Home Novel Komedi/Romantik Komedi SANDIWARA CINTA
SANDIWARA CINTA
pitteriah abdullah
16/12/2013 10:09:53
229,137
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 9

“Kenapa susah sangat?” tengking Tan Sri Hisham. Sudah lah kau ceroboh bilik anak dara orang selepas itu tak nak bertanggungjawab pulak. Pagi ini cadang nak bawa jumpa tok kadi saja, sebab kelakuan anak bongsunya semalam. Tetapi Ezzat Iskandar membantahnya.

“Kau boleh pilih nak tinggal di sini ke, atau berambus tinggal di luar, Ezzat?” sambung Puan Sri Nazimah pula. Kau pilih Tiara, kau tinggal lah di luar, satu sen pun aku tak nak beri. Tetapi kalau kau pilih Iman Amani, memang selamat lah hidup kau. Cakap kau nak yang mana?

“Baik lah, kalau itu keputusan mama dan papa, saya tetap dengan pendirian saya. Sebab perempuan yang saya cintai adalah Tiara, bukan Iman Amani!” jawab Ezzat Iskandar.

“Baik, tinggal kunci kereta dan jangan datang ke pejabat mulai hari ini. Kau boleh tinggal di luar bersama Cik Tiara kesayangan kau tu!” ujar Tan Sri Hisham.

Puas hati kan bila tengok Ezzat Iskandar kena halau dari rumah, sebab tak nak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku. Semua ahli keluarganya berpihak kepada aku. Abang-abang dan kakak-kakak ipar semuanya menyebelahi Iman Amani. Jadi, Encik Ezzat Iskandar kena merempat lah yer, kerja pun tak ada, duit pun tak ada. Kita tunggu tengok, boleh ke anak orang kaya itu hidup merempat di luar sana.

Badrol tersenyum senang hati apabila melihat Iman Amani muncul di syarikat itu semula. Tetapi bilik Iman Amani sudah bertukar. Biliknya bersebelahan dengan bilik Tan Sri Hisham.

“Bestnya, kau dah datang semula kat sini. Aku rindu lah kat kau!” kata Asma sebaik saja melihat wajah Iman Amani.

“He he he..,”

“Kerja lah kat sini, jangan fikir yang bukan-bukan. Si Badrol tu sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga!” kata Asma.

“harap-harap macam tu juga..,”

“Mana bos? Tak nampak pun!”

“Cuti kut!” bos kau tu dah kena usir lah, sebab buat perangai tak senonoh semalam.

Ketika dia sedang menarik pintu keretanya, tiba-tiba ada orang berdiri dari belakang, terus dia menoleh.

“rancangan awak kan?” soal Ezzat Iskandar. Tak sampai sehari sudah jadi macam ni? Ha ha ha, rupanya memang kau tak boleh hidup dalam kesusahan pun.

“Awak yang mulakan, saya hanya ikut langkah awak saja,” balas Iman Amani. Tersenyum dengan bahagia sekali.

“Kau memang perempuan muka tak malu,”

“Baru awak tahu macam mana sakitnya hati saya dik permainan sandiwara cinta awak tu, sekarang awak rasakan lah yer. Duit yang Badrol beri tu boleh kut tampung hidup awak selepas ni,” tempelak Iman Amani. Geram sangat!

“Mana cukup 50 ribu tu!”

“Tak cukup minta lagi lah kat Badrol. Badrol kan banyak duit!”

“Awak memang sengaja cari pasal dengan saya lah!”

“Siapa cari pasal dengan siapa ni? Balik cermin muka awak yer, sedangkan awak sudah musnahkan hati dan harapan saya..,” kata Iman Amani sambil menolak badan Ezzat Iskandar. Tak sampai hati pun ada, tetapi...,

Seminggu saja Ezzat Iskandar bertahan, selepas itu balik semula mencari mama di rumah. Merayu agar mama memberi peluang kepadanya semula.

“Kahwin dengan Iman, itu syarat mama. Senang saja!”

“Okey lah, saya mengaku kalah dengan mama!”

“Esok kahwin, jangan beri apa-apa alasan lagi kat mama!”

“Baiklah, mama!”

Ini yang tak best nih, mahukah aku berkahwin sekali lagi dengan Ezzat Iskandar sedangkan Ezzat Iskandar tidak pun mengaku akan kesilapan dan kesalahanya. Lagi pun, dia tak sayangkan aku, tak cintakan aku, untuk apa diteruskan perkahwinan ini.

Lalu disuarakan segala keresahan di dalam hatinya kepada mama, tetapi mama tetap dengan keputusannya. Mama tetap mahu melangsungkan perkahwinan antara dia dan Ezzat Iskandar.

“Beri Iman tempoh sebulan boleh tak mama?”

“Pulak?”

“Ini soal masa depan lah!”

“Okey lah, boleh juga mama buat persiapan untuk kau orang berdua!” Hati dia tak ada pun kat saya, kalau kahwin pun menderita saja nanti.

Apa aku dapat dalam permainan ini? Dapat apa? Orang tua dah restui tetapi soal hati memang masalah. Sah-sah, Ezzat Iskandar terpaksa menurut kehendak keluarganya kerana dia tidak mahu hidup susah. Habis, yang aku jadi mangsa dalam soal ini kenapa pula?

Angah sudah tidak memberi apa-apa pendapat lagi. Kata angah, terserahlah kepadanya, ini satu masa depan. Soal masa yang panjang. Bukan perkara yang boleh dipermainkan. Lalu dia masuk ke dalam bilik suaminya untuk berbincang tentang ini. Berbincang dari hati ke hati. Semuga ALLAH lembutkan hati Ezzat Iskandar untuk melepaskan dia dari sini.

