Home Novel Komedi/Romantik Komedi Did We Really Love?
Did We Really Love?
sipencintapena
11/12/2022 14:45:26
32,347
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 7


"Hei, Ura beritahu aku yang Yusuf minta nombor kau. So?" soal Hani teruja.

"Kau call aku sebab tu aje?" soal Dayana dengan kening berkerut. Kedengaran gadis itu tergelak besar.

"Kau sihat?" soal Hani semula separuh mengusik. Dayana tergelak kecil.

"Aku sihat. Kau ada call Ura ke?" balasnya separuh bertanya.

"Dia yang call aku. So, macam mana dengan Yusuf? Kau pun masih tak boleh lupakan mamat tu kan?" soal Hani separuh meneka.

"Hani, aku dah Yusuf cuma kawan," balas Dayana.

"Yana, aku tahu kau masih crush kat mamat tu. Aku tarik semula kata-kata aku hari tu. Kali ni jangan lepaskan Yusuf. Sejak dari dulu kau memang dah suka Yusuf tapi sengaja nak beri alasan. Hana dah kahwin sekarang. Kau dah tak ada alasan lagi," kata Hani. Dayana diam tidak menjawab.

"Fikirkan nasihat aku ni. Aku cuma tak nak kau terlepas peluang lagi. Bye, aku nak tidur," sambung Hani.

"Selamat malam," ucap Dayana sebelum menutup telefonnya. Dia mengeluh perlahan.

                                 *****

Faiz memandang Mulqish yang sedang tekun menulis sesuatu di meja belajarnya.

"Mul, aku tanya sikit boleh?" soalnya. Mulqish membalas pandangan rakannya itu.

"Apa cerita pasal Effa? Hari tu aku nampak dia macam marah aje dengan kau," soal Faiz. Mulqish terdiam sejenak.

"Kalau tak nak kongsi pun tak apa," sambung Faiz. Mulqish tergelak kecil.

"Kau merajuk ke?" usiknya. Faiz ikut tergelak.

"Aku just nak tahu aje. Semalam aku nampak kau hantar Yana. So, aku tertanya-tanya juga pasal Effa," balasnya. Mulqish menarik nafas berat.

"Sebenarnya aku dah lama kenal Effa. Cuma dia yang tak kenal aku. Effa tu teman wanita abang aku. Bekas teman wanita," beritahunya. Faiz terkedu. Riak wajahnya jelas terkejut.

"Kau bergurau ke Mul?" soalnya masih tidak percaya. Mulqish menggelengkan kepalanya.

"Macam mana Effa tak kenal kau? Dia tak pernah jumpa kau ke? Maksud aku, dia tak pernah datang rumah kau?" soal Faiz bertalu.

"Tak pernah. Abang aku yang selalu ceritakan pasal Effa kat aku. Dia siap tunjukkan gambar. Mereka baru aje berpisah beberapa bulan yang lepas," jawab Mulqish.

"Abang kau tak pernah tunjukkan gambar kau pada Effa?" soal Faiz lagi.

"Rasanya tak. Sebab Effa tak kenal aku," balas Mulqish.

"Mul kau serius ke dengan Effa? Nanti tak pasal kau dan abang kau gaduh besar pula bila tahu hal ni," soal Faiz dengan kening berkerut. Mulqish terdiam lagi. Dia sebenarnya bimbang juga bila mengingatkan hal tersebut. Faiz bersandar pada kepala katilnya. Dia masih tidak percaya dengan apa yang dikhabarkan oleh rakannya itu. Walaupun Effa dan abang lelaki itu sudah berpisah namun tetap pelik jika benar-benar Mulqish mahu menjadikan Effa sebagai teman wanitanya.

                                 *****

"Aku dengar Mul hantar kau balik," kata Wana sambil memandang wajah rakannya itu. Dayana sekadar mengangguk. Tumpuannya masih pada buku di depannya.

"Kenapa?" soal Wana lagi. Dayana mula membalas pandangan gadis itu.

"Kenapa apa?" soalnya.

"Kenapa tiba-tiba dia nak hantar kau? Dia tak ajak aku pun," balas Wana. Dayana tergelak kecil.

"Kau ada kelas semalam. Tak ingat?" soalnya. Wana ikut tergelak.

"So, ada perkembangan ke? Mul tak cakap apa-apa?" soalnya pula.

"Aku faham maksud kau. Tapi jangan nak berharap sangat. Kau sendiri beritahu aku pasal dia dan Nelly," balas Dayana sambil memandang bukunya semula.

"Tapi aku nak tahu perasaan kau. Kau anggap Mul kawan aje atau lebih daripada tu?" soal Wana masih tidak mahu mengalah. Dayana menggelengkan kepalanya.

"Tak penting Wana. Yang penting sekarang ni kena study. Next week kita exam," balasnya tanpa memandang sahabatnya itu. Wana mencebik.

"Yelah. Asyik nak study. Sakit kepala aku," katanya sambil membuka bukunya. Dayana sekadar tersenyum memandang telatah gadis itu.

