BAB 11
Buntang mata Rayyan melihat aksi mereka berdua. Tipah pantas
bangkit dari tubuh Raimi dan segera menerpa ke arah Rayyan.
Rayyan merintih sayu. “Sampai hati awak, Tipah! Sampai hati
awak hancurkan hati saya. Walaupun selama ni saya berkasar dengan awak tapi
jauh di sudut hati ni, saya sayangkan awak sepenuh hati, tau!”
Berkaca-kaca bebola mata Tipah jadinya. “Betulkah apa yang
saya dengar ni? Selama ini awak pun cintakan saya? Oh Rayyan, I love you.”
Tipah sudah mendepangkan tangannya lebar-lebar. Rayyan menghampirinya sambil
tersenyum manis. Ya, inilah senyuman Rayyan yang termanis yang pernah di lihat
oleh Tipah.
“Wei, Tipah! Apahal yang awak tersengih-sengih macam kerang
busuk ni? Eei budak ni, kita cakap dengan dia, boleh pula dia mengelamun entah
ke mana!” Tipah bagaikan tersedar dari mimpi. Dilihatnya Rayyan sedang bercekak
pinggang dengan wajah yang kelat. Sahlah dia mengelamun tadi!
“Awak! Ni semua salah faham je ni. Kitorang tak buat
apa-apa! Tadi kaki saya tergelecok, tu yang saya terjatuh atas abang Raimi tu,”
jelas Tipah bersunguh-sungguh.
Bagai hendak pengsan Rayyan mendengarnya. “Mabuk laut ke apa
awak ni! Tak payah nak jelaskan apa-apa pada saya. Fefeling konon-konon saya
jeleslah tu. Ceh! Jangan nak perasanlah! Sedar sikit diri awak tu!” Memang
dasar mulut tak ada insurans betul! Panas pula hati Tipah di buatnya.
Selamba Tipah menukas. “Ahalah! Saya boleh lupa diri pula.
Ya, saya sedar yang saya hanyalah seorang gadis biasa yang bakal berkahwin
dengan seorang anak Dato’ yang berlagak, cerewet dan takut dengan katak pulak
tu!”
Merah padam muka Rayyan. Tanpa sebarang kata pantas dia
berlalu meninggalkan Tipah dan Raimi terpinga-pinga. Mungkin sebentar tadi
bibirnya megah mengungkapkan yang tiada sekelumit pun perasaan cemburunya apabila
melihat Raimi dan Tipah berdakapan erat. Namun mengapakah hatinya terasa bagai
di siat-siat pula?
“Takkanlah aku suka kat Tipah sengal ni pulak? Ish tak
mungkinlah!” tangkis Rayyan dalam hati. Terus sahaja dia meluru masuk ke dalam
biliknya.
Raimi menggerutu. “Merajuk lagilah nampaknya Putera Kodok
kamu tu, Tipah! Nasib! Nasib!” Tipah menjeling tajam ke arah Raimi. Dengan
kasar dia merampas semula gambar Rayyan dari genggaman abangnya.
Kini kemarahannya pada Rayyan berpindah pula pada Raimi.
“Ini semua salah abang! Kalau abang tak rampas gambar tadi, takdelah Rayyan
nampak aksi 18 SX kita tadi! Dahlah malas Tipah nak layan abang!” Tipah berlalu
pergi sambil menghentak-hentak kuat kakinya.
“Tipah! Tunggulah kejap, Tipah! Tipah!” Teriakan Raimi itu
langsung tidak terkesan di hati Tipah. Marahnya membuak-buak terhadap abangnya
itu. Pantas di hayunkan langkah ke dalam bilik. Pintu bilik di hempasnya
kuat-kuat. Badan langsingnya di hempaskan ke atas katil. Baru sahaja dia hendak
merangka strategi untuk menawan hati Putera Kodok kesayangannya namun Raimi
telah menghancurkan segala-galanya! Tiba-tiba matanya tertancap pada laptop di
atas meja tulis yang sudah beberapa hari tidak di jengahnya. Almaklumlah buah
hati sudah ada di hadapan mata, buat apa lagi nak bermadu kasih di alam maya.
