Home Novel Seram/Misteri RUMAH AGAM JALAN LAMA
RUMAH AGAM JALAN LAMA
Pemburu Malam
19/11/2017 19:15:39
36,405
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 4

        PUNGGUNG Kedua gadis itu terhenyak- henyak tatkala tayar kereta 4x4 mereka tercelus ke dalam lubang aspal jalan berkenaan.Laluan makin sempit, sunyi dan sepi.Malah hanya mereka sahaja yang lalu di situ.Tiada satu pun bebudak motor atau berbasikal yang lalu.Apatah lagi kereta.

       Mereka kini makin jauh meninggalkan jalan besar.Langit mulai dilatari warna merah saga.Senja bakal berlabuh sekejap lagi.Perjalanan di rasakan sudah terlalu jauh, namun masih tidak kelihatan atap- atap rumah .

       " Babe, jauh lagi ke wei ? Perut aku dah lapaq ni ?," soal Ayna sambil memandu.Fifi juga semakin pelik.Aplikasi waze di dalam telefon pintarnya seolah- olah lembab untuk berfungsi.Sedangkan tadi ia pantas memberi arah." Tula, aku rasa kita dah jauh dari jalan besar, nak tanya orang ....Orang pun tak mandang ," keluar juga loghat Peraknya.Plan mereka bertukar , sebelum ini mahu singgah di rumah tok wan Fifi tetapi sekarang cari dahulu rumah agam berkenaan.

        " Tak apa sabar babe, biasalah setiap perjalanan mesti ada dugaannya.Lagipun aku dah biasa...Inshaa Allah jika niat kita baik nampak nanti."

         Fifi mengangguk mengiyakan pernyataan itu.Mungkin bagi dia adalah pengalaman yang pertama, sedangkan Ayna segala rumah, bangunan malahan tiap ceruk yang dikatakan berhantu mesti dia sudah sampai.Sekadar mengutip satu pengalaman tak salah.

         Baru satu, dua rumah mereka temui .Jarak antara mereka berjauhan sekali.Namun, rumah agam yang mereka ingin terokai itu masih lagi tidak nampak walaupun bumbungnya.

         " Babe, cuba tanya mak cik tu .Manalah tahu kot- kot kita tersesat ke ? Dah beberapa rumah kita temui tapi rumah agam tu masih belum nampak.Perut aku makin sakit ni "

        " Okay, kau stop drive ...," ujar Fifi berani dalam ketakutan.Mak cik berbasikal itu kelihatan agak seram .Selendangnya menyembunyikan wajah dia.Di belakangnya pula ada beberapa gulungan tikar mengkuang.Tikar mengkuang ? Arwah nenek pernah bercerita tentang ada ' benda ' dalam gulungan tikar itu.

          Kayuhan basikal terhenti.Begitu juga langkah gadis itu.Kini keduanya saling berhadapan.Pada mulanya sunyi sepi membalut suasana.Dari tadi makcik itu tunduk sahaja.Fifi juga diserang rasa khuatir.Begitu juga Ayna.Tiada sebarang perbualan langsung dari kedua - duanya.Pintu ditutup lantas dia mendekati mereka.

         Fifi terperanjat pabila bahunya ditepuk dari belakang.Apatah lagi sayup- sayup kedengaran salakan anjing .Langit makin gelap.Ayna tersenyum gelihati, dia tahu akan sikap penakut rakannya itu walaupun dia tidak menunjuknya.

        " Assalamualaikum, tumpang tanya makcik.Mak cik tahu tak jalan nak ke rumah agam ? ," soal Ayna sopan.Masih lagi tiada jawapan.Sampailah kedengaran salakan anjing buat kali kedua baru dia membuka mulutnya.

       " Anak berdua terus sahaja ...

Kemudian anak berdua akan jumpa satu pokok rendang, rumah itu belakang pohon itu"

      " Terima ka....????," soal keduanya ingin berpaling semula ke arah mak cik tua itu.Namun, apa yang ada dihadapannya itu sebuah basikal buruk tergeletak berdekatan pohon kekabu itu.

       Ayna pandang Fifi.Fifi pandang Ayna." Astagfirullahalazim..!!," laung mereka berdua bergegas meluru ke arah jeep . Tanpa memakai seat belt Fifi terus menghidupkan enjin.Berdesup laju ke arah hadapan.

       Tangan Fifi mengigil ketakutan.Begitu juga Ayna, mungkin benar dia terbuka hijab namun sudah lama dia tidak nampak secara real, jika ada pun melalui sekali imbas dari ekor matanya sahaja.Fifi pula mati hidup semula pun tidak dia mahu lihat lagi .

        " Babe, kau ok    ke tak ni ? ," soal Ayna sedar akan ketakutan yang dialami rakannya itu.Gigil tangannya itu masih lagi belum berkurang.Sedangkan dia kini sudah tidak berasa apa- apa lagi.Siapa yang tak  terkejutkan ? 

      " Aku....Aku...O...

OK....," jawabnya tersekat- sekat." Berhenti di sini, biar aku pula yang drive .Better kau rehat," cadang Ayna." Eh...Eh...tak apa...Tak apa ," ujar Fifi liar matanya memandang sekeliling.Ayna mengerti kini.Tiada paksaan lagi.

        Denyutan semakin kuat namun apa yang boleh dia lakukan.Beberapa helai daun herba yang dia cari di belukar belakang rumah telah dia tempek di luka .Kaki kelihatan besar akibat bengkak.Mentol bulat menerangi kawasan halaman itu.

        Lalang makin meninggi, tetapi akibat lukanya itu dia tidak lagi dapat menjalankan aktiviti harian.Peluh makin memercik keluar, walaupun hari makin malam.Kaki yang luka diangkat lalu didaratkan atas meja bulat itu.Manakala, kaki yang tempang pula masih lagi setia menemani tongkat.