                               *****

"Kau biar betul?" soal Alifah sambil memandang tepat wajah gadis itu.

"Nak pelik apa? Aku memang tak suka," balas Effa selamba.

"Aku dengar ramai budak perempuan minat dengan Mul tu. Kau pula tolak dia," kata Alifah dengan riak wajah yang tidak percaya. Effa mengangkat bahu.

"Tak faham aku," sambung Alifah lagi. Effa hanya diam mendengar kata-kata gadis itu. Wajah Mulqish terbayang semula. Mengapa wajah itu seperti mirip seseorang?

"Aku dengar Mul rapat juga dengan salah seorang rakan satu kosnya. Aku pernah terserempak dengan mereka berdua. Minah tu memang lawa," beritahu Alifah.

"Tak ada kaitan dengan aku," balas Effa tanpa memandang rakannya itu. Dia sedang menulis sesuatu dalam buku notanya. Alifah mengangkat bahu.

"Aku cuma tak nak kau menyesal," katanya sebelum mencapai bukunya. Effa memandang sekilas gadis itu.

Menyesal? No way!

                                 *****

Yusuf memandang lama telefonnya sebelum mengambil keputusan untuk menekan nombor gadis itu. Agak lama menunggu akhirnya panggilannya bersambut.

"Hello," sapa Dayana sambil memandang laptopnya. Yusuf terdiam sejenak.

"Salah nombor ni," kata Dayana lagi apabila melihat nombor yang tidak dikenalinya.

"Ana," panggil Yusuf. Dayana terkedu mendengar suara lelaki itu.

Yusuf?

"Apa khabar? Yusuf kat sini," sambung Yusuf dengan perasaan berdebar. Sudah lama dia tidak bertemu dengan gadis itu. Malah sedari dulu dia memang tidak pernah menyimpan nombor Dayana.

"Oh, Yusuf. Saya okay," balas Dayana sambil bersandar pada kerusinya.

"Tahniah. Saya dengar awak dah study kat universiti," ucap Yusuf. Dayana tersenyum hambar.

"Awak pula bakal cikgu," balasnya. Yusuf tersenyum. Dia tidak tahu mengapa sangat sukar baginya meluahkan apa yang dirasainya pada gadis itu sedari dulu hinggalah sekarang.

"Bila nak balik kampung?" soalnya ingin tahu.

"Cuti semester ni baliklah," balas Dayana. Dia tercari-cari topik untuk dibualkan dengan lelaki itu namun otaknya seperti tidak berfungsi. Dia selalu macam ini. Apabila dengan lelaki itu, dia sering panik dan buntu. Seringkali perbualan mereka berakhir begitu saja.

"Bolehlah kita jumpa," kata Yusuf. Dayana menggigit bibir.

"Apa salahnya," balasnya dengan nada perlahan.

"Jumpa nanti. Awak jaga diri," pesan Yusuf dengan senyuman.

"Okay," balas Dayana sebelum menutup telefonnya. Dia memandang telefonnya dengan perasaan berbaur. Dia akui sudah lama menyimpan rasa pada lelaki itu. Dayana pernah merasa Yusuf juga ada rasa yang sama dengannya kerana lelaki itu melayannya dengan baik. Namun harapannya hancur apabila lelaki itu pernah bertukar beberapa teman wanita sebelum ini. Jelas dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dayana mengeluh berat.

                                 *****

"Yana, jom pergi cafe," ajak Mulqish apabila melihat gadis itu yang sedang termenung. Laptop terbuka, buku juga berselerakan di depan gadis itu namun tumpuan Dayana jelas bukan di situ. Dayana membalas pandangan lelaki itu.

"Faiz mana?" soalnya sambil memandang sekeliling. Mulqish tersenyum. Dari kelas hinggalah ke cafe dia mencari Dayana. Kelibat gadis itu langsung tidak kelihatan. Nasib baik dia terserempak dengan Wana. Gadis itu memberitahunya yang Dayana berada di perpustakaan.

"Dia ada kelas. Saya call awak. Tapi tak jawab," balasnya masih dengan senyuman. Dayana memandang telefonnya.

"Sorry, tak perasan," balasnya. Mulqish mengangguk.

"Jom," ajaknya. Dayana terdiam sejenak.

"Mul, saya tak lapar," balasnya.

"Awak nak biarkan saya makan seorang ke?" soal Mulqish dengan perasaan kecewa.

"Bukan macam tu," balas Dayana mula serba salah.

"Tak ada orang marah ke kalau saya teman awak?" soalnya dengan kening berkerut. Mulqish tergelak kecil.

"Siapa?" usiknya. Dayana mengangkat bahu.

"Manalah saya tahu," balasnya.

"Awak pula? Kalau saya ajak keluar, ada orang marah tak?" soal Mulqish dengan senyuman nakal. Dayana terdiam. Wajah Yusuf menjelma semula. Dia pantas menggeleng.

Aku dah penat mengharap.

Mulqish mengangguk tersenyum.

"Jom," katanya sambil mula membantu Dayana mengemas bukunya. Dayana akur walaupun agak berat hati.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.