Home Novel Thriller/Aksi Legasi Pejuang 2
bab 3 : Mushashi Kuromoto

Bab 3: Mushashi Kuromoto

Beberapa tahun selepas kejadian itu,

Kyoto, Jepun

Kuil Ginkaku-ji yang dibina pada tahun 1460an, kelihatan meriah dengan pelancong dari luar yang melawat kuil yang begitu bersejarah itu. Dalam jarak 1.5 kilometer dari belakang kuil itu ada sebuah rumah kecil yang dibina ditepi sebuah anak sungai yang mengalir jernih dan dingin dan berhampiran sebuah hutan kecil, rumah kecil itu masih lagi mengekalkan ciri-ciri rumah Jepun yang lampau.

Di dalam bangsal kecil ditepi rumah itu kelihatan Master Mushashi Suzuka, seorang lelaki tua yang berumur lewat 70an sedang tekun bekerja menempa sebilah pedang samurai. Badannya yang kurus dan kecil itu dibasahi peluh,

“Aduh! penatnya.” kata lelaki tua itu sambil meletakkan tukulnya dilantai.

‘Ada sikit lagi yang perlu aku lakukan barulah pedang ini siap.’ kata Master Suzuka sambil membelek pedang yang sedang ditempanya itu.

‘Aku kena pastikan yang pedang ini dalam keadaan yang sempurna, sebagai waris ke tujuh keturunan Mushashi Miyamoto aku kena pastikan tradisi ini diteruskan dan tidak mati begitu sahaja.’

pedang buatan dari keluarga Mushashi memang sudah terkenal berkurun lamanya kerana kualiti pembuatan dan keseniannya dan sehingga kini ianya masih lagi diburu oleh pengumpul dan peminat senjata.

‘Mana perginya Kurumoto ni, tadi kata hendak mengambil barang ni dah dekat setengah jam tak nampak batang hidungnya, mana dia pergi ni.’ getus Master Suzuka merungut kerana anaknya Musashi Kuromoto menghilangkan diri.

Dia tinggal bersama dengan isterinya, Inomiya Yabe dan juga anaknya Mushashi Kuromoto di rumah kecil itu. Walaupun mereka tinggal di kota metropolitan Kyoto ini tetapi Mushashi Suzuka tidak membiarkan arus pemodenan mencemarkan tanah nenek moyangnya kerana itulah amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya dulu.

‘Sejak anakku Mushashi Kuromoto tinggal bersama kami, hidup kami lebih bahagia dan seronok, dia telah aku ajarkan segala ilmu pembuatan pedang. Aku berharap dia akan menjadi pewarisku apabila aku tiada nanti dan aku juga gembira kerana dia sudah mahir ilmu seni bela diri Buttojutsu’ itu.’ ujar Master Suzuka dalam hatinya.

“Abang sudahlah tu, minum dulu.” kata Isterinya yang muncul secara tiba-tiba sambil menatang dulang.

“Kuromoto mana?”

“Ada! lepas di angkut kayu dia terus berlatih, abang bukan tak tahu budak tu taksub benar dengan seni bela diri yang abang ajar tu, marilah minum sambil tengok anak kita berlatih!”

Mendengar kata-kata isterinya itu Master Suzuka tak jadi marah tambahan pula diapun sudah penat dan perlu rehat, dengan perlahan dia bangkit dari duduknya dan mengekori isterinya. Sambil minum teh Jepun yang di kenali dengan nama ‘Ocha’, Master Suzuka dan Isterinya Inomiya Yabe memerhatikan anaknya yang sedang berlatih seni tempur warisan keluarga Mushashi.

“Kau tahu Ino teknik bela diri dan permainan pedang ini memerlukan kemahiran yang tinggi untuk dipelajari. Teknik menetak, mencantas dan memotongnya sangat unik, bukan sebarangan orang boleh mempelajari seni pedang ini kerana amat sukar dan itulah sebabnya mengapa seni ini semakin pupus.” terang Master Suzuka dengan bangganya.

“Aku mengambil masa hampir 20 tahun untuk memahirkan diri, ayahku sendiri tidak dapat menguasai dengan baik ilmu ini dan kerana itu atukku telah melatih aku dengan tekun dan keras supaya keturunan Mushashi dapat menguasai seni ini.”

Inomiya menganggukkan kepalanya dengan wajah yang manis walaupun sudah di singgahi dengan kedutan di wajahnya,

“Tapi anak kita tu lebih hebat dari abang ya! dalam hanya 5 tahun sahaja dia sudah menguasai teknik-teknik seni bela diri itu.”

“Benar Ino, anak kita itu benar-benar seorang yang luar biasa, apa yang aku ajar dan tunjukkan dia dapat menerimanya dengan mudah dan dapat melakukannya walau teknik yang aku tunjukkan itu adalah agak sukar.” ujar Master Suzuka dengan wajah penuh kepuasan.

“Ala! apa yang nak di kisahkan sangat abang, anak kita si Kuro tu rajin berlatih, dia boleh berlatih dari petang sampai ke awal pagi tanpa kenal erti rehat pun, dia tidak pernahpun sekali ponteng atau tidak melakukan latihan, sebab itu dia boleh mahir dengan cepat sedangkan abang malas sikit nak berlatih, seminggu sekalipun susah.” usik isteri Master Suzuka itu dan serentak dengan itu kedua-dua warga tua itu terus ketawa sesama sendiri.

“Ino! aku dah tua dah, nak angkat pedang pun aku tak larat.” tingkah Master Suzuka dari ketawanya yang terus bertali arus.

“Abang! Tua itu hanyalah dari segi umur sahaja tetapi selagi fikiran kita dan jiwa kita muda kita tetap muda selamanya.” usik isterinya lagi.

Master Suzuka tersenyum mendengar kata-kata isterinya itu walaupun umur mereka sudah lanjut tetapi kasih sayang dan usik mengusik antara mereka tidak pernah kurang malahan semakin bertambah apatah lagi dengan kehadiran anak kesayangan mereka itu. Dengan tiba-tiba Master Suzuka mengeluh dengan beratnya sambil memandang ke arah anak lelakinya yang masih tekun berlatih sendirian dihalaman rumah mereka itu.

“Ino, bagaimana dengan kecederaan anak kita itu?”

“Entahlah abang, apa yang saya lihat kesan kecederaannya sudah semakin pulih selepas saya merawatnya tetapi saya juga perasan ada beberapa kali badan dia mengigil seperti menahan kesakitan dan dia kelihatan juga memegang sisi kepalanya itu, apa yang saya boleh andaikan kecederaan luarannya mungkin sudah pulih tetapi kecederaan dalamannya masih belum pulih dan mungkin tak akan pulih” terang inomiya dengan panjang lebar kepada Suaminya.

“Maksud kau dia akan menanggung kesakitan ini sepanjang hidupnya?”

“Ya abang, kesan kecederaannya itu tidak akan pulih lagi.”

Kedua-dua orang tua itu mengeluh dengan berat mengenangkan nasib dan keadaan anaknya, sambil mata mereka melihat Kuromoto yang masih lagi tekun berlatih seni permainan pedang. Master Suzuka teringat kembali bagaimana takdir menemukan dia dengan anak angkatnya itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.