“Suzry, kau tak bosankah dengar taklimat dari pegawai old stock tu? Membebel entah apa-apa. Tak adakah new stock supaya mata dan telinga aku
segar sikit mendengar segala butir bicara yang keluar dari mulut mereka.” Qisha
Mirza menghempas badannya di atas katil hotel yang cukup empuk itu.
“Apa semua pegawai pendidikan di sini semuanya jenis stok lama ya? Bosannya
ya Allah .... meranalah badan aku berhadapan dengan mereka selama tiga hari
ni.” Sambung Qisha Mirza lagi.
“Aih, ada lagi sambungannya tu? Qisha ... Qisha .... mulalah nak tayang
miang dia tu. Asal pergi kursus saja,
pasti stok baru yang diusyar dulu. Macam dah jadi satu kemestian yang wajib
pula. Kau tak ada benda lainkah yang nak fikir?” Nursuzry menyimpan baju-bajunya
di dalam almari yang dikongsi bersama Qisha Mirza.
“Suka hati akulah nak tayang miangkah atau nak lilit miang. Kau tak apalah
dah bersuami dan dah ada anak pun. Aku ni ... kenapalah susah sangat nak
bertemu dengan peminjam tulang rusuk aku ni. Asal jumpa saja tak serasi.
Bosan!!!” Qisha Mirza menjerit melepaskan segala yang terbuku di dalam hatinya.
“Wei, slow sikit volume suara kau tu. Naik kematu telinga
aku dengar kau menjerit macam tu. Cepat mandi dan solat. Lepas ni kita lepak di
tepi pantai nak?” Nursuzry menawarkan sesuatu untuk menghilangkan kebosanan
mereka berdua. Esok pasti sudah tidak ada masa lagi untuk melepak kerana
menjelangnya esok, aktiviti mereka padat dari pagi sehinggalah ke malam. Jadi,
waktu-waktu senggang beginilah yang harus dimanfaatkan sebaik-baiknya. Kan ...
Bagaikan lipas kudung Qisha Mirza bangun dan terus berlari menuju ke
tandas. Pantang sungguh dengar laut, pasti dia tidak mahu ketinggalan untuk
melepakkan diri di situ. Faham benar Nursuzry dengan perangai pelik sahabatnya itu.
Macam-macam pelik yang ada pada Qisha Mirza. Namun, itulah sahabat sejatinya di
masa susah mahupun senang.
“Weh, jomlah kita main air. Boringlah kalau jalan-jalan atas pasir saja.”
Qisha Mirza mengajak Nursuzry untuk bermain di gigi air.
“Sejuklah malam-malam main air.” Nursuzry cuba mengelak.
“Alah, kau ni macam puteri air pulak yang pantang kena air. Kalau tak main
air, buat apa kau ajak aku ke sini.” Qisha Mirza menayang rajuknya.
Nursuzry tersengih manja. “Ala ... la .. merajuk pula kawan aku sorang ni.
Ermm ... aku boleh temankan kau main air tapi dengan bersyarat.” Nursuzry
mengangkat-angkat keningnya.
Pelik Qisha Mirza memandang Nursuzry pada waktu itu. Nak bersyarat pula ...
entah apa-apa kawan aku ni. Main air pun nak bersyarat. Qisha Mirza menunak matanya
ke arah Nursuzry. “Apa pasal pula harus bersyarat? Selama ni tak ada bersyarat
pun?” Masih mengharap jawapan daripada Nursuzry.
Nursuzry mengembangkan sengihan yang terukir sejak dari tadi. Memang ada
agenda yang berlegar di ruang fikirnya dan kini harus diluahkan. “Tapi malam ni
memang wajib bersyarat.”
“Hmm ... apa syaratnya?” Malas lagi Qisha Mirza hendak bermain tarik tali.
Karang tidak dapat pula bermain air malam ini.
“Stok mana kau usyar waktu makan tadi?” Nursuzry masih tersengih.
“Hah?” Alamak! Macam mana dia tahu aku dok usyar stok untuk dimuatkan dalam list aku. Haru betullah kawan aku ni
... Tahu-tahu saja apa yang aku lakukan. Qisha Mirza sememangnya terperanjat
besar.
“Alah, kau jangan buat-buat terkejutlah dengan aku. Beritahu cepat stok
mana kau usyar tadi? Biar aku jadi pentafsirnya.” Nursuzry bercekak pinggang
pula kini di hadapan Qisha Mirza.
Huh! Persis mak tiri Cinderella. Memang haru! “Mana ada aku usyar stok. Aku
usyar makananlah.” Qisha Mirza masih mahu mengelak. Dia tidak mahu Nursuzry
mengetahui akan agendanya di dalam kursus kali ini.
“Jangan bohonglah. Aku dah masak sangat dengan perangai kau ni sejak kita
dari bangku sekolah lagi. Cepat beritahu aku.” Nursuzry kini seakan memaksa
pula.
“Tak nak. Uwekk!” Qisha Mirza masih berusaha untuk mengelak sambil menjelir
lidah kepada Nursuzry.
“Bertuah punya kawan. Hei, jangan lari.” Nursuzry termengah-mengah mengejar
Qisha Mirza yang sudah pun mencecahkan kakinya ke dalam air laut yang masin
itu. Kata orang, kalau kita rendamkan kaki kita ke dalam pasir laut memang
bagus untuk terapi kaki. Cubalah.
