Home Novel Komedi/Romantik Komedi SANDIWARA CINTA
SANDIWARA CINTA
pitteriah abdullah
16/12/2013 10:09:53
229,171
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 8

Biliknya dekat sangat dengan bilik Ezzat Iskandar. Boleh masuk melalui pintu tengah antara bilik kami berdua. Apa motif Puan Sri Nazimah ini, nampak macam pelik saja. Waktu itu Ezzat Iskandar telah keluar, mahu menyambut kepulangan Tiara di Lapangan Terbang katanya tadi. Jadi Ezzat Iskandar memang tak ada di bilik tu.

Aik, ada baju lah. Siap dengan kain tuala, dengan kain telekung dah sebagainya. Semuanya serba baru. Agak-agak siapa yang beli?

“Mama belikan untuk Iman..,” beritahu Puan Sri Nazimah. Tak sakit pun. Tak nampak pun kata sakit tu, barangkali sakit di dalam jiwa agaknya.

“Terima kasih, mama..,”

“Mulai hari ini, Iman kena tinggal terus di rumah mama, tak payah tinggal di luar lagi,” beritahu Puan Sri Nazimah. Aik, aku nak pergi Penang lah selepas ini. Nak tinggal di sini buat apa lagi.

“Mana boleh, Puan Sri.. haa.. mak cik!” tolak Iman Amani. Berilah saya peluang untuk membina hidup saya sendiri.

“Seorang anak tidak sepatutnya menipu hati seorang ibu!” ujar Puan Sri Nazimah sambil duduk di sebelah Iman Amani di atas katil. Glup, mintak nyawa, mintak nyawa..

“Mak cik cakap apa ni? Saya tak faham lah!” ujarnya, menolak rasa gusar di dalam hati sendiri.

“Nie apa?” soal Puan Sri Nazimah. Sijil Nikah yang ditinggalkan di kampung ditunjukkan kepada Iman Amani. Hah? Macam mana sijil nikah aku boleh jatuh kat tangan Puan Sri Nazimah pulak ni? Aku tinggal di rumah kat ibu lah, kata nak pergi ambil, tetapi terlupa, lagi pun sijil ini dah tak penting.

“Aaa... hmm..,”

“mujur lah mama pergi ke rumah Iman di kampung, kalau tidak sampai bila-bila pun mama tak tahu, Iman dah kahwin dengan anak mama!” sambung Puan Sri Nazimah membuatkan Iman Amani mahu pengsan saja. Alamak, mama pergi kampung buat apa, cari apa di sana? Rahsia aku dah bocor, macam mana nak berhadapan dengan mama, dengan Tan Sri Hisham dan Ezzat Iskandar sendiri. Iman Amani menarik nafas panjang. Apa patut aku cakap nih?

“Mama salah sangka sebenarnya ni...,” biarlah aku berterus terang cakap dari terus menipu hati seorang ibu.

“Tahu, mama rasa ada sesuatu yang tak kena dengan tindakan Ezzat, kahwin rahsia, lepas tu tak tinggal sekali dan sekarang tengok hubungan Iman dan Ezzat terlalu jauh!” ujar Puan Sri Nazimah, aku ibu lah, dan aku kenal hati budi anak aku. Aku dapat rasakan Ezzat Iskandar mahu melarikan dari tanggungjawabnya.

“Jodoh kami tak ada kut..,” ujar Iman Amani sambil tersenyum.

“Masih belum putus kan?”

“Dia tak nak lepaskan Iman, walaupun dia cakap dia tak cintakan Iman dan mahu mempermainkan Iman saja...,”

“Mama nak dengar dari mulut Iman sendiri, apa yang sudah berlaku sebenarnya,”

Bukan kerana mahu menagih simpati, tetapi dia mahu menuntut keadilan. Lagi pun siapa suruh dia tak nak tinggalkan aku.

“Oo.. rupanya begitu. Mama rasa dia cintakan Iman tu, sebab tu dia jadi macam tu..,” kalau tak cinta tak akan nak kahwin? Lepas tu tak nak tinggalkan pulak? Habis apa namanya ini? Nak balas dendam? Dendam siapa? Itukan dendam Si Badrol, tak kan lah kau terlalu bodoh sampai terikut rancangan Si Badrol bedebah itu.

“Tak, dia cintakan si Tiara!” jelas Iman Amani. Ezzat Iskandar yang mengaku sendiri semua itu. Ha, puas hati, sebab boleh meluahkan perasaan. Rasa semua yang ada dalam kepala hilang ke semuanya.

“Ezzat ni kena ajar sikit, biar dia tahu apa yang benar, apa yang tak benar. Iman kena jadi kuat, jangan patah semangat. Esok, pergi kerja macam biasa, ikut papa. Tunjuk sikit kat si Badrol tu..,” Aku akan ajar anak aku sendiri. Biar dia tahu langit itu tinggi atau rendah. Siapa suruh dia mainkan perasaan anak dara orang. Dia ingat dia tu apa hah? Kaya sampai boleh main maruah orang? Macam itu.

“Tak nak lah mama, takut lah!” aku berani berhadapan dengan Ezzat Iskandar, sebab kalau jadi apa-apa pun aku dengan dia, hubungan kami masih halal, tetapi kalau Badrol, aku tak rela sama sekali.

“Iman, tinggal dengan mama terus, kita akan ajar Ezzat sampai dia mengaku yang Iman nie isteri dia, dan juga kena terima Iman dalam hidupnya,” tegas Puan Sri Nazimah. Nasib Iman perlu dibela. Kalau lah Iman Amani anak aku, lagi lah teruk aku kerja lelaki yang perangai seperti Ezzat Iskandar tu. Tak sangka, kau mainkan perasaan dan maruah seorang gadis yang sebaik Iman Amani. Kau memang nak kena dengan mama lah, Ezzat Iskandar.

