Bab 5 :
Menyelamatkan Muaz
“Mungkin Doktor Tazaki mungkin boleh merawat
budak ini.” ujar Ken secara tiba-tiba.
Ken teringat pada seorang pelanggan setia di
restorannya, Doktor Tazaki seorang doktor perubatan Veterinar, Ken rasa mungkin
Doktor itu boleh menolongnya.
Dengan segera dia mengambil kunci Van dan
mengangkat lelaki itu ke dalam Van.
“Kau kena terus bertahan!” kata Ken pada
lelaki yang masih pengsan itu.
Ken memecut laju Van tersebut menuju ke arah
rumah Doktor Tazaki dengan satu harapan.
“Aku tak tahu kenapa aku menolong dia, hati
kecilku seolah mendesak-desak aku menolongnya.” kata Ken sendirian sambil
memecut laju Vannya.
‘Selama ini aku memang tak pernah membantu
sesiapa pun dan aku cuba mengelak sebarang keadaan yang boleh mencetuskan
masalah, cukuplah pengalaman aku di Jepun dahulu.’ kata Ken mengenangkan
kesilapannya yang lalu.
‘Siapakah yang sanggup melakukan semua ini? jika
dilihat kesan luka dan parut pada badannya aku percaya dia ini bukan orang
baik, mungkin dia ini seorang Gengster atau kaki gaduh tetapi aku seperti didesak
oleh hatiku untuk menolong dia, aku tak tahu kenapa.’ getus Ken dalam hati.
‘Kalau aku buat laporan Polis tentang hal ini,
memang silap-silap aku yang kena, kes aku pukul gengster tempoh haripun masih
belum selesai, kalau aku bawa orang ini, lagi panjang kes aku tu.’ fikir Ken
pada dirinya sendiri.
Ken teringat kembali
kejadian minggu lepas, walaupun puas dia merayu pada pemeras-pemeras ugut itu
supaya tidak menganggungnya mereka tetap membuat kacau dan kerana tidak tahan
diganggu Ken telah membelasah 3 orang Gengster yang cuba meminta duit
pelindungan, mereka telah dibelasah dengan teruk oleh Ken dan menyebabkan
mereka di masukkan ke hospital dan kerana itu juga Ken telah ditahan polis dan
disoal siasat. Dia telah di beri amaran keras oleh pihak Polis dan akan didakwa
di mahkamah kerana telah memukul orang jika kejaidan seperti itu berulang lagi.
Sebagai pendatang sepertinya mereka memang sentiasa dipersalahkan apabila melibatkan
pergaduhan dengan orang tempatan dan dia tahu tentang itu.
Sampai sahaja dirumah
Doktor Tazaki, Ken segera mengejutkan
Doktor tersebut, terkejut besar Doktor itu melihat Ken datang ke rumahnya dalam
waktu begini, tanpa sempat Doktor Tazaki bertanya lebih lanjut Ken terus
menerangkan kenapa dia datang, sebelum Ken sempat menghabiskan ceritanya Doktor
Tazaki terus meluru ke arah Van tersebut.
Doktor Tazaki terkejut melihat keadaan lelaki
tersebut.
“Ken! siapa dia ini, teruknya luka dia ini,
aku rasa macam terkena tembakan sahaja?”
“Aku tak tahu Doktor! aku jumpa di tempat
sampah depan Restoran, Doktor boleh rawat dia?”
“Aku tak tahu, tapi aku boleh cuba, lukanya
agak parah ni.” kata Doktor Tazaki.
Ken dan Doktor Tazaki terus mengusung lelaki
yang cedera itu ke dalam rumah dan tanpa membuang masa lagi Doktor Tazaki terus
merawat lelaki tersebut.
Setelah hampir 3 jam
bertungkus-lumus merawat lelaki tersebut, akhirnya Doktor Tazaki selesai merawat
lelaki itu, dia duduk tersandar dikerusinya sambil memandang ke arah Ken.
“Ken! aku dah berusaha setakat yang aku mampu,
terpulang pada dia sama ada dia mempunyai kekuatan semangat untuk terus hidup
atau tidak, aku rasa biarkan dia tinggalkan disini sehari dua, lepas dia sedar
nanti baru kau bawa balik.”
“Terima kasih doktor, kalau doktor tak rawat
dia tak tahulah aku bagaimana.” ujar Ken sambil tersenyum.
“Aku ini doktor haiwan Ken, bukan doktor
manusia, tapi asas rawatan sama sahaja sama ada manusia atau haiwan.” ujar
Doktor Tazaki sambil tersenyum.
Ken merenung ke arah Muaz yang sedang
terbaring kaku diatas tilam tersebut dengan kepala dan badannya dibalut dengan
kain.
‘Siapa kau? apa yang dah jadi sebenarnya?’ tanya
Ken pada Muaz yang masih pengsan itu.
“Aku tak tahu sama kau orang baik atau orang
jahat, tetapi walau siapapun kau aku harap kau akan pulih semula.’
“Doktor Tazaki, aku tak tahu dia ini siapa dan
aku harap Doktor tak akan hebohkan perkara ini terutamanya pada pihak Polis,
aku tak tahu sama ada dia ini orang baik atau jahat, tetapi kita perlu selamatkan
dia.” kata Ken.
“Aku faham Ken!, kita ini orang pendatang dan
aku rasa dia inipun bukan orang tempatan, kita akan sembunyikan dia sementara
di sini, eh! kau ada jumpa apa-apa pengenalan dirinya tak?”
“Tak ada Doktor tak ada sebarang dokumenpun
yang aku temui, tapi kalau dilihat kesan parut pada badannya macam dia ini
seorang gengster atau orang yang telah banyak berlawan.”
“Betul kata kau, ditubuhnya banyak kesan-kesan
parut lama, mungkin benar juga kata kau yang dia ini orang jahat atau mungkin
juga dia ini perisik!”
Kedua-dua lelaki Jepun itu memandang ke arah
Muaz yang terbaring di atas katil tersebut.
“Tak apalah Doktor apabila dia sedar nanti
mungkin kita boleh bertanya siapa dia , jika dia orang jahat aku akan serahkan
pada pihak polis.” ujar Ken.
Sekali lagi Muaz terselamat dari serangan maut,
ini dia di selamatkan oleh Ken seorang lelaki Jepun, Takdir ALLAH tiada siapa
yang dapat menduga dan ketahui.