Ya, idea bernas sudah terbit di minda Tipah. Kalau sebelum ini sessi bermadu
kasih, hari ini Tipah akan melancarkan sessi pujuk-memujuk di alam maya pula!
Pantas tangannya membuka laptop. Pakcik ‘google’ menjadi
sasarannya. Tidak berapa lama selepas itu akaun ‘facebook’ ‘TIPAH CANTIK’ akhirnya
beroperasi semula setelah sekian lama menyepikan diri. Seperti biasa akaun
‘RAYYAN DATO’ KHALID’ di jejakinya. Ya, nampaknya dia sedang ‘online’. Pantas
jemari Tipah menaip.
- Salam orang sebelah.
Saya ada pantun dua kerat untuk awak.
Sodok taik lembu dengan penyodok
Maafkan tuan hamba wahai sayangku
putera kodokJ
Tersentak Rayyan apabila menerima pesanan peribadi dari
akaun ‘TIPAH CANTIK’. “Amboi, main pantun kau, yer? Nah ambik pulak dari aku!”
- Salam. Nah ambik
pulak pantun tiga kerat ni.
Nama kampung ni kampung delima
Saya tak suka makan buah delima
Harap
maklum permohonan maafmu tidak di terima! L
“Amboi! Jual mahal konon. Terimalah ini pula dari aku!”
gerutu Tipah.
- Apa barang tiga
kerat? Nah ambil pulak pantun empat kerat ni.
Jangan cepat marah nanti cepat tua
Bila cepat tua gerenti dah tak laku
Awaklah satu-satunya di hati tiada
dua
Kalau tak percaya tanyalah dekat
kawan-kawanku
Tergelak Rayyan membacanya. “Tipah...Tipah...kau memang
pandai ambik hati aku. Tapi sayangnya hati aku hanyalah milik Zeta,” getus
Rayyan pula. Serta-merta imbasan gadis jelita bertubuh tinggi langsing,
berkulit putih gebu dengan solekan yang tebal menerjah ke mindanya. Idea mula
mengalir pantas ke saraf neuronnya. Rayyan segera membalas pantun Tipah.
- Pantun lima kerat
pulak. Ini kebenaran yang tak dapat di sangkal. Harap awak faham.
Hati ini sudah dimiliki
Oleh si jelita secantik bidadari
Awak dan dia bagai langit dan bumi
Dia sudah terpilih sebagai suri di
hati
Awak memang langsung takde peluang
walaupun sekali
BAM! Dada Tipah bagaikan di hempuk batu yang berat. Sakitnya
sungguh tidak terperi. “Dia dah ada pilihan hati rupanya! Patutlah sebelah mata
pun dia tak pandang ke arah aku ni,” rintih Tipah sedih. Dunianya kelam
seketika. Hatinya pilu di runtun kalbu. Di kala dia hanya menghitung detik demi
detik sebelum berlangsungnya majlis merisik di antara mereka berdua esok
perkhabaran buruk yang di terimanya ini merencatkan segala-galanya. Adakah esok
bakal menjanjikan sang suria yang terang menyinar atau awan gelap yang
menyeliputi kamus hidupnya? Tipah makin gusar. Jemarinya tidak berdaya untuk
menaip lagi. Pantas dia menutup laptop. Biarkan Putera Kodok tu
tertunggu-tunggu!
Di bilik sebelah segaris senyuman terukir di bibir Rayyan
apabila melihat ‘TIPAH CANTIK’ tiba-tiba offline. “Rasakan kau, Tipah Cantik.
Kau ingat aku teringin sangat nak beristerikan kau? Kirim salamlah!”
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Dua buah khemah sudah di dirikan di perkarangan rumah Pak
Saad. Sejak dari pagi tadi pekerja-pekerja Kak Kiah Katering sibuk menyusun
segala kerusi meja untuk para tetamu menjamu selera sebaik sahaja selesai
majlis merisik nanti. Keadaan rumah meriah dengan kehadiran orang kampung yang
tidak putus-putus sejak pagi tadi. Ikutkan hati Pak Saad cukuplah sekadar
majlis kecil-kecilan sahaja di adakan. Namun di atas permintaan Dato’ Khalid dan
Datin Khalida sendiri yang begitu teruja untuk menerima menantu maka jadilah
majlis merisik ini gah bagaikan majlis perkahwinan pula.
