Home Novel Komedi/Romantik Komedi Did We Really Love?
Did We Really Love?
sipencintapena
11/12/2022 14:45:26
32,384
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 6

-Hei, hujung minggu ni aku nak jumpa kau. Kau free?

Dayana tersenyum melihat mesej daripada Liya.

-Boleh juga. Aku tak ada kelas.

-Okay. Aku jemput kau kat sana.

-Baik puan

-Yahhh!

Dayana tergelak kecil. Dia memang sudah lama tidak menemui sepupunya itu. Masing-masing sibuk dengan kelas.

                                 *****

"Sihat?" soal Tengku Salina. Mulqish tersenyum.

"Sihat umi. Umi sihat?" soalnya pula.

"Alhamdulillah. Macam mana dengan kelas?" soal Tengku Salina ingin tahu.

"Boleh tahan juga. Next week dah nak exam," balas Mulqish.

"Jaga kesihatan Mul. Belajar tu jangan sampai lupa nak tidur pula," nasihat Tengku Salina. Mulqish tergelak kecil.

"Baik umi," balasnya.

"Apa cerita pasal Dayana?" soal Tengku salina dengan senyuman.

"Dayana? Kenapa dengan Yana?" soal Mulqish agak hairan. Bagaimana wanita itu tahu mengenai Dayana?

"Yana tu bukan kawan Mul ke? Hari tu umi sempat berbual dengan Yana melalui telefon Mul. Masa tu Mul tak ada. Yana yang tolong angkat," beritahu Tengku Salina. Mulqish tergelak kecil.

"Yana tu kawan aje umi," balasnya.

"Cantik tak orangnya?" soal Tengku Salina yang kelihatan agak berminat. Dia masih teringat suara lembut gadis itu menyambut panggilannya. Mulqish tersenyum. Wajah Dayana terbayang di matanya.

"Cantik umi. Manis orangnya," balasnya jujur. Tengku Salina tergelak kecil.

"Nak tunggu apa lagi?" soalnya. Mulqish tergelak kecil.

"Mul minat gadis lain umi," balasnya jujur. Tengku Salina terdiam.

"Siapa?" soalnya.

"Nama gadis itu Effa Hana," balas Mulqish. Tengku Salina terkedu.

"Umi, Mul ada kelas ni. Nanti Mul call lagi. Bye umi," ucap Mulqish sebelum menutup telefonnya. Tengku Salina masih memandang telefonnya.

Effa Hana? Orang yang sama ke?

                                *****

"Kau busy ke?" soal Ura sambil tergelak kecil. Dayana tersenyum.

"Kau rajin sangat call aku sejak akhir-akhir ni," balasnya separuh mengusik. Kedengaran Ura tergelak lagi.

"Aku nak beritahu kau ni. Yusuf ada mesej aku. Dia minta nombor kau," beritahunya. Dayana terdiam sejenak.

"Dia ada call kau ke?" soal Ura lagi.

"Tak ada," balas Dayana perlahan. Ura tersenyum lebar.

"Nanti dia call kau lah tu. Tak pun dia akan mesej kau. Good luck kawan," ucapnya separuh mengusik.

"Jangan nak merepek," balas Dayana dengan kening berkerut.

"Aku nak masak ni. Jangan lupa update tau," kata Ura sebelum menutup telefonnya. Dayana mengeluh. Wajah Yusuf terbayang di matanya.

Why now?

                                  *****

Muadzam tersenyum memandang Tengku Salina yang sedang mengambil tempat di hadapannya.

"Awal balik hari ni," tegur Tengku Salina.

"Kurang sihat umi," balas Muadzam.

"Tak pergi klinik?" soal Tengku Salina yang agak risau.

"Dah minum ubat tadi. Mul ada call ke umi?" soal Muadzam pula.

"Umi yang call semalam. Mul sihat aje. Next week ada exam. Ni umi nak tanya. Siapa nama teman wanita Mud tu? Effa Hana?" balas Tengku Salina separuh bertanya. Muadzam tersenyum hambar.

"Bekas teman wanita umi. Kami dah putus tiga bulan yang lalu," beritahunya dengan nada perlahan. Tengku Salina terdiam. Jadi betullah tekaannya?

