SELEPAS makan, masing-masing
mendapatkan skuter sendiri sambil tergelak-gelak. Cerita tentang Zarina tak
habis-habis menjadi bahan ketawa mereka sepanjang makan tadi.
“Memang lawak doh muka Zarina tadi. Dengan tudung selendang dia
senget-benget, muka macam nak pecah sebab marah sangat, hidung kembang kempis,
kembang kempis... tak boleh blah aku tengok. Rasa macam nak guling-guling masa
tu jugak.” Fauzi masih tak puas-puas menjadikan topik Zarina sebagai bahan
cerita untuk mereka ketawa.
Berdekah-dekah Jeffry, Atang dan Burn. Shahrul tak ketawa sangat. Dia
jenis yang ‘control macho’ sikit.
“Kelas kita lepas ni pukul berapa?” soal Jeffry setelah menunggang
skuternya. Dia sudah bersedia nak menyarungkan helmet.
“Pukul 2.00. Jomlah terus pergi fakulti balik.” Shahrul sudah menghidupkan
enjin skuternya.
“Alah... relakslah. Lama lagi kot.” Atang melihat jam tangannya. “Baru
1.25. Jom, kita pergimengayat jom.” Dia mengangkat kening pada Burn.
Burn menggeleng. “Iskhh... tak naklah aku! Aku ni jejaka tampan yang baik.
Tak reti mengayat. Perempuan yang mengayat aku biasanya.”
Berdekah-dekah mereka ketawa.
“Piraah!” ejek Jeffry. Padahal mereka semua tahu kenakalan masing-masing.
“Jom, jom...” Jeffry mula menggerakkan skuternya. Yang lain-lain mengikut
keranaJeffry kepala kumpulan mereka.
“Gadisku...” Fauzi sudah mula menyanyi. “Seri mewangi...”
“Bagai disiram selautan kasturi...” sambut Atang dan Burn. Lagu kumpulan
Search tu!
“Dialah gadisku...” Jeffry pun turut serta menyanyi.
“Selalu...” Mereka menyanyi sama-sama sebelum berdekah-dekah kembali.
Pelajar-pelajar lain yang menyaksikan gelagat Geng Mat Ngek menggeleng.
Semua dah faham dengan perangai mereka. Terlalak-lalak... langsung tak
pedulikan orang lain.
Ketika mereka melewati sebuah perhentian bas, dilihat ada beberapa orang
pelajar perempuan di perhentian bas itu. Jeffry yang terpandang seseorang,
terus memberhentikan skuternya di hadapan perhentian itu. Geng Mat Ngek yang
lain turut memberhentikan skuter mereka.
“Wah... awak yang semalam tu, kan?” Jeffry meneliti pakaian perempuan
tersebut setelah membuka topi keledar. Berwarna-warni seperti semalam. Dia
tersenyum nakal. Dipandang Mala dan Eja yang duduk di kiri dan kanan Ayu.
Ayu agak menggelabah. Dikerling seseorang yang wajahnya sering bermain di
fikiran sejak semalam. Masih lagi menggetarkan perasaan. Ya ALLAH... perasaan
apakah ini? Perasaan itu disembunyikan cepat-cepat. Bimbang dikesan orang lain.
“Eeii... tak ada orang lain ke? Kenapalah kau orang jugak yang kita orang
jumpa? Tak aman dunia ni rasanya.” Mala seperti biasa lantang bersuara.
“Gadisku...” Atang menyanyi sambil memandang Mala dengan tangan mendepang.
“Seri mewangi...” Tak habis-habisnyanyi lagu
tu!
Mala menjeling.
“Bagai disiram selautan kasturi...” Berdekah-dekah mereka ketawa selepas
mereka menyanyi bersama-sama.
“Nyanyi.Nyanyilah! Kejap lagi hujan lebat turun.” Eja cuba menyakitkan hati
Geng Mat Ngek. “Petir sabung-menyabung. Banjir sebulan tak surut-surut.”
“Haa... minta! Minta! Nak sangat jadi macam tu.” Burn menyergah
konon-konon garang. Seketika kemudian dia menyanyi semula. “Gadisku... termanis
senyummu...”
“Biar kutelan selautan hempedu. Dialah gadisku... selalu...” Mereka
menyanyi beramai-ramai dan ketawa lagi.
“Sikit-sikit ketawa. Sikit-sikit berdekah. Otak senget ngok ngek,” cebik
Eja.Meluat!
Ayu hanya diam. Dia ralit melihat salah seorangdaripada Geng Mat Ngek itu
menyanyi. Bukan main comel lagi. Sweet sangat. Kalaulah lelaki itu
betul-betul menyanyikan lagu itu untuknya. Hatinya tersenyum-senyum.
