Home Novel Komedi/Romantik Komedi Did We Really Love?
Did We Really Love?
sipencintapena
11/12/2022 14:45:26
32,389
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 15


“Kau sihat?” soal Hani.

“Alhamdulillah,” balas Dayana dengan senyuman.

“Hana ada call aku semalam,” beritahu Hani. Dayana terdiam mendengar kata-kata gadis itu. Kedengaran Hani mengeluh perlahan.

“Dia sangat tenang. Aku kalau kat tempat dia memang tak boleh bertenang macam tu,” kata Hani lagi. Dayana tersenyum.

“Kita doakan yang terbaik untuk Hana,” balasnya. Hani mengangguk setuju.

“Kau buat apa?” soalnya pula.

“Aku baru aje habis kelas. Sekarang dah balik bilik,” balas Dayana.

“Aku cadang nak bertunang tahun depan,” beritahu Hani lagi. Bulat mata Dayana mendengar kata-kata gadis itu.

“Kau ni diam-diam ubi berisi. Sejak bila hati kau dicuri? Siapa pencurinya?”  soalnya ingin tahu. Hani tergelak kecil.

“Reza. Aku dah lama berkawan dengannya. Tapi baru tiga bulan aku serius dengannya. Hujung tahun ni dia nak datang merisik,”  beritahunya.

“Pandai kau ek. So, yang lain dah tahu?” soal Dayana semula sambil tergelak kecil.

“Nantilah. Aku beritahu kau dulu. Bila dah hampir tarikh tu, aku beritahulah yang lain,” balas Hani sambil ikut tergelak.

“Baiklah puan,” usik Dayana.

“Yana, jom makan,” ajak Wana yang sedang berdiri di pintu bilik sambil memandangnya. Dayana mengangguk.

“Hani, aku nak makan dulu. Jaga diri,” katanya.

“Kau juga,” balas Hani. Dayana menutup telefonnya.

“Nak makan apa?” soalnya sambil memandang Wana yang masih setia menunggunya. Wana tergelak kecil.

“Ada orang hantar makanan,” balasnya. Berkerut kening Dayana.

“Mul lah. Siapa lagi,” balas Wana sebelum berlalu keluar semula. Dayana terdiam mendengar kata-kata gadis itu.

Mulqish?

                              *****

Faiz tersenyum sambil memandang sahabatnya itu. Berkerut kening Mulqish.

“Apa?” soalnya hairan. Faiz tergelak pula.

“Kau dah kenapa?” soal Mulqish lagi mula berang.

“Bila kau nak beritahu Yana?” soal Faiz semula separuh mengusik. Mulqish akhirnya tersenyum. Namun dia tidak terus menjawab pertanyaan lelaki itu.

“Jangan lambat sangat,” sambung Faiz separuh menasihati.

“Kau rasa dia akan jawab apa?” soal Mulqish ingin tahu. Dia sebenarnya risau memikirkan jawapan Dayana. Faiz tergelak lagi.

“Manalah aku tahu. Tapi berdasarkan pemerhatian aku, mungkin dia akan jawab yes. Tapi kau janganlah berharap sangat. Nanti kecewa pula,” balasnya separuh bergurau. Mulqish menggelengkan kepalanya.

“Kau memang sengaja nak buat aku risau,” katanya. Faiz tergelak semula. Mulqish menarik nafas panjang. Dalam diam dia juga tidak menafikan kebenaran kata-kata Faiz.

                                  *****

“Kau perasan tak mamat yang duduk kat depan tu?” soal Wana separuh berbisik. Dayana menoleh ke arah yang dimaksudkan oleh Wana.

“Yang mana?” soalnya. Hanya seorang pemuda yang menarik perhatiannya saat ini.

He’s again.

“Exchange student tu,” beritahu Wana. Dayana mengangguk sebelum memandang bukunya semula.

“Aku dengar mamat tu asal Thailand. Tapi dia mix. Ayahnya asal Itali,” beritahu Wana lagi. Terangkat kening Dayana memandang sahabatnya itu.

“Wah, cepat sangat kau dapat berita. Sahih ke tu?” soalnya separuh mengusik. Wana tergelak kecil.

“Kau aje yang ketinggalan. Semua orang sedang sibuk cerita pasal mamat tu,” katanya. Dayana mengangkat bahu.

“So, kau dan Mul apa cerita? Hari tu Mul tak senang hati bila dengar kau sebut nama Naufal. Siapa tu? Skandal ke?” soal Wana separuh bergurau. Giliran Dayana pula yang tergelak. Wana menutup mulut gadis itu.

“Jangan bising sangat. Nak jadi ketua kelas lagi?” soalnya separuh berbisik. Dayana menepis tangan gadis itu. Dia memandang pensyarah yang sedang berdiri di hadapan mereka.