Pak Saad menjengah ke dalam bilik Tipah. Anaknya masih
berteleku di atas katilnya. Terkejut Pak Saad melihatkan keadaan Tipah.
“Tipah, kenapa kamu tak siap lagi ni? Kejap lagi kan majlis
akan bermula.” Pak Saad menghampiri
Tipah. Di labuhkannya punggung ke birai katil.
Tipah terus bangkit dengan mata yang merah dan basah. “Ayah,
Tipah...Tipah betul-betul rindukan arwah mak,” pantas Tipah merangkul Pak Saad
dalam rangkulan yang kemas.
Hati Pak Saad tersentuh dengan kesedihan anaknya. “Tipah,
janganlah sedih. Hari ini kan hari yang bahagia untuk kamu. Bukankah ini yang
telah kamu nanti-nantikan selama ini? Kalau arwah mak kamu nampak kamu bersedih
macam ni, pasti dia pun akan bersedih juga.” Tipah melepaskan rangkulannya.
Airmata yang masih bersisa segera di kesat. “Betul cakap
ayah tu. Maafkan saya, ayah. Entah kenapa tiba-tiba jiwa saya ni rasa kosong.
Kalaulah arwah mak ada pasti dia takkan biarkan saya kesepian macam ni.”
Pak Saad tersenyum nipis. “Tipah, ayah kan ada. Bila-bila
sahaja kamu rasa nak bercakap atau nak luahkan sesuatu, ayah sanggup
mendengarnya. Kalau kamu segan nak cakap dengan ayah Makcik Rosnah kamu kan
ada. Kamu boleh luahkan pada dia.”
Tipah menyerigai. “Bini tarzan tu? Hmm takpelah ayah kalau
macam tu. Terima kasih banyak jelah yer.”
Melah sudah terjegul di muka pintu. “Tipah! Kenapa kau tak
siap lagi? Dah pukul berapa ni sayang? Hai nak tunggu mak andam Melah datang
juga baru kau nak bergerak, kan?”
Pak Saad segera bangkit dari katil. “Tipah, ayah keluar
dululah. Kamu siap-siaplah dulu, yer? Melah, make-up Tipah lawa-lawa sikit hari
ni.”
Melah menunjukkan isyarat bagus. “Beres, pakcik. Jangan
risau Melah sedia berkhidmat. Cepat Tipah, duduk kat atas kerusi ni. Aku nak
‘touch-up’ muka kau secantik bidadari syurga sampaikan Rayyan akan terpukau
melihat kau nanti.” Bidadari? Serta-merta pantun Rayyan semalam berlegar-legar
di mindanya.
‘Hati ini sudah dimiliki, Oleh si jelita secantik bidadari, Awak dan dia
bagai langit dan bumi, Dia sudah terpilih sebagai suri di hati, Awak memang
langsung takde peluang walaupun sekali.’
Wajah Tipah berubah suram. Kehairanan Melah melihatnya.
“Kenapa ni, Tipah? Monyok je aku tengok? Bukan patutnya hari ni kau kena
gembira ke? Ke kau tak nak kahwin dengan Rayyan?”
Lesu Tipah menjawab. “Bukan aku yang tak nak kahwin dengan
dia, tapi dia yang tak nak kahwin dengan aku.”
Tercengang Melah seketika. “Hah?! Biar betul kau ni! Nampaknya
pelamin angan kau musnah sebelum sempat ia di dirikan! Ku angankan pelamin indah
untuk kita berdua singgah...Sayangnya... Semua musnah...” Nampaknya bini
tarzan dah ada pesaing baru! Lontaran vokal lantang Melah sudah cukup untuk
membuatkan kepala Makcik Rosnah terjegul di balik langsir.
“Apa kena dengan kamu ni, Melah? Kamu ingat rumah aku ni
tempat ujibakat Kilauan Emas ke? Perit telinga aku ni mendengar suara sumbang
kamu tu, tau?”
Selamba Tipah menukas. “Eh makcik jangan risau. Takhta bini
tarzan terunggul Kampung Delima masih tetap menjadi hak mutlak makcik dulu,
kini dan selamanya!”
