Home Novel Komedi/Romantik Komedi Did We Really Love?
Did We Really Love?
sipencintapena
11/12/2022 14:45:26
17,888
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 13


Mulqish menghampiri Effa yang sedang tekun membaca buku di sebalik rak.

“Hai,” sapa Mulqish. Effa agak terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

“I’m sorry. Saya tak boleh tarik semula kata-kata saya sebelum ni. Tapi kita sama-sama boleh lupakan. Saya tak berniat nak lukakan hati awak atau abang Mud. Saya cuma nak awak tahu perasaan saya,” kata Mulqish dengan senyuman hambar. Berkerut kening Effa.

“Saya janji tak akan ganggu awak lagi lepas ni. Tapi kalau awak perlukan bantuan. Awak boleh hubungi saya,” sambung Mulqish lagi.

“Jumpa lagi,” katanya sebelum beredar tanpa menunggu jawapan daripada gadis itu. Terkebil-kebil Effa memandang langkah lelaki itu.

                                  *****

Mulqish memandang satu persatu gambar Effa yang diambilnya secara sembunyi.

“Tak baik tenung anak dara orang lama-lama,” tegur Faiz yang sedang duduk di meja belajarnya. Mulqish hanya tersenyum.

“Nak buat apa dengan gambar-gambar tu?” soal Faiz apabila melihat rakannya itu sedang memasukkan gambar tersebut di dalam plastik.

“Nak bakar,” balas Mulqish tanpa memandang Faiz.

“Simpan ajelah. Rugi aje cuci gambar tu,” kata Faiz separuh bergurau. Mulqish tersenyum.

“So, kau dah ambil keputusan untuk pilih Yana?” soal Faiz pula separuh mengusik.

“Mungkin,” balas Mulqish dengan nada perlahan namun masih boleh didengari oleh Faiz.

“Aku sokong kalau Yana. Bukan aku tak sokong kau dan Effa. Cuma aku tak sedap hati bila tahu Effa tu bekas teman wanita abang kau. So, untuk mengelakkan salah faham or pergaduhan, lebih selamat untuk pilih Yana. Lagipun Yana memang sesuai untuk kau. Kalau kau tak nak, aku...,”

“Faiz,” pintas Mulqish dengan kening terangkat. Faiz mengangkat tangan sambil tergelak kecil.

“Aku nak turun ke cafe. Kau nak pesan apa-apa?” soalnya sambil berdiri. Mulqish menggelengkan kepalanya. Faiz mengangguk sebelum berlalu. Mulqish bersandar pada kerusinya sambil memandang gambar-gambar Effa. Tanpa sedar dia mengeluh perlahan.

                                  *****

Dayana memandang lama telefonnya sebelum mengambil keputusan untuk mendail nombor lelaki itu.

“Sibuk ke?” soalnya. Yusuf tersenyum mendengar suara yang dirinduinya itu.

“Tak. Awak sihat?” soalnya pula.

“Alhamdullillah,” balas Dayana.

“Saya nak tanya boleh?” soalnya lagi. Yusuf tergelak kecil.

“Tanyalah. Awak boleh tanya apa aje. Saya dah ready nak jawab,” balasnya separuh bergurau. Dayana tersenyum.

“Ura beritahu yang awak dapatkan nombor saya ni daripadanya. So, maknanya awak tak pernah simpan nombor saya sebelum ni. Why?” soalnya. Yusuf terdiam mendengar soalan gadis itu.

“Kalau awak...,”

“Awak pula? Awak pernah tak simpan nombor saya?” pintas Yusuf separuh menyoal.

“Ya. Nombor awak dah berubah. Saya cuma simpan nombor lama awak. Saya tak pernah padam nombor awak tu,” balas Dayana. Yusuf terkedu. Dia tidak menyangka akan jawapan gadis itu. Dayana tersenyum.

“Awak mesti terkejut. Saya dah kata. Saya suka awak sejak dulu lagi. Banyak hal saya tahu pasal awak,” katanya.

“How about now?” soal Yusuf dengan perasaan berdebar. Ini merupakan kali kedua dia bertanyakan soalan tersebut pada Dayana.

“Did we really love? Selepas apa yang berlaku? Walaupun kita mulakan buku baru?” soal Dayana bertalu. Dia rasa seperti menyoal dirinya sendiri.

“Awak tak yakin dengan perasaan awak atau awak tak yakin dengan saya?” soal Yusuf semula. Dayana terdiam.

“Or both?” tanya lagi Yusuf dengan perasaan kecewa.

“I’m sorry. Saya tak yakin dengan diri sendiri,” ucap Dayana jujur. Yusuf terdiam lagi.

“Perjalanan awak masih panjang. Di luar sana awak akan jumpa seseorang yang lebih baik daripada saya,” sambung Dayana.

“Yana,” balas Yusuf dengan kening berkerut.

“Lebih baik kita kawan aje. Sejak dulu memang itu status yang sesuai untuk kita berdua. I’m sorry, Yusuf. Saya hargai perasaan awak. Bila awak beritahu perasaan awak, ternyata usaha saya dulu tak sia-sia. Tak sia-sia sayangkan awak,” kata Dayana sambil tergelak kecil. Yusuf tersenyum hambar.

