Bab 6 :
Orang Baru
5 bulan
kemudian…
Restoran
Ozen Gaku meriah dengan tetamunya yang tidak putus-putus, dengan hidangan Sushi
dan Sashimi nya yang disediakan segar ianya telah menarik minat ramai pelanggan.
Ken Kagiyama yang berkerja dibahagian dapur begitu sibuk menyediakan hidangan
yang dipesan.
“Kuro! Sushi ni dah siap hantar ke meja 7 cepat,
jangan lupa tambahkan ‘Ocha’ kalau kau tengok sudah habis!” arah Ken pada
pembantunya itu.
“Baik Ken!, tapi ini ada satu lagi pesanan,
tolong buatkan satu set ‘Udon daging’, dia tak mahu letak sayur tau!” jerit
Kuromoto pada ketua tukang masak itu.
“Baik!” jerit Ken sambil menganggukkan
kepalanya.
Kuromoto terus mengambil hidangan yang sudah
disiapkan oleh Ken itu dan membawa ke meja nombor 7 dan makanan itu dihidangkan
kepada pasangan lelaki dan wanita kulit putih itu.
“Tuan perlukan apa-apa lagi?” tanya Kuro
dengan suara yang lembut.
Lelaki kulit putih itu memandang ke arah Kuro
sambil tersenyum,
“Kau tahu? Ini adalah kali pertama kami datang
ke restoran ini, selepas kami mendapat maklumat yang makanan di sini sedap dan
segar, nampaknya kami tidak membuat pilihan yang silap, memang sedap betul
makanan di sini ya!” kata lelaki itu dengan wajah yang ceria.
“Ah! Baguslah begitu Tuan, dulu restoran ini
tak ramai pelanggan seperti ini selepas kami menukar dan memperbaiki menu
makanannya ianya semakin mendapat sambutan, saya ucapkan terima kasih pada Tuan
dan Puan kerana sudi datang ke sini.” kata Kuro dengan wajah yang ceria.
Kuromoto
kemudiannya kembali ke dapur kerana ingin mengambil hidangan yang lain.
‘Nampaknya dari hari ke hari restoran ini
semakin mendapat sambutan, tidak sia-sia Ken menukar menu dan melakukan ubah
suai pada restoran ini.’ kata Kuromoto sendirian.
Ken yang sedang berkerja di dapur bersama 3
orang pembantunya lagi terus tekun menyediakan hidangan yang dipesan,
prinsipnya satu iaitu menyediakan hidangan yang segar dan sedap kerana itulah
kunci kejayaan perniagaannya kini.
Jam
sudah berganjak ke pukul 12.30 tengah malam, kedainya baru setengah jam ditutup,
Ken bersama rakan baiknya Minami duduk di atas kerusi diluar kedainya sambil
melihat Kuromoto mengemas bahagian depan kedai tersebut.
“Kau tengok tu Minami, aku tak sangka lepas
Kuromoto datang ke sini perniagaan aku semakin berjaya dan maju, tidak pernah
terfikir olehku ianya akan berjaya seperti ini kau tahulah tempat ini bukannya
ramai pelangganpun dan kita sering diganggu oleh gengster yang mahu wang
pelindungan, aku ingat lepas aku pukul budak Gengster 5 bulan yang lalu mereka
tak kacau lagi, 2 minggu lepas dia orang kacau lagi, kali ini aku belasah
mereka cukup-cukup!”
“Yelah akupun tak sangka Restoran ini boleh
jadi seperti ini, dulu tempat ini lebih banyak kosong dari penuh dan masa kau
kata nak buka Restoran, aku kata kau gila tapi Ken kau memang gila, kau tukar
tempat ini sebagai salah satu Restoran yang hebat dan dapat sambutan yang
ramai, aku kagum, tapi aku risau juga sebab kau dah berapa kali pukul gengster
tu, mereka pasti berdendam dengan kau, kau tak takut ke?” ujar Minami.
“Aku takut juga tapi mereka memang tak serik
dan masih peras ugut aku, yang aku risau sekarang ialah Pihak Polis sedang
memerhatikan aku, ye lah macam kau tahu kita ini pendatang, walaupun orang
tempatan buat masalah mereka tetap kata kita yang salah.”
