Home Novel Seram/Misteri RUMAH AGAM JALAN LAMA
RUMAH AGAM JALAN LAMA
Pemburu Malam
19/11/2017 19:15:39
36,401
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 11

     " KAU siapa ?," soal Ayna .Liar matanya mengintari kawasan berkenaan.Dia seakan mengenali perabot didalam rumah itu.Tapi, dari segi kedudukan dan warna agak berbeza sedikit.Dan wajah itu pula , seperti dia menghadap cermin.Cuma tahi lalat itu sahaja yang membezakan mereka.

       Ainah tersenyum melihat ulah gadis itu.Dia cuba mempelawa gadis itu duduk namun Ayna teragak- agak .Siapa sebenarnya wanita bersanggul itu.Tiba- tiba , muncul seorang lelaki.Pak Rul ? Soalnya agak terperanjat.Nyata dia mengenali wajah berkenaan walaupun dia kelihatan lebih muda.Namun kakinya tempang..  

       " Jahanam !!!," bentaknya meluru ke arah wanita berkenaan.Wajahnya masam mencuka.Ayna terpinga- pinga melihat sandiwara yang tertayang depannya itu.Pak Rul sungguh berbeza sekali sikapnya.Teganya dia menzalimi wanita itu.    

        Rambut Ainah yang dicengkam kuat ditarik- tarik dengan kuat sehingga wanita yang tersedu- sedan itu terdongak- dongak." Abang, sakit bang....Sakitt !," rayu Ainah namun lelaki itu sengaja memekakkan telinga.Begitulah sikap Pak Rul yang sebenar.Tanpa alasan yang munasabah wanita itu dia zalimi tanpa belas kasihan.Apatah lagi jika kalah di meja perjudian, lagi teruk wanita itu dia kerjakan.

       " Kau siapa ? Bagaimana kau boleh berada di sini ?," tengking Pak Rul yang tidak mengenali zuriatnya.Ayna tergamam, bagaimana mahu dia menjawabnya ? Sedangkan dia sendiri tiada jawapan.Dia pun tidak tahu bagaimana boleh berada di situ.

       " Kau siapa hah ? Baik kau keluar !! Kau pun sama sial seperti jalang ini !," bentak Pak Rul menarik rambut itu lagi kuat.Berderau darah gadis itu pabila dijerkah malahan di hina sebegitu sekali.! Sedangkan kedua orang tuanya pun tidak pernah menghinanya begitu ! 

         Fifi terkejut lantas terjaga tatkala mendengar jeritan sahabatnya itu.Ayna kelihatan meronta- ronta dengan tangannya yang tergawang- gawang ke atas seolah sedang bergaduh dengan seseorang.

         " Kau kenapa babe ? Meracau teruk ?," soal Fifi melabuhkan punggungnya    dibirai katil gadis itu.Kelihatan peluh memercik didahi gadis berkenaan." Aku bermimpi....Ak...Aku pelik bagaimana Pak Rul boleh ada dalam mimpi aku ? Dan perempuan itu ?," soal Ayna meraup wajah berkali- kali kemudian beristigfar .

         " Hah ? Pak Rul ? Apa jadahnya kau mimpi dia babe ? Perempuan mana pula kau jumpa ni ?," soal Fifi makin ingin tahu.

          Dia tersenyum lantas ghaib di balik pintu ." Babe, kau tidur pun pakai perfume ke ?," soal Ayna yang semakin tenang.Kembang- kempis hidungnya .Fifi berasa pelik , tetapi tetap jua dia hidu celah lengannya namun yang ada hanya bau ' ahcem' .

          " Babe , kau pe hal ni ? Bila masa pulak aku tido pakai minyak wangi aih ," ujar Fifi sambil menayangkan celah lengannya.Ayna menolak nya.Fifi mengekek." Hah, tau takut ," bisiknya lucu.

          " Habis tu , kalau bukan kau ? Siapa pula yang pakai ?," soal Ayna.Lantas kedua- duanya meremang bulu roma.Liar mata mereka melihat bilik yang gelap itu." Babe, pukul berapa sekarang ?," soal Ayna masih lagi meremang.

          Fifi melihat dipergelangan tangannya nasiblah jam belum ditanggalkan lagi." 3 pagi ," jawab Fifi makin perlahan suaranya.Fifi perlahan- lahan naik ke atas katil Ayna .Saling bertatapan seketika." Tidur !," ucap keduanya lantas menarik selimut.

         Pak Rul juga berpeluh- peluh.Dalam masa itu juga dia terpikir mengapa Ayna gadis dari kota itu boleh ada dalam mimpinya.Siapa dia dengan Ainah ? Ainah ada rahsiakan sesuatu ke ? Ada perkara yang aku masih lagi tak tahu ke ? Dan apa perkara itu ?    

         " Aku tahu , aku dah melakukan banyak kesilapan.Aku dah sia- siakan seorang wanita yang pernah aku cintai .Baru kini aku dapat rasakan penderitaan yang kau alami dahulu.

         "Airmata yang mengalir tidak dapat mengembalikan apa yang telah pergi ," ujar seseorang dari arah sudut dinding ruang tamu berkenaan.Dia melayang- layang diruang udara rumah agam itu lantas matanya tertancap pada potret besar yang menghiasi dinding.

         Tiada angin atau ribut, dengan tidak semena- mena bingkai potret berkenaan terjatuh dan ia terhempas betul- betul di hadapan Pak Rul." Allah !," laungnya terkejut.Nyaris terkena tubuhnya jika dia berada dikedudukan dimana bingkai itu jatuh.

         " Hi....Hi..Hi ....," tawanya kedengaran sayup .Lelaki tua dan tempang itu meneguk liurnya berkali.Dia tahu ada ' seseorang' bersama dengannya kini.

         " Aku mahu kau rasakan kesakitan yang sama !," ujar satu suara berdekatan corong telinganya.Bagaikan dirasuk sesuatu, Pak Rul mengambil serpihan kaca yang sederhana besar lantas ditoreh- toreh pada lengannya.Darah serta- merta membuak keluar dari torehan itu.

         Berkali- kali lengan itu ditoreh .Darah pekat dan likat juga pekat warna merahnya mengalir deras lantas menuruni lengan berkenaan lalu mencurah turun membasahi lantai mozek .

         Tongkat miliknya juga terapung dengan tiba- tiba lantas tanpa sebarang amaran berkali- kali wajah dan kepala itu di ketuk .Wajah yang sempurna kini hampir separuh hancur.Tempurung kepala retak.Darah memancut keluar melalui hidung, mulut dan telinga.

        Setelah benar- benar puas.Kini mayat Pak Rul ditarik oleh ' sesuatu' jika dipandang tanpa ' hijab' kelihatan tiada sesiapa .Tubuh itu ditarik dengan kasar sekali lantas menuju ke arah luar.Pintu yang terbuka kini tertutup kembali.Ruang itu kembali sepi hanya bertemankan darah pekat milik Pak Rul.

        Mayat Pak Rul kini bersemadi dengannya di dalam perigi buta yang sama.Namun begitu , tetap ' ada Pak Rul ' lagi.

   


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.