“Macam bagus juga idea tu. Berapa ramai pelajar dalam dewan ni?” soalnya masih dengan senyuman.

“Dua ratus kot,” balas Wana sambil tergelak. Dia pantas menutup mulutnya. Dayana ikut tergelak. Wana menepuk bahu gadis itu.

“Kau sengaja nak mengelak soalan aku,” katanya kini dengan kening berkerut. Dayana hanya tersenyum. Dia memang tidak mahu menjawab pertanyaan gadis itu.

                                   *****

 Terangkat kening Alifah memandang Effa.

“Kau dah maafkan dia?” soalnya yang terkejut mendengar kata-kata gadis itu. Effa mengangguk lambat.

“Aku maafkan dia. Tapi bukan bermaksud aku akan kembali padanya,” balasnya. Alifah mengangguk faham.

“So, sekarang ni dah selesai urusan kau dan dia?” soalnya semula. Effa tersenyum.

“I think so,” balasnya. Alifah tergelak kecil sambil menepuk bahu gadis itu.

“Happy for you,” katanya ikhlas. Effa tersenyum. Dia memandang semula telefonnya. Dia agak sebak apabila melihat mesej terakhir daripada Muadzam

-Take care. Sekiranya awak berubah fikiran, abang sentiasa ada kat sini. I never give up on you.

                                   *****

“Kau okay?” soal Ura separuh mengusik. Yusuf hanya tersenyum mendengar soalan gadis itu.

“Kau memang tak membantu,” balasnya. Ura tergelak kecil.

“Berapa hari kau kat sini? Lepas ni kau tak jumpa aku lagi kat sini,” katanya. Yusuf tersenyum.

“Tiga hari. Aku doakan kau jumpa jodoh kat sana,” usiknya.

“Gila,” balas Ura sebelum tergelak besar. Dia dan Yusuf memang rapat berbanding dengan sepupunya yang lain.

“Kau kena cepat move on Suf. Aku rasa kau dah tak ada harapan dengan Yana,” katanya separuh menasihati. Yusuf tersenyum hambar. Kata-kata gadis itu seperti pisau tajam yang menikam jantungnya.

“Aku tahu. Sebelum jumpa Yana hari tu, aku memang dah bersedia sekiranya dia nak reject aku. Tapi aku tak sangka pula boleh terluka sampai macam ni sekali. Mungkin sebab aku terlalu berharap,” balasnya dengan nada perlahan. Ura menepuk bahu lelaki itu.

“Kau boleh, cuma perlukan masa,” katanya separuh memujuk. Yusuf hanya tersenyum hambar.

                                 *****

Dayana hanya memandang Mulqish yang tersenyum menarik kerusi di hadapannya.

“Sorry sebab bawa awak lari ke sini,” ucap Mulqish dengan perasaan bersalah. Dayana memandang laut yang terbentang luas di hadapan mereka. Memang dia agak geram apabila lelaki itu membawanya keluar tanpa memberitahu destinasi mereka. Namun apabila sampai ke tempat tersebut, sekelip mata saja rasa marahnya menghilang.

“Saya suka tempat ni,” balas Dayana. Mulqish menarik nafas lega apabila melihat senyuman gadis itu.

“So? Kenapa culik saya hari ni? Awak sendiri tahu, sejam lagi kelas kita nak mula,” soal Dayana sambil memandang tepat wajah lelaki itu.

“Saya suka awak,” ucap Mulqish sambil menatap wajah gadis itu. Hanya tuhan yang tahu debaran dadanya saat ini. Dayana terdiam seketika.

Aku silap dengar ke?

Mulqish semakin berdebar apabila melihat gadis itu hanya membisu.

“Yana,” panggilnya lembut. Dayana tersenyum.

“Nak kena jawab sekarang ke?” soalnya semula. Mulqish ikut tersenyum.

“Tak apa kalau awak tak nak jawab sekarang. Saya faham. Saya pun terburu-buru nak beritahu awak. Tak sempat nak cari masa yang sesuai,” balasnya sekali lagi rasa bersalah pada gadis itu. Dayana menggeleng.

“Saya yang tak dapat berfikir secara normal sekarang ni. Mungkin sebab terkejut. Lagipun kelas nak mula tak  lama lagi,” balasnya dengan perasaan bersalah. Mulqish tergelak kecil. Dalam diam dia kagum dengan gadis itu. Pelajaran sentiasa menjadi keutamaannya.

“Nak balik sekarang?” soalnya separuh mengusik. Dayana tergelak.

“Jom,” ajaknya sambil mula berdiri. Mulqish tersenyum menurut langkah gadis itu. Dia cuba sedaya upaya untuk bertenang. 

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.