“LAMBATNYA!”tukas Zafri sendirian. Rasa rindu pada pemilik nama Lisa
semakin menjadi. Rindu pada aksi manjanya yang mengalahkan anak kucing yang
kelaparan.
Zafri atau nama
sebenarnya Zafri Iman merupakan jurutera di Sun Teknologi. Orangnya tidaklah
terlalu kacak, sederhana sahaja, tapi ramai yang tertarik kerana auranya. Dia
memang pandai memikat. Pandai menyusun ayat.
Lisa, entah buah
hati Zafri yang ke berapa, dia sendiri tidak tahu. Dia suka berdekatan dengan
kaum Hawa. Baginya, bermanja-manja dengan kaum ini seperti menjalani satu
terapi. Melihat kecantikan teman wanita yang sentiasa ada di sisi, seolah-olah
melegakan. Siapakah yang tidak suka pada yang cantik?
“Lama tunggu ke
Zaf?” tanya Lisa sambil melirik manja.
Dia terlewat
hampir setengah jam daripada janji temunya dengan Zafri.
“Tak lama sangat.
Baru setengah jam. Demi Lisa, lima jam pun Zaf sanggup tunggu,” balas Zafri,
tetapi dalam hati, menyumpah jugalah.
Hampir berlumut dia
menunggu di situ. Nasib baiklah cuaca tidak berapa panas. Zafri menghulurkan
topi keledar yang berwarna hitam pekat kepada Lisa. Kemudian dia menolong Lisa
memakaikan topi keledar.
Motor ditunggang
laju menyusuri Jalan Duta. Makin laju, makin kuat pelukan yang diterima Zafri.
Tersengih-sengih Zafri. Kemudian dia memperlahankan superbike yang berkelajuan 500 cc itu. Superbike yang berwarna merah putih berhenti di hadapan kedai makan
ala-ala kopitiam. Lisa membetulkan rambutnya yang berterbangan ditiup angin.
“Zaf, lain kali
naik keretalah. Lisa tak selesa naik superbike
ni. Tengok ni, rambut pun dah tak elok,” rungut Lisa, jari-jemarinya terus
mengurai-uraikan helaian rambutnya.
“Alah, naik superbikelah best Lisa. Boleh peluk-peluk.”
“Gatallah Zaf ni!”
marah Lisa manja.
“Nak makan kat
sini ke?” tanya Lisa kepada Zafri.
“Haah.Kedai ni
kawan Zaf yang punya. Kiranya Zaf pun ada syer jugalah kat sini. Murah sikit.”
“Kedekut.”
“Bukanlah, cermat
aje. Maklumlah, banyak benda lain yang nak kena maintain,” kata Zafri sambil kakinya melangkah laju menuju ke dalam
kedai makan itu.
“Makan sini ke?”
tanya seorang pelayan.
Zafri menoleh,
rasanya ini kali pertama dia melihat gadis yang bertudung itu. Dia membaca
tanda nama yang tertera di pakaian seragam hitam putih itu.
“Dina. Sedap nama
tu. Tapi, macam tak berapa nak cerdik. Kalau dah pelanggan duduk kat meja ni,
mestilah nak makan dik. Takkanlah abang nak bawak balik,” balas Zafri sambil
tersenyum.
Lisa tergelak
kecil mendengarnya. Muka Irdina kemerahan, menahan malu dan marah.
“Lain kali kalau
pelanggan duduk kat meja, tanya nak makan apa, encik. Faham?” ujar Zafri lagi.
Irdina
menganggukkan kepalanya. Dia meletakkan menu dan berlalu pergi.
Pen yang ada di
tangannya dibaling perlahan.
“Kenapa Dina?”
tanya Latha, gadis India yang merupakan teman sekerjanya.
“Customertulah. Berlagak gila. Apa dia
ingat aku ni budak bodoh apa?” rungut Irdina.
“Yang mana satu?”
tanya Latha lagi.
“Yang pakai baju
macam nak pergi race haram tu.
Berlagak. Jangan-jangan bawak kapcai aje.” Irdina memuncungkan mulutnya.
