Home Novel Komedi/Romantik Komedi Did We Really Love?
Did We Really Love?
sipencintapena
11/12/2022 14:45:26
30,466
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 14

"Akhirnya dapat keluar berdua dengan kau," kata Safa sambil tergelak kecil. Dayana ikut tergelak.

"Apa cerita?" soal Safa.

"Kau dulu," balas Dayana sambil tergelak lagi.

"Aku juga," rungut Safa.

"Sebab kau tanya aku dulu," kata Dayana sambil mencapai gelas yang berisi jus oren.

"Fine. Masa aku balik kampung hari tu, ibu aku dah mula tanya bila aku nak kahwin," beritahu Safa sambil mengeluh. Dayana tergelak besar.

"Kau jangan seronok sangat nak gelak. Aku doa terjangkit kat kau," kata Safa dengan kening berkerut.

"Sorry. Aku dapat bayangkan reaksi kau masa tu. Mesti rasa nak lari aje. Betul tak?" balas Dayana separuh mengusik. Safa akhirnya tergelak.

"Rasa macam nak lari dari rumah aje," katanya. Dayana tergelak lagi.

"Sabar ajelah. Soalan tu memang popular. Kalau dah kahwin mesti kena tanya lagi bila nak ada anak. And bersambunglah sampai ke anak cucu. Nasib baik tak tanya bila nak mati," balasnya. Safa mengangguk setuju.

"Kau pula?" soalnya.

"Kau ingat tak aku pernah cerita pasal crush masa zaman sekolah?" balas Dayana separuh menyoal. Safa mengangguk.

"Cinta yang tak kesampaian," usiknya. Dayana tersenyum.

"Aku jumpa dia baru-baru ni. Dan dia beritahu yang dia sayangkan aku," beritahunya.

"Wow! Finally. Patutlah aku tengok kau berseri-seri aje," usik Safa sambil tergelak.

"Jangan nak mengarut. Aku tolak. Rasanya lebih baik kami kawan aje sampai mati," balas Dayana separuh bergurau. Bulat mata Safa memandang gadis itu.

"Kau biar betul?" soalnya tidak percaya.

"Yes, aku pun macam tak percaya. Tapi tu lah yang aku dah buat," balas Dayana sambil mengangguk.

"Kau memang dah gila. Takkan kau dah jadi macam aku? Anti-man?" soal Safa separuh bergurau. Dayana tergelak besar.

"Wait, atau sebab budak popular tu?" soal Safa sambil tersenyum nakal.

"Siapa? Mulqish?" soal Dayana.

"Siapa lagi. Dia aje yang popular kat fakulti kita," balas Safa sambil mencapai kek perisa vanila. Dayana terdiam.

"Betul ke?" soal Safa agak teruja apabila melihat gadis itu membisu.

"Tak lah. Kami cuma kawan aje," nafi Dayana. Safa tersenyum sinis.

"Yelah tu. Jangan pula lepas ni aku dengar kau dah jadi dengan mamat tu," balasnya. Dayana tersenyum.

Mulqish? I don't know.

                                 *****

"Kau dah tahu?" soal Liya dengan kening berkerut. Apabila mendengar cerita Hana semalam, dia terus mengambil keputusan untuk bertemu dengan Dayana.

"Apa dia? Kau tak beritahu pun nak datang. Tiba-tiba kata dah ada depan fakulti aku," balas Dayana. Liya tersengih.

"Nak lunch tak?" soalnya.

"Tak kot. Kejap lagi aku ada kelas," balas Dayana sambil membuka cermin kereta gadis itu.

"Kau nak tanya apa?" soalnya semula.

"Pasal Hana," balas Liya. Dayana terdiam.

"Hana call kau ke?" soalnya semula. Liya mengangguk.

"Macam mana? Takkan nak biarkan Hana macam tu?" soalnya risau. Dayana tergelak kecil.

"Hana yang pilih nak macam tu. Kita sebagai kawan doakan yang terbaik aje untuk dia. Aku pun sakit hati juga. Tapi Hana tetap nak bertahan," balasnya. Liya terdiam.

"Aku rasa bersalah. Selama ni aku ingat dia bahagia," katanya dengan perasaan sebak. Dayana tersenyum hambar.

"Aku pun fikir macam tu. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau Hana tetap kuat, kita pun kena kuat untuk sokong Hana," balasnya. Liya mengangguk setuju.

"Dah terlanjur kau kat sini, hantar aku ke kelas," sambung Dayana separuh meminta sambil mula memakai tali pinggang. Liya tergelak kecil.

