Home Novel Komedi/Romantik Komedi ISTERIKU NAIK HANTU
ISTERIKU NAIK HANTU
Syikin Zainal
28/10/2013 09:09:19
220,087
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 21

Qarina mengemaskan bilik tetamunya. Sudah tiga hari dia bergelar isteri Fareez. Hari ini adalah hari pertama mereka akan tinggal di pangsapuri miliknya. Fareez sudah pun memulangkan kunci rumah kepada agen. Duit depositnya hangus kerana dia tidak tinggal selama setahun. Fatimah dan Hussain sudah pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Air Asia di Lapangan Antarabangsa Bayan Lepas. Banyak kata-kata nasihat yang ditinggalkan oleh Fatimah kepadanya. Fareez yang keluar dari tadi, masih juga belum pulang. Sudahlah barangnya banyak, di longgok macam itu sahaja. Sempat dia menelefon Zahid bertanyakan tentang keluarganya yang lain. Nampaknya keadaan masih lagi sama.

“Assalamualaikum,” Fareez tiba dengan membawa satu kotak hadiah yang cantik.

“Waalaikumussalam. Masuklah.” Pelawa Qarina. Pelik pula bila melihat Fareez masuk ke rumahnya.

“Barang-barang ni nak letak kat mana?” tanya Qarina.

“Letak kat mana? Ini kan baju saya, letak dalam almari baju lah. Tak kan nak letak dalam peti ais kot.”

“Alahai dah mula dah perangai poyo dia ni.”

“Saya bukannya bodoh sangat pun nak letak baju awak ni dalam peti ais,” jawab Qarina. Sebetulnya malu pula dia dengan soalannya tadi. Nama pun baju, haruslah tempatnya dalam almari. Lagi mahu tanya ke?

“Qarina, saya nak beri sesuatu pada awak.”

Qarina ketawa, Fareez menarik muka.

“Peliklah wei, tapi nak buat macam mana, dah suami bagi. Terima kasih,” jawab Qarina sambil ketawa lagi.

“Psyco dia dah datang.”

“Tudung?” terkejut Qarina menerima hadiah dari suaminya. Sehelai tudung yang berwarna jingga.

“Saya nak awak bertudung mulai hari ini.”

“Tapi..”

“Tak baik ingkar cakap suami. Nanti masuk neraka,” mendengarkan semua itu Qarina merasa kecut. Main ugut-ugut pula, mana aci.

Sudah pukul 1.00 pagi mereka berdua masih lagi sibuk mengemas saki-baki barang yang ada.

“Penat lah,” Fareez melunjurkan kakinya.

“Er.. sila turunkan kaki ye. Pantanglah kalau kaki ada kat atas ni,” tegur Qarina.

“Iya ke? Maaf lah ye. Saya selalu macam ni. Awak lapar tak, saya lapar lah. Jom kita pergi makan.”

“Malam dah ni. Saya nak tidur, dah lupa ke esok kita kena kerja. Ni kat tempat kerja macam mana?”

“Macam mana apanya?”

“Ialah, hubungan kita ni.”

“Kenapa pulak, bukan hubungan kita tak sah. Sah di sisi agama dan undang-undang.”

“Senang aje awak bercakap. Habis tu kita nak buat macam mana? Masuk pejabat terus beritahu, Minta perhatian semua, ini ada satu makluman. Saya dan Fareez dah kahwin. Maksud awak macam tu?”

Fareez mendiamkan diri.

“Kenapa diam? Tak ada idea.”

Fareez terus mendiamkan diri, dia bangun dari duduknya dan terus masuk ke bilik.

“Hey, awak nak ke mana tu?” tanya Qarina, menonong sahaja Fareez masuk ke kamarnya.

“Tidur, mengantuklah,” kata Fareez sambil mengeyitkan matanya.

“Hey, tolonglah. Awak tidak dibenarkan masuk bilik tu. Yang tu bilik saya. Huh, suka hati sahaja nak menempek masuk ke bilik orang,” marah Qarina. Namun Fareez berpura-pura tidak mendengarnya. Dia tetap melangkah masuk ke kamar milik Qarina.

“Macam mana ni, aku nak tidur kat mana? Suka hati dia aje lah,” Qarina merungut.

