Home Novel Komedi/Romantik Komedi 10 PERKARA SAYA BENCI AWAK!
10 PERKARA SAYA BENCI AWAK!
Illya Abdullah
7/4/2015 12:20:18
33,698
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 2

MAMAT depan aku ni handsome. Nama dia Azlan Syah Tan Sri Ariffin. Boleh terus jatuh cinta. Tidak sia-sia berkenalan di facebook. Awin… jangan kau toleh belakang lagi.

“Awin Aweena kan?”

Awin angguk. Tersipu-sipu malu.

“Comellah you ni.”

Makin merah pipi gebu Awin. Tak perlu bubuh blusher dah dah cukup merah bak air sirap.

“Terima kasih.” Orang sudah puji kenalah ucap terima kasih.

“Berapa umur you? I sudah nak masuk twenty-eight.”

“Agak-agak you.”

“Kalau tengok you ni macam budak sekolah around sixteen. You comel sangat.”

Awin tertawa halus. Senang hati dengan pujian lelaki itu.

I’m twenty-five.”

Are you serious?”

“I tak tipu okay.”

“Itulah kata orang wajah pun pun boleh menipu ornag sekeliling. Ada yang tua nampak muda dan yang muda nampak tua.”

I agreed dengan kata-kata you.”

Bunyi deringan telefon bimbit Azlan Syah mengganggu perbualan ramah mesra mereka. Seorang pemuda bertubuh agak kurus dan berjerawat hampir penuh di muka muncul di antara mereka. Kawan Azlan Syah agaknya?

“Kenalkan ini Azlan Syah Tan Sri Ariffin. Saya ni cuma pekerja bawahan Encik Azlan. Dia mahu menguji Cik Awin dan minta saya gantikan tempat dia.”

Mulut Awin terlopong.

“Hai…” Azlan Syah yang original menghulurkan tangan.

Awin rasa tertipu. Retak terus simbol cintanya. Mati-mati dia ingat si handsome depan matanya itu Azlan Syah Tan Sri Ariffin. Awin capai gelas minumannya lalu disimbahkan pada muka Azlan Syah. Manakala gelas minuman yang berbaki itu pula disimbah pada muka lelaki kacak yang menyamar sebagai Azlan Syah. Kedua-dua lelaki itu memandang antara satu sama lain.

Awin capai tas tangan lalu beredar. Sakit betul hati ni. Baru pasang impian hendak menjadi menantu Tan Sri sudah berkecai. Kalau perempuan lain mungkin tidak kisah jerawat batu penuh muka asalkan poket penuh. Awin berselera lain sikit. Kalau kaya mestilah hendak yang kacak. Awin memang jenis yang memilih.

Awin menelefon Mint untuk meluahkan rasa kecewa di hati. Mint yang sibuk menemani suami melayan bola di Astro terpaksa mendengar luahan sahabat baiknya. Suami Mint geleng kepala. Mujur Mint ada suami yang jenis memahami. Hubungan Mint dan Awin sudah seperti adik-beradik. Erat sejak di zaman tadika lagi. Ke mana saja pasti berdua.

Awin mengesat setitik dua mutiara mata yang menitis. Kalau ada Mint mesti Mint akan hulurkan tisu buatnya.

“Apalah kau ni, dapat anak Tan Sri pun kau lepaskan. Tak kacak tu lain kira.” Setakat jerawat pada muka masih boleh diubati. Apalah si Awin ni.

“Aku nak yang handsome.”

“Ala… dia banyak duit. Kau pujuklah dia buat plastic surgery.”

“Tak mahulah. Aku nak original face.”

Mint menghela nafas kecil. Macam-macamlah budak Awin ni.

“Dah-dah. Kau layanlah perasaan sendiri. Aku nak layan bola dengan suami aku.” Talian Mint putuskan sebaik mengucapkan salam.

Awin menongkat dagu. Temujanji malam ini tidak seperti yang diharapkan. Buat penat make-up cantik-cantik. Alih-alih dia melepak kat kedai makan gerai Sup Meletup. Awin tidak tidak peduli pada mata-mata yang memandang ke arahnya. Pakaiannya itu macam tak sesuai duduk di gerai Sup Meletup.

“Tisu…” Ada tangan kasar menghulurkan satu kotak tisu kepada Amin.

Awin angkat kepala.

Lelaki yang menghulurkan kotak tisu itu melirikkan senyuman cukup manis di bibirnya.

Thanks.”

Lelaki itu beredar dan menghampiri rakan-rakannya.

