Home Novel Komedi/Romantik Komedi 10 PERKARA SAYA BENCI AWAK!
10 PERKARA SAYA BENCI AWAK!
Illya Abdullah
7/4/2015 12:20:18
33,692
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 6

“BERKULAT aku tunggu kau, Awin. Kau kat mana?”

Awin terpaksa menjarakkan sedikit telefon bimbitnya dari telinga apabila mendengar suara Mint yang bergema. Nampak sangat Mint sedang meradang.

Sorrylah Mint. Kau naik teksilah. Kereta aku rosak tepi jalan ni. Enjin tak mahu hidup.” Awin kembali melekapkan telefon bimbit di telinga.

“Mana aku nak cari teksi? Jauh tu nak menapak ke stesen teksi.”

“Laki kau dah pergi kerja.”

“Lepas subuh dia dah bertolak. Takkan nak suruh dia patah balik ambil aku. Entah-entah dah sampai Ipoh. Laki aku outstationlah sayang.”

Awin tepuk dahi. Dia lupa pula yang Asri, suami Mint outstationdi Ipoh. Ada kursus di sana selama satu minggu.

Adeh, Aku memang minta maaf sangat-sangatlah Mint. Kau memang kena jugaklah menapak ke stesen teksi. Aku…”

Tut.. tut… tut… taian terputus.

Mint merajukah sampai putuskan talian. Awin memeriksa telefon bimbitnya. Aisehmen… bateri habis da…

Awin kering jam di tangan. Pukul 9.30 pagi. Punch card sah-sah warna merah. Asal satu kereta pun tak berhenti bila ditahan. Tak prihatin betullah orang Malaysia ni. Muka comel macam dia takdernya merompak orang. Pegang pisau pun fikir dua tiga kali.

Malang hari ini nasib kau, Awin.

ITU macam Awin. Apasal dia melepak tepi jalan. Nak ponteng kerja ke? Or tengah tunggu klien. Esh, mana ada orang tunggu klien tepi jalan macam ni.

Al Hadi memperlahankan motorsikalnya. Dia lihat wajah Awin kemut semacam. Dia tak nampak ada kenderaan yang berhenti membantu Awin. Biasalah zaman sekarang ini, ramai yang sudah takut untuk menghulurkan bantuan. Takut kena rompak jika tersalah bantu. Baik hati salah tak baik hati pun salah.

Al Hadi memberhentikan motorsika betu-betul berdekatan dengan Satria Neo milik Awin. Tidak berkelip-kelip Awin pandang dia.

“Assalamualaikum… selamat pagi.” Ucapnya.

“Waalaikumusalam.”

“Kereta problemke?”

“Enjin tak hidup.”

“Kesian…”

“Ha’ah memang kesian.”

Harap-harap mamat ni tolonglah aku. Jangan kata kesian je. Pukul 11.00 pagi aku ada meeting di site. Mampus aku kena leter dengan bos besar jika aku lambat. Pukul 3.00 pula aku kena turun ke Saujana Impian tengok projek kat sana. Kereta pulak buat hal.

Kebetulan dia bawa dua biji topi keledar. Macam tahu-tahu aje bakal ada penumpang di belakang. Al Hadi hulurkan kepada Awin.

“Buat apa ni?” Awin terkebil-kebil

“Pakai kat kepala awaklah takkan nak pakai di lutut. Tak lepaslah.” Boleh pulak minah seorang ni tanya buat apa?

“Saya naik motor dengan awak?” Bercantum kening Awin.

“Dengan sayalah takkan dengan hantu kot.”

Banyak songeh pulak Awin ni. Orang nak menolong dia masih nak jual mahal.

“Tak apalah. Saya tunggu teksi lalu sini.”

“Eh-eh, sombong pulak dia. Macamlah saya nak apa-apakan awak.”

“Naik motor ni kena peluk-peluk. Kira ambik kesempatan tu.” Awin bagi alasan.

Nak tergelak Al Hadi dengan alasan Awin. Takder maknalah dia nak suruh Awin peluk dia. Dia bukan jenis lelaki yang ambik kesempatan pada perempuan.

“Letak tangan pada bahu saya dah cukup. Tak yah nak peluk-peluk. Saya cuma nak tolong hantar awak sampai ke ofis je. Saya tak bawa laju-laju.”

“Erk…”

Masa ni pun sebiji teksi pun tak lalu-lalu lagi. Kalau masa tak nak, banyak je teksi depan mata. Awin merengus dalam hati.

“Cepatlah.” Perempuan sorang ini masih terhegeh-hegeh lagi. Kata tadi dah lambat.

“Kereta saya?”

“Tinggal aja sini.”

Awin seperti serba tak kena pulak.

“Awak nak angkut sekali kereta awak naik motorsikal saya. Tak muatlah.” Al Hadi menyambung kata.

Banyak songeh juga si Awin ni.

“Sekejap saya kunci pintu kereta.” Awin sudah tiada pilihan lain. Dia perlu kejar masa. Awin menyarung topi keledar di kepala.

Naik motorsikal Al Hadi, dengan skirt dan kasut tumit tinggi. Rasa janggal pulak. Tapi best jugak naik motorsikal. Terasa wajah comel ni disapa-sapa oleh angin. Al Hadi bawa slow motion. Kota kata betul mamat sorang ni.


“BUDAK-budak ofis kemain gossip panas fasal kau dengan Al Hadi.” Mint sudah tegak berdiri di meja Awin. Siap dengan muka garang lagi.

Penat masih belum hilang ke sana-sini, Mint pula datang menyerang dia.

Takder maknanya. Dia cuma tolong aku aja.”

“Betul ni? “ Tajam pandangan mata Mint.

“Kalau aku nak affair, baik ada affair dengan bos besar.” Awin membalas.

Tergelak Mint.

“Ada hati jugak kau kat bos besar tu. Okaylah duda.”

Awin mengertap bibir. Dia cuma bergurau aja. Takdernya hati ni melekat pada bos besar. Tak sepadanlah dia dengan bos besar.

“Kau ni takderkerja ke melepak dekat meja aku.”

“Ada. Saja lepas tension pada kau.”

Cemberut muka Awin.

Tension sebab aku tak dapat angkut kau pergi kerja pagi tadi kan?”

“Tahu pun.”

Sorrylah Mint. Aku bukan sengaja pun. Tiba-tiba kereta aku buat hal.”

Keretanya sudah masuk bengkel. Itu pun atas bantuan dari Al Hadi. Kalau dia ada boyfriend takderlah dia menyusahkan lelaki itu. Boyfriend dialah yang dia susahkan.

“Balik ni aku nak kena tumpang sekali dengan Al Hadi ke?” Mint mengusik Awin.

“Hah!” Terjegil mata Awin. “Balik kita naik teksilah nanti, Takder makna dia nak angkut aku dan kau sekali naik motorsikal dia. Gila apa!”

“Aku usik kaulah.” Mint menepuk bahu Awin

Eeeiii… Mint ni!

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.