“Ayu...”
Ayu tersentak. Dia menoleh, memandang Jeffry yang memanggilnya.
“Apa panggil-panggil nama orang ni?” Mala pula yang sakit hati.
Jeffry memandang kawan-kawannya. Mereka ketawa sambil menunding ke arah
Mala, Eja dan Ayu.
Ayu perasan lelaki yang seorang itu cuma tersenyum sambil sesekali
memandangnya. Perasaan bergemuruh yang menggoncang dada tak usah dicakap. Dia
rasa macam nak pitam di situ juga. Senyuman itu terlalu manis. Sangat manis.
Dia tahu ke aku mula sukakan dia? Alamak! Dah kantoi. Tapi rasanya dia tak
tahu. Dia cuma pandang aku saja.
“Dasar otak ngok ngek. Patutlah orang panggil kau orang ni Geng Mat Ngek.”
Mala semakin celopar. Dia cukup pantang kalau ada lelaki datang mengacau.
Jeffry meleretkan senyuman. “Eh, eh, eh... tak baik anak dara cakap kasar
macam ni. Mulut tu nanti bau bacin.”
Geng Mat Ngek ketawa besar mendengar kata-kata Jeffry.
“Dah, dah... jangan gelakkan orang. Jom blah. Kau orang ni... tak baik tau
usik budak-budak perempuan yang comel ni. Mak bapak hantar kau orang masuk
universiti suruh belajar. Apalah kau orang ni.” Jeffry membebel sambil
menyarungkan topi keledar. Seketika dia memandang Burn sebelum mengenyitkan
mata.
Burn tersenyum nakal. Nama sebenar dia Burhanuddin Hussin. Payah sangat
nak panggil nama tu, dapatlah nama Burn walaupun kulitnya cerah.
“Tahu pun. Ingatkan kau orang ni tak ada kesedaran sivik, tak ada otak,
tahu mengacau orang aje,” kata Eja sinis.
“Blah, blah, blah... sibuk aje kau orang ni. Sakit mata aku tengok
benda-benda semak macam kau orang ni.” Mala sengaja mahu menyakitkan hati Geng
Mat Ngek.
“Blah, blah, blah...” Mala dan Eja bergabung menghalau.
Ayu memandang Geng Mat Ngek yang sudah mahu berlalu itu. Berat pula rasa
hatinya. Tak puas dia nak menatap wajah jejaka yang sekejap-sekejap dicuri
pandang itu.
“Yalah... orang tak suka kita. Jomlah kita balik. Biar orang tak suka
kita, asalkan kita baik kat semua orang. Kita bukannya buat jahat sangat pun.
Cuma suka usik-usik manja. Tapi orang dah tak suka... nak buat macam mana.”
Atang bersuara lirih.
Jatuh simpati pula Mala, Eja dan Ayu. Mereka saling berpandangan.
Terpinga-pinga. Betul... Geng Mat Ngek bukanlah senakal yang diperkatakan
orang. Suka mengusik dan menyakat saja. Apalah sangat.
“Jomlah...” Shahrul pula bersuara lirih.
Masing-masing sudah menghidupkan enjin skuter.
“Pergi dulu ya gadis-gadis yang manis? Abang pergi dan takkan kembali.”
Burn melambai-lambai dengan riak sedih.
Ayu memandang Mala dan Eja yang semacam terkaku di tempat duduk. Mungkin
kawan-kawannya terkilan sebab sudah berlaku kurang ajar.
Geng Mat Ngek mula bergerak sambil melambai-lambaikan tangan. Ketika Ayu,
Mala dan Eja masih terkaku, Burn membaling sesuatu ke arah mereka. Bedebuk
jatuh di atas paha Ayu. Ular!
Spontan Ayu berdiri dan menjerit. Mala dan Eja turut berdiri, melihat ulat
yang kini sudah jatuh ke tanah. Mereka turut menjerit ketakutan sambil
tergeliat-geliat tubuh kerana kegelian. Pelajar-pelajar perempuan yang lain
terus meminggir ke tepi, bimbang ular tersebut mematuk.
Mala menarik Eja dan Ayu yang bagaikan kakuagar menjauhi pondok perhentian itu.Mereka masih terjerit-jerit sambil memegang erat sesama mereka. Namun, apabila melihat ular tersebut
tak bergerak-gerak, mereka terdiam.
Mala menghampiri ular itu dan menunduk memerhati. “Ular getah!” Dipijak
ular mainan itu dengan rasa geram.
“Tak guna punya Geng Mat Ngek!” laung Eja kuat-kuat.
Geng Mat Ngek yang sudah menjauh terkekeh-kekeh mentertawakan Ayu, Mala
dan Eja.