Home Novel Seram/Misteri RUMAH AGAM JALAN LAMA
RUMAH AGAM JALAN LAMA
Pemburu Malam
19/11/2017 19:15:39
36,401
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 6

       SUNGGUH enak hidangan yang telah di sediakan oleh Pak Rul untuk hidangan mereka semua pada malam itu.Bertambah- tambah nasi keduanya.

       " Erkkkk...Alhamdulillah.Opssd !!," lantas mulutnya ditutup .Ayna disebelah menjeling.Tidak senonoh betul rakannya itu.Malulah sikit pada lelaki tua itu.

         Pak Rul tersenyum.Sekurang- kurangnya terhibur juga dia dengan keletah anak remaja itu.Tidaklah kesunyian menemaninya sepanjang hari seperti rutin hariannya.Namun begitu , rasa was- was masih lagi tinggi.Dia digugat rasa risau jika anak- anak gadis itu mengetahui sesuatu yang cuba dia sembunyikan .

       Manalah tahukan ? 

" Pak Rul , tak apa biar kami tolong kemaskan meja dan basuh pinggan.Pak Rul mesti penatkan memasak ," ujar Ayna tanpa di suruh menindankan pinggan yang telah dia kosongkan tadi.Manakala Fifi pula menindan gelas- gelas mereka dan membuang baki- baki lauk ke dalam pinggan lain.Yang mana boleh di simpan dia akan simpan.Esok bolehlah di panaskan .

       Pak Rul akur dengan kehendak mereka.Dia bangun dan terus memegang tongkatnya yang sentiasa berada di sisi.Dia terus bergerak ke arah ruang tamu.Manakala , anak - anak gadis itu pula terus menapak ke arah dapur.

       ' PANG !!!' Berderai gelas lantas bergeletak serpihannya di atas lantai.Dia tidak sengaja melepaskan gelas itu dari tangannya.Dia terperanjat tatkala matanya terpandang ke arah luar jendela." Babe, kau kenapa ? Ok ke tak ni ? ," soal Ayna juga terperanjat lantas mendapatkan gadis yang kaku tepi tepat letak pinggan mangkuk itu .Jendela pula sengaja gadis itu bukakan.

       Jari yang luka itu dipedapkan dengan tshirtnya." Babe, kau tunggu sini biar aku cari kotak kecemasan kot- kot ada," ujar Ayna pantas bangun, namun baju ditarik Fifi.Wajah yang pucat direnung lagi.Ayna semakin pelik dengan ulah rakannya itu.

      " Ak....Ak...Aku nam...Nam...pak sesuatu ," bisiknya mengeletar.Ayna membesarkan anak matanya." Babe, betul ke ? Apa yang kau nampak ? Kat mana ?" 

      Matanya dipicing ke arah yang rakannya nyatakan itu.Namun, tiada apa- apa kelibat pun yang dia nampak.Kemudian dia tunduk semula ke bawah dan melutut ke arah rakannya.

       " Babe, tak ada apa- apa pun.Mungkin ilusi kau aja babe...Maklumlah before we enter here kan pelbagai story yang kita dengar ...."

        " Ta....Ta ...Tapi aku tak tipu...," ujarnya hampir menangis .Luka dijarinya tidak sesakit hatinya pabila rakan sendiri tidak mempercayainya.

         Bahu itu ditarik lantas di rangkulnya.Belakang gadis itu dibelai supaya dia makin tenang.Ayna agak sukar mempercayai sesuatu benda .Dia seorang yang skeptikal.Mungkin, mungkin dia akan percaya jika dia lihat sendiri akan benda itu semua.

         " Babe," ujar Ayna sambil mengangguk.Fifi paham maksud renungan itu lantas mereka berdua berpimpinan ke arah ruang tamu.Jendela yang terbuka, direnung dari jauh.Perlahan- lahan dia mengapungkan dirinya dari dalam perigi buta di mana Fifi terpandang tadi.

         Dia mendesah kesakitan tatkala cuba menyambung cucian pada luka itu.Luka semakin kelihatan parah.Nanah sudah mulai banyak, dengan bau nya lagi.Ayna menapak turun pabila Fifi sudah terlena, dia sedikit dahaga.Sedang dia menuju ke arah dapur  , matanya terpandang seseorang sedang terpunduk di lantai ruang tamu yang bercahaya suram itu.

