Home Novel Komedi/Romantik Komedi SANDIWARA CINTA
SANDIWARA CINTA
pitteriah abdullah
16/12/2013 10:09:53
229,119
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 12

Entah apa yang dia orang gaduhkan, sampaikan si Tiara pulang dalam kemarahan. Malas lah nak masuk campur. Puan Sri Nazimah tersenyum memandang wajah menantu kesayangannya. Dia memeluk erat menantunya yang baru pulang dari kampung.

“Ezzat mana?”

“Ada di luar, mama!”

“Pergilah berehat dulu, nanti malam kita jumpa!” kata Puan Sri Nazimah sambil memegang pipi menantunya.

“baiklah, mama!” memang nak berehat pun, dah banyak malam tidak boleh tidur dengan selesa. Banyak perkara yang bermain di dalam fikirannya.

Baru pukul enam petang, elok lah mandi, solat, selepas tu, turun jumpa mama. Nak tidur pun, sudah lewat petang. Terdengar suara siulan Ezzat Iskandar di bilik sebelah. Riang nampak! Dia terus masuk ke bilik air, nak mandi. Baru rasa segar sikit.

Keluar dari bilik air hanya pakai kain tuala saja kerana dia tidak sangka Ezzat Iskandar ada di dalam biliknya. Terkejut memandang lelaki itu sedang melihatnya. Dari atas sampai ke bawah. Ditariknya baju yang dipakai tadi, dan terus melindungi dadanya.

“Awak buat apa ni?”

“Saya tak nak tidur di bilik sebelah lagi, saya nak tinggal dengan awak. Org dah tahu kita dah kahwin, bukannya rahsia lagi!” Nak tinggal satu bilik? Tak nak lah aku.

“saya tak setuju, awak tolong keluar dari bilik saya sekarang juga!” kata dalam takut yang amat sangat. Kita nie dah lah pakai macam ini, dia pulak asyik tengok kita dari atas sampai bawah. Gerun. Ezzat Iskandar menghampiri Iman Amani yang sedang sandar di tepi dinding. Hidungnya terkena hidung Iman Amani. Iman Amani menolak badan suaminya jauh sikit darinya.

“He he he..,” ketawa nakal untuk muncul juga.

“Saya cucuk mata awak dengan pensel ni nak?” ujar Iman Amani sempat mengambil pensel di atas meja soleknya.

“Buat lah, saya tak kisah!” tangannya sudah mula memegang ikatan tuala Iman Amani. Iman Amani turut mengenggamnya.

“Awak tak cinta saya kan, jadi jangan pandai-pandai nak sentuh saya lah!” suara Iman Amani sedikit meninggi. Macam mana ni? Ezzat ni dah gila tahap naga dah ni.

“Cinta tu boleh datang kemudian lah, yang penting kita halal..,” kata Ezzat Iskandar sudah dekat sangat dengan Iman Amani.

Grapp, pintu ditolak oleh Puan Sri Nazimah, mujurlah Iman Amani sempat berselindung di belakang suaminya. Tak mahu mama mentuanya melihat tubuhnya yang hanya memakai kain tuala saja.

“Erm.. sorry.. lain kali kunci pintu, mama nak ajak Iman keluar makan!” kata Puan Sri Nazimah sambil tersenyum. Perkembangan bagus nih.

“La, mama ni orang baru nak buat cucu, mama dah tolak pintu..,”

“Ingat Ezzat, mama hanya nak cucu dari Iman saja, kalau perempuan lain, mama tak nak!” pesan Puan Sri Nazimah. Oo, sebab kes ini lah kau layan aku baik sangat.

Melihat Puan Sri Nazimah keluar, terus Iman Amani berlari masuk semula ke bilik air, lalu menguncinya kemas.

“Iman..,”

“Patut lah tunjuk baik, sebab mama kan?”

“Iman, beri abang peluang, tebus kesalahan abang. Selama ini abang terlalu percayakan Badrol. Rupanya ini hanya permainan badrol untuk abang dan Iman!”

