Home Novel Komedi/Romantik Komedi 10 PERKARA SAYA BENCI AWAK!
10 PERKARA SAYA BENCI AWAK!
Illya Abdullah
7/4/2015 12:20:18
33,698
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 5

AWIN penjam mata. Kerja masih berlambak atas meja. Satu pun dia belum sentuh. Kepala pening sangat ni. Kononnya banyak sangat fikir tentang masalah negara.

Kau ada ambil peduli masalah negara ke? Harga minyak naik-turun pun kau tak bising-bising Awin oii! Bila ada masalah kerja menimbun baru kau nak bising. Awin… Awin…

Mata Awin sempat menjamah wajah Al Hadi. Not bad! Boleh tahan mamat ni. Lupa hendak cerita yang mamat ni ramah-tamah bukan main. Tak lekang senyuman di bibirnya. Kalau hendak melihat Al Hadi marah memang payah.

Menu apa nak makan tengahari ni? Jemulah makan fast-food.

Jemu konon. Hari-hari di rumah kau melantak fast-food Cik Awin oiii! Kau ada bakat memasak tapi malas nak praktikkan. Entahkan ingat atau lupa nak pegang sudip macam mana? Kalau abah tahu dia tak masak memang riuh sekampung jadinya.

“Cik Awin.” Al Hadi main bisik-bisik pula.

Terkejut Awin. Nyaris mug terpelanting dari tangan.

“Hah! Kenapa?”

“Cik Awin nak pesan nasi bungkus tak?”

Awin garu kepala sekejap.

Apa ni? Aku mana makan nasi-nasi bungkus? Terjamin dengan kebersihan ke? Jangan cerewetlah Awin. Perut kau sudah keroncong. Semenjak pagi tadi belum jamah apa-apa. Bos besar ajak breakfast kau tolak.

“Cik Awin…” Tangan Al Hadi diawang-awangkan pada muka putih bersih itu.

Berangan pula perempuan seorang ni. Cik Awin ni cantik tapi suka jual mahal. Dia tak pandang ofis boy macam aku. Forget it! Apa-apa pun aku nak try pikat dia. Mana tahu ada can. Jadi sahabat pun okay pe?

“Em… apa menu yang sedap?” Tanya Awin. Masakan kampung, dia sudah lama tidak dijamah sejak bekerja di kota. Nak jaga standartlah konon. Balik kampung pun sekali-sekala menziarahi abah. Bukan tak mahu balik selalu. Abah suka membebel macam mak nenek. Gegendang telinga boleh pecah dengan bebelan Abah.

“Nasi putih dengan ikan keli masak pedas my feveret. Tak lupa sambal belacan. Sedap hingga menjilat jari. Tak pun jering dengan sambal tempoyak.”

Mangkuk ayun ni aku tanya menu apa yang sedap yang dia beritahu menu kegemaran dia pula. Ikan keli. Lamanya tak makan ikan keli tu. Sambal belacan? Tempoyak? Kecur liur pula dengarnya. Masakan barat mana boleh tanding masakan kampung. Rindu pula dengan air tangan dari abah. A-maklum abah tukang masak sekolah.

“Ikut menu kegemaran awaklah.” Awin malas nak fikir menu lain.

“Ingatkan lidah barat. Saya selalu tengok Cik Awin makan spaghetti, steak, KFC dan yang seangkatan dengannya.”

Bunyi macam perli je.

“Jangan cari pasal dengan saya.” Awin menjegilkan biji matanya.

“Besarnya bola mata Cik Awin macam bola mata ikan emas.” Al Hadi mengusik.

Awin mencebik.

“Baik awak pergi beli cepat makanan saya. Kalau waktu rehat habis nanti bukan perut saya saja yang lapar, perut awak jugak!” Desis Awin.