        Ayna benar- benar berasa simpati tatkala melihat lelaki tua yang mendesah kesakitan itu.Kelihatannya dia sedang membalut lukanya." Pakcik, kenapa tak pergi klinik atau hospital ? Teruk luka tu ....Takut nanti dijangkiti kuman," ujar Ayna melabuhkan punggungnya atas lantai.Niatnya mahu membantu tapi tetap ditegah.

        Ayna tetap berdegil, tangannya dengan pantas mengambil pengepit bandage dari dalam plastik kecil." Bukan pakcik tak mahu rawat kaki pakcik tapi...," ujar Pak Rul terhenti seketika.

        " Kenapa pakcik ? Ada tak mana- mana klinik yang berdekatan ? Tapi, tula minyak pula tiada ," ujar Ayna pula.Lantas dia teringatkan sesuatu." Pakcik , tunggu sekejap .Ayna rasa  kami ada bawa peti kecemasan," ujar Ayna bingkas bangun.

          " Tak usahlah susah, susah"

          " Apa yang susahnya pakcik...Tunggu ya "

            Sedang Ayna memulas tombol pintu, telinganya seakan terdengar suara orang merintih.Sayu sahaja.Melankolik melodinya.Tangisan mendayu itu datangnya dari arah bilik bermangga besar itu.

            Tombol tidak jadi dipulaskan.Gadis itu perlahan- lahan menapak ke arah bilik itu.Kakinya dihentikan pabila kini dia berhadapan dengan kamar itu.Telinga dan tangannya ditekapkan pada pintu.Sunyi .Mangga di pegang .Dia tiada kunci untuk masuk ke situ.

            Tiba- tiba dia teringatkan sesuatu.Dia menapak laju ke arah biliknya semula.Tombol dipulas lalu dia melangkah masuk.Tangisan mendayu itu kembali kedengaran.Makin lama makin kuat.Pintu yang bermangga itu terbuka luas.Kelihatan seorang gadis terpunduk tepi sebuah katil dalam keadaan seolah orang meratib.Tangisannya tersedu- sedan.Tiba- tiba, mukanya terdongak.Lebam dan luka yang masih berdarah kelihatan jelas di wajah yang samar itu.Berdentum , pintu tertutup semula.

         Ayna tersenyum sambil menapak ke arah Pak Rul yang termenung panjang sambil terpicit- picit kakinya.Dia terdengar derapan kaki seseorang semakin menghampirinya.Dia terpaling.Wajah yang dipenuhi darah itu tersenyum sinis, di belakang Ayna yang tercegat itu.Huluran kotak kecemasan tidak dia hiraukan.Matanya masih melekat pada renungan itu.Ayna berasa pelik, dia lihat air muka lelaki tua itu dipenuhi rasa ketakutan.

         " Pakcik..."

          " Pergi kau....!"

          " Pak cik...."

          " Pergi aku kata....Pergi....!!!," bentak Pak Rul.Ayna tergamam.Kotak kecemasan diletakkan ke bawah lantai lalu gadis berpaling semula ke arah tangga.Bayangan wanita itu ghaib begitu sahaja.

            " Maafkan pakcik , Ayna...," ujar lelaki tua itu sayu.Bukan dia memarahi gadis itu tetapi bayangan itu.Bayangan yang semakin kejam padanya.Dia sedar mungkin itu karma buatnya.

             " Kenapa dengan Pak Rul, angin tak ribut tak , tiba- tiba je naik angin ?," soal Ayna tertunduk merenung lantai semasa dia melangkah di lorong kecil menuju ke kamar peraduannya kembali.

            Dia masih tertunduk pabila tiba dihadapan pintu kamarnya.Tombol dipulas dan dia melangkah masuk tanpa memandang ke arah kirinya di mana ada ' seseorang ' di situ.

            Ayna mendapatkan laptopnya.Dia berpaling ke belakang, Fifi sahabatnya itu lena betul apatah lagi diselubungi oleh selimut satu badan.Ayna tersenyum seraya mengelengkan kepalanya.Jendela sengaja terbiar buka .Langsir labuh terbuai tatkala disapa bayu malam.

           Ayna memandang ke arah jendela.Dia mengangkat laptop dan baterinya lantas melangkah ke arah jendela .Kini dia berada di ruangan balkoni.Suasana suram menyelubungi dirinya kini.Hanya berteman kan mentol bulat di atas kepalanya dan cahaya rembulan.

          Manuskripnya kini semakin hari , semakin tebal mukasuratnya.Laju jemarinya menaip pabila idea semakin mencurah dalam benaknya.Rambut yang sengaja dia lepaskan terbuai- buai dek sapaan bayu.