“Sejuklah air laut malam-malam macam ni kan. Jom cari siput nak?” Mulalah
Qisha Mirza mengatur aktiviti mengarut lagi di luar alamnya. Ada saja idea yang
terlintas di fikirannya.
“Cari siput apa malam-malam macam ni. Siput pun dah masuk tidur.” Balas
Nursuzry.
“Ooo ... kau dah jadi jurubahasa siput-siput sedunia ya? Sebab tu kau tahu
aktiviti siput-siput tu waktu malam.” Qisha Mirza mengenakan Nursuzry.
“Kau ni memang kawan yang bertuahkan... Nah, ambik ni.” Nursuzry menguak
air sehingga terkena baju T Qisha Mirza. Habis lencun.
“Tak guna betul. Kau ingat dah terror
sangatlah setakat buat cam tu. Nah, ambik giliran kau pula.” Qisha Mirza
menendang air laut itu sekencang-kencang yang mungkin sehingga mangsa-mangsanya
tidak mungkin akan dapat lari dari serangan gadis itu.
“O’oo” Hanya itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Nursuzry.
Manakala Qisha Mirza pula sudah terkaku lagi terkedu menghadap ke arah
hadapan. Hendak tahu kenapa? Tentu kau orang pelik bukan? Ini disebabkan
serangan kencang Qisha Mirza bukan sahaja terkena pada Nursuzry tetapi juga
kepada seorang lagi jejaka yang bisa meluruhkan jantung wanita itu. Nah,
bagaimana tidak menjadi patung Qisha Mirza di situ.
“Maafkan kami encik. Kami tak sengaja. Kami tengah bergurau tadi.”
Cepat-cepat Nursuzry memohon maaf kepada lelaki itu. Manakala Qisha Mirza masih
sebagaimana tadi. Kaku. Statik. Huh!
Jejaka itu mengembang senyuman di atas bibir. Manis. Nursuzry juga ala-ala
tergoda, apatah lagi Qisha Mirza yang ternyata masih solo. Bertambah
tergodanya. Jantung Qisha Miza di kala itu berdebar kencang. Teramat kencang
bagaikan gendang dipalu-palu pula.
“Tak apa. Saya dah biasa. Siapa suruh datang senyap-senyap, kan? Memang
patut pun kena.” Balas lelaki itu dengan senyuman yang tidak luntur.
Aduh! Lelaki inilah yang aku cari sedari tadi. Tup-tup muncul kat sini,
haru betul. Oh, jantung berhentilah dari berdebar kencang, karang Suzry perasan
pula. Tak fasal-fasal serangan soalan akan ditujukan pada aku. Qisha Mirza
berdoa di dalam hati. Manakala paluan gegendang pula seakan tidak mahu surut
dari terus berpalu. Memang binasalah.
“Kawan saya memang gemar main air. Hobi katanya.” Nursuzry dengan bermurah
hati memberitahu sang jejaka akan perihal Qisha Mirza.
Binawe punya member, yang kau pergi dedah perihal aku tu buat apa. Nanti
kau! Lidah Qisha Mirza semakin kelu untuk mengeluarkan sebarang bicara.
“Saya pun. Kebetulan samalah pula ya. Tak apalah, saya naik bilik dulu.
Esok kalau ada rezeki jumpa di dalam kursus.” Jejaka itu meminta diri untuk
pulang. Nursuzry hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Wah, ada canlah kau nak
mengorat.” Nursuzry mengangkat-angkat kening nakalnya.
“Tak ada maknanya.” Tepis Qisha Mirza.
“Kau terkaku tadi kenapa? Dah jatuh hati ya?” Nursuzry masih ingin
mengusik.
“Blahlah kau. Ingat aku seorang
yang mudah jatuh cinta?” masih mengelak.
“Tak payah belah dada aku, belah saja dada sang teruna tu, mana tau masih
ada kekosongan, kan dah jumpa peminjam tulang rusuk kau.” Nursuzry semakin
galak mengusik.
“Ceh! Ingat aku terdesak sangat? Dah ... dah ... jangan nak mengarut
lebih-lebih. Jom masuk bilik.” Qisha Mirza pantas melangkah meninggalkan lautan
yang tenang tu.
“Hmm ...” Nursuzry masih lagi tidak puas untuk mengusik Qisha Mirza.
“Apanya?” Merah wajah Qisha Mirza apabila diusik begitu, seakan Nursuzry
boleh tahu pula apa yang tersirat di dalam hatinya.
“Entah-entah kau panjangkan leher kat dalam dewan siang tadi, cari dia
tak?” Senyuman Nursuzry sudah mula tersungging.
“Apa yang kau merepek ni? Jangan buat lawak spekulasi boleh? Dahlah, malas
nak layan kau.” Qisha Mirza terus menyalin bajunya di dalam tandas sebaik
sahaja mereka tiba di dalam bilik hotel itu.
“Mengaku sajalah.” Laung Nursuzry sambil ketawa nakal.
“Tak ada maknanya.” Qisha Mirza memekakkan telinganya. Sebaik sahaja dia
keluar dari bilik air, terus sahaja dia berselubung di dalam selimut. Sesaat
kemudian terus terlena.
Nursuzry menggeleng kepala. Faham benar dengan sikap buruk sahabatnya ini.
Kalau hendak tidur, di mana-mana sahaja dia boleh buat taik mata tanpa mengira
tempat. Qisha ... Qisha ...