Home Novel Seram/Misteri Roh rumah sewa
Bab 12 ; Cikgu Romei

Bab 12

“Aku rasa betullah rumah tu berhantu. I mean bukan berhantu, tetapi ada penunggunya,” Rafael memulakan perbualan. Hanya mereka berdua sahaja yang berada di bilik guru. Malah meja mereka juga bersebelahan.

“Itulah aku dah kata. Kau tidak percaya. Kenapa? Dah kena usik ker?” Cikgu Romei memandang ke arah Rafael.

“Aku bukan kena usik. Tapi…” Rafael menceritakan segalanya apa yang terjadi. Bermula dengan cerita Mail dan Osman diikuti oleh kejadian malam tadi. Cikgu Romei tekun mendengarnya sambil menanda buku pelajar. Setelah Rafael tamat bercerita ;

“Cerita kau ni bila difikirkan balik, memang lojik dengan sejarah yang berlaku di Pasir Salak. Berat juga masalah kau ni. Benda dah berdamping dengan manusia sudah lamakan? Susah nak buang tu. Kalau kau ikut kata hati jin tu… kau mensyirikkan Allah,” Cikgu Romei bersandar pada kerusinya sedang memikirkan masalah dihadapi Rafael.

“Itulah. Apa cadangan Cikgu Romei?”

“Macam inilah. Kau pergi jumpa penghulu dahulu, kau tanya dia kenapa jin tu nak berdamping dengan kau? Bagi aku yang peliknya, kenapa makhluk tu kacau kau… bukan sepupu atau Penghulu itu sendiri sebab rumah itu warisan keluarga diakan?” Rafael mengangguk.

“Jadi, sebelum apa-apa kau hendak buat atas rumah tu. Aku cadangkan kau tanya dahulu Penghulu. Lepas tu kau upah ustaz atau sesiapa yang pakar pasal benda-benda macamni untuk buang benda itu atau bunuh terus,” cadang Cikgu Romei tanpa bertapis.

“Kalau dia tak mahu jawab? Atau buat tak kisah?”

“Kau keluarlah dari rumah tu. Habis cerita.”

“Aduh! Aku malaslah hendak berulang alik dari Pekan Gerik, Kalau benda itu mengikut aku?”

“Kan aku cakap tadi. Hapuskan.” Rafael mengangguk. Mungkin itu solusi yang paling terbaik sekali.

((((((((((((((((((((((((((((

Entah mengapa sejak keluar dari pintu pagar sekolah tadi hati Cikgu Romei tidak begitu tenteram. Kini dia di dalam perjalanan ke rumahnya yang terletak di pekan Gerik.

“Ish! Apasal aku berasa berdebar-debar ni?” Rafael memasang CD Al-Quran. Selalunya apabila dia memang memasang CD Al-Quran di dalam kereta apabila balik kerana tidak mahu makhluk halus menumpang keretanya apabila melalui jalan ini balik ke pekan. Jalan ini terlalu sunyi dan kiri kanannya hanyalah kebun ataupun hutan tebal. Dia takut makhluk halus akan menganggu anak sulungnya yang masih memerah berusia 2 bulan. Isterinya juga merupakan seorang guru dan mengajar di pekan Gerik. Mereka baru berkahwin setahun yang lalu di mana Cikgu Romei berkenalan Cikgu Saodah yang merupakan anak jati Gerik semasa berkursus di pekan. Di kiri dan kanannya hanyalah hutan belantara. Jalan agak bengkang bengkok kerana dikelilingi oleh bukit-bukau. Rafael yang membelok di satu jalan yang bengkok… Rafael terkejut apabila seorang yang bertubuh kekar berada di tengah jalan… wajahnya sangat menakutkan. Cikgu Romei memutarkan sterengnya bagi mengelakkan terlanggar pemuda itu yang menyebabkan keretanya terbabas lalu melanggar tembok penghadang di sebelah jalan. Air bag kereta Personanya lantas mengembang dan mengelakkan kepala Cikgu Romei terhantuk di stereng.

“Kamu hendak hapuskan siapa? Aku? Jika tidak cukup ilmu di dada jangan cuba mencabar aku? Aku sudah 200 tahun hidup di sini,” kata pemuda yang berpakaian panglima itu lalu menghilangkan dirinya. Cikgu Romei bernasib baik apabila selang 2 minit kemudian Cikgu Din yang turut mahu balik ke rumah di pekan Gerik terlihat kereta Cikgu Romei yang kemalangan. Dia segera menelefon ambulans dan seterusnya cuba menyedarkan Cikgu Romei. Cikgu Romei tersedar lalu Cikgu Din segera membantu Cikgu Romei keluar dari keretanya lalu memapahnya jauh sedikit dari kereta yang remuk teruk di bahagian depan. Tiba-tiba kereta Cikgu Romei berasap dan tidak berapa lama kemudian terbakar.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.