HIJAB QASYAF - RM23
Hijab Qasyaf bukanlah hadir dengan semula jadi, tapi hijabnya terbuka atas hatinya yang hitam dan dendamnya dengan Nada, kakaknya. Qasyaf Ilmi memiliki perangai yang cukup memeningkan keluarganya. Akhirnya, dia dihantar tinggal bersama datuknya.
“Mereka hantar cara baik, mereka nak ambil pun cara baik. Jangan fikir bukan-bukan.” Atok menasihatinya.
Kepulangannya di rumah membuatkan Qasyaf menjadi lebih tertekan dan pelbagai gangguan mengganggunya, malah cuba mencederakan keluarganya.
“Jangan! Jangan ganggu mereka…”
“Dia milik aku!” Keras suara makhluk itu mengugut.
“Berhenti! Aku... aku ikut kau. Jangan ganggu keluarga aku lagi. ” – QASYAF
Seboleh mungkin Qasyaf cuba buktikan yang dia tidak pernah sekali pun memeterai perjanjian terkutuk itu. Tetapi di setiap pencariannya membawa jawapan dialah si pelaku.
Qasyaf mula nekad akan menggunakan kelebihan hijabnya untuk membantu masalah misteri yang menimpa keluarganya dan ingin membaiki keadaan yang dia sendiri porak-perandakan.
Kenapa perlu untuk susahkan diri membongkar kebenaran yang menyakitkan hati sendiri? Yang juga membuka aibnya yang kelam?
Novel Hijab Qasyaf merupakan kisah versi novel untuk Mata Tanpa Hijab atau dikenali juga sebagai Jam 1010 Malam.
Jom dapatkan di Mph, popular dan kedai kedai buku terpilih seluruh Malaysia. Atau boleh beli online di www.fajarpakeer.com.my
Mahukan teaser terkini dan lebih lagi? Boleh dapatkan di fb: Farhah Aiddin 😊 terima kasih