Home Novel Komedi/Romantik Komedi SANDIWARA CINTA
SANDIWARA CINTA
pitteriah abdullah
16/12/2013 10:09:53
229,142
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 3

Pandai sungguh dia berlakon yer, sampai sanggup ambil cuti semata-mata nak jaga ayah. Benci betul lah kalau macam ini, tetapi di hadapan ayah dan mak kenalah berlakon. Malah dia siap bawa mak dan adik-adik tinggal di rumah dia yang dekat dengan hospital.

“Untuk apa semua ini? Nak tunjuk baik ke apa ni?”

“Yang salah dalam cerita ni, awak lah, bukan mak dan ayah awak. Adik-adik awak tu tak bersalah pun. Awak saja perempuan yang tak baik!”

“Awak pun sama lah, awak pun bukan lelaki yang baik pun!” Sanggup dia tipu aku kata Tan Sri Hisham dan Puan Sri Nazimah tak suka dengan aku dulu, sebab itu kena kahwin rahsia, wal hal dia sengaja merekakan cerita saja. Tan Sri Hisham dan Puan Sri Nazimah tu okey saja lah, dia yang tak okey. Ikut perangai siapa pun tak tau. Menyampah betul lah.

“Saya baik dari awak lah...,”

“Lakonan baik awak lah yang buatkan saya buta menerima cinta awak, awak memang pelakon yang hebat!” balas Iman Amani sambil menepuk tangannya. Sampai boleh perangkap aku, bukan sehari dua, tetapi setahun, setahun tu bersamaan dengan 365 hari, lama tu. Aku, betul-betul buta agaknya sampai tak nampak tembelang Ezzat Iskandar. Lepas nikah, baru tahu. Itu pun sebab terdengar perbualan antara dia dan Badrol.

“Along...,” panggil Hajah Murni di hadapannya. Huh, mak dah dengar ke? Aku terlupa yang mak berehat kat rumah petang ini. Manakala Eija dan Ika tunggu ayah di hospital.

“Mak..,” ucap Ezzat Iskandar.

“Apa semua ni Along, Ezzat?” soal Mak membuatkan kedua-dua terkejut yang amat sangat. Apa yang harus aku katakan sekarang? Tak kan lah nak cerita hal yang sebenarnya kepada mak. Tentu mak tak boleh menerimanya bahawa anak perempuannya di permainkan. Tentu mak kecewa nanti, tetapi kalau tak cakap hal ini sampai bila yer.

“Kita orang bergurau saja lah, mak!” jawab Ezzat Iskandar. Mak pandang wajah Iman Amani. Lama mak merenung wajah puteri kesayangannya. Macam ada sesuatu saja. Dua hari ini, dia sedar Iman Amani tidak bahagia dengan perkahwinan ini. Mungkinkah Iman Amani terpaksa? Atau Iman Amani ada meminjam duit yang banyak dari Ezzat Iskandar sampai dia kena kahwin dengan Ezzat Iskandar seperti dalam drama kat tv tu.

“Hantar mak ke hospital, boleh tak Along?” soal mak tiba-tiba.

“Abang jaga rumah, Iman nak hantar mak sekejap!” pinta Iman Amani. Iman Amani menahan debaran dalam hati, kalau mak menyoal sanggup kah aku menipu ibu kandung ku sendiri, sedangkan dia sudah banyak berkorban untuk aku. Tak sanggup melakukan dosa besar kerana menipu ibu yang menglahirkan aku.

“Iman ada pinjam duit dari Ezzat ke?” soal Hajah Murni.

“Tak lah mak, along kumpul sendiri yang selebihnya kat along dah cakap along buat loan bank!” jawab Along ikhlas. Hal ini, Iman dan beritahu dari awal lagi kepada mak dan ahli keluarga yang lain. Jadi, dia orang dah tahu hal ini.

“Syukur alhamdulillah, habis kenapa hari-hari mak tengok along bergaduh dengan Ezzat? Ada benda tak kena ke?” soal Mak lagi.

“Selisih pendapat sikit saja lah, mak. Kita orang okey, jangan lah mak bimbang!”ujar Iman Amani.

“Jantung ayah tu tak kuat lagi lah, along. Nie ayah nak keluar dari hospital, jangan sampai ayah susah hati pula nanti. Along kalau ada masalah dengan Ezzat selesai elok-elok yer,” ucap mak menyentuh hati Iman Amani. Dia hanya mampu mengangguk saja.

Ayah sudah dibenarkan keluar petang ini. Doktor pesan suruh ayah banyak berehat di rumah, jangan fikir benda yang bukan-bukan dan hati ayah perlu dijaga. Ikut hati nak bawa ayah balik terus ke kampung, tetapi perjalanan ke kampung memakan masa yang lama. Banyak jam juga nak sampai di kampung, sedangkan doktor pesan, keadaan ayah belum pulih sepenuhnya. Sampai di rumah Ezzat Iskandar yang sambut di muka pintu, malah Ezzat Iskandar yang memimpin ayah masuk ke dalam bilik.

“Along, kita orang dah nak kena balik lah, banyak kelas yang kita orang tuang,” beritahu Ika yang belajar di UITM, Skudai.

“Angah pun nak balik jugak lah, nak masuk kerja. Dah banyak hari bercuti!” kata Eija pula, yang berkerja di Pulau Pinang.

“Okey lah, nanti sampai, call along!” beritahunya. Iman Amani menuju ke bilik ayah. Tengok Ezzat tengah baringkan ayah di atas katil.

“Maaf, sebab kami sekeluarga banyak menyusahkan Ezzat!” ucap ayah.

“Tak mengapa, ayah!” jawab Ezzat Iskandar. Baik di hadapan kita saja lah. Di belakang kita, dia sebenarnya penipu, ayah!

