Bab 8:
Kuromoto beraksi
Ken
kelihatan terkejut besar apabila melihat 7 orang yang berbadan besar berlari ke arah Kuromoto dan dia.
“Kuro, lekas lari tinggalkan tempat ini, lekas
Kuro!” jerit Ken dengan nada yang panik.
Dalam hanya beberapa saat sahaja kesemua
lelaki kulit putih itu telah mengepung Kuromoto dan Ken.
“Ken! kau telah menyelamatkan aku dulu, kali
ini aku akan membalas budi kau!” ujar Kuromoto dengan bersahaja sambil tersenyum
ke arah rakannya.
“Kuro jangan kau bertindak bodoh!, ini masalah
aku dengan mereka kau tiada kena mengena!”
“Aku tidak akan tinggalkan kawan aku yang
dalam kesusahan.” kata Kuro dengan tegas.
“Kuro! Jika kau mahu berlawan dengan mereka
aku turut serta, aku tak takut mati.”
“Ken kau duduk sahaja, kita tak akan mati.”
ujar Kuromoto sambil menepuk bahu rakannya.
“Celaka kau budak! Kau ingat kau siapa nak
lawan kami!” jerit salah seorang dari lelaki itu sambil meluru ke arah Kuromoto
dan terus menghayun seutas rantai motosikal yang dijadikan senjatanya, hayunan
rantai yang berat dan pantas itu dielak oleh Kuromoto dengan begitu mudah
sekali. Melihat serangannya tersasar lelaki itu terus menghayun rantai besi itu
beberapa kali tetapi semuanya dapat dielak oleh Kuromoto.
‘Eh!
Kenapa aku boleh elak serangan lelaki itu, aku rasa aku seperti mempunyai
kebolehan untuk berlawan dengan dia, secara sepontan tubuhku boleh berreaksi
dengan serangan itu, mana aku belajar semua ini.’ getus Kuromoto dengan rasa
yang terkejut.
Semua
orang yang berada di tempat itu turut terkejut dengan kebolehan Kuromoto
termasuk juga Ken. Melihat serangannya tidak berjaya, lelaki kulit putih itu
menjadi bertambah geram, dengan segera dia menghayun rantai tersebut melepasi
kepalanya dan sebelum sempat dia membantai Kuromoto dengan rantainya itu
tiba-tiba matanya terbuntang besar dan dalam beberapa saat kemudian dia jatuh
terduduk atas jalan dan berguling-guling menahan kesakitan. Rupa-rupanya
Kuromoto telah melancarkan satu tumbukkan yang padu pada perut lelaki tersebut.
‘Aduh! Sakitnya perut aku, celaka budak ni!’
rintih lelaki tersebut.
Terkejut
besar mereka melihat apa yang terjadi termasuk juga Ken.
‘Ahh! Biar betul ni, macam mana dia boleh jadi
begitu kuat sekali?, siapa dia ni!’ tertanya-tanya Ken dalam hati.
Keenam-enam
orang Gengster yang lain itu turut terkejut melihat serangan musuh mereka itu, gementar
juga di dalam hati tetapi pantang mereka berundur selagi tidak berjaya mencapai
apa yang mereka inginkan.
‘Celaka budak ni, sudah 2 orang aku di
cederakan.’maki Ketua Gengster itu dalam hati.
“Budak! kau tidak akan terlepas lagi aku bunuh
kau!, kamu berempat serang dia sekarang!”
Mendengar arahan dari ketua mereka itu keempat-empat
orang kumpulan samseng itu terus menyerbu ke arah Kuromoto, mereka menghayun
senjata mereka ke arah Kuromoto dan kerana di serang dari empat penjuru,
Kuromoto menjadi kelam-kabut juga dan tidak dapat mengelak serangan secara
serentak itu, bahagian belakangnya terdedah pada serangan musuh dan melihat
kesempatan itu salah seorang dari kumpulan itu segera melibas seutas rantai
besi dan tepat kena pada belakang badan Kuromoto.
‘Aduh! Sakitnya.’ ujar Kuromoto sambil mengeliat
kesakitan dan beberapa saat kemudian kelihatan darah mula mengalir dari
belakang badannya itu.
Melihat perhatian
Kuromoto terpesong, salah seorang lagi dari Gengster itu meluru ke hadapan dan terus
menghayun kayu beluti. Serangan itu pula kena pada bahu kanan Kuromoto
menyebabkan Kuromoto terus jatuh bergolek..
“Kurooooo!…” jerit Ken apabila melihat
rakannya itu tumbang dari serangan curi tersebut.
“Celaka kamu semua! Cis! hanya pandai pukul
curi sahaja!” maki Ken pada musuhnya itu.
“Kau diam Jepun! Lepas ini giliran kau pula.”
tengking ketua kumpulan itu.
“Zack! Bunuh dia.” arah ketua kumpulan itu
sambil melihat Kuromoto yang masih terbaring di atas jalan kerana menahan
kesakitan dan kelihatan belakang badannya mulai di cemari dengan warna merah,
nampaknya Kuromoto telah tercedera.
Lelaki
yang bernama Zack itu, membuang kayu beluti yang digunakan untuk memukul
Kuromoto tadi dan dia mengeluarkan sebilah pisau yang tajam berkilat dari
pinggangnya, dia berjalan menghampiri Kuromoto yang masih mengerang kesakitan.
Dengan perlahan dia duduk bertinggung disebelah Kuromoto dalam keadaan
membelakangi rakan-rakannya yang lain, “Celaka! Kau silap kerana masuk campur
hal ini, mampus kau!”