“Macam mana dengan Tiara, mama?” aku yang merasa sakitnya cinta dipermainkan tidak sampai hati pula untuk meruntuhkan cinta Tiara dan Ezzat Iskandar. Rasa seperti aku melakukan satu kesilapan dan kesalahan yang maha besar.

“Ezzat kena bertanggungjawab kat Iman? Siapa suruh dia mainkan cinta Iman, pastu kahwin pula dengan Iman. Lagipun mama tak suka lah si Tiara tu. Iman tetap akan menjadi menantu mama, sampai ke akhir hayat mama!” kata Puan Sri Nazimah sambil memeluk bahu Iman Amani. Alhamdulillah, impian aku untuk mendapatkan Iman Amani menjadi menantu aku terlaksana juga akhirnya. Ezzat Iskandar kau kena terima juga Iman Amani jadi isteri kau, mama nak buat kenduri besar-besaran.

“Tak sampai hati lah, mama!” Cinta mana boleh dipaksa-paksa. Lagi pun aku sudah tidak ada perasaan kat dia lagi lah.

“Iman tak sayang Ezzat lagi?”

“Tak!” segera pula dia menjawab.Buat lah ada perasaan sayang dekat orang yang telah merobek hati kita. Dulu, memang aku sayang dia, teramat sayang. Sekarang kalau boleh aku nak minta balik kasih sayang yang aku berikan kepada dia dulu. Boleh??

“Berilah Ezzat masa, dia terperangkap tu!”

“Dia dah hancurkan hati Iman lah, mama!” luah Iman Amani. Tak rela lagi untuk berkasih sayang dengan insan yang bernama Ezzat Iskandar.

“Mama nak Iman ajar dia cukup-cukup, biar dia tahu, sandiwara cinta yang dia lakukan terhadap Iman ini amat menyakitkan, boleh???”

“Mama ni...,”

“Rehat lah, jangan fikir yang bukan-bukan, kita akan selesaikan masalah ini bersama-sama, percayalah, kebenaran akan menjadi hak Iman nanti, “ kata Puan Sri Nazimah sambil menepuk bahu Iman Amani.

Tentu ada ganjaran untuk orang-orang yang sabar kan? Siapa sangka, Tan Sri Hisham dan Puan Sri Nazimah pergi menyiasat sendiri hal ini. Mulanya mahu merisik tetapi bila diberitahu Iman Amani sudah berkahwin dengan Ezzat Iskandar membuatkan mereka terkejut besar. Sanggup Ezzat Iskandar mengepikan kami yang menjadi ibu bapanya kerana dendam si Badrol yang tak guna itu. Apa Ezzat Iskandar dapat?

Selesai mengejakan solat sunat syukur, dia baru membuka kain telekungnya dan mahu tidur saja. Tetapi pintu tengah yang menjadi penghubung antara bilik dia dan bilik Ezzat Iskandar di buka secara mengejut. Pintu depan memang sudah terkunci selepas Puan Sri Nazimah keluar tadi.

“Awak??”

“Hah, saya lah!” terus Ezzat Iskandar menolak Iman Amani jatuh ke katil. Ditariknya baju Iman Amani sehingga terkoyak di hadapan.

“Awak nak buat apa hah?”

“Saya nak tuntut hak saya lah!”

“Lepaslah, saya menjerit nanti...,” mama suruh aku perangkap dia sebenarnya. Tetapi dia yang datang sendiri pula. Macam mana ini, kalau betul-betul berlaku sesuatu antara aku dan dia macam mana?

“Jerit lah, saya tak hairan lah!” balas Ezzat Iskandar sambil mengenggam kedua belah tangan Iman Amani dengan kemas. Iman Amani cuba untuk berlawan, dan meronta.

“Awak jangan buat kerja gila.. “ ujar Iman Amani apabila Ezzat Iskandar mencium bibirnya dan cuba melunaskan haknya sebagai seorang suami, tetapi Iman Amani menendang kaki Ezzat Iskandar dan berjaya bangun dari situ.

“Ezzat!” jerit Tan Sri Hisham sambil datang menghampiri Ezzat Iskandar dan menampar pipi anaknya dengan keras.

“Apa Ezzat buat ni?” jerit Puan Sri Nazimah pula. Matanya merenung tepat ke mata Iman Amani. Hah, rancangan pertama aku berjaya juga malam ini. Sepatutnya aku nak suruh Iman Amani masuk tidur di bilik Ezzat Iskandar dan memerangkap Ezzat Iskandar, tetapi sudah terbalik pula.

“Papa nak kau kahwin dengan Iman pagi besok, jangan membantah!” tegas Tan Sri Hisham. Kau tak tahu apa yang kami tahu kan? Tengok siapa yang lebih cekap.

“Saya tak cintakan dia lah, papa!” jawab Ezzat Iskandar. Aku terlalu ikutkan nasfu sekejap tadi, tengok dah kena tangkap.

“Cinta kepala hotak kau!” balas Tan Sri Hisham. Geram!

“Mama nak Ezzat bertanggungjawab atas sikap Ezzat tadi, maruah Iman perlu di jaga!” tegas Puan Sri Nazimah sambil beredar. Begitu juga dengan suaminya.

“Kau sengaja perangkap aku kan?” kata Ezzat Iskandar sebelum masuk ke biliknya. Nampak marah sangat. Padan muka. Tetapi aku suka!

Siapa suruh kau main api kan? Sekarang aku nak buat bagi api tu marak, dan makan diri kau, Ezzat Iskandar.

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.