31
Psiko
‘You keep trying to act tough and refuse to
show your tears, despite the fact that you’re actually scared. In order not to
lose those important to you, you have run this far desperately.’ -Lovers-
Bintang
itu terlampau jauh untuk kita gapai. Betul ke bintang itu ada lima buju seperti
lukisan mural di depan Sayzer Houses? Ataupun sebenarnya bintang
itu hanya satu bulatan sama seperti bumi dan bulan. Bentuk sfera. Tidak. Kadang
kita sebagai manusia terlampau jauh berfikir sampai kita tidak sedar bahawa
mentari juga salah satu daripada bintang. Ya, bintang yang paling hampir dengan
kita.
Seperti
itu juga hidup. Kita terlampau jauh mengejar sesuatu yang jauh dan mustahil
untuk digapai. Walhal benda yang berada di depan mata kita itulah kenyataan
yang selama ini kita cari. Tidak sukar pun tetapi kita sendiri yang menjadikan
ianya sukar dan sulit.
“Kenapa
kamu mengaku sesuatu yang bukan kamu lakukan?” Tuan Izaryl bertanya dalam nada
yang tenang. Pada mulanya dia agak terkejut dengan berita yang baru sampai ke
telinganya. Tidak sampai sehari Fitri Balqis dibawa masuk menjadi pelajar Wonderful
Academic, dia sudah menerima berita ini. Nasib baik di setiap bilik ada
kamera untuk kecemasan. Kecemasan seperti apa yang berlaku sekarang ini. “Kamu
tahukan, dengan cara ini kamu boleh dibenci oleh semua pelajar Wonderful
Academic?”
Fitri
angguk. “Saya tak melakukan apa-apa pun mereka tetap menbenci saya Tuan. Tiada
gunanya kalau saya mengaku ataupun tidak.”
Fitri
mendongak ke langit. Membiarkan mukanya menerima vitamin dari cahaya matahari
dipagi hari. Tidak dia sangka yang dia dilepaskan pagi ini hanya kerana Tuan
Izaryl melihat rakaman yang berada dibilik itu. Dibenci ataupun membenci aku
sudah lali dengan semua benda itu. Bahagia? Nampaknya tiada bahagia untuk aku
di sini juga. Sebelum aku menayang muka, sudah pun diusir tanpa periksa. Ya, bak
kata Arya. Pendatang asing, cuma di sini dengan permit. Itulah aku. Dari dulu,
kini dan mungkin selamanya.
“Wonderful
Academic ini tak akan aman selagi budak ni berada di sini, Tuan. Saya
rasa kalau kes ini sampai ke telinga orang-orang atasan, mereka juga akan
membantah.” Prof Naufal mengeluarkan hujahnya. “Harap Tuan pertimbangkan
kata-kata saya. Saya sayangkan Wonderful Academic. Masih segar
lagi dalam ingatan saya, betapa sukarnya Tuan bangkit balik dari jatuh dengan
membangunkan Wonderful Academic ini. Saya tidak mahu semua ini
musnah hanya kerana budak itu, Tuan.” Dia mengerling ke arah Fitri yang dia
tahu sedang mendengar apa yang dia katakan.
Tangannya
menghalang cahaya matahari yang mula mengganas dari terus menyilaukan matanya.
Telinganya masih terus tergiang-giang setiap kata-kata yang datangnya dari
mulut Prof Naufal. Rupanya memang sangat susah apabila menjadi pemegang
identiti pembunuh dan orang Hunter. Bukan itu sahaja, pemegang identiti
Puteri Balqis pun satu jenayah yang dikehendaki dan mengerikan. Jadi, apa yang
perlu aku jadi supaya mereka semua boleh menerima aku apa adanya?
Fitri
agak terkejut apabila pipinya terasa sejuk. “Am!”
Armin
tersengih dan membuka penutup tin sebelum menghulurkan tin minuman itu kepada
Fitri. “Kau tahu orang yang berfikir lama-lama macam kau tadi tu, boleh
mendatang kerosakan di otak dan hati. So, baik kau cerita semua yang
bermain dekat kepala kau pada aku.”