“Along, esok pagi hantar ayah balik kampung yer, ayah nak berehat di kampung lah!”

“Baik, ayah!” Elok tu ayah, Iman pun tak nak tinggal lama-lama di sini.

“Tinggal lah di rumah saya buat sementara waktu, ayah, mak. Nanti dah kuat sikit baru balik ke kampung!” ujar Ezzat Iskandar pula. Kau jangan nak pujuk rayu ayah aku boleh tak? Sudah lah perangai tu buruk, nak tunjuk baik pula.

“Tak mengapa, ayah sebenarnya rindu kat kampung tu!” tegas Ayah membuatkan Iman Amani tersenyum senang hati.

Kena berlakon lagi lah jawabnya, sebab mak dan ayah tinggal sekali. Sayang lah, abang lah, semuanya ada. Asalkan ayah dan mak tidak sedar akan lakonan kami sudah lah.

Iman Amani menghantar ayah dan mak pulang ke kampung seawal pagi. Malah menghabiskan cutinya di kampung saja tanpa ditemani oleh Ezzat Iskandar.

“Along, dengar cakap mak ni, mak tetap sokong along biar apa pun terjadi..,”

“Kenapa mak cakap macam tu?”

“Kalau Ezzat tu tak sesuai dengan Along, berpisah saja lah. Mak memang tak berkenan lah dengan Ezzat tu!” ha ha ha, keluar juga ucapan ini dari mulut mak. Sebenarnya mak memang tak suka pun kat Ezzat Iskandar tu dari awal lagi, sebab mak dah ada calon menantu pilihannya. Tetapi mak berdiam diri bila Iman Amani cakap dia nak kahwin dengan Ezzat Iskandar.

“Apa lah mak ni..,”

“Sebab mak tengok kamu memang dan sepadan langsung dengan Ezzat tu, mak ayah dia pun kita tak kenal, entah-entah dia tipu kamu kut, Along!”

“He he he..,” sukanya dengar kata-kata mak sebelum dia melangkah pulang petang ini.

“Mak, memang baik. Along sayang sangat kat mak!” kata Iman Amani sambil memeluk mak dengan erat. Kiranya lakonan aku memang gagal pun di hadapan mata mak. Mujurlah ayah tak tahu semua ini.

Esok dah mula nak masuk kerja. Dia menumpang menyewa rumah bersama Asma. Asma pun tak tahu yang dia dah berkahwin dengan Ezzat Iskandar. Tak mengapa, kerana ini rahsia antara kami berdua.

“Ezzat cari kau, katanya hal kerja!”

“Esok lah cakap, malas aku nak cakap dengan dia!” masa di kampung, berpuluh kali mangkuk ayun tu call, satu pun tak dijawabnya. Tak suka, nak jawab apa lagi.

“Kau putus dengan dia ke?”

“Aku bercinta ke dengan dia?”

“Dulu okey saja, sekarang dah tak bertegur sapa. Yang paling teruk kau lah, mamat tu cakap, kau buat tak peduli saja!”

“Tak ada mood lah nak berbual dengan bos kau tu!”

“Dulu rapat macam belangkas..,”

Tak payah lah ungkit cerita lama. Hati aku remuk berkecai, kau tak tahu. Banyak yang aku impikan, semuanya musnah di hadapan mata. Dia buat aku macam sampah saja lah, lagi pun aku mana layak nak hidup dengan dia. Aku nie siapa, dia tu siapa? Dia sendiri cakap, dia tak ingin dengan aku sebab dia sudah ada Tiara. Aku ni barang permainan saja lah.

“Tu, panjang umur, kereta dia aku rasa!” kejut Asma. Ezzat Iskandar memang tahu, Iman Amani tinggal di sini, kerana dulu dia kerap bertandang di rumah ini.

“Hmm, aku tak nak jumpa dia lah!” kata Iman Amani, terus masuk ke dalam biliknya dan mengunci pintu bilik. Terus padamkan lampu dan buat-buat lena.

“Wei, dia nak jumpa kau juga, dia cakap dia ada hal penting dengan kau. Dia nak selesaikan masalah antara kau dan dia!” beritahu Asma dari luar bilik.

“Esok kan ada!”

“Dia nak sekarang jugak!” Hish, dia memang tak faham ke aku dah tak nak jumpa dia.

Dia keluar juga, tapi pakai biasa saja lah sebab cadang nak jumpa di hadapan rumah sewanya saja.

“Apa hal nak jumpa saya ni?” soal Iman Amani. Siapa sangka hati Iman Amani terlalu keras, dulu dia sangkakan Iman Amani akan menangis atas perbuatannya. Akan merayu-rayu kepadanya seperti seorang perempuan yang lemah. Tetapi Iman Amani tak kisah pun. Itu yang buat hati Ezzat Iskandar semakin tercabar. Semakin terbakar.

“Awak balik tinggal dengan saya malam ni jugak,” tengking Ezzat Iskandar. Sah-sah kau gila talak selepas bercerai nanti. Nampak gaya pun macam ke arah itu dah sekarang ni.

“Ha ha ha.. awak sengaja nak cari pasal kut, kalau papa dan mama awak datang ke rumah, awak nak cakap apa? Saya perempuan simpanan awak? Gitu??” cakap tak pakai otak. Kononnya selepas kahwin nak pujuk papa dan mama terima aku bila dah tinggal sekali, tetapi itu hanya cakap kosong saja lah.

“Papa dan mama saya tak akan datang lah!”

“Awak, kita selesaikan masalah kita malam ini juga. Awak ceraikan saya. Habis cerita!”

Itu saja yang ada kan? Aku memang tak ada hati nak tinggal dengan kau lah!

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.