“MACAM mana dengan Encik Zafri?” Irdina bertanya kepada
majikannya.
“Okey aje. Awak tu
lain kali berhati-hatilah sikit. Jangan sampai berlaku lagi macam ni. Nasib
baik kena pada kawan baik saya, kalau tidak jenuhlah saya nak kena tanggung.” kata
Zamir perlahan.
Irdina sekadar
menunduk. Tidak berani untuk menatap muka Zamir.
“Saya minta maaf
Encik Zamir. Saya tak sengaja. Sikit pun tak terniat di hati saya untuk buat
macam tu.”
“Saya tahu, tapi
lain kali berhati-hatilah ya. Sekarang ni saya nak pergi jenguk dia. Awak ingat
sikit, kalau nampak dia datang kedai ni, kalau boleh lari, awak lari. Jangan serve dia, bagi orang lain serve dia,” pesan Zamir lagi.
“Dia marahkan saya
lagi ke?” tanya Irdina dengan selamba.
“Mahunya tak. Lima
jahitan kat dahi tu. Hilang handsome
dia awak tahu tak?”
“Handsome ke dia tu? Saya tengok macam
kambing jantan kemaruk nak berbini adalah.” Irdina memberikan pandangannya.
Tersentak Zamir di buatnya.
“Awak ni Dina.
Sudahlah, ingat tau, kalau dia datang dan awak nak selamat, awak duduk di bilik
rehat aje.”
Irdina mengangguk.
“MENYAMPAH betul aku,” getus Irdina
sendiri.
Kata-katanya mampu
didengari oleh Latha dan Mimi.
“Kenapa kau ni?
Apa cerita dengan Encik Zaf?”
“Okeylah kot. Kata
maco, tengok darah sendiri pun pengsan. Bengong betullah. Yang Encik Zamir ni
pula satu hal, ada ke patut dia cakap kat aku, kalau nak selamat, jangan keluar
kalau mamat tu datang.”
“Kenapa pula?”
tanya Latha.
“Pasal dia takut
mamat tu marahkan aku. Dia ingat aku takut ke dengan mamat berlagak tu. Tolong
sikit. Aku sikit pun tak takut, menyampah lagi ada,” kata Irdina dengan geram.
“Iyalah, aku
ingatkan dia pengsan sebab kecederaan tahap kronik ke. Mana tahu kan, akibat
daripada hentaman gelas tu, neuron-neuron otak dia kacau-bilau ke. Rupanya
sebab panik tengok darah. Hampeh betullah lelaki tu,” sampuk Mimi.
Latha dan Irdina
ketawa. Lawak betul. Kot kalau perempuan yang lemah semangat, bolehlah juga
diterima. Tak pun, kalau darah yang mengalir tu keluar membuak-buak. Ni tak,
darah yang mengalir hanya sikit aje. Tapi, pengsannya yang lebih.
“Habis tu, kau tak
pergi jengok dia ke?” tanya Mimi lagi.
“Gila kau, nak
suruh aku arwah kat situ juga ke?”
“Tadi kau cakap
kau tak takut kat dia,” ujar Latha mengingatkan.
“Memanglah tak
takut, tapi mana tahu kalau-kalau otak dia dah mereng ke, nahas aje tau,” ujar Irdina
mempertahankan diri.
Sebetulnya dia
memang takut, takut kalau-kalau Zafri terus menyumpah seranahnya.
ZAMIRmeletakkan sebungkus buah epal di atas kabinet kecil. Zafri
kelihatan sedang berselera makan nasi yang dibelinya sediri. Terpaksa dia
keluar juga dari rumah walaupun malas. Kalau dia tahu Zamir ingin melawatnya
harus dikirim sahaja nasi bungkus.
“Macam mana, okey
ke Zaf?” tanya Zamir.
“Okey. Nasib baik
kena lima jahitan. Kalau kena 50 jahitan, mahunya jatuh saham aku. Siot
betullah perempuan tu. Kan aku dah cakap kat kau, VSS aje dia tu. Kau degil.
Nasib baik aku yang kena. Kalau orang lain, disamannya kedai kau tu.”
“Terima kasihlah
sebab kau tak saman kedai aku. Tapi, aku tahu dia tak sengaja,” ujar Zamir
mempertahankan Irdina. Dia tahu kejadian itu bukan disengajakan.