“Oh, yang itu kawan
Encik Zamir. Nama dia Zaf. Dia selalu makan kat sini dan selalu tukar-tukar
awek,” terang Latha lagi.
“Muka macam tembok
pun banyak awek ke? Hisy, tak ada
mata ke awek-awek tu?”
“Muka macam
tembok? Aku tengok okey aje,” balas Latha sambil mata terus memandang ke arah
Zafri. Mencari di mana cacatnya Zafri.
“Okey apa ke benda.
Janggut sejemput, macam kambing aje aku tengok.”
Latha ketawa
mendengarnya.
“Sampai hati kau,
Dina. Macam kambing kau cakap. He... He... He... Pergilah, dia panggil tu.”
Irdina melangkah
dalam keterpaksaan.
“Nak makan apa,
encik?”
Kambing,sambung Irdina dalam hati. Mukanya
merah kerana cuba menahan ketawa.
“Emm... bagi saya mi
kari dua. Minum, ice white coffee dan
jus oren. Cepat sikit. Girlfriendabang
dah lapar ni. Kang tak pasal-pasal dia pengsan,” ujar Zafri.
Peduli apa aku
kalau awek kau pengsan, bisk Irdiana dalam hati.
Tidak lama
kemudian, Irdina membawa makanan yang dipesan oleh Zafri dan teman wanitanya.
Setelah meletakkan makanan itu di atas meja, dia meninggalkan kedua-duanya
menikmati hidangan masing-masing.
“Alahai, meluatnya
aku tengok. Kau tengok tu Latha, apa perempuan tu tak ada tangan ke nak makan.
Sampai nak kena suap-suap pula dah,” bisik Irdina.
“Kau jangan tak
tahu. Tangan perempuan tu patah, sebab tu kena suap. Jangan-jangan perempuan tu
OKU tak?” kata Mimi, seorang lagi kakitangan di situ.
Latha dan Irdina
ketawa agak kuat, hingga menarik tumpuan dua tiga pelanggan di dalam premis
itu.
Zafri menjeling.
Dan jelingan itu tepat pada mata Irdina. Irdina cuba memaniskan mukanya.
USAImakan, Zafri menggamit Irdina. Irdina menghampiri. Zafri
kemudiannya memberikan not RM50 kepada Irdina.
“Yang lebih tu,
ambil untuk awak, upah ketawa tadi,” kata Zafri dengan masam. Walaupun dia
tidak mendengar, tetapi dia merasakan yang gadis-gadis itu sedang ketawakannya.
“Err... kami
ketawa sebab lain, encik,” jawab Irdina serba salah.
“Ada saya kata
awak ketawakan saya. Saya cuma nak bagi upah kat awak sebab ketawa tadi. Ketawa
awak tadi menyenangkan hati saya. Macam badut. Esok-esok kalau saya datang lagi,
saya nak awak ketawa lagi. Kalau boleh, pakai mikrofon. Tak pun pakai pembesar
suara, boleh?”
Memang kurang asam
jawa betul mamat ni. Tak apa, Dina, sabar, sabar... Kalau aku nampak kau kat
luar, sah-sah aku langgar kau dengan EX5 aku.
Irdina menuju ke
kaunter, lalu menyerahkan duit kepada juruwang. Bakinya diambil dan dengan
segera dia keluar dari premis itu. Matanya melilau mencari kelibat Zafri dan
teman wanitanya. Matanya tertancap pada sebuah superbike yang diyakini pemandunya ialah Zafri. Dia menahan dengan
mendepakan kedua-dua belah tangannya, betul-betul di tengah jalan.
Zafri menekan brek
dengan kuat. Bukan setakat brek kaki, brek tangan juga terpaksa digunakan.
“Kau ni kenapa?
Dah puas hidup ke?” tengking Zafri. Cermin helmetnya diangkat.
Memang betul,
Zafri yang menunggang superbike itu.
“Nah, ini baki
duit encik.” Irdina menyerahkan kembali duit baki.