“Tak payahlah takut, saya tak akan apa-apakan awak. Lagipun, kalau saya nak buat apa-apa pun tak pe, bukannya haram pun,” ujar Fareez. Qarina merenungnya. Boleh percaya ke dengan mamat ni?

“Jomlah masuk, esok pagi dah nak pergi kerja,” terus sahaja Fareez menarik tangan isterinya. Qarina terpaksa menurut, ini kali pertama dia akan tidur sekatil dengan seorang lelaki.

Mata tidak mampu dilelapkan walau untuk sesaat. Hatinya sentiasa berdebar-debar. Dia hanya mampu mendengar dengkuran Fareez. Geram dan rimas. Dia memerlukan kedamaian kalau hendak melelapkan mata. Namun adanya Fareez di sebelahnya dengan dengkur mengalahkan harimau itu menyebabkan Qarina bertambah rimas. Puas dia mnegalih-ngalihkan badannnya, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Memang Fareez tidak mengapa-apakannya tetapi telah menganggu lenanya dengan dengkuran. Aduh, pening lah kalau macam ni.

Jam loceng segera di tekan, bimbang akan menganggu lena Qarina. Fareez mengeyeh-ngeyehkan matanya. Dia merenung ke wajah Qarina yang sedang lena keletihan. Polos sahaja wajah itu. Fareez tersenyum sendiri, bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Air liur basi yang meleleh keluar, pasti Qarina benar-benar terlena. Dia bangun dan mencapai tisu yang berada di atas almari solek. Di lapnya air lir basi itu dengan perlahan, bimbang Qarina akan terjaga.

“Hey, buat apa ni?” Qarina tesentak, apabila dia merasakan ada yang menyentuhnya.

“Lap air liur basi, meleleh-leleh. Kalau himpun buat air jampi pun boleh,” jawab Fareez. Selamba badak sahaja ayat-ayat yang keluar dari mulutnya.

“Mana ada air liur basi,” kata Qarina dambil mengelap mulutnya.

“Biasalah tu kalau air liur nasi meleleh. Boleh buat peta harta karun,” kata Fareez lagi.

“Dia ni kan...” Qarina semakin marah. Dia mengambil bantal dan menekup mukanya.

“Alamak, malunya aku...” kata Qarina di dalam hati.

“Sudahlah tu tidur, bawak-bawak bangunlah pulak. Dah pukul berapa dah ni. Nanti lambat pulak,” Fareez menarik selimut yang sedang membaluti isterinya.

“Janganlah, mengantuk tau. Dah lah tidur lambat,” marah Qarina. Dia menarik kembali selimut itu.

“Jomlah kita mandi, kita solat subuh sama-sama. Berkat tau,” Fareez menarik kembali.

“Hish, dia ni,” Qarina terpaksa mengalah. Aduh, dia bukannya alim sangat. Solatnya pun kadang-kadang. Kalau ada masalah sahaja dia baru teringat untuk menunaikan solat. Malunya rasa apabila Fareez mengajaknya menunaikan solat subuh. Nampak aje poyo mamat ni, bisik hati Qarina. Untuk mengelakkan rasa malunya dia berpura-pura marah. Marah kerana Fareez menganggunya. Terus sahaja dia masuk ke kamar mandi yang memang ada di dalam biliknya itu.

Selesai mandi dengan pantas, Qarina mencari telekong. Entah dia mana dia meletakkan dia pun tidak tahu.

“Cari apa?” tanya Fareez sambil meletakkan kopiah di atas kepalanya.

“Er,”

“Nah, ambil ni. Hantaran kahwin,” usik Fareez. Dia menyerahkan telekong yang berwarna putih bersih dan bersulam merah jambu kepada Qarina. Telekong yang baru dibelinya semalam. Sengaja dia tidak memberikannya kepada Qarina. Tersentak Qarina melihat pemberian dari Fareez.

“Jom saya jadi imam awak jadi makmum,” Fareez kemudiannya menghamparkan sejadah. Semakin terkedu Qarina di buatnya. Namun dia tetap mengikut.

“Qina, saya tahu saya bukannya lelaki pilihan. Jauh sekali lelaki yang menjadi idaman awak. Saya tahu awak masih mengharapkan Iqram. Cinta pertama memang tak boleh dilupakan. Saya tak salahkan awak. Awak juga bukan wanita pilihan saya. Tapi jodoh kita sudah tertulis. Tiada cinta antara kita, tapi kalau diberi peluang, cinta itu pasti datang. Saya sedar, saya ni mamat poyo aje di mata awak. Awak pula sekadar anak dara tua di mata saya.”