"Effa kat mana sekarang? Kenapa boleh putus?" soalnya lagi ingin tahu.

"Dia sambung belajar. Mud yang tinggalkan Effa. Mud tak...,yakin," balas Muadzam dengan perasaan bersalah.

"Umi tak faham. Tak yakin kenapa? Sebab Effa tu muda ke? Mud bukannya tua sangat. Baru masuk 30-an. Lagipun sekarang ni tak tengok umur. Kalau dah suka, tak ada yang boleh menghalang," kata Tengku Salina dengan kening berkerut. Muadzam mengeluh perlahan.

"Mud silap. Mud dah cuba pujuk Effa semula. Tapi nampaknya dia dah tawar hati nak terima Mud," balasnya dengan perasaan sebak. Dia sepatutnya berfikir secara waras sebelum memutuskan hubungan dengan Effa. Dia tidak salahkan gadis itu. Alasannya memang tidak boleh diterima akal.

"Effa belajar kat mana?" soal Tengku Salina sekali lagi.

"Tak silap Mud, dia satu universiti dengan Mul," balas Muadzam. Tengku Salina menggelengkan kepalanya.

"Umi tak faham dengan Mud ni. Pasal umur nak tinggalkan Effa. Memang patut pun Effa tak boleh terima," katanya yang jelas tidak puas hati. Muadzam terdiam. Kelu lidahnya untuk berkata-kata.

                                *****

"Yes?" soal Dayana. Kedengaran Naufal tergelak di talian sebelah.

"Aku nak jumpa kau. Hujung minggu ni free tak?" soal Naufal. Berkerut kening Dayana.

"Kenapa semua orang suka sangat nak call aku ni?" soalnya.

"Lah, dah ramai peminat ke? Sejak bila? Ni yang aku tak suka ni," balas Naufal separuh bergurau. Dayana tergelak kecil.

"Okay. Liya pun nak jumpa aku hujung minggu ni. Kau tak kerja ke? Oh, aku lupa. Kau anak orang kaya. Duduk kat rumah pun duit masuk," balasnya separuh bergurau.

"Asyik nak kenakan aku. Kau nak kena pinang ke? Kalau kau jadi isteri aku, tahulah aku nak buat apa," kata Naufal.

"Issh! Geli aku. Dah lah, bas dah datang ni. Jumpa nanti," kata Dayana sebelum menutup telefonnya.

"Yana," panggil seseorang. Dayana menoleh.

"Jom ikut Mul. Mul hantar," ajak Mulqish sambil menarik buku tebal yang dipegang oleh Dayana.

"Eh! Tak apa Mul," balas Dayana sambil memandang bas yang mula bergerak. Dia mendengus perlahan sebelum memandang Mulqish yang hanya tersenyum tanpa rasa bersalah.

"Bas dah pergi. Jom," ajak Mulqish sambil mula melangkah. Dayana tidak ada pilihan lain selain menurut langkah lelaki itu.

                                  *****

"Wana ada kelas ke?" soal Mulqish.

"Ya," balas Dayana sambil membelek telefonnya. Dia sebenarnya agak berdebar. Ini merupakan kali pertama dia menaiki kereta lelaki itu.

"Faiz pula?" soalnya ingin tahu.

"Dia tak datang kelas hari ni. Tak sihat," balas Mulqish. Dayana mengangguk sambil memandang ke luar tingkap.

"Next time saya tak nak awak hantar lagi," katanya.

"Wow, baiklah. Awak tak suka ke?" soal Mulqish dengan senyuman. Dayana tersenyum membalas pandangan lelaki itu.

"Bukam tak suka. Cuma kurang selesa," balasnya jujur. Mulqish mengangguk faham.

"Umi saya cari awak. Hari tu dia tanya pasal awak. Saya tak tahu pula yang awak boleh rapat dengan umi," katanya.

"Saya baru aje sekali berbual dengan umi awak. Tu pun secara tak sengaja," balas Dayana.

"Tapi cara umi tu macam dah lama kenal awak," kata Mulqish. Dayana tersenyum.

"Kirim salam pada umi awak," pesannya. Mulqish mengangguk dengan senyuman. Dayana hanya memandang lelaki itu. Teringat semula kata-kata Wana.

Betul ke? Mul dan Effa?

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.