Merah padam muka Makcik Rosnah. Kurang asam punya anak tiri!
“Nasib baiklah hari ni hari bahagia kau! Kalau tidak dah lama aku
cabai-cabaikan mulut kau tu! Dah tu, cepat siap sekarang! Majlis dah nak mula
tak lama lagi.” Makcik Rosnah meninggalkan bilik Tipah dengan muncung panjang
sedepa. Terkekek-kekek Tipah dan Melah di buatnya.
“Kelakarlah makcik kau tu! Eh, cepatlah, dah pukul berapa
ni? Majlis dah nak start tu. Cepat duduk kat kerusi ni!” Dengan malas Tipah
bangkit menuju ke meja solek. Melah mengeluarkan kotak solekan hikmatnya.
Tipah agak terkejut melihat isipadu kotak hikmat tersebut.
“Eh, mana kau dapat bedak kompak jenama M.A.C. ni beb? Bukan selalunya jenama
ni terlajak mahal ker? Kan selalu kau guna bedak kompak Johnson and Johnson
je?”
Melah tersengih. “Hah, tulah kau tak tahu. Aku order online
ler beb. Tak delah mahal sangat, siap dapat free gift eyeliner kajal lagi ni
hah. Dah biar aku sudahkan kerja aku dulu. Kejap lagi gerenti Rayyan ternganga
tengok kau, silap-silap gila bayang terus.”
“Yelah cik puan mak andam Melah ooi! Jangan Rayyan nampak
terus jadi gila sudah.” Melah hanya tersengih bagaikan kerang busuk. Cermin
mata Tipah di tanggalkannya. Tangannya mula lincah mengalit.
Kali ini dia ingin membuat suatu kelainan. Solekan ‘nude’
menjadi taruhannya kali ini. Ianya seumpama masih bersolek tapi tampak
seolah-olah tidak bersolek dengan pemilihan bedak kompak yang senada dengan
warna kulit di tambah pula dengan olesan gincu bibir gaya ‘matte’ yang dramatik
lagi seksi. Pemilihan pembayang mata, pemerah pipi dan gincu juga terdiri
dari warna-warna tanah. Namun solekan sebegini hanya sesuai untuk seseorang
yang mempunyai bentuk wajah sempurna. Bibir terukir, hidung mancung, mata
berkelopak dan raut wajah bujur sirih milik Tipah tampak sesuai sekali dengan
gaya solekan ini. Hasil kerja Melah kali ini memang benar-benar di luar
jangkaan!
Makcik Rosnah segera menjenguk ke muka pintu. Kaget seketika
dia melihat keanggunan Tipah. “Melah, kamu yang ‘makeup’ si Tipah ni ke? Macam
mana boleh jadi cantik sangat ni?”
Melah tersenyum bangga. “Tulah makcik, jangan pandang saya
sebelah mata je. Ini Melahlah, mak andam nombor satu di Kampung Delima ni.
Kalau makcik nak, saya boleh ‘makeup’ kan makcik ala-ala Che Ta. Mesti
meletup!”
Makcik Rosnah mendengus. “Banyaklah kamu punya Che Ta! Dah
tu, bawa Tipah keluar cepat. Upacara menyarung cincin nak di langsungkan dah
ni.” Melah membetulkan selendang di
kepala Tipah. Kemudian dengan penuh lemah gemalai mereka berdua melangkah
keluar dari bilik. Semua mata-mata yang memandang terpesona dengan seraut wajah
jelita Tipah. Seri bakal pengantin benar-benar terserlah di wajahnya. Melah
mengiringi Tipah hingga sampai ke sebuah mini pelamin yang telah di bina khas
untuk majlis ini.
Datin Khalida menghampiri Tipah bersama-sama dengan sebentuk
cincin berlian di tangan. “Cantiknya bakal menantu mama ni! Bertuah Rayyan.”
Belum sempat cincin tersarung di jari, suatu pekikan kuat di muka pintu
menyentakkan sekalian tetamu.
“HENTIKAN MAJLIS INI SEKARANG JUGAK!!!!”
P/S : Apa sudah jadi? Siapa pula yang mencetuskan kekecohan tersebut? Tunggu episod seterusnya....