          ' Rini, kini berdiri di ruangan balkoni rumah agam itu.Dia termenung sambil melihat keindahan langit malam yang dilatari kerlipan bintang .Malam itu bulan terang sekali.

            Walaupun hatinya dikunjung resah namun tatkala melihat keindahan malam itu hati yang lara terubat sedikit lukanya.Tanpa dia sedari , bayangan itu semakin menghampirinya dari arah belakang.

            Dia menyeringai menampakkan sepasang taring yang diselaputi darah.Tangan yang berjari memanjang kelihatan menakutkan lagi dengan ditemani kuku yang panjang.Dia seolah- olah mahu mencekik  leher   gadis yang asyik melihat keindahan malam itu .

            Tangannya disapu-sapukan pada lehernya .Bulu- bulu roma pada leher dan tangannya secara tiba - tiba tegak berdiri.Mungkin dilanda kedinginan malam .Maklumlah malam semakin larut .

           Fifi terbangun pabila tekaknya terasa haus.Dia agak malas sebenarnya mahu bangun tapi rasa haus itu makin menganggu lenanya.Dengan mengeliat malas dia bangun, mata dikecilkan sedikit kerana agak pedih dek terlalu lama terpejam.Dia menenyeh sedikit matanya yang semakin bertahi mata.Dia bingkas menuruni katil itu sambil menyeka lelehan air liur basi yang semakin mengering di sekitar bibirnya dengan hujung pyjama nya.

         Detak- detik taipan pada permukaan keyboard komputer dia kedengaran dari  arah jendela yang menghadap balkoni luar." Ayna, Ayna tak habis lagi ke kau berkarya ?," soalnya sendirian dan menapak ke arah jendela berkenaan.

         Liur ditelan berkali- kali.Langkahnya pula terhenti.Lemah pula kepala lututnya.Perlahan- lahan dia merenung sekujur tubuh yang terawang itu dari bawah membawa ke atas.Rambut mengurainya berterbangan.Kain putih berjuraian yang kelihatan seperti di carik.Ayna pula tidak sedar dan masih lagi dalam dunia laptopnya.

       Dengan bacaan ayat qursi dia perlahan- lahan mengerakkan badannya ke arah katil semula.Hausnya juga sudah hilang ditelan rasa takut.Bukan dia sengaja mahu membiarkan Ayna dalam bahaya, tetapi rasa takutnya membatasi segalanya.Baru beberapa hari dia tinggal di rumah ini, pelbagai benda aneh dia lihat.Namun, Ayna rakannya itu tidak pula terlihat seperti mana yang dia lihat.

      Memang benar Ayna masih lagi tidak nampak apa- apa walaupun sepatutnya dia yang akan nampak dek hijabnya yang terbuka namun sebaliknya pula yang berlaku.Dia juga diganggu .Tetapi gangguan yang sering dia hadapi bukan penampakan tetapi suara- suara.

      Fifi yang diselubungi selimut masih lagi terkebil- kebil matanya.Mulutnya terkumat- kamit membaca surah- surah yang dia tahu.Peluh kian membasahi dahinya.Ya, hanya satu cara.Tangannya dikeluarkan dari dalam selimut lantas mencapai telefon pintarnya.Nombor Ayna di tekan butang Sent.Kini hanya menanti jawapan dari whatsapp gadis berkenaan.

        Jemari yang sedari tadi laju menaip pada papan keyboard laptopnya kini terhenti.Telefon pintarnya diangkat .Satu whatsapp masuk." Aik, dari Fifi ?," soalnya pelik.Bukankah gadis itu sedang lena di ulit mimpi ? 

        Ayna terjeda seketika.Dia teringat kembali tatkala lehernya yang secara tiba- tiba merinding.Whatsapp itu di biarkan.Liur ditelan dengan begitu payah sekali pabila lehernya berpaling secara perlahan ke arah belakang.Mata yang terpejam perlahan dia bukakan.

         Kosong ! Yang ada hanya perabot yang setia kaku dalam kamar berkenaan.Jam dipergelangan tangannya dikerling.Menghampiri 4 pagi.Karya di save lalu ditutup laptopnya.Di angkat lalu diletakkan tepi katilnya, punggung dilabuhkan pada tilamnya.Namun, dia teringatkan Fifi.Dia bangun semula dan menapak ke arah katil itu.

         Fifi yang memang didalam ketakutan terkejut pabila ada satu tangan melingkari tubuhnya kini." Babe, aku Ayna .Tidurlah ...."

       


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.