Dengan wajah penuh kebencian dan kegeraman lelaki
bernama Zack itu mengacung tinggi pisaunya dan dengan pantas menghujam pisau
itu tepat ke dada Kuromoto yang sedang terbaring dalam kesakitan.
Terdengar
bunyi pisau tertusuk sesuatu, Keadaan juga menjadi kaku dan beku, semua orang
termasuk Ken melihat dari jauh, mereka melihat Kuromoto masih lagi terbaring
dan penyerangnya masih berteleku di sisi Kuromoto.
“Kuro!…aku dah kata kau bukan lawan mereka kau
degil, tengok apa dah jadi.” luah Ken dengan nada yang kesal.
Air mata jernih mengalir di pipinya, dia tak
sangka kerana kesilapannya menyebabkan Kuro yang tidak berdosa terbunuh. Ken
menekup muka dengan tangan kanannya sambil menangis.
Nickolas
ketua kumpulan gengster itu turut terpaku melihat kejadian itu,
‘Ah! aku rasa Zack dah berjaya bunuh budak tu,
padan muka dia!’ getus Nickloas.
“Bagus kerja kau Zack!, bagus…ayuh!, kita
hapuskan pula budak Jepun ni!” ujar Nickolas seraya memandang ke arah Ken.
“Boss! Zack bos.” kata salah seorang dari
kumpulan itu.
Semua orang kemudiannya memandang ke arah Zack
yang terus diam di depan Kuromoto.
“Isk! kenapa Zack diam sahaja? Apa yang dah
jadi?”
Rakan-rakannya mula merasa pelik dan seperti
ada yang tak kena. Zack masih membisu,
‘Kenapa dengan budak itu, dia tidak
bergerak-gerak, begitu juga dengan Kuro, apa yang dah jadi.’ tanya Ken pada
dirinya sendiri.
Mereka yang berada di situ melihat darah merah
pekat mulai mengalir keluar dari tempat Kuromoto terbaring itu dan begitu juga
di tempat Zack duduk.
“Apa kena dengan Zack ni.” kata salah seorang
rakan Gengster itu dan dia terus berjalan merapati rakannya sambil mengenggam
kayu besbol.
Semakin dia menghampiri kedua lelaki itu dia
melihat limpahan darah tersebut semakin banyak dan mula berbau hamis. Sebaik sahaja
tiba disebelah Zack yang sedang duduk, mata lelaki yang berkayu besbol itu
terus memandang ke arah Zack dan Kuromoto, dan sebaik sahaja dia memandang ke
bawah air mukanya terus berubah dan dalam suara terketar-ketar dia berkata.
“Tuu…tu…tuan…Zack dah mati!”
Semua orang yang
mendengar kata-kata itu kelihatan terperanjat, dan sebelum sempat dia berpaling
ke belakang melihat rakannya yang lain tiba-tiba Kuromoto terus melompat dari
pembaringannya dan menikam tepat pada tekak lelaki itu dengan sebilah pisau. Tikaman
itu menembusi rahang mulut lawannya itu hingga ke otak. Terketar-ketar lelaki
itu menahan kesakitan dari serangan yang tidak diduganya itu, manakala semua
orang yang berada di tempat itu terkejut besar melihat kejadian yang tidak di
sangka itu.
“Ah! Apa yang jadi!” ujar salah seorang dari
kumpulan itu dengan wajah yang panik.
“Bagaimana dia boleh selamat? bukankah tadi
dia kena tikam dengan Zack!”
Rupa-rupanya,
Kuromoto ada muslihatnya yang tersendiri, semasa lelaki yang bernama Zack itu
menghujam tikaman yang pantas dan berat pada jantungnya, Kuromoto telah menahan
tangan lelaki itu dan dengan satu teknik kilasan yang pantas mata pisau itu terus
terpesong dan tertancap tepat pada jantung lelaki yang bernama Zack itu.
‘Ah! Nasib baik di saat akhir aku berjaya
kilas tangannya, tapi bagaimanakah aku mampu lakukan ini semua.’ cetus Kuromoto
tertanya-tanya dalam hatinya.
Nickolas ketua kumpulan itu juga turut terkejut
besar dengan kejadian yang tidak duga itu,
‘Si…siapa dia ni, macam mana dia boleh
tewaskan orang-orang aku dengan mudahnya!’ ujar Nickolas dengan rasa tanda tanya
yang bersarang di hatinya.
“Celaka kau!” jerit salah seorang dari anggota
gangster itu dengan tiba-tiba.
Dia terus berlari bersama rantai besi dalam
genggaman tangannya,
“Aku bunuh kau!” jerit lelaki itu sambil
memutar-mutarkan rantai besi tersebut.
Melihat 2 orang rakannya tumbang begitu
sahaja, lelaki yang memegang rantai itu menjadi amat marah.
Kuromoto
tidak sedar bahaya dibelakangnya, Lelaki itu terus menghayun rantai besinya.
“Ahhhhhh! Sakitnya…..” jerit Kuromoto dengan
lantangnya. Darah semakin banyak
keluar dari luka sebelum ini.
“Padan muka kau budak celaka, berani kau bunuh
rakan aku, rasakan!” ujar penjahat itu dengan wajah yang penuh kebencian.
Dia terus memutar-mutarkan
rantai itu dan bersedia untuk membantai Kuromoto lagi, tetapi kali ini Kuromoto
telah bersedia. Dia berguling menuju ke arah lelaki yang kena tikaman sebelum
ini dan terus mencabut pisau dari bawah dagu lelaki itu, melihat lawannya telah
ada senjata, Gengster itu menyerbu ke arah Kuromoto dan kali ini Kuromoto
dengan pantas melontar pisaunya ke arah musuhnya itu.