“Eh, eh mamat ni. Memang poyo betullah. Aku sikit punya serius aje dengar kata-kata dia. Dalam serius sempat lagi mengata aku,” Qarina merungut di dalam hati.

“Jadi kita beri peluang pada hubungan kita ini. Saya terima seadanya awak, walaupun awak tua dari saya.”

“Tak payahlah cakap banyak kali. Saya tahulah saya ni tua dari awak. Terima kasih sebab terima perempuan tua macam ni saya. Saya pun terima mamat poyo macam awak ni seadanya. Tapi, saya nak kita rahsiakan dulu dari teman sepejabat kita.”

“Sebab?” tanya Fareez.

“Sebabnya saya tak nak ada yang mati terkejut bila dengan berita perkahwinan kita.”

“Agaknya siapa yang mati terkejut?” soal Fareez.

“Adalah. Budak-budak praktikal yang selalu ushar awak tu. Lagipun nanti jatuh pulak saham awak, kahwin dengan perempuan tua seperti saya ni.”

“Sampai bila?”

“Tengoklah macam mana,” jawab Qarina dengan selamba.

“Okey, jangan sampai awak terlupa yang awak tu isteri saya. Keluar makan hanya dengan saya, biar orang cakap kita bercinta. Boleh gitu?”

“Tengoklah dulu macam mana? Tapi kalau kita tak boleh nak bersama macam mana? Kalau memang sah-sah tiada kasih antara kita macam mana?”

“Biar masa yang tentukan. Biar ALLAH yang putuskan apa yang terbaik buat kita,” ujar Fareez.

Qarina menarik nafas dengan panjang. Matanya merenung tepat ke wajah Fareez, jelas kematangan lelaki itu ketika ini.

“Main tenung-tenung pulak, nanti jatuh cinta,” usik Fareez. Qarina dengan segera mengalihkan pandangannya. Aduh, malunya.

Qarina mengenakan kemeja berwarna hitam dan seluar panjang yang berwarna kelabu. Rambutnya dibiarkan mengerbang.

“Pakai macam ni aje?” tegur Fareez.

“Kenapa pulak, selalu macam ni apa?” jawab Qarina. Selalunya dia akan bersarapan di rumah tetapi hari ini dek kerana Fareez dia terpaksa meninggalkan amalannya.

“Tudung mana? Kan saya beritahu awak saya nak awak pakai tudung.”

“Ini yang tak suka ni. Jangan suruh pakai tudung boleh tak? Kalau saya nak pakai pun biar dari hati saya sendiri, bukan kena paksa,” marah Qarina.

“Ha, ingkar cakap suami. Masuk neraka nanti. Susah payah saya belikan tudung. Petang ni pun saya nak belikan lagi tudung kat awak. Saya tak nak tanggung dosa kering. Dah, pergi pakai tudung.”

“Awak tahu tak, tudung yang awak belikan tu warna jingga. Awak ingat sesuai ke dengan baju saya ni?”

“Apa pulak tak sesuai, ada renda warna hitam apa. Pakailah blazer warna hitam. Dah, pergi masuk pakai tudung. Kalau tidak, sijil nikah kita tu, saya fotostat bagi kat staff. Nak macam tu?” ugut Fareez. Suka dia melihat muka Qarina yang merah padam.

“Huh,” Qarina merengus. Tetapi dia tetap melangkah masuk ke dalam biliknya kembali. Tidak lama kemudian dia keluar dengan memakai baju kurung potongan Pahang. Rasanya baju itu yang secocok dengan tudung hadiah daripada suaminya.

“Pakai baju kurung?” tanya Fareez. Terasa macam Qarina memperlinya sahaja.

“Iya bang. Itu pun sebab tak ada jubah dalam almari saya. Kalau tak saya pakai jubah hari ni bang,” sindir Qarina. Fareez hanya tersenyum.

“Guna satu kereta sahaja tau. Guna kereta awak. Jimat sikit duit saya,” sempat lagi Fareez bersuara walaupun dia tahu Qarina sedang marah padanya.

Previous: BAB 20
Next: BAB 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.