Home Novel Lucu BUKAN KISAH HERO YANG KLISE
BUKAN KISAH HERO YANG KLISE
Rizal Rahman
17/8/2017 01:09:59
71,047
Kategori: Novel
Genre: Lucu
Bab 11


Memang benarlah kata orang, penantian itu satu penyiksaan. Sudah hampir bertanduk kami menunggu, orangnya masih tak kunjung tiba.

“Macam mana ni, Dil? Kalau tak ada siapa datang, pelan kau takkan menjadi,” keluh Kuzi.

“Alah, kita tunggu ajelah. Mesti ada askar datang tengok-tengok kita nanti, sekurang-kurangnya hantar makanan,” aku cuba menyedapkan hati. Tapi kalau setan-setan tu tak berniat nak bagi kami makan macam mana? Alahai...

Tap! Tap! Tap! Tap! Bunyi apa pulak tu?

“Itu mesti bunyi tapak kaki askar nak bawa makanan untuk kita!” bisik Razin. “Ready guys, action!”

Kami semua bersiap sedia untuk bertindak. Eh, tak ada siapa datang pun? Betul ke tadi tu bunyi tapak kaki orang?

“Hoi!” tiba-tiba seorang askar bangsa Gayat yang seperti biasa bermuka hodoh untuk menunjukkan yang dia jahat seperti dalam filem Hindustan muncul di depan bilik kurungan kami. “Nah, ambik ni!” dia melemparkan sesuatu melalui jerjak besi. Apa benda tu? La, roti kering...

“Melantaklah puas-puas!” askar itu berpaling. Alamak, dia dah nak chow. Cepat mulakan pelan tu! Bersedia untuk berlakon!

“Aduh! Tolong! Sakitnya! Adoi!” Kuzi meraung-raung, berpura-pura sakit. Askar itu terhenti sekejap. Yes! Sebentar lagi bila dia masuk dalam bilik penjara ni untuk check betulkah Kuzi sakit, aku dan Razin akan belasah dia. Lepas tu bolehlah kami cabut lari. Itulah plannya. Class tak?

“Kau sakit ke, nak mampus ke, aku apa peduli!” alamak, askar tu dengan selamba berjalan meninggalkan kami sambil bersiul. Razin dan Kuzi ternganga macam orang bodoh.

“La, apa ni, Dil,” Razin bersuara apabila askar itu sudah tidak kelihatan lagi. “Dia buat tak kisah je dengar Kuzi menjerit sakit tadi. Rosak pelan kita. Macam mana ni?”

“Celaka punya askar. Sah yang setan-setan ni semua tak makan saman punya kaki. Memang jenis tak ada hati perut!” hamunku.

“Nampaknya terpaksa la kita buat pelan lain,” Kuzi kecewa. “Tapi apa kata kita makan dulu?”

“Ha’ahlah. Apa-apa pun kita soru dulu,” sokong Razin. “Roti kering pun roti keringlah. Aku... eh, askar tu datang balik!”

“Nanti aku maki dia. Hoi, celaka muka hodoh!”

“Hei, kau nak mati ke Kuzi?” marah Razin. “Buatnya dia hot habis kita!”

“Siapa yang kurang ajar sangat tadi tu hah?” askar itu meradang.

“Kaulah sendiri yang kurang ajar!” Kuzi hamun dia balik. “Since kau hodoh kan, apa kata…”

“Nanti kau! Berani sangat! Nampak pedang aku ni!”

“Pedang ke tu? Nampak macam buah pisang je.”

“Celaka punya bangsat! Jaga, aku nak pukul kau cukup-cukup!” pengawal itu mula membuka mangga jerjak besi dengan tujuan untuk masuk membelasah Kuzi. Aku dan Razin mula gubra . Mampus!

“Guys, action!” bisik Kuzi. Hah! Kuzi buat trick rupanya. Apalagi, bila askar itu masuk saja dan meluru ke arah Kuzi yang duduk di hujung, aku yang sedang berlunjur dekat pintu dengan bangganya mengangkat kakiku sedikit. Apalagi, terseradunglah askar yang malang itu mencium simen. Dengan pantas Kuzi dan Razin melompat ke atas badannya yang tertiarap dan menendang kepalanya sekuat-kuat hati. Brutal sungguh! Sampai pengsan askar itu dikerjakan.

“Yes! Puas hati aku!” sorak Kuzi.

“Amboi, Adil dengan aku tadi punyalah cemas. Rupanya senyap-senyap kau buat trick ya?” Razin seronok.

“Eh, bila masa pulak aku cemas. Kau sorang je yang rasa macam tu. Aku dah dapat baca dah muslihat Kuzi,” kataku, padahal sebenarnya aku langsung tak terfikir pasal benda itu. Memang sah aku dengan Razin lambat pick up.

“Boleh pakai jugak otak kau ni ye Kuzi,” puji Razin.

“Ala, aku ubahsuai sikit pelan Adil tadi. Itu je. Aku ni jenis yang cepat bertindak. Aku berani...”

“Mulalah nak kembang lubang hidung tu,” potong Razin. “Ni, pintu penjara dah terbuka. Apa lagi yang korang tunggu? Nak tunggu sampai askar lain datang dan tolong tutupkan pintu tn balik? Eh, kenapa kau buka pakaian askar tu, Dil? Dia tu lelakilah. Takkan kau tiba-tiba bertukar jadi LGBT pulak kot?”

“Diamlah korang. Aku nak tukar baju dengan askar ni. Lepas tu aku nak cari Datuk Nasha. Korang tunggu sini.”

“What! Kitaorang tunggu sini? Kau dah gila ke Dil?” Razin terperanjat.

“Dengar dulu. Aku terpaksa tukar sikit pelan kita. Kita tak boleh keluar ramai-ramai. Bahaya nanti kalau terjumpa orang jahat. Macam aku tak apalah pasal aku pakai baju askar, bolehlah cover sikit. Lagipun kalau ada askar datang dan tengok bilik ni kosong, susah kita. So, korang tinggal sini. Askar yang pengsan tu korang ikat tangan dan kaki dia dengan kain buruk bekas mayat-mayat tu. Lepas tu bagi dia mengiring membelakangkan pintu biar nampak macam aku tengah tidur. Kalau ada askar datang, korang berlakonlah. Cover-coverlah sikit. “

“Kalau dia sedar balik macam mana?” Kuzi bimbang.

“Pandai-pandailah korang pengsankan dia balik. Lagi senang kalau korang bunuh saja dia terus,” aku mengunci semula pintu penjara dari luar.

“Eiii... Tak sanggup aku,” Razin menggigil. “Anyway, good luck, Dil!”

“Okay, aku chow dulu!” aku berjalan meninggalkan bilik penjara itu dengan gagahnya. Harap-harap tak ada siapa cam muka aku.

Alamak, mana aku nak cari Datuk Nasha ni? Problem lagi...


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rizal Rahman