketuanya dengan linangan air mata. Air mata kegeraman yang amat sangat.

“Mengucap Nasir, cukuplah…mereka semua sudah mati,” luah Syed Fahim sambil menepuk bahu anak buahnya.

Dalam kemarahan manusia mudah hilang kewarasan. Syed Fahim berjalan menuju ke arah tubuh-tubuh yang sudah kaku itu. Dia melihat kesemuanya sudah mati, dahi Syed Fahim berkerut. Dia merenung tubuh-tubuh yang sudah kaku itu.

‘Eh! hanya ada empat orang sahaja, ikut maklumat ada enam orang Saintis. Mana lagi dua orang.’

“Nasir! aku rasa ada lagi dua orang Saintis yang masih hidup. Mungkin mereka sedang bersembunyi,”luah Syed Fahim sambil matanya mencari-cari dua orang musuhnya itu.

‘Manakah Saintis yang menjadi tali barut orang-orang Yahudi itu,’ getusnya dalam hati.

Nasir Abbas yang baru memasukkan semula peluru dalam senapangnya memaku pandangan ke arah ketuanya.

“Maksud Tuan ada dua orang lagi yang masih hidup. Biar aku cari mereka!”

“Nanti Nasir! kawal diri kau, kita perlukan mereka hidup-hidup,” kata Syed Fahim.

“Kenapa tuan?”

“Kita perlukan mereka hidup-hidup kerana hanya mereka yang tahu tentang dokumen itu. Jika kita bunuh mereka semua kita tidak tahu apa yang telah mereka capai dan di mana semua maklumat itu disimpan.”

“Baiklah… Tuan, aku tidak akan membunuh mereka,” janji Nasir.

Syed Fahim mengangguk, lalu mereka berjalan dengan perlahan mencari dua orang Saintis lagi yang mungkin sedang bersembunyi. Setelah puas mencari di ruangan itu mereka tidak dapat mengesan di mana kedua Saintis tersebut.

“Mereka tiada di sini…” luah Nasir dengan nada yang menyimpan geram.

Dia berjalan memasuki bilik makmal yang lain.

“Aku tahu kamu berdua ada di dalam tempat ini. Lekas keluar jika kamu mahu hidup!” jerit Nasir dengan kuatnya.

Keadaan terus membeku, kemarahan Nasir mula meningkat. Dia melepaskan beberapa das tembakan, pelurunya memecahkan beberapa buah peralatan yang berada di ruangan itu.

Dengan tidak semena-mena matanya terpandang ke arah dua orang ahli Sains yang sedang bersembunyi sambil berpeluk dalam ketakutan dibalik sebuah meja. Kedua-dua Saintis itu mengigil bila menyedari musuh yang memburu mereka sudah mengesan mereka. Mata Nasir Abbas merah sambil merenung ganas ke arah kedua orang musuh di hadapannya. Dibakar api kegeraman Nasir Abbas terlupa janji yang dibuat pada ketuanya. Dia mengangkat senapang AK 47nya lalu dibedik ke arah kedua orang ahli Sains itu.

“Kamu harus mati! kamu bersekongkol dengan mereka semua,” luahnya dengan suara garau.

Kedua Saintis itu terpaku, muncung senapang sudah dihalakan ke arah mereka. Pasrah menanti nyawa diambil dari tubuh. Jari Nasir Abbas menarik picu senapangnya.

“Nanti Nasir!” jerit Syed Fahim sambil berlari laju ke arah anak buahnya.

Nasib baik di saat akhir Syed Fahim sempat menolak tubuh anak buahnya ke tepi. Tembakan itu tersasar, Nasir Abbas merenung garang ke arah orang yang menolaknya. Kedua orang Saintis itu mengambil kesempatan untuk menyorok di tempat lain.

“Sabar Nasir…sabar!” Syed Fahim cuba menenangkan anak buahnya.

“Tapi Tuan! mereka ini bersekongkol dengan pihak Yahudi. Rakan-rakan kita mati kerana mereka!” tegas Nasir dengan wajah yang tidak puashati.

“Sabar Nasir! kemarahan akan memakan jiwa kau. Dengar apa yang aku nak katakan ini. Misi kita adalah untuk memusnahkan kajian senjata nuklear dan senjata kimia. Tanpa mereka kita tidak tahu apa yang telah mereka capai,” ujar Syed Fahim dengan nada berdiplomasi.

Dia tahu orang yang dibakar api kemarahan, tiada apa yang dapat menyejukkannya. Nasir masih tetap menghalakan senapanngnya ke arah kedua musuhnya itu.

“Nasir, Nasir… dengan apa yang aku nak cakapkan ini. Mereka bukannya tentera, mereka hanyalah ahli sains sahaja. Kita tidak boleh membunuh mereka. Biar aku yang menyelesaikan semuanya ini. Kau tunggu di sini,” Syed Fahim cuba menenangkan rakannya itu.

Nasir Abbas memandang ke arah ketuanya, setelah berfikir beberapa ketika diapun mengangguk tanda akur dengan permintaan Syed Fahim itu.

“Kamu berdua! lekas keluar!” jerit Syed Fahim.

Kata-kata Syed Fahim langsung tidak menerima maklum balas dari kedua Saintis tersebut.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.