Awin bila marah makin lawa. Niat di hati hendak bertanyakan tuan empunya badan sudah berpunya atau belum? Seganlah. Perlu diingatkan yang Awin tak pandang lelaki macam kau, Al Hadi. Apa yang kau ada? Harta pusaka? Jauh sekali. Awin dari atas sampai bawah semua berjenama?

“Tata Cik Awin.”

“Tata.”

Dia layan Al Hadi kasar pun, lelaki itu tetap tersenyum padanya. Marahlah macam mana sekalipun, senyuman Al Hadi tetap terlakar di bibir. Al Hadi baru dekat sebulan kerja di sini, tetapi lelaki itu cepat betul rapat dengan pekerja lain termasuklah dengan bosbesar. Hari itu Awin ada nampak Al Hadi siap berpeluk-peluk dan bergurau senda dengan bos besar. Ada affair ke? Esh! Tak mungkinlah. Bos besar lelaki, Al Hadi pun lelaki. Masakan tutttt kot?

Forget it! Bukan urusan kau, Awin. Urusan kau untuk memuaskan hati klien dengan hasil kerja kau. Dapat gaji bulan ni aku nak beli kasut baru, baju baru, beg baru, semua barulah. Teman lelaki saja yang tiada lagi. Tiada yang berkenan di hati. Dapat yang handsome tapi miskin pula. Dapat yang kaya muka macam tongkang pecah pula. Nasib kaulah Awin…

“Awin!” Seorang lagi pengacau dah datang.

Awin buat senyuman dalam keterpaksaan.

“Malam ni nak ikut aku karaoke tak?” Tanya Zila.

“Aku tak minat nyanyi-nyanyilah. Aku nyanyi dalam bilik mandi pun tak lepas. Suara sumbang. Picing larilah.” Awin bagi alasan kukuh.

“Ala…kami tak cukup oranglah.” Zila hampa sebab Awin asyik menolak je.

“Sorilah ya…”

Awin tersengih.

Please…aku tak minat melalak-melalak ni! Kalau shopping tak ajak pun aku akan join sekaki…

Awin tengok temujanji untuk petang ini. Ada ‘date’ dengan Encik Dahlan. Orang tua gatal tu lagi.

Lepas balik ‘date’dengan Encik Dahlan…

Awin hempaskan tas tangan atas meja bersama fail-fail yang dibawanya.

“Monyok muka?” Al Hadi menegur lagi. Masa makan tengahari bersama dia di pantri tadi tak pula monyok begini. Boleh lagi Awin tersengih waau Al Hadi tahu dalam terpaksa.

Orang sedang tekanan perasaan Al Hadi boleh menyibuk lagi di mejanya.

“Jangan sibuk urusan hal luar dan dalam kain orang lain.”

“Marahnya…”

“Kalau dah tahu saya tengah marah jangan dikacau!” Rengus Awin

Kalau sehari dia tak kacau aku memang tak sah! Ada saja nak yang dia nak ambik tahu. Pergi main jauh-jauh tak boeh ke?

“Bergaduh dengan klien ya?” Al Hadi meneka.

Muka dia kelat semacam. Betullah tu dia buat hal dengan klien lagi.

Awin mencebik. Benci betul dengan Al Hadi ni. Al Hadi macam ada kuasa psikik je. Dia memang berperang besar dengan klien tadi. Klien gatal yang garfunya tidak tahu diam. Setepek telepak tangan melekap pada muka Encik Dahlan.

“Saya nasihatkan Cik Awin pakai pakaian yang menutup aurat sikit. Lelaki ni nafsu dia hanya ada satu iaitu perempuan.”

Sindiran pedas buat Awin. Kemut muka ayu Awin macam ayam tertelan kapur.

Betullah kata Al hadi tu. Dia suka pakai skirt paras peha. Betis masih nampak walau pakai sarung kaki hitam yang jarang. Seksi sangat… Bencilah kena sindir dengan Al Hadi.

