Home Novel Seram/Misteri RUMAH AGAM JALAN LAMA
RUMAH AGAM JALAN LAMA
Pemburu Malam
19/11/2017 19:15:39
36,407
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 5

        PINTU kini luas terbuka.Suasana masih lagi gelap walaupun fajar sidiq mulai muncul.Sekitar jam 7 pagi.Matanya diintari kiri dan kanan.Terlihat sesuatu yang mencurigakan.Mata di picingkan pada pangkin putih itu .Langkah yang terhencot- hencot mendekati pasangan itu.

         Ayna terjaga dari lenanya lantas dia bingkas bangun sambil mengeliat sedikit.Ayna tersenyum lantas berpaling.Mereka saling berpandangan lama.Fifi disebelah juga terjaga dan terus terbangun.Dia lihat mereka saling berpandangan.Fifi melihat lelaki tua itu dengan satu pandangan pelik.

         " Assalamualaikum, maafkan kami pakcik.Semalam hujan lebat jadi kami tumpang berteduh sementara menanti hari siang," ujar Ayna lembut lantas berdiri.Begitu juga Fifi sambil memegang lengan Ayna ." Kamu siapa ? Bagaimana boleh sampai ke sini ?," soal lelaki tua itu merenung tajam.

         "Saya Ayna, ini kawan saya Fifi.Sebenarnya , memang tujuan sebenar kami ke sini , ke rumah ini.Saya penulis novel seram.Jadi saya ingin merasai pengalaman di sini.Dengar cerita..."

        " Rumah ini berhantu begitu ?"

        " Dengarnya begitulah pakcik"

        " Dah kalau begitu , kamu berdua ni tak takut ke ?" Soal lelaki tua itu lagi berbaur sindiran.

         " Inshaa Allah kami rasa tidak...Itupun jikalau pakcik izinkan kami bermalam di sini"

          Lelaki tempang itu terhenjot- henjot berjalan dalam kesakitan tatkala telapak kaki yang semakin parah cederanya itu menghentam lantai .Dia terjeda seketika.Lama dia merenung sambil merenung pohon rendang dihadapannya itu.

         Fifi mencuit pinggang gadis di sebelahnya sambil bibirnya terjuih ke arah lelaki yang dianggap menakutkan itu.Ayna hanya mampu menaikkan bahunya , tanda tiada jawapan.Hanya lelaki tempang itu sahaja yang ada jawapan.Angin pagi bertiup sepoi- sepoi bahasa.Dedaun kering berjatuhan memenuhi ruang itu.

      "Bukan pak cik tidak izinkan kamu berdua di sini.Tetapi kamu pun tahukan rumah pakcik terletak dihujung kampung.Sebarang kemudahan jauh dari sini."

       Melihat dari alasan yang diberikan,Ayna dapat menangkap maksud pakcik itu." Pakcik, kami janji kami tak merungut, kami tak akan berbuat apa - apa yang tak baik di sini.Kami hanya nak menumpang selama seminggu sahaja.Kami janji.Lagipun minyak kereta kami pun habis .Sementara kami nak cari stesyen minyak berdekatan.Bolehlah kiranya kami tinggal di sini buat sementara waktu "

        Lelaki tua itu berpaling lantas merenung ke arah mereka berdua.Sebuah helaan nafas dilepaskan.Nampak gayanya dia terpaksa menyetujui permintaan mereka.

        " Baiklah jika begitu , mari masuk ke dalam.Mesti kamu nak mandi dan makankan ? Mari pakcik tunjukkan bilik kamu"

          " Yess finally," desis hati Ayna kegembiraan.Fifi juga berasa lega.Akhirnya dia dapat mandi.Badannya melengas kerana hampir seharian tak mandi.Beg di ambil lantas di sangkutkan ke bahu .Mereka menapak membuntuti lelaki tempang itu masuk ke dalam .

         " Assalamualaikum" Sapa Ayna ketika melewati bendul pintu masuk.Alangkah luasnya ruangan itu.Kelihatan kerusi kayu yang boleh dikatakan mewah dengan hiasan kerawang- kerawangnya yang indah, tiga buah almari di setiap sudut salah satunya dipenuhi pelbagai pinggan kaca bercorak bunga english, sebuah televisyen antik, sebuah potret besar menghiasi dinding dimana bawahnya terletak televisyen antik itu.

        Fifi menelan liur pabila dia terperasan mata pada lukisan potret itu seolah bergerak kekiri kekanan.Cepat- cepat dia berpaling ke arah lain.Ayna melangut bahagian siling yang sangat indah dekorasinya.Lampu chandelliar menjadi salah satu tarikan siling itu.

        " Kamu berdua mahu tinggal di bilik atas atau bawah ? "

        " Atas ," jawab Fifi laju.Ayna mencuitnya.Fifi tersengih seperti selipar koyak." Tak kisah lah pakcik mana- mana pun boleh"

        " Baiklah ikut kamu berdualah.Tetapi jika ditingkat atas ada sebuah bilik jika boleh kamu dilarang masuk.Pakcik ada mangga di situ "

         Ayna tertanya- tanya bilik mana dan mengapa.Dia ingin bertanya lebih lanjut lagi tetapi biarlah dahulu.Kerana ada masa lagi.Fifi pula tidak sabar- sabar mahu menaiki ke tingkat atas.

