Home Novel Komedi/Romantik Komedi SANDIWARA CINTA
SANDIWARA CINTA
pitteriah abdullah
16/12/2013 10:09:53
230,526
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 10

Baru seminit berpelukan dan dia sudah merasakan tidak enak. Tidak selesa kerana memeluk lelaki yang telah melukai hatinya. Segera Iman Amani melepaskan pelukan dan mengesatkan air mata yang berjuraian.

“saya okey lah,” kata Iman Amani sambil kembali tersenyum. Aku tak nak menagih simpati kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa perasaan kepadaku.

“Ha, ah!” rasa bersalah datang lagi. Saat pertama kali Ezzat Iskandar melihat air mata isterinya, hatinya tersentuh sangat. Malah rasa bersalah dan menyesal kala itu. Sekarang semua itu datang lagi mengetuk pintu hatinya berkali-kali.

Iman Amani yang duduk di atas bangku segera bangun, rasa malu pula dengan sikapnya sekejap tadi. Memang dia perlukan seseorang untuk berkongsi rasa sakit ini, tetapi orang itu bukan lah Ezzat Iskandar.

Eija sampai ditemani oleh mak. Sebelah mak ada seorang lelaki yang sedang tersenyum kepadanya.

“Mujur ada Zarul tadi, Along. Zarul yang bawa ayah ke hospital!” cerita mak. Angah di sebelah mengangguk saja.

“Kenapa dengan ayah sebenarnya mak?”soalnya, ingin tahu. Kalau ayah tidak susah hati, tidak berfikir yang bukan-bukan, tentu tak jadi begini. Tentu ada sesuatu yang merunsingkan fikiran ayah.

“Terkejut dengan Ika lah, Along. Ika kemalangan di kampusnya. Patah kaki!” jawab Angah. Ya ALLAH, Ika kemalangan. Patut lah ayah susah hati. Angah ni pandai yer berahsia dengan along, tak cakap pun semua tu kat Along tadi. “Ezzat, buat susahkan kamu saja, kena bawa Along datang sini,” balas mak. Ezzat Iskandar mengangguk saja. Nampak Tan Sri Hisham dan Puan Sri Nazimah sedang berjalan ke arah mereka. Ezzat segera dapatkan ke dua orang tuanya. Mak turut ikut Ezzat Iskandar untuk menyambut besannya yang datang dari jauh.

“Abang, terima kasih yer!” ucap Iman Amani. Ini calon menantu pilihan mak sebenarnya. Mak memang berkenan dan sukakan Zarul sejak dari dulu lagi. Malah mak memang nak sangat kami dijodohkan. Kebetulan Zarul memang datang melamarnya, tetapi dia yang menolak kerana cintakan Ezzat Iskandar. Sekarang apa dah jadi? Kalau lah Zarul tahu apa yang berlaku, macam mana yer.

“Tak ada apa tu, kebetulan abang ada di situ waktu kejadian berlaku. Nanti, masuk jumpa ayah, cakap kat telinga ayah yer, ayah boleh dengar suara Iman cuma dia tak sedar saja!” ucap Zarul. Ini cinta hatinya, sudah lama Zarul menyimpan perasaannya terhadap Iman Amani, sayangnya cinta Iman Amani milik Ezzat Iskandar.

“Along, kita orang nak pergi ambil Ika di JB. Along temankan ayah yer!” celah Eija pula. Eloknya bawa Ika pulang ke Perlis saja. Perlis dan JB tu jauh lah. Kalau sesuatu berlaku kat ayah macam mana? Kebimbangan mula terbayang di ruang matanya.

“Jangan fikir yang tak elok lah, ayah tu tak apa-apa pun. Lagipun kita orang pergi dengan kapal terbang, kalau semuanya berjalan lancar, kita orang akan balik secepat mungkin!”seakan tahu apa yang ada di dalam hati orang yang dipujanya.

“Abang buat semua ini kerana Iman ke?” soalnya lagi. Aku tahu Zarul memang ada hati kepada ku, tetapi waktu itu, cinta Ezzat yang buat aku buta hati untuk menilainya. Tadi, hantar ayah ke hospital, sekarang teman Angah pergi jemput Ika di JB pula. Apa semua ni? Sebab aku ke?

“Tengok, suka fikir yang bukan-bukan. Abang pergi dulu, jangan lah terlalu ikutkan sangat perasaan Iman tu!” kata Zarul lalu menepuk bahu Iman Amani.

Kalau lah aku ikut kehendak mak, tentu lah tak jadi begini. Sah-sah memang Zarul baik sejak dari dulu lagi. Inilah akibatnya bila kita sudah mengecewakan hati seorang ibu yang menglahirkan dan membesarkan kita. Bergaduh kecil dengan mak kerana mahu mempertahankan Ezzat Iskandar dan mak pula mempertahankan Zarul. Sampai ke detik ini, aku rasa menyesal, kerana perkahwinan ku tidak bahagia pun, malah cinta pun hanya sekadar permainan kosong saja.

Ezzat Iskandar datang ke arahnya bersama Tan Sri Hisham dan Puan Sri Nazimah. Mak pun ikut sekali. Puan Sri Nazimah memeluk menantunya dengan erat.

“Mama, papa, sebenarnya kita orang dah kahwin dua bulan yang lalu, Ezzat yang sengaja merahsiakan semua ini dari mama dan papa..,” kata-kata itu mengejutkan Iman Amani. Kenapa pula ni? Aku akan pikul tanggungjawab aku sebagai seorang suami kepada Iman Amani.