“Kan saya bagi kat
awak tadi, upah gelak.” Suara Zafri semakin kuat. Tak faham ke perempuan ni,
getusnya dalam hati.
“Tak payahlah, encik.
Gelak saya ikhlas dari hati. Nah, ambil balik duit ni, buat upah orang suapkan
makanan dalam mulut,” kata Irdina.
Selepas
menyerahkan baki kepada Zafri, Irdian berlalu pergi dengan bangganya.
“Zaf, biadabnya
perempuan tu,” kata Lisa menaikkan lagi marah dan geram Zafri.
“Tak apa, hari ni
hari dia. Tengoklah nanti. Nanti Zaf beritahu kat kawan Zaf. Siap dia,” kata
Zafri dengan geram. Dia kemudiannya meneruskan perjalanannya.
“HAI, Dina, baru seminggu kerja muka dah masam mencuka. Kenapa
ni awak?” tegur Anum.
Maya hanya
menjeling.
“Anum tak pergi
kerja ke hari ni?” tanya Irdina sambil
melemparkan beg sandang ke sofa.
“Saya kerjalah awak,
tapi hari ni tak ada hal. Balik awallah. Awak ni kenapa? Masam aje.”
“Malas nak cerita.
Ada customer berlagak gila datang ke
kedai. Tak pernah jumpalah lelaki berlagak macam tu. Mengalahkan artis. Kalau
kacak, tak apalah juga. Ini muka dahlah macam tembok pecah, janggut macam
kambing. Geramnya saya,” kata Irdina dengan aksi geramnya.
“La, siapa?” Maya
tertarik untuk mendengarnya.
“Manalah saya tahu
dia siapa. Tapi, dia orang panggil Zaf. Kiranya regular customerlah kat
situ. Dia orang cakap dia selalu datang, tapi selalu dengan awek yang
bertukar-tukar. Tergamak dia cakap saya tak berapa nak cerdik.”
“Dia cakap awak
tak berapa nak cerdik? Menarik tu.” Kini Anum pula memberi tumpuan.
“Anum, tak baik
tau.” Irdina pura-pura merajuk.
“Bukan saya cakap
awak tak berapa nak cerdik. Tapi, saya tertarik kenapa dia cakap kat awak macam
tu.”
“Sebab saya
tertanya, sama ada dia nak makan kat situ ke atau nak bawak balik.”
“Pasal tu aje, dia
cakap awak tak berapa nak cerdik?” sampuk Maya.
“Itulah pasal.
Lepas tu, dia main suap-suap dengan awek dia. Mimi, kawan sekerja saya buat
lawak, saya gelaklah. Dia perasan. Lepas tu dia panggil saya, bagi duit, yang
lebih tu dia suruh saya simpan buat upah sebab gelakkan dia.”
“Tapi memang awak
gelakkan dia kan Dina?”
“Memanglah Maya.
Tapi dia tu berlagak. Gila-gila punya berlagak. Saya pun ambil duit dia. Dapat
aje baki duit dia yang konon-kononnya upah saya sebab gelakkan dia, terus aje
saya tahan dia, saya bagi balik kat dia. Sebelum tu, saya cakap kat dia. Ambil
balik duit ni, buat upah orang suapkan makan. Lepas tu terus saya blah. Mesti berasap dia menyumpah
seranah saya kan?” soal Irdina.
Maya dan Anum
ketawa.
“Awak ni Dina,
macam-macamlah. Kesian kat mamat tu. Mesti dia terkulat-kulat?”
“Bukan setakat
terkulat-kulat, Maya. Dah tahap berlumut,” balas Irdina, dia ketawa. Dan dia
masih lagi terbayangkan air muka Zafri ketika itu.
“MIR, aku tengah bengang gila kat staf kau. Ada ke aku yang handsome, tampan dan bergaya ni
diperkotak-katikkan. Angin betul aku.” Zafri merungut tatkala sampai di rumah
temannya itu.
“Kau ni kenapa?
Datang rumah aku, bising-bising pasal staf aku,” tanya Zamir. Kepalanya digaru
walaupun tidak gatal.