“Awak patut percaya kan saya lah, dari Badrol tu..,” sekarang saya memang tak percayakan awak lagi.

“Sorry..,”

“Awak bukan insaf pun, awak hanya menurut kata orang tua awak saja lah. Saya tak akan percayakan awak sampai bila-bila. Perbuatan awak ke atas saya tu terlalu menyakitkan!” kata Iman Amani. Baju yang dipegangnya tadi disarungkan semula ke badannya. Dia keluar dari bilik air melihat wajah Ezzat Iskandar yang penuh rasa kekesalan.

“Iman, abang tahu abang salah kat Iman, tetapi..,”

“Terus terang saya cakap, saya di sini kerana mama, papa dan ayah saya saja, kalau tidak memang saya nak lari jauh-jauh dari awak!” Aku sebenarnya sudah tak sanggup meneruskan perkahwinan ini lagi, tetapi aku tidak berdaya kerana kau tidak mahu lepaskan aku.

“Abang akan tawan hati Iman kembali kepada abang!”

“Awak jangan harap!”

Keluar shoping dengan mama petang ini, tetapi terjumpa dengan Zarul. Diperkenalkan Zarul dengan Puan Sri Nazimah. Malah mereka makan malam bertiga.

“Nanti bila-bila jemput datang rumah mak cik, zarul!” ucap Puan Sri Nazimah.

“Insha ALLAH, mak cik!” balas Zarul senang sekali dapat berkenalan dengan ibu mentua Iman Amani yang baik hati itu.

“baik sangat Zarul tu, kan Iman?” kata Puan Sri Nazimah ketika beredar pulang.

“Ha,ah!”

“kalau Ezzat baik macam Zarul kan best!” pancing Puan Sri Nazimah.

“Itu lah, kan best??” jawab Iman Amani tanpa sedar.

“Iman, mama dah anggap Iman macam anak sendiri. Mama sayangkan Iman!” Aduhai, mama jangan lah paksa Iman lagi.

“Jom lah mama, kita balik. Kasihan kat papa di rumah!” dalih Iman Amani. Kenapa lah Mama dan papa baik sangat, kalau tak baik kan senang. Aku tinggalkan Ezzat Iskandar terkontang-kanting seorang diri. Biarlah apa nak jadi kat Ezzat Iskandar u.

Awalnya Ezzat Iskandar masuk ke bilik. Selesai saja makan terus masuk ke dalam bilik. Aku nak tidur kat mana? Tak suka lah cerita macam ini. Benciiii..

“Ambil balik cincin Iman, duit mas kahwin dan duit hantaran ni, abang tak nak!” kata Ezzat Iskandar sambil memulangkan cincin dan wang kepunyaan Iman Amani.

“Kahwin lah dengan Tiara tu, dan lepas kan saya. Awak dapat cinta awak, saya tak apa, boleh hidup macam ni saja..,” ucapnya perlahan. Aku tak boleh terima dia lagi.

“Ada Abang cakap pasal nak kahwin dengan Tiara tu? Abang cakap ambil balik duit Iman, terutamanya duit mas kahwin ini, sebab mulai malam ini abang akan tuntut hak abang sebagai seorang suami kepada Iman Amani,”

“Kenapa susah sangat ni? Berapa kali saya nak cakap, saya tak nak. Selepas awak tipu saya, saya dah tak boleh terima awak sebagai suami saya lagi. Saya dah tak ada perasaan cinta, sayang kat awak lagi. Jujur, saya tak tipu awak!” keras suara Iman Amani malam ini.

“Abang tak sangka hati Iman terlalu keras untuk menerima abang semula..,” berapa kali aku nak cakap hati aku dah hancur, dah serik dengan permainan cinta yang menyakitkan ini.

Berbagai cara yang Ezzat Iskandar lalukan untuk memikat hati Iman Amani tetapi tidak berjaya. Semua orang sudah tahu Iman Amani adalah isteri kepada Ezzat Iskandar kerana Ezzat Iskandar yang membuat pengumaman tentang pernikahan mereka, tetapi Iman Amani tidak kisah pun. Malah dia tidak pernah menjaga makan dan minum Ezzat Iskandar. Tinggal sekali tetapi mereka membawa haluan masing-masing.

