Home Novel Komedi/Romantik Komedi 10 PERKARA SAYA BENCI AWAK!
10 PERKARA SAYA BENCI AWAK!
Illya Abdullah
7/4/2015 12:20:18
33,188
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 7

“AWAK balik sekali dengan saya, Awin.” Suara Datuk Tajudin sebaik habis perbincangan di bilik mesyuarat.

“Tak apalah datuk. Saya naik cab aja.”

Seganlah mahu menumpang kereta bos besar. Kang tak pasal-pasal jadi gossippanas.

“Ajak sekali Mint. Saya hantar awak berdua sekali.”

“Tapi datuk…”

“Tak habis minyak kereta saya hantar awak berdua balik. Lagipun hujan lebat di luar tu. Susah nak dapat cab.”

Datuk Tajudin beredar dengan fail-fail di tangan. Terkedu sekejap Awin. Tiada alasan kuat untuk menolak. Macam mana ni?

Kalau Al Hadi tak buka cerita pasal kereta dia rosak masuk bengkel takderlah bos besar ajak tumpang keretanya. Kacau betullah.

“Monyok je. Kena marah lagi ke?” Minta bertanya.

“Takderlah.”

“Dah tu?”

“Bos besar nak hantar kita balik.”

What?”

“Pekak kau ni. Bos besar nak hantar kita balik nanti!” Pekik Awin pada telinga Mint.

“Okay sangatlah. Jimat duit sikit.”

Suka pulak minah seorang ini.

“Esh, aku seganlah. Nanti timbul gossip liar pulak.”

“Alah, setakat gossip dalam ofis tak ke manalah. Bos besar kan memang baik hati dengan semua pekerja.”

“Kau ajalah tumpang bos besar. Aku naik cab.”

“Awin…” Terkerdip-kerdip mata Mint.

“Tak maulah. Segan.”

“Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. ”

Berperibahasa pulak Mint.

“Cepatlah kemas barang-barang kau tu.”

Ligat Mint kembali ke mejanya.

Awin duduk menghadap kembali komputernya. Kerja sudah beres bolehlah puang awal. Tak perlu ambil overtime macam selalu. Muka yang kelat bertambah kelat bila lihat Al Hadi menghampiri mejanya. Tersengih-sengih mamat seorang ni.

“Tak balik lagi?” Awin bertanya. Acuh tak acuh.

“Hujan lebat. Reda sikit barulah balik.”

“Baju hujan kan ada.”

“Penglihatan tak clearlah balik hujan-hujan lebat ni. Bahaya.”

Terjongket sebelah kening Awin.

By the way, thankssebab tolong saya pagi tadi.”

“Sama-sama. Buat baik sesama manusia.”

“Okaylah. Saya nak kena gerak dulu.” Komputer sudah dipadamkan. Awin menyandang tas tangan di bahu.

“Tata Cik Awin. Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.”

“Cik Awin…”

Awin berpaling.

“Jangan terjatuh cinta pula pada bos besar tu. Melepas pulak saya.” Al Hadi menyambung kata. Sengaja mengusik Awin

Cemberut muka Awin.

“Terjatuh cinta pun apa salahnya.” Awin membalas dengan senyuman.

Janganlah mulut kau masin sudah, Awin. Tak pasal-pasal abah dapat menantu sebaya dia.


CLEAN and clear Mercedes Benz milik bos besar. Orang cakap lelaki ni jaga kereta macam jaga bini dia. Tak serabut macam kereta perempuan. Contohnya dia. Dalam kereta memang semak kalau mata memandang. Selipar jepun pun letak dalam kereta. Makin segan Awin bila membandingkan kereta dia dengan kereta bos besar. Macam langit dengan bumi.

“Terima kasih datuk.” Ucap Awin sebaik melangkah keluar dari kereta bos besar. Tas tangan sudah menjadi payung di kepala.

“Sama-sama. Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.”

Mercedes Benz bos besar bergerak perlahan. Awin sudah menutup pintu pagar. Berlari-lari anak dia ke beranda. Rambutnya dikibas-kibas.

“Siapa hantar tadi tu?”

Kak Rose terpacak depan pintu.

Awin mengurut dada. Terkejut dia. Awal pula Kak Rose balik kerja.

“Bos tempat kerja.”

“Kereta mana?” Baharu Kak Rose perasan kereta Awin tiada.

“Rosak kak. Dah hantar ke bengkel.”

“Patutlah… hairan jugak akak tadi tengok kamu tak balik dengan kereta. Orang hantar.”

Awin melirik senyuman.

Awin masuk ke dalam. Tercium bau goreng-goreng ni. Apa yang Kak Rose sedang goreng agaknya. Langkah kanan betul Awin. Goreng pisang terhidang atas meja tamu. Rajin betul Kak Rose ni memasak.

“Awal akak balik?”

“Akak kerja half day. Jiran sebelah bagi pisang. Akak buat goreng pisang. Tnegah-tengah hujan memang terbuka selera makan panas-panas ni.”

Kak Rose ke dapur. Kemudian dia kembali menatang dulang minuman. Tak menyempat-nyempat Awin sudah mengambil goreng pisang di dalam pinggan. Lama tak makan sejak duduk di bandar ni. Orang jual selalunya seringgit dapat 5 ketul. Pisang susah nak dapat. Di kampung senanglah, orang tanam pisang. Abah dia pun suka tanam pisang di belakang rumah mereka.

“Sedap. Akak pakai tepung apa ni. Ranggup giler.”

“Resipi turun-menurun keluarga.”

“Boleh turunkan pada Awin tak?”

Kalau Kak Rose tak nak ajarkan resipi goreng pisang ranggup pun dia tak kisah.

“Boleh je. Nanti akak ajarkan.”

Kak Rose memang baik hati. Senyum simpul Awin. Sayang pada Kak Rose berganda-ganda. Kalau taukeh goreng pisang maunya tak kasi resipi dah. Boleh jejaskan perniagaan jika resipi terbocor pada orang orang lain.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.