“Ken aku rasa lebih baik kau berhati-hati, aku
dengar cerita kumpulan gengster tu nak kenakan kau, eh! bagaimana dengan
Kuromoto? aku tengok dia dah semakin sihat dan rajin betul dia ni.”
“Ya dia semakin sihat, tapi sampai saat ini
dia masih lagi tak tahu siapa dirinya yang sebenar nasib dia memang baik,
doktor Tazakipun sendiri tak sangka dia akan sembuh dengan begitu cepat sekali.”
getus Ken sambil meneguk minuman keras itu sambil menjeling ke arah Kuromoto.
Rakan Ken yang berada di sebelahnya juga
memandang ke arah Kuromoto yang sedang tekun berkerja tanpa memperdulikan
keadaan sekeliling.
“Mana Shibata dan Uruhara?” tanya Minami pada
Ken tentang 2 orang pekerjanya lagi.
“Ah! kau bukan tak tahu mereka berdua tu, siap
sahaja kerja terus cabut balik.”
Minami tersenyum mendengar rungutan Ken itu.
“Aku kagum dengan Kuro tu Ken! rajin betul dia
berkerja tapi dia memang seorang yang pendiam, aku selalu lihat dia termenung
dan menyendiri.” ujar Minami.
Ken memandang ke arah rakannya itu,
“Akupun tak tahu Minami, walaupun dah hampir 5
bulan dia tinggal dengan aku, dia tak banyak cakap pun, aku biasanya biarkan sahaja
dia bersendirian, dia lebih suka menyendiri seolah-olah sedang memikirkan
sesuatu, akupun tak tahu apa yang dia fikirkan tapi dia memang rajin, dalam resturan
ini tak ada siapa yang boleh lawan dari segi kerja, memang hebat betul dia ni.”
puji Ken.
“Kau pernah tanya pada dia ke?” kata Minami
sambil melihat ke arah Muaz.
“Tanya apa?” kata Ken
“Ala..tanya tentang siapa diri dia, datang
dari mana, apa kerjanya sebelum ini?”
“Ada juga aku tanya tapi dia macam tak boleh
jawab, bila aku bertanya dia seolah-olah mengerahkan otaknya untuk mencari
jawapan. Aku rasa kesan luka di kepalanya itu menyebabkan dia hilang ingatan.”
“Aku
rasa kecederaannya itu berat juga, sebab aku tengok kedua-dua tangannya
mengeletar dan dia seperti dalam kesakitan.” ujar Minami.
“Aku sedar tentang masalah itu, aku ada tanya
Doktor Tazaki dia kata kalau kecederaan seperti Kuro itu memang satu perkara
yang biasa.”
Ken memandang ke arah
lelaki yang diselamatkan itu, dia memanggil lelaki itu dengan nama Kuromoto
kerana kulitnya yang agak gelap dan perkataan ‘Kuro’ itu bermaksud hitam dalam bahasa Jepun dan nampaknya lelaki
itu selesa dipanggil dengan nama Kuromoto dan nama Muaz nya telah lenyap begitu
sahaja, tambahan pula dia sendiri tidak mengetahui nama dan asal usulnya yang berasal
dari Malaysia.
“Oklah Minami, aku nak tolong dia buat kerja
nanti lambat siap.” kata Ken seraya bangun dari duduknya.
“Eh! Kau tak nak ikut aku pergi minum di Pub
itu ke? Kau dah lama tak ke sana, aku rasa sejak ada Kuro, jom lah.” ajak
Minami pada rakannya itu.
“Aku penat kau pergilah, tapi esok jangan lupa
datang kerja, jangan mabuk berlebihan sudah!” kata Ken sambil menepuk bahu
rakan baiknya itu.
“Oklah, aku pergi sekejap ke sana, nanti aku
datang balik.” kata Minami sambil tersenyum.
Ken
kemudian berjalan kembali ke restorannya manakala Minami pergi ke arah Pub yang
terletak di hujung Pelabuhan itu.
“Kuro! Banyak lagi ke kerja nak buat?, lantai
kau dah mop ke belum?” tanya Ken sebaik sahaja masuk ke kedai itu.
