Home Novel Lucu BUKAN KISAH HERO YANG KLISE
BUKAN KISAH HERO YANG KLISE
Rizal Rahman
17/8/2017 01:09:59
71,190
Kategori: Novel
Genre: Lucu
Bab 16


Aku membuka mataku. Yang menyambut pandanganku ialah langit biru. Eh, macam mana pula aku boleh terbaring di tepi pantai ni? Siapa bawa aku ke sini?

“Ha! Itupun dia! Hoi, Adil! Hoi!” tiba-tiba kedengaran suatu suara menyeru namaku. Aku berpaling. Alangkah leganya hatiku apabila mendapati bahawa mereka adalah Razin dan Kuzi!

“Fuh! Nak mati kami cari kau, Dil. Ke mana kau pergi? Seluruh pulau Goma dah heboh, tau tak?” marah Razin.

“Kau ni, Dil. Kalau nak pergi ke mana-mana pun bagi taula dengan kitaorang dulu,” Kuzi membebel.

“Dah korang sendiri lesap macam mana aku nak bagitahu?”

“At least kau tinggalkanlah pesan kat Ajep. lni tak. Senyap-senyap kau buat projek sendiri,” Razin pula berleter.

“Yalah. Yalah. Aku tahu aku salah. I ‘m sorry, okay? Jadi, kita sekarang berada di pulau Goma ya?”

“Yalahl Pulau apa lagi. Ada orang kampung beritahu dia nampak kau naik bot ke tengah laut. Kami cuba cari kau merata-rata tempat di laut tapi tak jumpa. Bukan main cemas kau tahu! Kami tambah cemas apabila melihat ombak besar di laut. Besar betul, macam gunung!” Kuzi bukan main lagi bersungguh-sungguh menerangkan.

“Bot aku pecah kena ombak besar tu. Lepas tu…” aku mula menceritakan peristiwa tadi kepada mereka. Ternganga sekejap budak-budak tu, terutama bila masuk part aku berlawan dengan Orang Kaya Jef.

“Betul ke apa yang kau cakap ni, Dil? Kau yakin ke yang kau tak bermimpi?” tanya Kuzi.

“Betul... Ni, mata kepala aku sendiri yang nampak lembaga tu bertukar jadi orang tua kutuk tu. Takkan aku nak tipu pulak.”

“Pelik betul. Kau kata tadi kau terjatuh kat sebuah tempat yang asing. Jangan-jangan kau berlawan dengan hantu dia tak?” Razin membuat andaiannya sendiri.

“Entahlah. Yang aku tahu, lepas aje aku ditarik ke dalam laut, aku dah ada kat tempat tu. Berpuaka agaknya laut tu. Apa kata kau consult ayah kau? Dia orang tua. Mesti dia tahu sikit-sikit pasal benda macam ni.”

“Nanti aku tanya dia. Eh, apa yang kita dok bersila lagi atas pasir ni? Dah senja dah. Jom kita balik. By the way, aku terlupa nak bagi tau kau something, Dil. Aku rasa ini boleh menjejaskan imej kita sebagai wira pulau ni. Ambil ni. Hanya ini yang boleh jadi penyelamat.”

“Kenapa, Zin? Apa yang telah berlaku?” aku tertanya-tanya. Mesti sesuatu yang tak baik telah berlaku. Mungkin bangsa Gayat yang dipenjarakan telah terlepas. Atau tentera Gayat dari timur sedang menuju ke pulau Goma. “Kenapa kau kata kain buruk ni penyelamat? Kain hikmat ke?”

“Habis, takkan kau nak balik ke rumah Datuk Zeq macam tu je, Dil. Cuba kau tengok diri kau betul-betul,” Kuzi ketawa. Budak-budak ni permainkan aku ke?

Hah! Puaka betul. Budak-budak ni pun tak cakap awal-awal. Nasib baik tak ada orang nampak. Macammanalah aku boleh tak sedar yang sejak aku dihanyutkan ke pantai, aku cuma berseluar dalam!


Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rizal Rahman