         " Mari, pakcik bawa kamu ke atas

Bolehlah kamu mandi dan rehat sebentar sementara pakcik nak sediakan sarapan.Kamu berdua tentu laparkan ?"

          Ayna dan Fifi mengangguk dengan pantas.Mereka bertiga menaiki anak tangga berpilin itu.Ditengah pula ada sedikit pelantar kecil yang tersambung antara anak tangga ruang bawah dan atas.Di sisinya terletak satu cermin besar.

         Dengan pantas Ayna berpaling lantas merenung cermin berkenaan, kerana semasa dia menyambung perjalanan dia tadi dari ekor matanya , dia terlihat satu penampakan.Seorang wanita berambut panjang, berpakaian serba putih sedang berdiri di ruangan itu.

          Fifi dan lelaki tua itu pula semakin menghampiri tingkat atas.Ayna mengangkat bahunya lantas meneruskan perjalanan ke aras atas.

          Wanita berpakaian serba putih itu muncul semula lantas tersenyum penuh menyeramkan.Pakaian serba putihnya jika dilihat betul- betul dikotori tanah berselut dan berdarah.

          Dalam perjalanan menuju ke bilik mereka.Ayna terserempak dengan sebuah bilik bermangga besar.Mungkin inilah bilik yang pakcik itu maksudkan tadi.

           Tombol dipulas, berkeriut bunyinya tatkala pintu itu dibukakan.Mungkin kerana terlalu lama tidak di gunakan.Ruangan amat luas.Memiliki dua katil sederhana besar dan ditengahnya pula terletak sebuah meja tulis dengan lampu meja sekali.

         Fifi menenyeh hidungnya kerana tidak tahan dengan bau bilik berkenaan yang agak kepam walaupun ia kelihatan mewah dan cantik.Dua almari berukiran mewah dan agak tinggi di penjuru kiri dan kanan.

        Jendela berlangsir labuh dibukakan lantas jalur- jalur cahaya sang mentari mulai mencorakkan lantai mozek itu.Angin berhembus dingin.

        "Kamu berdua duduk- duduk dulu ya"

         " Baiklah pak cik ?"

         " Panggil pak cik Pak Rul.Nama sebenar Amarool."

          " Baik Pak Rul," jawab kedua gadis itu serentak.Lelaki tempang itu terhenjot- henjot keluar , Ayna mahu membantunya namun di tegah dengan alasan sudah biasa.Ayna berasa kasihan apatah lagi melihat kaki yang dibalut itu.Balutan makin lencun dengan darah.Ada sedikit bau tetapi mereka buat dunno saja.

        " Fifi, babe pergi mandi dulu.Biar aku kemaskan pakaian kau sekali"

         " Aip aip ci..." ujar gadis lincah berambut blonde itu menabik hormat sebelum bergerak ke arah bilik mandi .

         Sedang Ayna mengemas pakaian miliknya dan Fifi dia terdengar satu jeritan."Babe apsal kau menjerit ?," soalnya gelabah sedikit.Pintu terbuka Fifi tersengih sambil menunjuk ke arah bilik mandi yang indah itu.Ayna terkesima.Ada tab ala inggeris lagi.

         Ayna kembali pada tugasannya.Setelah setel kemas- mengemas dia mengeluarkan laptop dari dalam beg lap top lantas dipasangkan plug pada suis tepi dinding.

        Screen yang gelap kini bercahaya putih .Sementara menanti sahabatnya itu siap mandi dia mengambil kesempatan itu dengan menghadap karya terbarunya.Seram dan Ayna tidak dapat di pisahkan.

        Laju jemarinya menaip pada keyboard itu.Berdetik- detak bunyinya.Screen yang kosong kini mulai dipenuhi ayat karangan.

        Tumpuan diberikan pada karya itu dengan sepenuhnya.Dia ralit dan asyik dalam dunia khayalannya.Apatah lagi ditemani angin sepoi- sepoi bahasa., membuatkan langsir labuh itu terbuai.

        ' Sedang dia termenung....Tiba- tiba telinganya terdengar satu jeritan....Dan jeritan itu menceritakan bertapa azabnya diri dia ditika itu....' Jemari yang laju menaip kini terhenti seketika.

         Semakin dia picingkan pendengarannya , semakin nyaring jeritan itu.Dia keliru sama ada mahu keluar dan tengok atau pun tidak.Fifi pula masih lagi tidak habis- habis mandi lagi.Mungkin tengah ralit mandi buih kot !

       Ayna cuba menguatkan imannya dan keberanian.Dia bingkas bangun dari kerusinya menapak ke arah pintu kamar.Tangannya kejap pegang tombol, kejap dilepaskan.Was- was menguasainya kini.

       Ayna akhirnya menetapkan pendiriannya.Tatkala tangannya begitu hampir dengan tombol, satu tangan lain memintasnya.Ayna terkejut lantas berpaling.Fifi pula membuat muka dipenuhi persoalan.

      " Apsal babe ?," soal Fifi sambil mengelap rambut yang masih lagi basah." Tiada apa- apa , ingat tadi nak turun kejap ," ujar Ayna , dengan selamba merungkaikan tuala yang membaluti tubuh rakannya itu.Tuala yang telah dia sediakan tadi dicapai pantas, laju dia berlari ke arah bilik air sebelum rakannya mengejarnya.


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.