“Mana kau tahu?
Dalam banyak-banyak tempat, kat situ juga dia nak jatuh. Kau tak payahlah nak backing dia. Kesian kat aku. Dahlah
motor aku kena calar, dahi aku pula berjahit, Lisa pula merajuk dengan aku tak
habis-habis. Sejak aku jumpa dengan perempuan tu, sial aje hidup aku.”
“Tak baik kau
cakap macam tu. Cakap macam orang yang tak ada pegangan agama aje kau ni.
Dengar dek mak ayah kau, mahu dipelangkungnya kepala kau tu. Ni aku nak tanya
kau ni, setakat jahit kat kepala sikit macam tu aje dah kecoh masuk wad, apa hal?
Kata anak jantan. Buat malu aku je tau. ”
Zafri hanya
menjeling.
“Aku ni sebab nak claims insuransKalau tak, jangan
haraplah aku nak berkampung kat hospital. Lagipun, kau nampak tak misi-misi kat
sini, cantik gila siot. Tapi doktor ni pun satu, bagi lah can kat aku nak rest
kat dalam wad. Ini tidak siduruhnya jugak aku balik rumah. Kalau tak mesti kau
boleh temankan aku kat wad sambil ushar nurse comel kan
“Kau ingat doktor tu bodoh ke? Takat pengsan
sikit je. Dah tu pengsan sebab takut kat darah sendiri pulak tu. Buat penuh wad
je. Benda sikit macam ni pun sibuk nak claims insuran. Aku boleh bayar lah.
Lagipun aku rasa kan doktor tu tahu, muka kau ni tak boleh duduk dalam wad
sebab tu dia suruh kau balik. Duduk kat rumah je.”
“Kau ni bawak buah
aje ke? Tak reti-reti ke bawak piza ke, McD ke, Kenny Rogers ke, seleralah juga
aku nak makan,” kata Zafri.
“Orang sakit tak
boleh makan benda-benda macam tu,” ujar Zamir, kemudiannya ketawa.
“Kau ni gelak dah
kenapa? Macam ni ke kawan?”
“Aku bukannya apa,
aku ingatkan kau ni dah tahap koma ke apa, rupanya fobia dengan darah. Lawak
betullah. Kau ni buat malu kaum adam ajelah. Kalau bergelen-gelen darah yang
keluar, tak apalah juga. Ini seciput aje. Yang kau ni sampai pengsan-pengsan,
dah kenapa? Aku pula naik malu.”
Zafri menjeling. Dia
pun tidak mahu orang lain tahu akan kelemahannya. Memang dia fobia dengan
darah. Sebab itulah dia jadi jurutera walaupun dia sebenarnya layak mengikuti
kursus perubatan.
Zamir terus ketawa
lagi dan kali ini semakin kuat. Zafri membalingkan bantal ke arah teman baiknya.
Dia turut ketawa, ketawa dengan kelemahannya sendiri.
“DINA, awak tak pergi melawat mamat tu ke?” Anum bertanya
kepada sahabatnya itu.
“Taklah, Num. Apa
hal pula saya nak pergi jenguk dia. Lagipun, dia tu fobia tengok saya. Awak
tahu tak, bos saya sempat pesan lagi kat saya, kalau dia datang, jangan serve dia, bagi orang lain serve. Saya kena lari. Sampai macam tu
sekali dia meluat kat saya. Dia tak tahu, sekali dia meluat kat saya, 10 kali
saya meluat kat dia tau.”
“Iya ke? Kesian
awak ya. Sabarlah ya. Tapi, betul juga apa yang bos awak cakapkan tu. Mana tahu
lelaki tu masih marahkan awak ke, nanti dia apa-apakan awak. Baik awak ikut aje
cakap bos awak tu.” Anum memberikan pendapatnya.
“Marah dia aje,
habis tu marah saya macam mana? Simpan kat kedai dobi ke?”
“Dina, awak ni
jangan emosional sangat. Biarkanlah mamat tu. Buat tak peduli aje. Lama-lama
dia pun akan lupakan hal ni. Lagipun, awak bukannya nak kekal kerja kat situ
kan?” Maya pula menasihati Irdina.
Irdina mengangguk.
Setuju dengan nasihat dua orang kawan baiknya.