“Saya redha dengan ujian ini. Mungkin awak bukan diciptakan untuk saya. Dan jodoh kita tiada, Ezzat Iskandar!” lafaznya. Aku tidak mahu bergaduh lagi.

“Awak nak apa sebenarnya?” soal Ezzat Iskandar. Aku lelaki boleh kahwin sampai dua. Jadi apa masalah kan?

“Kita berpisah cara elok. Kita jelaskan kepada mama dan papa apa yang sudah berlaku antara kita berdua dan kita leraikan ikatan yang ada antara kita. Saya tahu hati awak hanya untuk Tiara, jadi apa gunanya kita teruskan perkahwinan ini? Untuk apa? Sedangkan kita sama-sama menderita!” panjang lebar kata-katanya.

“Tak ada masalah lah kalau kita kahwin pun, saya tetap boleh berkahwin dengan Tiara nanti, yang akan menanggung semua ini, hanya awak saja. Saya dan Tiara tetap akan saling menyayangi antara satu sama lain sampai ke akhir hayat kami berdua!”

“Awak ni memang masalah lah, buat lah. Dosa besar tu kalau tidak berlaku adil!” aku dah boring lah dengan mamat tak ada hidung ni. Dia berlakon dan pura-pura saja lah, mama!

“Saya nak kita kahwin esok, tak payah tunggu sebulan tu. Saya pun nak ajar awak juga, sebab sakit hati sangat dengan sikap awak!” luah Ezzat Iskandar.

Kena berbincang dengan mama lah nanti. Budak nie memang kurang ajar pun. Tak kan nak akad nikah sampai dua kali. Gila kut? Mahu meneruskan kata-kata tetapi telefonnya berbunyi lagi.

“Along, ayah jatuh di bilik air lah!” sendu Mak di talian membuatkan Iman Amani mahu pitam saja.

“Macam mana dengan ayah, mak?” soalnya, bimbang sudah jelas di ruang wajahnya. Ezzat Iskandar terpinga-pinga.

“Ayah koma, along!” beritahu mak lagi. Waktu itu mata Iman Amani seperti mahu tertutup rapat saja tetapi dia gagahkan hati dan dirinya. Terus dia berlari keluar dari biik Ezzat Iskandar tetapi Ezzat Iskandar mengekorinya dari belakang.

“Mak, tunggu along yer!”

“Mak ada di hospital lah, Along!” ucap mak sebak. Air mata yang ditahan selama ini, menitis juga. Kali pertama Ezzat Iskandar memang air jernih itu mengalir di keluar membasahi pipi isterinya. Hatinya syahdu melihatnya.

“Kenapa?” soal Ezzat Iskandar.

“tak ada apa lah!” balas Iman Amani sambil mengesat air matanya.

“Awak keluar lah, nanti apa pulak kata mama!” tolong lah keluar, aku tak tahan dah nie. Angah, adik macam mana. Berserabut dalam kepalanya.

“Cakap lah kenapa ni?” soal Ezzat Iskandar. Hatinya ingin tahu kerana air mata Iman Amani tidak berhenti pun. Selama ini dia menyakiti hati Iman Amani, tetapi belum pernah melihat air mata malam ini. Mana kekuatan Iman Amani.

“Tak ada apa lah!” jerkah Iman Amani sambil menolak badan Ezzat Iskandar supaya masuk ke biliknya sendiri.

“Iman..,” panggil Ezzat Iskandar. Angah pula menelefonnya.

“Along, cepat lah balik. Kita orang tak tahu nak buat apa ni?”

“Angah kat mana?”

“Baru nak bertolak lah, Along!”

“Okey, nanti Along sampai!” Angah pun sedang menangis, sebab lagi lah hatinya sedih.

“Ika tak tahu lagi, Along. Mak tak benarkan beritahu Ika, sebab Ika ada exam!” beritahu Eija.

“Biarlah Ika habiskan examnya dulu!”

Balik ditemani oleh Ezzat Iskandar dan keluarga mentuanya akan menyusuh nanti, dia sudah cuba untuk tidak menangis. Ketika melihat ayah yang tidak sedar diri, membuatkan dia kehilangan segala kata-kata. Dia sudah tidak kuat lagi, tetapi untuk mak dan angah, dia terpaksa mengagahi juga.

“Ayah tak apa-apa tu, nanti sedar lah tu. Lagipun anak dia kan kuat semangat, tentu awak mewarisi semangat ayah awak kan?” tutur Ezzat Iskandar. Hatinya yang telah aku sakiti selama ini. Aku yang bersalah.

“Separuh jiwa dah hilang ketika ini. Tengok mak, tengok angah, lagi lah tak tahan!” luahnya. Selama ini hanya tahu bergaduh saja. Tetapi malam ini hatinya sedang keresahan dan dia mahu meluahkan perasaan.

“Kuat semangat okey, jangan mengalah. Selama ini saya buat apa pun kat awak, awak okey saja, yang nie kecil saja lah. Berdoa banyak-banyak. Doa yang tulus dari seorang anak untuk ayahnya!” nasihat Ezzat Iskandar sambil memegang kedua belah tangan isterinya.

“Kalau jadi apa-apa kat ayah, macam mana?” soalnya lagi. Macam mana dengan kami? Hatinya kembali sedih.

Ezzat Iskandar merangkulnya dengan erat membiarkan Iman Amani menangis di dalam pelukannya.

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.