SANDIWARA
CINTA (BAB 16)
Aik, cek
abang tertinggal handset dan laptop atas katil macam tu saja. Teringin lah nak
tengok ada apa dalam “buah hati kesayangan” dia tu. Dia kan tak pernah lekang
dari handset, dari laptopnya itu. Mula-mula capai handset dulu lah, tengok
banyak folder yang ada, terus dibuka satu persatu. Semuanya mesej sewaktu
mereka sedang asyik bercinta dulu. Aku pun tak pernah simpan mesej-mesej ini
tetapi kenapa dia menyimpannya? Pelik ni?
Kali ini
Iman Amani membuka pula laptop kepunyaan suaminya. Di depan skrin ada
gambarnya. Bila masa dia ambil gambar aku letak kat dalam laptop dia? Gambar
nie sahih gambar curi, sebab tengok macam aku tak ready saja. Dan dalam tu ada
banyak lagi gambar kami, termasuk gambar kahwin kami.
Iman Amani
“I LOVE YOU... Cinta abang untuk selamanya”
Kuala
Perlis, 1 Oktober 2012 ..
Iman Amani
terbaca dalam nota kalendar. Entah macam mana dia tertekan tarikh ini, sebab
ada tanda biru di situ. Itu kan tarikh kami bertunang sebelum berkahwin. Dia
cinta aku ke? Bukan Sandiwara cinta ke? Lagi pelik ni?
Bunyi
enjin kereta Ezzat Iskandar mengejutkan Iman Amani. Terus ditutupnya laptop,
dan dia segera keluar dari biliknya. Terserempak dengan Ezzat Iskandar di
hadapan anak tangga. Dia hanya melemparkan senyuman menahan debaran di dalam
hati.
“Nampak
handset abang tak?”
“Tak
nampak pun!”
“Betul ni?”
aik, mcm tahu saja aku dah geledah handset dia tu?
“Betul
lah!” ujar Iman Amani.
“Sentuh
handset abang, siap!”
“Kenapa?
Ada benda rahsia ke kat dalam tu?”
“Ada mesej
buah hati abang lah!” nampak macam cemas sangat tu. Ezzat Iskandar terus
berlari masuk ke dalam bilik mereka. Ha ha ha.. aku dah baca lah tadi.
Tinggal di
rumah mentua, dia dapat layanan istimewa dari mama. Ezzat Iskandar hendak marah
pun tak berani, sebab mama menyebelahinya. Mama siap beri amaran lagi, jadi
kalau nak marah, kena marah dalam bilik saja lah. Tetapi tak pernah lagi lah
kena marah. Takut Iman Amani lari kut.
“Iman!”
panggil Ezzat Iskandar dari bilik atas.
Ini rumah dia, boleh lah dia jerit-jerit panggil nama aku, aku tak kan
nak sahut macam tu jugak. Nanti mama terkejut pula dengar suara menantunya yang
merdu ini.
“Iman!”
loor.. dia jerit sekali lagi. Mama terus memandang ke arah Iman Amani yang
sibuk menolongnya memasak. Basuh bunga kobis, cabai dan bawang merah. Mama ni
rajin memasak sebenarnya, kalah menantunya ini.
“Kenapa
abang kamu tu?” soal Puan Sri Nazimah kepadanya.
“Tak
tahu.,”
“Pergilah
tengok!” suruh Papa yang turut menolong mama di dapur. Iman Amani tidak peduli.
Dia tahu kerja aku tadi? Kalau tahu, kenapa? Nak marah ke?
“Iman,
mari lah kejap!” sudah ada di sebelah pintu di ruang dapur pun ambil melambai
tangan kepadanya.
“Ha lah!”
jawab Iman Amani. Terus basuh tangan dan menuju ke arah suaminya.
“Cepat
lah!” gesa Ezzat Iskandar. Tak sempat-sempat nie kenapa? Iman Amani
mempercepatkan langkahnya.
“I LOVE U” bisiknya perlahan.
“Iman tak
ada LOVE, LOVE tu..,”
“Lerr,
sampainya hati..,” getus Ezzat Iskandar. Nampak kecewa sangat. Nak cakap pasal© saja yang panggil tu. Ingat kan dia dah tahu kerja jahat
aku tadi.
“He he
he..,” Iman Amani ketawa kecil saja. Aku ni separuh nyawa takut dia marah. Cuma
nak cakap soal hati saja.