        " Babe, pokok tu nampak rendang kan ? Antara banyak- banyak pokok ," ujar Ayna cuba memicing matanya.Fifi tidak nampak jelas, lampu tinggi di arahkan pada pokok berkenaan.Tanpa mereka sedar ada ' seseorang ' sedang bertenggek atas dahannya.

         " Betul babe, tak silap aku itu kan rumah agam ?," soal Fifi pula.Ayna menganggukkan kepalanya dengan pantas.Stereng terus ditegakkan, tayar kereta 4x4 itu terus bergerak sehala sahaja.

          " Alamak babe, see....," ujar Fifi memuncungkan bibirnya ke arah cermin hadapan , wiper terus bergerak.Hujan mulai turun membasahi bumi itu." Babe, minyak pun makin low la....," sahut Ayna pula.Mereka memang harap agar rumah yang mereka temui itu , rumah agam yang mereka cari itu.

         Pintu ditutup dan keduanya menuruni kereta itu.Liar mata Fifi bergerak pantas mendekati sahabatnya, Ayna.Wajah mereka terdongak ketika melangut melihat bertapa besarnya banglow tepi belukar itu.Jalan itu jalan mati .Rumah agam ini sebenarnya terletak jauh dihujung jalan.Dan tiada siapa yang berani lalu apatah lagi menyinggah.Mereka seringkali terserempak dengan pelbagai jenis penampakan yang menyeramkan.

       Pelbagai versi cerita berkisarkan rumah agam berseni reka ala British itu.Ada cerita yang mengatakan tuan rumah ini mat salleh mati gantung diri dalam sebuah bilik tingkat tiga, ada juga yang mengatakan rumah ini mempunyai saka yang tak bertuan  , ada juga mengatakan pemilik asal rumah ini ' membela hantu raya ' dan terakhir isteri kepada tuan rumah ini mati terbunuh.

        Jika dilihat dalam kegelapan rumah agam ini tak ubah seperti istana drakula ataupun cerita fiksyen barat Adam' s Family.Bulu roma kedua- duanya mulai tegak berdiri pabila mendengar salakan anjing bersahut- sahutan.Juga suara si burung hantu yang terjegil- jegil matanya melihat pasangan itu dari bawah sebatang pokok tinggi berdekatan rumah agam itu.

        " Babe, takkan kita nak tunggu di luar sahaja...? ," soal Fifi yang makin basah kuyup.Barulah Ayna tersedar yang mereka berada dalam hujan yang semakin lebat.

          Ayna dan Fifi menapak bersama .Dari atas tanah berumput, kaki mereka kini berada di atas lantai halaman rumah agam itu.Fifi menelan liurnya pabila melihat ketinggian pintu berukiran awan larat itu.Ayna mengangkat loceng yang berukiran kepala singa, lalu diketuk beberapa kali.Mereka sendiri tidak pasti sama ada rumah yang begitu besar ini bertuan ataupun tidak.

        Ayna cuba ketuk sekali lagi pintu itu dengan menggunakan loceng berkepala singa kerana masih lagi tiada respon." Allah !," Fifi terpeluk Ayna tatkala guruh berdentum kuat.Kilat pula saling sabung- menyabung.

        Ayna juga terkejut apatah lagi di peluk sebegitu." Babe, sorry ....Guruh...," ujar Fifi tersengih seperti kerang busuk lagaknya.

        " Lenguh dah tangan aku babe ," keluh Ayna sambil meramas jemarinya." Kau rasa ada orang tak ? Macamana ni ? Hari dah makin lewat ni...Hujan lebat pula tu kalau nak kembali dalam kereta.Mustahil babe kalau nak ke mana- mana dalam keadaan begini," ujar Fifi panjang lebar.

       Ayna juga akui itu." Babe , aku tak ada jalan lain dah apakata ?"

        " Ti....Ti...Tidur kat sini ?," soal Fifi terketar- ketar menyoal.Bertapa beratnya rasa hati." Babe, aku tahu kau tak selesa, aku pun babe.Tapi kau pun tahukan keadaan sekarang camner ?"

         Mahu tak mahu , akhirnya Fifi terpaksa akur dengan cadangan itu.Pangkin putih itulah yang menyebabkan Ayna mendapat idea itu.Idea untuk tidur di situ sementara menanti hari siang.

         Beg ' backpacker' mereka diletakkan sebelah bawah pangkin berkenaan.Baju sejuk dikenakan pada tubuh memasing.Tuala dan beberapa helai baju dilipat lantas ditinggikan di jadikan sebagai bantal.

        Dalam keadaan tidak menjejak ke bumi, dia merenung tajam ke arah kedua- dua gadis yang lena tidur sambil berpelukan itu.

         Jenuh dia berpusing kiri dan kanan di atas katilnya.Akibat kakinya semakin sakit berdenyut , pedih dan tidak selesa menyebabkan dia sukar untuk terlelap.

        Jam direnung." Allah, sakit nya kaki aku ....Dah pukul 3 pagi pun aku tak dapat nak tidur," rungutnya sendirian.

        " Sakit ? Itulah apa yang aku rasa selama ini....Selama menjadi hamba penyeksaan kau !!," ujarnya sinis lantas terbang ke atas dan melintasi atap rumah agam itu.Terdengar hilaiannya yang menyeramkan .

         Fifi terjaga tatkala terdengar seakan suara perempuan sedang mengilai.Salah satu baju yang dijadikan sebagai bantal di tarik lantas ditutup atas mukanya.Pelbagai perasaannya tika ini.Ada rasa nak terkucil, terkentut malah nak terberak.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.