“Dah lah, mama dan papa dah tahu sebenarnya, yang penting sekarang adalah kesihatan ayah kamu tu, Ezzat!” lafaz Tan Sri Hisham. Hari ini mengaku jugak. Mak pandang wajah Iman Amani, tetapi Iman Amani pura-pura tidak melihatnya.

“Betul tu Ezzat, sekarang Iman nie perlukan kamu lah!” celah Puan Sri Nazimah. Mesti Ezzat Iskandar berlakon lagi. Ataupun kerana simpati kepada ku? Tak percaya lah kalau Ezzat Iskandar berubah sekelip mata. Dia kan pelakon hebat.

Bila doktor beritahu ada darah beku di kepala ayah dan perlu dibedah segera, sekali lagi air matanya mahu mengalir keluar sebab melihat mak menangis. Adik-adik masih belum sampai ke sini, tetapi se awal pagi, ayah akan dibedah secepat mungkin. Tan Sri Hisham sudah mencari doktor pakar yang paling terkenal untuk merawat ayah yang didatangkan khas ke Hospital Perlis.

Mereka dibenarkan berjumpa dengan ayah, tetapi hanya Iman Amani dan Ezzat Iskandar saja masuk melihat ayah. Nanti mak akan masuk pula.

“Ayah, Along datang ni!” bisik Iman Amani sambil memegang tangan kanan ayahnya. Ayah, jangan tinggalkan kita orang yer. Ayah kena kuat!

“Ayah, jangan lah risau, Ika tu hanya cedera sikit saja lah. Kejap lagi dia sampai!” sambung Iman Amani cuba menenangkan hati ayahnya.

“Ayah, Ezzat ni..,” ujar Ezzat Iskandar pula. Terdengar saja suara Ezzat, tangan kanan ayah sedikit bergerak.

“Percayalah, Ezzat tak akan persiakan Iman, Ezzat akan beri segala-galanya untuk Iman, ayah!” itu janji ku mulai malam ini. Aku mahu berubah, demi Iman Amani. Iman Amani merenung ke arah suaminya, cuba mencari sebuah kebenaran, namun kebenaran itu tidak pun muncul. Macam mana lah aku nak percayakan kau, setelah apa yang kau lakukan terhadapku.

“Ayah, kuat semangat yer!” sampuk Iman Amani pula. Sekarang giliran mak pula mahu masuk berjumpa dengan ayah.

Malam itu kami semua buat solat hajat untuk ayah yang diketuai oleh Tan Sri Hisham. Semuga pembedahan esok berjalan dengan lancar. Amin. Itu saja yang ada di dalam hatinya kala ini.

Tan Sri Hisham dan Puan Sri Nazimah turut menemani mereka di hospital sehingga selesai pembedahan. Zarul dan adik-adiknya sampai selepas tamat pembedahan. Sekali lagi mak menangis apabila melihat Ika pulang dengan selamat. Hanya kaki saja yang patah, dan tangan tu luka sedikit saja.

“Terima kasih Zarul, buat susah kan kamu saja!” ucap mak. Hati dia telah dilukai, tetapi dia masih mahu membantu dan menolong.

“Tak mengapa, mak cik. Kecil saja ni!” ucapnya sambil tersenyum. Doktor Azwan datang dengan wajah yang tenang sekali.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar,” beritahu Doktor Azwan. Syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada ALLAH yang telah menyelamatkan dan memanjangkan usia ayah. Amin.

Lega sikit hati, tadi cemas sangat. Sekarang baru boleh meneguk air. Nampak Zarul sedang makan seorang diri, tentu dia keletihan.

“Terima kasih sekali lagi..,” ucapnya sambil meletakkan air milo panas di hadapanya. Tak lalu nak makan memikirkan ayah dan adik-adik, walaupun ayah dan Ika sudah selamat.

“Berapa banyak kasih nak beri kat abang nih?” gurau Zarul sambil mengenyitkan matanya. Hmm, sayang semuanya sudah terlambat lah, Abang. Iman silap menilai orang!

“He he he, budi abang hanya ALLAH saja yang mampu membalasnya.

“Abang tak minta pun Iman balas budi abang. Anggap saja ini pahala yang abang dapat kerana menolong Iman, boleh gitu?” Lafaz Zarul seikhlas hati.

“he he he..,” tersenyum tetapi hati terlalu terharu. Hatinya telah aku lukai dan wajarlah hati aku juga dilukai oleh orang lain kerana aku telah melukai hati insan yang sebaik ini.

“Nie kenapa tak makan? Banyak lagi Iman nak kena buat selepas ini, jadi jangan bahayakan diri..,” tegur Zarul apabila melihat Iman Amani hanya minum air milo saja.

“Nanti nak makan lah, tunggu Ika dan Eija,” jawabnya.

“Encik Suami tu entah dah makan atau belum?” suara Zarul apabila terpandang wajah Ezzat Iskandar sedang melihat ke arah mereka dua. Terus Zarul lambaikan tangan.

“Belum makan barangkali!”

“Ajak dialah sekali, abang belanja!” ucap Zarul,

Abang sentiasa mendoakan Iman, semuga Iman bahagia di dunia dan di akhirat. Itu doa abang untuk Iman.

Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.