“Iman..,”
“Lerr, apa
lagi?” Tak sempat nak menjawab kerana tetamu yang tidak diundang datang secara
tiba-tiba.
“Aik,
Badrol!” sebut Ezzat Iskandar.
“Ezzat ni
hanya nak mainkan kau lah, dia tak cinta pun kat kau!” tak beri salam pun,
terus serang orang.
“Tahu!”
jawab Iman Amani sambil memegang tangan Ezzat Iskandar.
“Aku upah
dia untuk mengoda kau, sampai kau orang kahwin!” sambung Badrol masih tidak
berpuas hati. Tan Sri Hisham dan Puan Sri Nazimah datang di sisi anak dan
menantunya apabila mendengar suara kuat dari Badrol. Mujur lah Ezzat Iskandar
sudah membuat pengakuan sebelum ini kepada papa dan mama. Begitu juga dengan
ayah dan mak di kampung. Dari kami terus berahsia baik berterus terang saja.
“Aku upah
diri aku sendiri lah, untuk mengorat dia..,” jawapan nakal itu membuatkan Iman
Amani mahu ketawa saja. Ada ke macam tu.
“Kau
lelaki penipu macam ni pun nak? Kalau kau nak tahu, dia ni perangai lagi teruk
dari aku lah,” terus Badrol lagi.
“Aku tahu
lah!” jawab Iman Amani lagi menaikkan kemarahan Badrol. Ezzat Iskandar memeluk
pinggang isterinya dengan erat. Mujurlah Iman Amani menyokongnya sekarang.
“Pergi
balik lah Badrol. Pak long dah tahu kau pernah ganggu Iman di ofis dulu. Pak
long lepaskan kau sebab abah kau tu, adik pak long. Kalau fikirkan maruah dan
harga diri Iman, pak long nak kau merengkok dalam penjara saja!” kata Tan Sri
Hisham. Rakaman CCTV itu masih tersimpan di dalam laci pejabatnya. Masih belum
dilupuskan lagi. Muka Badrol merah padam. Marah!
“Pergi lah
balik, sebelum mak long panggil polis, boleh tak?” perlahan saja suara Puan Sri
Nazimah, penuh keibuan. Tan Sri Hisham memegang bahu anak saudaranya lalu
menghantar ke pintu rumah. Ada lah lagi yang Tan Sri Hisham cakapkan tetapi
mereka tidak mendengarnya.
“Itulah
buat tindakan tak fikir, tak berbincang dulu, ini lah akibatnya!” kata Puan Sri
Nazimah sambil memulas telinga Ezzat Iskandar. Geram sangat. Kalau boleh nak
ambil rotan pukul, tetapi dah jadi suami orang pun.
“Aduh,
sakit lah, mama!” pura-pura sakit saja lah. Iman Amani tersenyum geli hati.
“Kau dah
nak jadi ayah pun, perangai tu masih nakal lagi. Ingat duit boleh buat apa saja
ke? Mujurlah cek tu dah kau pulangkan pada Badrol tu,” sambung mama lagi.
“Tak ada
lagi lah kat dalam perut tu!” jawab Ezzat Iskandar penuh yakin.
“Mana kau
tahu?” soal Puan Sri Nazimah lagi.
“Sayang, tolong
jawab kejap kat mama!” arahnya. Mama hanya mengelengkan kepala. Kau memang
nakal yer, Ezzat. Mujurlah dapat isteri yang penyabar.
“Jaga-jaga
sikit dengan Badrol tu, papa tengok pelik sangat perangai dia!” pesan Tan Sri
Hisham.
Aku memang
takut pun, sebab dia pernah buat semua benda tak elok kat aku. Kalau dia ulang
sekali lagi, macam mana? Takut sangat dekat Si Badrol sampai termimpi-mimpi
Badrol datang mahu menganggunya, dia menjerit meminta pertolongan.
“Iman!”
kejut Ezzat Iskandar. Terus dibuka matanya. Dan dia tertolak badan Ezzat
Iskandar yang disangkakan Badrol.
“Abang
lah, sayang!” beritahu Ezzat Iskandar sambil memeluk erat isterinya. Sentuh
sehelai rambut pun aku tak benarkan.
“Iman
takut..,” ucapnya sebak!
“Abang
adalah, sayang!” aku akan melindungi Iman Amani dengan nyawaku sendiri.