Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
asmaya ally
6/9/2020 11:59:35
68,321
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 9
"APA kau boleh buat kalau aku tak mau pulangkan dia huhh??! gertak Lyssa dengan suara menderam. Tubuh Lyssa tegak tercatuk tetapi tangannya terkial-kial cuba mencapai hujung ibu jari kaki yang dipicit oleh Ustaz Nazim tadi. Wajah Lyssa benar-benar bukan seperti wajah aslinya. Air muka Lyssa langsung tiada seri. 


"Aku cakap pulangkan balik Lyssa!!" Ustaz Nazim semakin geram dengan permainan makhluk yang tak nampak dek mata kasarnya. 

"Apa pertukarannya kalau aku pulangkan dia? kau tahu tak...dia tak pernah takut dengan aku?!" makhluk didalam badan Lyssa masih cuba tawar menawar.

"apa maksud kau dia tak takut dengan kau?" soal Ustaz Nazim kehairanan.

"dia yang membuka ruang pada aku untuk bersamanya..jadi yeahh..aku disini sebab dia!! sooo..kau takda hak untuk paksa aku kembalikan dia!!"..kedengaran angkuh ungkapan yang keluar daripada mulut Lyssa walaupun Ustaz Nazim tahu bukan Lyssa yang menuturkannya.

"kau yang pandai-pandai buat konklusi sendiri makhluk terlaknat!" ujar Ustaz Nazim semakin berang. Dengan makhluk yang tidak kelihatan, bukan boleh dibawa berbincang lebih lama. "Aku ulang lagi sekali, keluar dari tubuh Lyssa dan pulangkan balik dia, kalau tidak aku bakar tubuh kau disini jugak!!" dengan nada amarah mulut Ustaz Nazim mula berkumat kumit membacakan  Al Fatihah diikuti Ayatul Kursi, kemudiannya bersambung dengan surah al Isra' ayat 82 dan surah  At Taubah ayat 14-15 Surah Al Jin ayat ke 3. Hujung ibu jari kiri Lyssa di picit dengan lebih kuat. 

"Urghhhhhh..arghhhhh..tttidakkkkkk..ssaaakkittttt...tttollooonggg aakuuu!!!" Lyssa menjerit bagai mahu terkeluar anak lidah. "aakkuuu tttakk mahhu terbakarrr..jjangggannn..akkku datangg sebbab tuannn aku yyanggg suruhhh....."

"huh?? baru sekaranggg kau nak cakap!?" ujar Ustaz Nazim masih tidak melepaskan ibu jari kaki Lyssa.

"aakkuu hhhanyaa ikutt arahann dari tuann akuu..tttolonggg jangann baca lagi aayatt tuhh..separuhh badannn aku dah terbakarrr..ssakkittt Ustazzz..ammmpunnn Ustazz..ammpunn!!"..Ujar Lyssa sambil merapatkan dua tangannya dengan lagak seperti memohon ampun maaf. Tubuh Lyssa mengigil menahan kesakitan. 

"di mana Lyssa sekarang?" soal Ustaz Nazim.

"leepaaaskan duuluu gengaman Ustaz..ttolongg..aku janji aku akan bagitau kat mana dia"..

"baikllahh.."picitan pada ibu jari kaki Lyssa di longgarkan sedikit.

"erkkk..arghh..Lyssa sekarang ada dengan Ummu Sibyan..di alam sana Ustaz". 

"jadi kau siapa?"

"aku bukannn sssiapa-siapaa.."

"cakapp!! kau siapa!"

"aakuu Zainar..Ustazz.."

"kenapa kau rasuk Lyssa?"

"erkk...Ummu Sibyan bawa Lyssa ke sana sebab permintaan Lyssa sendiri Ustaz.."

"jadik? kau ambil kesempatan untuk duduk di dalam badannya? tindakan kau boleh menyebabkan Lyssa gagal untuk balik ke jasadnya!! dan dia boleh mati terperangkap disana!!" marah Ustaz Nazim.

"Ummu Sibyan tak cakap bila dia akan pulangkan Lyssa...Ustazz..aakuu cumaa ikut arahann sahajaaa..kkkalau aaku keluuarr sekarangg jasad Lyssa akan lompong Ustaz..lagi bahayaaa". 

"apa maksud kau? kau ingat aku percaya cakap-cakap kau huh?"

"Ustaz..bukan Ustaz tak tahu? jasad manusia umpama patung yang kosong didalamnya..tanpa roh yang mengisi, akan matilah jasad tersebut..Ustaz sanggup ambil risiko ke?" 

"sekarang kau dengar sini Zainar!, aku arahkan kau cari balik Ummu Sibyan  dan katakan padanya, aku mahu Lyssa dipulangkan secepat mungkin!! kalau tidak dia akan terima nasib yang lebih buruk dari kau!!". 

"errkk...bbbaikkk Ustazz..aaakuu perggi sekarangg"..serta merta tubuh Lyssa terjelepok diatas tilam. 

"Ustaz..macam mana dengan Lyssa?" getar suara Tok Ayah tatkala melihat tubuh lemah Lyssa.

"Tok Ayahh..saya perlu dapatkan bantuan daripada sahabat saya..buat masa sekarang Lyssa selamat, sentiasa bacakan surah-surah untuk menghalau sebarang ganguan baik yang nampak atau tidak". Ujar Ustaz Nazim tenang walaupun dia tahu kali ini bukan sebarangan gangguan. "Kenapa sampai Ummu Sibyan yang mahukan Lyssa?" hati kecilnya berdesis resah.


#bersambung

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.