Bab 3: Mushashi Kuromoto
Beberapa
tahun selepas kejadian itu,
Kyoto,
Jepun
Kuil
Ginkaku-ji yang dibina pada tahun 1460an, kelihatan meriah dengan pelancong
dari luar yang melawat kuil yang begitu bersejarah itu. Dalam jarak 1.5 kilometer
dari belakang kuil itu ada sebuah rumah kecil yang dibina ditepi sebuah anak
sungai yang mengalir jernih dan dingin dan berhampiran sebuah hutan kecil,
rumah kecil itu masih lagi mengekalkan ciri-ciri rumah Jepun yang lampau.
Di
dalam bangsal kecil ditepi rumah itu kelihatan Master Mushashi Suzuka, seorang
lelaki tua yang berumur lewat 70an sedang tekun bekerja menempa sebilah pedang
samurai. Badannya yang kurus dan kecil itu dibasahi peluh,
“Aduh! penatnya.” kata lelaki tua itu sambil
meletakkan tukulnya dilantai.
‘Ada sikit lagi yang perlu aku lakukan barulah
pedang ini siap.’ kata Master Suzuka sambil membelek pedang yang sedang ditempanya
itu.
‘Aku kena pastikan yang pedang ini dalam
keadaan yang sempurna, sebagai waris ke tujuh keturunan Mushashi Miyamoto aku kena
pastikan tradisi ini diteruskan dan tidak mati begitu sahaja.’
pedang buatan dari keluarga Mushashi memang
sudah terkenal berkurun lamanya kerana kualiti pembuatan dan keseniannya dan sehingga
kini ianya masih lagi diburu oleh pengumpul dan peminat senjata.
‘Mana
perginya Kurumoto ni, tadi kata hendak mengambil barang ni dah dekat
setengah jam tak nampak batang hidungnya, mana dia pergi ni.’ getus Master
Suzuka merungut kerana anaknya Musashi Kuromoto menghilangkan diri.
Dia tinggal bersama
dengan isterinya, Inomiya Yabe dan juga anaknya Mushashi Kuromoto di rumah
kecil itu. Walaupun mereka tinggal di kota metropolitan Kyoto ini tetapi
Mushashi Suzuka tidak membiarkan arus pemodenan mencemarkan tanah nenek
moyangnya kerana itulah amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya dulu.
‘Sejak anakku Mushashi Kuromoto tinggal
bersama kami, hidup kami lebih bahagia dan seronok, dia telah aku ajarkan
segala ilmu pembuatan pedang. Aku berharap dia akan menjadi pewarisku apabila
aku tiada nanti dan aku juga gembira kerana dia sudah mahir ilmu seni bela diri
‘Buttojutsu’ itu.’ ujar Master Suzuka
dalam hatinya.
“Abang
sudahlah tu, minum dulu.” kata Isterinya yang muncul secara tiba-tiba sambil
menatang dulang.
“Kuromoto mana?”
“Ada! lepas di angkut kayu dia terus berlatih,
abang bukan tak tahu budak tu taksub benar dengan seni bela diri yang abang
ajar tu, marilah minum sambil tengok anak kita berlatih!”
Mendengar kata-kata isterinya itu Master
Suzuka tak jadi marah tambahan pula diapun sudah penat dan perlu rehat, dengan perlahan
dia bangkit dari duduknya dan mengekori isterinya. Sambil minum teh Jepun yang
di kenali dengan nama ‘Ocha’, Master
Suzuka dan Isterinya Inomiya Yabe memerhatikan anaknya yang sedang berlatih
seni tempur warisan keluarga Mushashi.
“Kau tahu Ino teknik bela diri dan permainan pedang
ini memerlukan kemahiran yang tinggi untuk dipelajari. Teknik menetak, mencantas
dan memotongnya sangat unik, bukan sebarangan orang boleh mempelajari seni
pedang ini kerana amat sukar dan itulah sebabnya mengapa seni ini semakin pupus.”
terang Master Suzuka dengan bangganya.
“Aku mengambil masa hampir 20 tahun untuk
memahirkan diri, ayahku sendiri tidak dapat menguasai dengan baik ilmu ini dan
kerana itu atukku telah melatih aku dengan tekun dan keras supaya keturunan Mushashi
dapat menguasai seni ini.”
Inomiya menganggukkan kepalanya dengan wajah
yang manis walaupun sudah di singgahi dengan kedutan di wajahnya,
“Tapi anak kita tu lebih hebat dari abang ya!
dalam hanya 5 tahun sahaja dia sudah menguasai teknik-teknik seni bela diri itu.”
“Benar Ino, anak kita itu benar-benar seorang
yang luar biasa, apa yang aku ajar dan tunjukkan dia dapat menerimanya dengan
mudah dan dapat melakukannya walau teknik yang aku tunjukkan itu adalah agak
sukar.” ujar Master Suzuka dengan wajah penuh kepuasan.
“Ala! apa yang nak di kisahkan sangat abang, anak
kita si Kuro tu rajin berlatih, dia boleh berlatih dari petang sampai ke awal
pagi tanpa kenal erti rehat pun, dia tidak pernahpun sekali ponteng atau tidak
melakukan latihan, sebab itu dia boleh mahir dengan cepat sedangkan abang malas
sikit nak berlatih, seminggu sekalipun susah.” usik isteri Master Suzuka itu
dan serentak dengan itu kedua-dua warga tua itu terus ketawa sesama sendiri.
“Ino! aku dah tua dah, nak angkat pedang pun
aku tak larat.” tingkah Master Suzuka dari ketawanya yang terus bertali arus.
“Abang! Tua itu hanyalah dari segi umur sahaja
tetapi selagi fikiran kita dan jiwa kita muda kita tetap muda selamanya.” usik
isterinya lagi.
Master Suzuka
tersenyum mendengar kata-kata isterinya itu walaupun umur mereka sudah lanjut
tetapi kasih sayang dan usik mengusik antara mereka tidak pernah kurang malahan
semakin bertambah apatah lagi dengan kehadiran anak kesayangan mereka itu.
Dengan tiba-tiba Master Suzuka mengeluh dengan beratnya sambil memandang ke
arah anak lelakinya yang masih tekun berlatih sendirian dihalaman rumah mereka
itu.
“Ino, bagaimana dengan kecederaan anak kita
itu?”
“Entahlah abang, apa yang saya lihat kesan
kecederaannya sudah semakin pulih selepas saya merawatnya tetapi saya juga
perasan ada beberapa kali badan dia mengigil seperti menahan kesakitan dan dia
kelihatan juga memegang sisi kepalanya itu, apa yang saya boleh andaikan
kecederaan luarannya mungkin sudah pulih tetapi kecederaan dalamannya masih
belum pulih dan mungkin tak akan pulih” terang inomiya dengan panjang lebar
kepada Suaminya.
“Maksud kau dia akan menanggung kesakitan ini
sepanjang hidupnya?”
“Ya
abang, kesan kecederaannya itu tidak akan pulih lagi.”
Kedua-dua orang tua itu mengeluh dengan berat
mengenangkan nasib dan keadaan anaknya, sambil mata mereka melihat Kuromoto
yang masih lagi tekun berlatih seni permainan pedang. Master Suzuka teringat
kembali bagaimana takdir menemukan dia dengan anak angkatnya itu.