“I’m sorry,” ucap Dayana lagi.

“No. It’s okay. Saya tak ada hak nak marah awak. Saya juga tak boleh paksa awak. Kalau tu dah keputusan awak, saya hormati,” balas Yusuf dengan perasaan kecewa. Dia tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya itu.

“Kawan?” soal Dayana.

“Yes. Better than nothing,” balas Yusuf perlahan. Dayana tersenyum hambar.

“Good night,” ucapnya sebelum menutup telefonnya. Dayana bersandar pada kerusinya sambil memandang kosong ke arah laptop.

Betul ke apa yang aku buat ni? Tak menyesal?

                                 *****

“Mul cakap macam tu ke?” soal Alifah pada Effa yang sedang duduk di atas katilnya. Effa hanya mengangguk.

“Baguslah tu. Sekurang-kurangnya dia tak kacau kau lagi lepas ni. Tapi sayang juga. Mul tu elok rupanya. Tak ada cacat celanya. Cuma yang silap dia tu adik pada bekas teman lelaki kau aje,” kata Alifah sambil bersandar pada kerusinya. Berkerut kening Effa memandang gadis itu. Alifah tergelak kecil.

“Aku gurau aje. Janganlah serius sangat,” katanya lagi. Effa hanya diam membisu.

“So, maknanya kau dah selesai urusan dengan kedua-duanya. Mul dan juga bekas teman lelaki kau tu. Lepas ni dah boleh lalui hari yang mendatang dengan hati yang gembira,” sambung Alifah dengan senyuman. Effa turut tersenyum. Betul kata gadis itu. Tapi mengapa dia rasakan seperti ada hal yang belum selesai?

“Malam ni kau ada kelas tak?” soal Alifah apabila melihat rakannya itu membisu sedari tadi. Effa mengangguk lagi. Suaranya seperti tersekat di kerongkong. Mulutnya terasa berat untuk menuturkan kata-kata. Alifah mengangguk. Dia agak hairan melihat telatah gadis itu.

Apa lagi yang mengganggu fikiran kau, Effa?

                                 *****

“Mereka dah tahu,” beritahu Hana. Dayana berdebar mendengar kata-kata gadis itu.

“So?” soalnya tidak sabar.

“Ayah dan ibu boleh terima. Aku tahu ayah marah kat aku tapi dia masih boleh menerimanya,” balas Hana dengan senyuman hambar.

“Kau kat mana ni?” soal Dayana agak risau.

“Aku dah balik rumah. Ayah tak nak aku balik dan tinggal seorang kat sini. Tapi aku berkeras. Aku bukannya tinggal seorang. Aku masih ada suami,” balas Hana dalam nada perlahan. Dayana mengeluh.

“Hana, kalau kau tak tahan cakap aje. Jangan nak berlakon depan aku. Aku bukannya kenal kau semalam,” katanya. Hana menggenggam erat telefonnya. Air matanya jatuh menitis.

“Selagi mampu, aku akan bertahan Yana. Aku masih sayangkan Hafiz. Aku sayangkan perkahwinan ni. Andai suatu hari nanti aku dah tak mampu, aku sendiri yang akan tinggalkan Hafiz,” balasnya sambil mengesat air matanya.

“Kalau Hafiz tak adil, kau tinggalkan aje lelaki tu,” sokong Dayana. Dia bukan anti poligami. Cuma baginya, jika seseorang itu ikhlas dalam sesuatu perhubungan, maka tidak akan sesekali berlakunya penipuan. Hafiz bukan sahaja menipu Hana malah sikap lelaki itu menunjukkan yang dia jelas tidak ikhlas memperisterikan Hana.

“Baik bos,” balas Hana separuh bergurau.

“Kau ni sempat lagi. Aku serius tau. Kalau Hafiz buat benda tak elok, kau terus beritahu aku. Kau dah lupa yang aku ada tali pinggang hitam?” kata Dayana separuh menyoal. Hana tergelak kecil.

“Baiklah bos,” balasnya. Dayana tersenyum.

Kau wanita kuat Hana.

“Aku nak mandi dulu. Kau jaga diri kat sana,” pesan Hana.

“Kau pun jaga diri,” balas Dayana dengan senyuman. Dia menutup telefonnya. Minggu ini banyak sangat yang berlaku.

“Woi, jomlah. Kelas tak lama lagi nak mula,” tegur Wana sambil menepuk bahu gadis itu. Dayana tersenyum.

“Siapa call? Aku yakin bukan Mul sebab Mul sedang tunggu kita kat bawah tu,” soal Wana dengan senyuman lebar.

“Mul?” soal Dayana semula.

“Ya. Dia tengah tunggu kita tu,” balas Wana sambil mencapai beg sandangnya.

“But why? Kau call dia ke?” soal Dayana semula sambil membetulkan rambutnya.

“Dia call kau tapi tak dapat sebab kau sedang on-call. Dia call aku. Aku beritahulah pasal kelas malam ni,” balas Wana selamba. Dayana menggelengkan kepalanya.

“Jom,” ajaknya sambil mencapai kunci bilik yang berada di atas meja. Wana tersenyum lebar mengikut langkah gadis itu.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.