“Belum Ken!, aku baru sahaja habis sapu sampah
dan susun meja, kenapa kau nak tolong ke?”
“Aku tolong kau.” kata Ken sambil tersenyum
lebar.
“Hai! Kenapa kau tak ikut Minami pergi Pub?, aku
rasa lama dah kau tak pergi ke sana?”
“Hari ini aku tak ada mood lah.” ujar Ken
sambil tersenyum.
Kedua-dua
lelaki itu terus mengemas Resturan tersebut dan dalam masa sejam kemudian
merekapun selesai melakukan semua kerja-kerja mengemas.
“Huu! Penatnya, dah lama aku tak buat kerja ni.”
ujar Ken duduk tersandar sambil mengelap peluh didahinya.
“Tak apa Ken! kau kan Bos, tak payah buat ini
biar aku sahaja yang buat, bukankah dah 4 bulan aku buat benda ni semua seorang
diri, aku dah biasalah.”
Kuromoto tersenyum sambil menjeling ke arah
Ken. Ken kemudianya mengambil sebotol Jus buah dari peti sejuk dan dilemparkan
kepada Kuromoto manakala dia mengambil setin air karbonate. Mereka kemudiannya
duduk diatas kerusi yang mengadap ke Laut sambil melihat lampu-lampu Neon di
bandar berhampiran menerangi langit disebelah timur.
Ken memandang ke arah Kuromoto, “Kuro kau
masih tak ingat siapa diri kau?”
“Entahlah Ken, otak aku ni terasa kosong, aku
tak tahu sejarah silamku, aku tak tahu siapa diriku, aku tak tahu apa yang
telah terjadi padaku, seolah-olah kenangan lalu aku telah di padam terus dari
ingatan aku.”
“Bagaimana dengan kesan luka di kepala kau
tu?”
“Dah baik cuma tinggal parut yang buruk ini
saja.” ujar Kuro sambil menunjukkan kesan parut yang besar di kepalanya itu.
“Tapi sejak 2,3 hari ni kepala aku selalu rasa
sakit dan pening.”
“Mungkin belum betul-betul sembuh agaknya, aku
ingat lagi masa aku bawa kau ke rumah Doktor Tazaki dia terkejut besar dengan
kecederaan kau tu nasib baik nyawa kau panjang.”
“Apa pun aku kena berterima kasih
banyak-banyak dengan kau, kau bukan sahaja telah menyelamatkan aku tapi memberi
kehidupan kepada aku, aku tak kisah dengan parut yang buruk ini tapi aku mahu
tahu siapa diri aku yang sebenar, siapa yang mencederakan aku dan kenapa aku
jadi begini, perkara itulah yang bermain difikiran ku, tetapi kadang-kadang aku
terasa seperti ada bayangan dan imej yang timbul secara samar-samar aku pun tak
tahu apakah benda itu dan tiap kali bayangan itu datang kepala aku akan rasa
sakit.” terang Kuro dengan panjang lebar.
“Kau ingat apa-apa tak malam aku jumpa kau
itu?”
“Aku tak ingat sangat, yang aku ingat bila aku
sedar aku terdampar ditepi pantai di hujung pelabuhan sana, aku kemudiannya bangkit
dan berjalan, yang aku nampak kerdipan lampu, fikiranku kosong masa itu dan
bila aku sampai dekat tong sampah itu aku minta tolong pada seseorang dan terus
jatuh pengsan, aku tak ingat apa-apa selepas itu.” terang Kuromoto sambil
memikirkan apa yang berlaku pada malam Ken jumpa dia dahulu.
Ken melihat ke arah
rakannya itu, dia tahu apa yang Kuromoto rasakan itu pastinya amat berat dan
menyakitkan dan dia tahu bukan sebarang orang yang mampu mengharunginya.
“Aku tak tahu bagaimana untuk menolong kau
Kuro, untuk mencari siapa kau yang sebenarnya, masa aku jumpa kau dulu, tiada
apa-apa pengenalan tentang diri kau, bersabarlah aku yakin satu masa nanti kau
akan ingat kembali dari mana kau datang dan kenapa kau di tembak sebegitu teruk
sekali.”
“Aku harap begitu juga Ken….”