Fitri
mengambil tin minuman itu dan meneguknya. “Kau rasa kalau aku kena halau dari
sini, ke mana lagi aku boleh pergi?”
Armin
speechless.
“Am.
Ada ke negara yang tidak mengertahui tentang Hunter, WaterMaya, Akira
Maya dan Pulau Maya? Aku rasa, aku nak pergi sanalah kalau aku kena halau dari
sini. Kau rasa ada ke?” Fitri bertanya dalam nada innocent. “Kalau boleh
aku nak pergi negara yang tak akan pernah halau aku lagi, yang tak tahu sejarah
dan yang tak akan memandang hina pada aku lagi. Penatlah Am. Aku pun kenal erti
penat dan sakit hati. Aku janji yang aku tak akan minta bahagia lagi. Aku hanya
ingin tempat untuk berteduh dan diterima orang.” Dia cuba tersenyum walaupun
sangat kelat. “Teruknya aku selama ini. Minta bahagia tapi tempat untuk
berteduh pun tiada. Kan Am?”
Armin
bertambah speechless.
“Terus
terang aku cakap Am, aku cemburu dengan kau. Sekurang-kurangnya kau ada tempat
untuk pulang. Walau satu dunia ini menghina dan membenci kau, kau tetap ada
tempat kembali sebab apa yang dinamakan tempat kembali itu ialah tempat di mana
orang mengingati kita dan mengharapkan kepulangan kita. Kau ada, di sini, Pulau
Maya. Aku? Aku tiada. Ya, mungkin ada. Di Hunter, sebab aku tahu Arya
dan Tuan Izmeer sentiasa mengingati aku dan berusaha untuk aku kembali ke sana.
Tapi aku penat untuk jadi boneka mereka lagi. Aku cuma ingin bahagia. Salah ke
Am?” Laju sahaja dia memuntahkan isi hatinya. “Eh salah. Aku pembunuh. Pembunuh
tidak layak untuk bahagia. Aku cuma.. cuma ingin tempat berteduh. Ada ke tempat
itu untuk aku Am?”
Mungkin
kalau di zaman jahilnya dulu, sudah lama dia menutup mulut Fitri dari bersuara dari
terus menyakiti hati sendiri dengan kata-katanya sendiri. “Siapa cakap kau
tidak layak untuk bahagia? Setiap manusia berhak untuk merasainya. Lambat atau
cepat, pasti suatu hari nanti kau dapat merasainya. Tengok ini.” Dia meremukkan
tin minuman yang sudah habis diminumnya tadi dan mencampaknya ke dalam tong
sampah yang berada dihadapan mereka. “Tin yang kosong itu kalau dah habis pun
ada tempat untuk kembali apatah lagi kita sebagai manusia.”
“Ada.
Lubang kubur.” Balas Fitri drastik.
Armin
mengucap panjang. “Itu tempat kembali selepas tamat riwayat hidup kita. Selepas
kita layak untuk kembali pada Pencipta kita. Sudahlah, jangan fikir semua benda
itu lagi. Jangan fikir kalau kau dihalau, bahagia itu bukan milik kau ke, dan
tolonglah jangan cemburu dengan aku sebab kau adalah orang yang sangat rugi
kalau merasa cemburu dengan aku. Aku tiada apa Fitri, aku hanya teguhkan hati
aku untuk terus melangkah ke hadapan. Itu sahaja.”
Fitri
tetap mengukirkan senyumnya. Tercuit dia dengan bebelan Armin. Sudah lama dia
tidak bercerita dan berkongsi dengan Armin. Terlampau banyak benda yang berlaku
sampai dia tidak sedar yang sahabat lamanya sudah kembali bersamanya. “Am,
terima kasih sebab kembali dalam hidup aku.”