Apalah nasib kau malam ni, Awin…


PINTU bilik dihempaskan dengan kuat. Teman-teman serumah Awin mengurut dada. Adalah yang tidak kena pada minah seorang itu. Wilma berbisik pada telinga teman-temannya. Mereka saling berpandangan.

“Eloklah sangat dia nak keluar!” Sheila sengaja menguatkan suaranya. Dia orang yang pertama memberikan sokongan jika Awin mahu keluar dari rumah sewa itu.

Awin mengetap bibir. Orang tengah patah hati ada pula yang sengaja mahu menambah sakit hati. Sheila ingat dia bagus sangat! Bergaya pun pakai harta karun dia. Ingat dia tidak tahu ke?

Awin sudah tegak bercekak pinggang di depan pintu bilik. Mata bulatnya merenung Sheila dengan tajam. Pakaian masih tidak berganti. Make-up nya masih belum ditanggalkan. Dia tidak kisah kalau mahu bergusti mulut dengan Sheila dalam keadaan cantik begini.

“Setakat mulut berbisa tiada maknanya. Kalau berani mari fightdengan aku satu lawan satu. Aku sudah bersedia nak buka langkah kijang ni.” rengus Awin. Riak wajah Awin ke main serius.

“Wei… tak mahulah gaduh-gaduh. Malulah jiran tetangga dengar nanti.” Noni yang bertubuh agak gempal itu mencelah.

“Kalau hati dah busuk, mulut pun sama busuk! Sedarlah diri sikit. Syampu Rejoice dalam bilik air tu siapa yang punya. Kau jugak yang pakai hari-hari kan? Tu… segala isi dalam dalam bilik air ada cop nama siapa?” Kata-kata Awin membuatkan seisi penghuni rumah sewa itu terasa. Awin memang letakkan penanda atas namanya pada setiap barang-barang di rumah sewa ini. Biar mereka tahu siapa yang empunya tuan barang.

“Pakai sikit pun nak kecoh.” cebik Sheila.

Orang ni kalau muka tak tahu malu memang tiada perasaan segan silu.

“Sikitlah sangat!”

Sheila mencemik muka. Sheila memang suka mencari pasal dengan Awin. Sheila tidak suka Awin lebih segala-galanya dari dia. Sheila tidak suka Awin dapat pujian. Sampai bab teman lelaki pun Sheila mahu menandingi Awin.

“Berambus cepat-cepat!”

“Aku akan ambil semua barang aku. Lepas ni pandai-pandailah korangmenabung beli barang sendiri.” Sekali lagi pintu bilik itu dihempaskan oleh Awin. Biar bergegar satu rumah.

AWIN datang ke pejabat dengan koyok bertampal di kiri-kanan dahinya. Mint melirik senyuman panjang. Masalah apa yang Awin peningkan sampai koyok melekat di kepala. Bos besar menyuruh Awin ambil cuti sakit. Awin menolak. Dia bukan jenis pekerja yang suka ambil cuti sakit. Awin tekan butang on di bawah skrin komputernya.

“Sarapan tak?”

“Roti kosong.”

“Roti kosong?”

“Mentega kacang lady’s choice aku dah licin.”

“Dahsyat sekali.”

Tergeleng-geleng kepala Mint.

“Ikutkan hati aku mahu santau seorang demi seorang.”

“Tak baik. Berdosa buat kerja-kerja macam tu.”

“Panas hati aku.”

Mint mengusap-usap bahu Awin. Mint meletakkan piring berisi sandwich atas dada meja Awin.

“Makanlah. Aku buatkan kau milo panas.”

“Mint... kau memang baik. Itu sebab aku sayang sangat pada kau.”

Air mata Awin mula bergenang. Dia memang jenis cepat terharu.

Mint hulurkan tisu.

Bos besar membuat pengumuman mengejut. Dia memperkenalkan pekerja baru di Teja Associatesmerangkap ofis boy yang sudah beberapa hari jawatannya kekosongan tidak diisi.

Seorang demi seorang pekerja diperkenalkan dengan ofis boy tersebut. Awin malas mahu mengambil tahu sangat. Dalam sesi suai kenal dia boleh melepak di pantri makan sandwich. Kalau anak bos besar mahu juga dia menyertai sesi suai kenal. Masakan anak bosbesar mahu bekerja di sini? Anak bos besar kan duduk dengan bekas isteri bosbesar. Awin tidak pernah pula bertanya pada bos besar anaknya lelaki atau perempuan.

“Mana Awin?” soal Datuk Tajudin. Matanya terarah pada meja Awin.

“Pantri bos.” Minta membalas.

“Kalau dia tak sihat awak nasihatkan dia ambil MC.”

“Baik bos.”

Datuk Tajudin berlalu.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.