AKU tahu Awin suka kata rambut aku macam landak. Whatever! Aku tak kisah pun. Aku bukan lelaki yang ada aura kehenseman. So far rupa aku boleh tahan kut. Aku adalah aku. Putra Al Hadi Al Rashid lelaki melayu terakhir tahu. Bersih dari rokok, bersih dari vandalism, bersih dari wabak mat rempit dan segala perkara-perkara yang tidak berfaedah. Dan yang paling penting Aku masih teruna… hehehehe…

“Apa yang anak mak sengihkan sorang-sorang ni?” Puan Salleha menegur lembut.

“Ingat awek di tempat kerjalah mak.”

“Siapa?”

“Awin…”

“Oh… budak perempuan yang anak mak selalu ceritakan tu?”

Al Hadi tersenyum. Pandai pun emak.

“Anak emak suka dia ya?” Puan Salleha cuba menduga hati si anak teruna.

“Esh mak ni, melalut ke situ pulak.”

“Manalah tahukan anak manja emak berkenan.”

“Hadi ofis boy je mak. Bukan tastedia pulak tu.”

“Ofis boy kerja juga. Kerja halal bukan anak mak mencuri. Mak tengok anak hensemapa. Ada lekuk bawah dagu. Bukan ramai lelaki ramai melayu yang ada lekuk tu.”

Tersenyum simpul Al hadi dengan pujian emaknya.

“Hadilah lapar. Emak masak apa hari ni?”

“Mak masak simple-simple je. Mak sibuk nak siapkan orderkuih bahulu Kak Maimun tu.”

“Jering dan sambal tempoyak ada tak?”

“Ada daam tudung saji. Kamu layan dirilah. Mak nak keluar sekejap hantar stok kuih bahulu Kak Maimun.”

“Hati-hati mak bawa motor. Kalau tak Hadi tolong hantar lepas makan nanti.”

Takper. Kudrat mak masih kuat nak menunggang motorsikal tu.”

Al Hadi geleng kepala. Emak disuruh beli kereta tidak mahu. Takut sangat hendak membawa kereta sejak kemalangan meragut arwah abangnya dulu. Al Hadi tidak pernah salahkan emak. Arwah abah dan arwah abang juga tidak salahkan emak. Segalanya adalah ketentuan dari Ilahi.


“MAK tak sengaja Hadi. Mak cuba mengelak dari bergesel dengan lori.” Mutiara mata emak tidak henti-henti mengalir.

Emak memeluk erat tubuhnya. Sebaik menerima panggilan dari emak, dia terus meminta kebenaran keluar dari asrama. Warden asrama menghantarnya ke hospital.

“Sabar mak… sabar….” Dia mengusap-usap belakang emak.

“Kalau abah dan abang kau mati, mak yang bertanggungjawab.”

“Ya, Allah… bawa mengucap mak. Tak baik mak cakap begitu. Kita sama-sama berdoa moga abah dan abang selamat.” Dia perlu menenangkan emak.

Sebaik doktor mengesahkan keadaan abah dan abang, emak jatuh pengsan. Mujur saja dia sempat menyambut tubuh emak. Allah lebih sayangkan abah dan abang. Emak diburu rasa sesalan yang seperti tidak berpenghujung. Kereta abah emak jual. Malahan emak tidak membenarkan dia membeli kereta. Emak seakan fobia dengan kereta.

Al Hadi tahu bila di waktu petang-petang begini emak akan singgah di tanah perkuburan menziarahi pusara arwah abah dan abang. Ada sesuatu yang dia tidak mengerti. Emak kerap berkata yang emak menyesal kerana tidak menyayangi arwah semasa hayatnya masih ada. Apa maksud emak? Bila ditanya lebih lanjut emak akan diam dan mengubah topik perbualan. Moga-moga satu masa nanti emak akan membuka cerita. Ada banyak yang dia ingin tahu. Hubungan emak dengan Datuk Tajudin. Emak hanya kata yang emak dengan Datuk Tajudin kenalan lama. Tapi Al Hadi dapat merasakan ada something special antara emak dan Datuk Tajudin.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.