Puan Sri Nazimah sudah dapat menghidu akan perkara ini tetapi tidak mahu masuk campur urusan anak lelaki bongsunya kali ini. Biarlah Ezzat Iskandar yang menyelesaikannya sendiri.

Sudah lama tidak berkumpul bersama keluarga di kampung. Hari ini dapat mereka berkumpul, sebab Eija ambil cuti seminggu. Manakala Ika pula cuti semester. Iman Amani turut mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama adik-adiknya di kampung. Ezzat Iskandar turut pulang bersamanya kerana ayah mentuanya menyuruh dia pulang.

Ezzat Iskandar menyertai Eija dan Ika yang sedang memancing ikan di dalam petak sawah di hadapan rumah mereka. Iman Amani entah pergi ke mana, sejak dari tadi tidak nampak pun.

“Rasanya hati Along sudah tertutup kemas untuk mana-mana lelaki seperti dulu jugak!” tutur Eika. Kasihan dekat Along dan Abang Ezzat kerana menjadi mangsa kepada si Badrol yang bedebah itu.

“Kenapa cakap macam tu?” soal Ezzat Iskandar. Dia duduk jauh dua langkah dari adik-adik iparnya.

“Selepas Badrol cuba mencemar maruah along, along menutup pintu hatinya kemas-kemas kerana serik dengan sikap seorang lelaki sehingga lah abang berjaya mengetuk pintu hati semula. Badrol tu tinggal sebulan lagi nak kahwin dengan Along, tetapi sanggup Badrol buat macam tu kat along. Kaki along retak kerana terjun dari tingkap demi menyelamatkan maruah dan harga diri along.., “ cerita Eika masih mengingatkan peristiwa hitam yang menyakitkan hati semua ahli keluarga mereka. Tetapi cerita Badrol, Iman Amani mahu memerangkapnya dengan cara mengoda dan mengajaknya tidur sekali di rumah mereka. Kata Badrol, Iman Amani yang mahu menjual kehormatannya. Kenapa lah aku pergi percaya dengan cakap-cakap Si Badrol tu.

“Eija, Ika dapat ikan tak?” soal Iman Amani yang datang sambil membawa air teh bersama goreng pisang yang masih lagi panas. Mereka bertiga memandang ke arah Iman Amani.

“Pergi mana tadi?” soal Ika. Aku kena jadi kuat macam along juga, sebab itu kaki patah pun dia tetap meneruskan kuliahnya seperti biasa. Sekarang musim cuti, boleh lah balik berehat di rumah.

“Pergi kedai, cari tepung!” jawab Iman Amani.

“Naik apa?” soal Eija pula. Pancing diserahkan kepada Ika lalu dia bangun mendapatkan kakak sulongnya. Diambilnya teh dan cawan-cawan plastik lalu diserahkan kepada abang ipar dan adiknya.

“Naik basikal lah. Motosikal ayah rosak!” jawabnya. Tak bawa kereta pun balik kali ini kerana datang bersama Ezzat Iskandar.

“Ha ha ha.. basikal cabuk tu?” soal Ika pula.

“Cabuk pun banyak berbakti tu!” jawab Iman Amani, terus duduk di sebelah adik bongsunya.

“Kenapa tak guna kereta abang?” soal Ezzat Iskandar pula. Iman amani sudah tidak mahu menerima kebaikannya lagi. Semua pemberian Ezzat Iskandar ditolaknya mentah-mentah.

“Cari kunci tak jumpa lah!” jawab Iman Amani. Tak cari pun.

“Along kami nie bukannya pandai berpura-pura, kalau dia dah tak suka, dia akan cakap terus terang,” balas Eika pula mahu tujukan kata-kata itu kepada Ezzat Iskandar.

“Lelaki sepatutnya jadi pelindung kepada kaum perempuan, sebab lelaki seperti badrol lah yang membuatkan kaum perempuan seperti kami hilang kepercayaan terhadap lelaki,” sambung Ika pula sambil meletakkan kepalanya di atas bahu alongnya.