Fitri,
kau sudah terlampau jauh tenggelam. Omel Armin dalam hatinya. Dia mengeluarkan
senaskah tafsir al quran dari begnya dan menghulurkannya pada Fitri. “Aku tahu
kau tak pandai membacanya tapi aku nak kau hayati setiap maksud yang ada
dalamnya. Percaya cakap aku, kau akan tenang dan tersenyum.” Dia tarik kertas
yang terselit di dalam tafsir al quran tersebut. “Ini jadual kelas fardhu ain
di Wonderful Academic. Aku nak kau ikut kelas-kelas ini supaya
kau kenal siapa Tuhan yang telah mencipta kita dan segalanya.”
Tangan
Fitri teragak untuk mengambilnya.
“Jangan
fikir layak atau tidak, Fitri. Semua yang dinamakan hamba Allah itu layak untuk
kembali kepadaNya. Kembali kepada fitrah cintaNya.” Tambah Armin lagi.
“Okaylah. Aku kena pergi akademi. Kalau kau rasa nak terus ambil udara pagi,
kau teruskan. Kalau rasa nak ikut aku pergi akademi, aku tunjukkan.”
Fitri
capai huluran Armin. “Kau pergilah.”
Fitri
menghantar pemergiaan Armin dengan ekor matanya. Matanya tidak berkelip apabila
tiba-tiba sahaja ada angin kuat yang menolak Armin jatuh. Bukan itu sahaja,
tubuh Armin juga ditenggelamkan beberapa kali ke dalam tanah dan akhir sekali
dicampak ke dalam kolam yang betul-betul berada di sebelah Fitri. Fitri
tergamam melihatnya.
Pantas
tangannya mengeluarkan Armin dari kolam dengan kuasanya apabila melihat Armin
seolah berusaha untuk bangun. Telinganya sakit mendengar beberapa orang pelajar
mengetawakan keadaan Armin sekarang.
“Kau..
kau okay?”
Armin
angguk lemah. “Sebab itu aku cakap jangan pernah cemburukan aku, Fitri Balqis.”
Dia bangkit dan mengambil barang-barangnya yang berterabur. “Aku dah lambat.
Aku pergi dulu.”
“Dalam
keadaan kotor macam ini?” Soal Fitri dalam nada simpati. Tidak dia sangka Armin
dibuli dengan cara yang sangat dahsyat.
“Balik
tukar baju dululah. Gila apa pakai macam ini.” Ujarnya sambil tersenyum dan
melangkah pergi dalam keadaan menahan sakit dibadannya.
Selama
ini aku lihat hidup dia aman di sini, rupanya dia tutup semua itu dengan
senyuman yang dia ukir di bibirnya. Selama ini aku lihat hidup dia tiada ujian
di sini, rupanya dia begitu menghayati dugaan yang menimpanya. Dan selama ini
aku lihat dia sudah cukup sempurna kerana mempunyai tempat untuk kembali,
rupanya dia tidak pernah berhenti bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang.
Bukan
kau seorang sahaja yang ditimpa ujian dan musibah Fitri. Ramai lagi. Cuma
bezanya mereka cuba untuk keluar dari terus tenggelam dan hanyut dalam
penderitaan itu. Kau harus bangkit untuk ubah hidup kau. Bangkitlah Fitri
Balqis!
Mata Lily Faqeha tidak berkelip memandang kain
kecil yang berdarah di bawah bantal Fitri. Tangannya menggeletar untuk
mencapainya. Dia dekatkan tuala tersebut untuk menghidunya. Automatiknya dia
mencampakkan tuala itu apabila deria baunya menangkap bau darah. Mana datangnya
darah ini? Itu yang sedang bermain difikirannya.
“Darah siapa
itu?” Nimaz bersuara agak terkejut.
Lily Faqeha
menggeleng.
“Teruskan?”
Tambah Nimaz lagi.
Dia angguk.