“Tadi aku ke kedai
makan kau. Siapa erk nama budak baru tu? Dini, Diko. Entah apa ke namanya.”
“Oh, Dina kot.
Budak baru kat situ. Apa hal pula dengan dia? Aku tengok budak tu okey aje.”
“Okey kau cakap?
Biadab budak tu kau tahu tak? Kalau ada sepuluh staf kau macam tu, lingkuplah
kopitiam kau. Kau pecat aje budak tu.”
“Takkanlah aku nak
pecat bodoh-bodoh macam tu aje. Mesti ada sebab. Kau bagi satu alasan yang
kukuh kenapa aku kena pecat dia?”
“Sebab dia biadab.
Kau tahu tak dia tahan motor aku tengah-tengah jalan semata-mata nak pulangkan
baki, padahal baki tu aku dah serahkan pada dia, buat upah dia gelakkan aku.”
“La, pula dah.
Sejak bila pula kau upah orang gelakkan kau ni? Kalau macam tu, aku pun nak
jadi tukang gelak.” Zamir berkata dan ketawa.
Zafri yang sedang
marah, menumbuk bahu kawannya itu.
“Sakitlah, kau ni
kenapa Zaf. Aku tak pernah dengar pula ada upah ketawa. Pasal apa yang kau
pergi upah dia sebab ketawakan kau.”
“Aku tak tahu
sebab apa dia ketawakan aku. Tapi masa dia pulangkan duit baki tu, sempat lagi
dia soundaku. Ada ke patut dia suruh
aku upahkan orang suapkan makanan untuk aku. Apa dia ingat aku ni cacat anggota
ke apa? Siot betullah minah tu.”
“Ni mesti kau main
suap-suap dengan awek kau ni kan? Padan dengan muka kau.”
“Agak-agaklah wei.
Sekarang, tu alasan aku untuk kau pecat dia. Lagi satu, kau buatlah kursus
cara-cara melayan pelanggan kat staf kau. Lagi berkembang perniagaan kau, Mir.”
“Kukuh, jitu dan
padu alasan yang kau berikan tu Zaf. Kau pun, agak-agaklah sikit. Ada ke patut
sebab tu aku nak pecat dia. Tak konkrit langsung. Kau lupakanlah. Eh, pasal ni
aje kau datang rumah aku ni?”
“Taklah, aku
datang ni sebab nak ajak kau konvoi ke Melaka minggu depan. Setakat ni dah 10
biji yang setuju nak konvoi. Kau macam mana?”
“Aku tak bolehlah
wei. Minggu ni aku ada kenduri kat rumah mak anjang aku. Anak dia yang baru
habis belajar kat Australia nak balik.”
“Mak anjang kau
yang buat kenduri, bukan kau. Alah, bolehlah. Tak cukup geng, macam tak lengkaplah
beb,” pujuk Zafri.
Dia dan Zamir
sudah berkawan sejak di universiti lagi. Dua-dua meminati sukan permotoran.
“Maaflah Zaf, aku
memang tak boleh,” putus Zamir.
“Tak apalah kalau
macam tu. Habis, cadangan aku tadi macam mana?”
“Cadangan? Cadangan
apa?” Zamir benar-benar terlupa. Seingatnya, daripada tadi Zafri tidak
mencadangkan apa-apa kepadanya.
“Alahai, nyanyuk
dah kawan aku ni. Cadangan suruh kau pecat Diko tu.”
“Oh, Dinalah. Yang
tu, maaflah, alasan kau tak konkrit. Kau cari alasan lain okey.”
“Eleh, macam ni ke
kawan? Aku tak kira, kau pecat juga budak tu.”
“Kau ni main
arah-arah aje. Kau ada syer ke?”
“Apa kau ingat aku
tak ada syer?”
“Bila masa pula
kau jadi sleeping partneraku ni?”
tanya Zamir.
“Eh, tak ada ke?”
Zafri bertanya dengan muka yang tak malu.
“Banyaklah kau
punya syer,” balas Zamir.