“Merepek apa ni? Badrol tu sepupu abang ezzat kau orang lah. Tak baik kutuk sepupu dia!” balas Iman Amani. Perkara yang lepas, jangan dikenang lagi.

“Kalau sebut nama Badrol muka terus berubah lah..,” balas Eika pula sambil memandang ke arah Ezzat Iskandar yang banyak mendiamkan diri.

“Esok-esok nak kahwin, cari suami yang baik, jangan jadi macam along. Along sudah tersalah langkah. Bukan sekali tetapi dua kali..,” sindir Iman Amani. Aku tak nampak pun kebaikan Ezzat Iskandar sejak dia menjadi suami aku. Derita ada lah. Derita perasaan!

“Takdir tu along!” sampuk Ika pula

“Lagi satu jangan cari orang kaya, sebab dia gunakan kekayaan untuk menjatuhkan maruah kita!” pesannya lagi. Kau buat macam tu kat aku kan??? Muka Ezzat Iskandar menjadi merah menyala dan masam mencuka.

“Along kau nie memang susah, nampak macam abang nie jahat sangat. Sekali abang buat jahat, along aku dah cop abang ni jahat untuk selama-lamanya,” ucap Ezzat Iskandar, sudah hilang sabar. Eija dan Ika saling berpandangan.

“Memang awak jahat pun!” balas Iman Amani. Hari-hari kami bergaduh sekarang. Di ofis bergaduh, di rumah pun bergaduh juga. Depan mama dan papa pun bergaduh.

“Kami tak nak masuk campur, kita orang balik dulu lah yer!” kata Ika sambil bangun. Kutip segala barang yang dibawa oleh Iman Amani tadi.

“Awak baik sangat ke? Macam lah awak tak pernah buat salah. Betul saya salah, saya yang silap tetapi saya mahu memperbetulkan kesalahan saya, yang awak asyik berkepit dengan Zarul tu tak salah ke? Awak ada suami lah!” balas Ezzat Iskandar.

“kalau perempuan boleh kahwin lebih dari satu, memang saya nak kahwin dengan Zarul tu, sebab Zarul baiknya berganda-ganda dari awak..,” Ooo, tahu pula sakit hati dan cemburu yer, yang kau dengan Tiara tu tak mengapa lah pulak.

“Pastu tak tau anak dalam perut tu anak siapa? Sebab suami dua, tiga. Sebab itu lah perempuan tak boleh kahwin lebih, kerana perempuan kena mengandung..,” jelas Ezzat Iskandar. Iman Amani terasa lucu kerana dia membayangkan kata-kata suaminya sebentar tadi. Sungguh juga tu, kalau mengandung nanti nak cakap anak suami mana? Anak Zarul atau anak Ezzat Iskandar?

“Boleh lah, tak kan lah perempuan tu tak tahu anak dengan suami mana?” apa lah yang aku merepek sampai begitu sekali. Nak lawan hukum ALLAH ke? Astagfirullahalazim... belum sempat habis, kakinya digigit sesuatu, terus dipandangnya ke bawah. Seekor ular berjalan dari kakinya. Tentu ALLAH marah dengan kata-kata aku tadi.

“Iman.., “ jerit Ezzat Iskandar melihat wajah isterinya sudah mula pucat. Segera dia mendapatkan Iman Amani. Di tariknya kaki Iman Amani, lalu dihisap pada tempat yang dipagut oleh ular sebentar tadi. Dia menyedut bisa ular perlahan-lahan, lalu diluahkan ke atas rumput.

“Along!” jerit Ika dan Eija serentak.

“Angah, Adik, jangan kecoh-kecoh nanti ayah terkejut. Along okey nih!” kata Iman Amani sambil mengengam tangan suaminya. Sakit sangat! Diambilnya selendang di kepala isterinya lalu diikat erat di atas tempat yang dipatuk oleh ular tadi. Rasa macam nak pitam!

“Abang nak bawa along pergi hospital, jangan bising lagi!” pesan Ezzat Iskandar.

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.