"Sebenarnya aku pun ada kelas lepas ni. Aku asyik terfikirkan Hana. Tu yang aku datang jumpa kau terus. Kau rasa yang lain dah tahu ke?" soal Liya sambil mula memandu. Dayana mengangguk.

"Ya. Aku yakin Hana dah kuat untuk berkongsi," balasnya. Liya mengangguk.

"Kalau aku kat tempat Hana, dah lama aku tinggalkan Hafiz," katanya perlahan. Dayana hanya tersenyum mendengar kata-kata gadis itu.

                                *****

-Minggu depan aku dah nak berangkat. Semalam Hana ada call aku. Aku tak sangka. Dia wanita kuat.

-Aku setuju.

-Kau dan Yusuf?

-Aku lebih selesa sebagai kawan.

-Wait, maksudnya kau reject dia?

Dayana mengeluh perlahan membaca mesej gadis itu. Wana yang duduk di sebelah Dayana hanya memandang rakannya itu.

"Tak fokus ke?" soalnya separuh berbisik. Dayana hanya tersengih. Dia memandang telefonnya semula.

-Aku dah lama move on Ura.

-Suka hati kaulah. Aku tak paksa.

-Thanks

-Kau ada kelas ke?

-Ada. Kau dah ready ke nak berangkat?

-Ada sikit lagi barang nak beli. Okay, nanti aku call. Fokus!

-Amboi.

-HAHAHA

Dayana tersenyum sambil menutup telefonnya. Dia memandang semula ke arah pensyarahnya yang sedang mengajar. Terasa diri diperhati, Dayana menoleh ke arah sebelah kanan dewan kuliah. Kelihatan seorang pemuda tinggi lampai sedang memandang ke arahnya.

Dia pandang aku ke tu? Atau aku aje yang perasaan?

                                   *****

-Apa khabar?

Effa mendengus perlahan apabila melihat mesej lelaki itu.

-I miss you

-Sampai bila nak kena maki dengan saya?

-Sampai awak boleh terima abang semula.

Effa tersenyum sinis. Dia pantas menutup telefonnya.

"Kenapa?" soal Alifah yang sedang duduk berdepan dengannya. Effa menggeleng sambil mencapai jus mangga yang dipesannya. Alifah mengangguk.

Ni mesti bekas abanglah tu.

Tekanya dalam hati.

                                     *****

"Naufal," kata Dayana. Mulqish yang sedang duduk di hadapan gadis itu agak berdebar saat mendengar nama lelaki yang disebut oleh Dayana.

Naufal? Siapa agaknya?

"Sekejap," kata Dayana sambil berdiri lantas berlalu. Wana hanya mengangguk.

"Siapa Naufal?" soal Faiz sambil tersenyum memandang Mulqish. Walaupun sahabatnya itu hanya membisu namun dia tahu Mulqish juga ingin tahu siapa lelaki itu. Wana tergelak kecil.

"Tak tahu. Boyfriend kot," balasnya separuh bergurau. Faiz tergelak kecil. Mulqish hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah kedua-dua rakannya itu.

"Aku dah tahu," kata Dayana perlahan.

"Aku nak jumpa Hafiz. Aku nak bagi dia sebiji. Tapi aku risau pula Hana tak setuju," balas Naufal. Nada suaranya jelas menunjukkan kemarahannya.

"Dah suami dia memanglah Hana tak setuju. Fal, biarlah Hana. Dia dah buat keputusan. Kita doakan yang terbaik aje," balas Dayana separuh memujuk. Risau juga dia jika lelaki itu benar-benar pergi menemui Hafiz. Sikap Naufal memang sukar untuk dijangka. Kedengaran Naufal mengeluh.

"Kau pula? Semalam Yusuf call aku. Dia dah ceritakan pasal kau dan dia," soal Naufal. Dayana terdiam. Dia muak pula asyik mendengar soalan tersebut.

"Tapi aku tak hairan juga. Dah berapa tahun berlalu. Mestilah kau dah lama move on. Sebab apa? Dah jumpa yang baru ke?" sambung Naufal separuh menyoal. Dayana tersenyum.

"Doakan aku. Dah lah aku nak buat kerja ni. Ingat Fal, biarkan Hana," balasnya separuh menasihati. Naufal tergelak kecil.

"Baiklah sayang. Hati-hati," ucapnya. Dayana hanya tersenyum sebelum menutup telefonnya. Dia menarik nafas dalam. 

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.