Tidak pernah dia menjilat balik apa yang sudah diludahnya. Itu prinsip hidup
Lily Faqeha. By hook or by crook, Fitri Balqis
kena keluar dari Wonderful Academic, bahkan di Pulau Maya pun dia
tidak mahu melihat wajah yang penuh penipuan itu. Demi Hana Suriya, kawan-kawan
dia dan Pulau Maya. Dia memberi isyarat kepada Nimaz untuk menjalankan semua
perancangan mereka.
Fitri menarik nafas beberapa kali dan
menghembusnya. Dia perlukan kekuatan untuk menjejakkan kakinya kembali ke Sayzer
Houses. Hatinya sangat fobia untuk menerima segala kata-kata sinis dan
menyakitkan. Tapi dia perlu kuat untuk keluar dari kegelapan. Armin boleh, tak
akan dia tidak boleh. Apabila lif berhenti, dia melangkah keluar dan menuju ke
pintu Sayzer Houses.
“Diakan
pembunuh itu?” Bisikkan yang muncul dari belakangnya.
“Aku tak
sangka dia bukan saja bunuh Tuan Ikram tapi ibu dan ayah angkat dia juga.”
Suara itu hanya beberapa langkah sahaja darinya.
Seolah sudah
berhenti denyutan jantung Fitri sekarang. Tidak mampu dia melangkah apabila
telinganya terhidang kata-kata seperti itu. Tetapi dia kuatkan juga kakinya
untuk melangkah ke hadapan. Sakitnya Tuhan. Kenapa aku diuji setelah aku baru
mendapat sinar kekuatan yang baru?
“Aku takut
dia bakal bunuh kita semua. Dosa kejahatan dia itu tak akan terampun walau dia
sudah bertaubat berjuta kali.”
“Mana nak
terampunnya, mak kandung sendiri pun dia bunuh.”
Mata Fitri
terus menikam anak mata pemilik suara itu. Tiada sesiapa pun tahu pasal itu.
Hatinya sudah lanyui beberapa kali sebelum ini. Dan sekarang ianya umpama
cebisan daging yang tidak dapat disatukan kembali. Hanya Armin dan Firyal
sahaja yang mengertahui semua cerita ini. Ke.. kenapa mereka semua tahu? Dari
mana? Siapa?
Lantas dia
berlari masuk ke dalam Sayzer Houses dan dia ingin terus ke
biliknya. S09/2. Dia berlari tanpa mempedulikan setiap mata yang memandang
serong kepadanya. Kenapa? Kenapa sanggup buat aku macam ini?
Saat kakinya
ingin ke kiri ke arah laluan bilik pelajar perempuan. Kakinya terpaku.
Perlahan-lahan dia palingkan kepalanya ke kanan bagi memastikan samada apa yang
dia lihat tadi hanya pembiasan cahaya yang mendatangkan bayangan ataupun
sebaliknya. Dia tergamam.
Selangkah
demi selangkah dia mendekati dengan penuh debaran. Jasad itu terbaring
betul-betul di hadapannya tika ini. Jasad yang penuh dengan darah di perut dan
dadanya. Darah itu juga mengalir ke lantai. Banyak sangat.
“Hei…” Fitri
cuba mengejut. Air liurnya tertelan, gulp!
“Kau bunuh
dia! Kau bunuh dia!” Jerit satu suara yang baru sahaja datang.
Fitri geleng
sepantasnya. “Tak. Bukan aku yang lakukannya.”
“Kau yang
bunuh. Pembunuh!” Dia terjerit sekali lagi dan menyebabkan ramai yang
berkerumum dan mengatakan perkara yang sama kepada Fitri.
Kakinya mula
menjauh. Telinganya terbakar dengan semua itu. “Bukan aku! Bukan!” Belum sempat
dia melarikan diri. Kakinya dipegang dengan kuat oleh pemilik jasad di
hadapannya itu.
“Kau… kau
yang lakukan.” Suara itu berbisik dengan mata yang tajam dan menyeramkan.
Sekuatnya
Fitri tarik kakinya dan berlari selajunya dengan melanggar semua orang yang
menghalang jalanya. Apa yang berlaku? Tidak! Bukan aku yang lakukan. Bukan aku
yang bunuh budak itu. Bukan. Bukan aku! Percayalah!
Sampai
sahaja diruang katilnya. Dia jatuh terduduk apabila melihat lantai dan
katilnya. Tangannya menggeletar. Matanya berair. Hatinya tersiat lagi.
Jantungnya berdenyut lebih cepat dari denyutan biasa. Teragak-agak dia mengambil
bilah pisau yang berlumuran darah di atas katilnya. Kenapa penuh dengan darah?
Mana datangnya semua ini?
Matanya
menangkap kertas yang bertompok darah yang tertampal dihujung mejanya.
‘PEMBUNUH!
HUNTER! BERAMBUS!’
Fitri
mengoyak kertas tersebut dan mencampak pisau itu jauh darinya. Dia ambil kain
untuk mengelap cecair merah di lantai dan mencabut cadar di atas tilamnya.
Semua benda itu dia lakukan dengan pantas dalam keadaan tidak waras. Akal warasnya
hilang untuk berfikir. Dia masuk ke dalam tandas untuk membasuh tangannya.
Sekali lagi dia hampir rebah apabila kain kecil yang berdarah miliknya
tergantung di paku cermin bilik air tersebut. Dengan pantas juga dia
membasuhnya. Banyak kali, tetapi masih tetap ada warna merah. Air matanya tidak
dapat tertahan lagi, apabila bayangan semua mangsanya datang bertalu-talu dalam
fikirannya. Darah di tangannya juga tidak pernah hilang. Banyak. Terlampau
banyak. Dia cuba cuci tetapi tetap tidak dapat dihilangkan.
‘Pembunuh!’
‘Pergi
matilah!’
‘Kau tak
akan pernah bahagia kerana kau perampas kebahagian orang lain!’
“Berhenti!
Berhenti! Aku cakap berhentilah!” Fitri menjerit tiba-tiba apabila telinganya
seolah mendengar bisikan-bisikan itu. Dia tutup kedua-dua telinganya dengan
telapak tangannya.
‘Kau
pembunuh!’ Suara itu muncul bersama wajah yang tidak dapat dia pastikan di
hadapan cermin bilik air tersebut.
Fitri
mengemaskan genggaman ditangannya. Dia tidak mampu lagi menahan rasa sakit itu.
Hatinya marah. Kenapa perlu letakkan semua kesalahan itu pada aku? Akukah yang
bersalah seratus peratus dalam semua hal itu?
“Aku cakap
diam, diamlah pekak!” Dia menjerit sambil tangan dan kakinya menumbuk dan
menendangnya beberapa kali sehingga berkecai cermin dihadapannya itu. Rasa
sakit ditangan dan kakinya tidak dipedulikan. Hatinya tidak puas lagi kerana
bayangan itu makin banyak. Lantas dia menggunakan kuasa airnya untuk membuang
semua bayangannya. Tanpa dia sedar, bilik air S09/2 sudah ranap dia lakukan.
“Ya Allah!
Fitri!” Jerit Armin apabila melihat keadaan Fitri tika itu.
Hancur
hatinya melihat sahabatnya seperti hilang kewarasan. Dia tahu semua ini pun
dari mulut-mulut pelajar lain yang mengatakan Fitri sedang mengamuk di dalam
biliknya. Hatinya bertambah gelisah apabila melihat wajah yang penuh muslihat
di ruang tamu Sayzer Houses semasa dia memasuki Sayzer Houses
tadi.
Pandangan
mata Fitri kabur. Baru sekarang dia merasakan kesakitan ditangan dan kakinya. Waktu itu
terlampau banyak darah yang mengalir. Selangkah dia mendekati Armin yang sedang
menitiskan air mata sambil kepalanya tergeleng-geleng.
“Am…Am...”
Dunianya gelap gelita.
Am. Betulkan
aku cakap? Bahagia itu bukan milik aku.
‘… dan janganlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum
yang kafir.’
-Surah Yusuf:12-