Home Novel Komedi/Romantik Komedi ISTERIKU NAIK HANTU
ISTERIKU NAIK HANTU
Syikin Zainal
28/10/2013 09:09:19
220,092
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 1

Qarina membaca kembali e-mail yang baru diterimanya pagi tadi. Rambut yang melepasi bahunya diikat rapi. Terkedu dan tergamam. Habis segelas air milo di teguk dek kerana perasaan gundah setelah membaca e-mail dari bekas teman baiknya. Aduhai, kenapa sengaja Balqis bermain dengan jiwa laranya.

Qarina, aku akan sambut ulang tahun perkahwinan aku di Pulau Pinang. Kau tunggu aku ye. Lama kita tak jumpa, mesti banyak cerita. Kita jumpa lagi 3 bulan.

Salam,

Balqis

Qarina membaca lagi e-mail itu. Masuk kali ini sudah lima kali dia membaca e-mail yang tidak pernah dia duga akan kehadirannya. Pelik, macam mana perempuan ini tahu alamat e-mailnya. Ini pasti ada mulut-mulut gatal yang sengaja menempah maut dengan memberitahu e-mailnya kepada bekas teman baiknya itu. Memang sakit hati, marah Qarina lagi.

“Cik Qarina, bos panggil,” pembantunya memanggil. Qarina merengus lagi. Dengan malas dia tetap melangkah keluar dari biliknya.

“Ada apa bos?” tanya Qarina sejurus dia melabuhkan duduknya di atas kerusi.

“Macam mana dengan pengambilan jurutera untuk projek baru tu?” tanya Firhad, Pengarah di Setia Holdings matanya tetap menumpu ke arah skrin komputer riba dari menatap wajah manis Qarina.

“Em, dah tiga orang calon untuk sessi temu duga. Hanya tunggu bos sahaja. Kalau bos tak keberatan mungkin bulan depan saya akan tetapkan tarikh temu duga,” jawab Qarina. Geramnya melihat sikap acuh tidak acuh lelaki di hadapannya ini. Buruk sangat ke mukanya hingga sikit pun lelaki di hadapannya ini tidak menoleh. Buat penat sahaja dia bersolek, rungut hati Qarina.

“Em, bulan depan lambat. Awak tetapkan tarikh minggu depan. Bincang dengan Mastura kat luar. Ada lagi?”

“Hek elleh, dia yang panggil aku. Dia pula yang tanya,”

“Tak ada apa dah. Saya keluar dulu. Nanti saya bincang dengan Mas,” kata Qarina. Firhad sekadar menganggukkan kepalanya.

“Bos ni teruk betullah Mas,” Qarina meluahkan rasa hatinya kepada Mastura, wanita yang seusianya tapi sudah punya anak tiga.

“Kenapa pulak ni Qina? Tadi senyum sahaja, keluar sahaja muka masam. Kena marah ke?”

“Bukan kena marah, tapi dia tak pandang pun aku. Mengadap komputer aje. Kenapa? Cantik lagi ke komputer tu dari muka aku ni?

“Ada hati nak mengorat bos sendiri ke Qina? Jangan main-main tau. Tak takut dengan isteri dia ke? Isteri dia garang tau,” Mastura mengingatkan.

“Kau ni ke situ pulak. Aku bukan nak mengorat dia, gila kau. Tapi sekurang-kurangnya pandanglah muka aku yang comel ni. Susah payah tau, tiap-tiap bulan aku buat rawatan muka. Tak dipandangnya aku,” Qarina merungut lagi.

“Kau ni nak monopos ke, awal-awal dah merungut ni. Bos jumpa kau kenapa?” Mastura sudah malas hendak melayan rungutan dari Qarina.

“Jahatnya mulut perempuan ni. Lupa lah pulak, bos suruh aku bincang dengan kau tarikh nak temu duga jurutera baru. Minggu depan,” jelas Qarina.

“Bos ni nyanyuk ke? Minggu depan dia cuti seminggu, nak bawa isteri dia pergi Bali,” kata Mastura.

“Iya ke? Kau pergi masuk jumpa dia, aku tunggu kat luar aje lah.” Mastura kemudiannya masuk ke bilik Firhad. Tidak lama kemudian, dia keluar dengan senyum meleret.

“Bila?” tidak sabar-sabar Qarina ingin mengetahui bila temu duga itu bakal dijalankan.

“Minggu depan. Tak jadi ke Bali. Perang dingin kot. Patutlah muka masam aje,” jawab Mastura. Qarina menarik nafas lega, lagi cepat urusan pengambilan jurutera baru itu dijalankankan lagi mudahlah kerjanya.


“Fatin, awak siapkan surat panggilan temu duga pada mereka ini. Temu duganya pada hari rabu minggu depan. Pukul 9.00 pagi,” Qarina mengarahkan pembantunya, Fatin.

“Okey, petang nanti saya siapkan boleh? Saya nak siapkan laporan kewangan dulu,” Fatin bersuara.

“Em, awak siapkan surat ni dulu, lepas tu suruh Mat buat pos laju. Nanti tak sempat pula calon-calon tu buat persediaan. Laporan tu bukan saya nak segera. Dua tiga hari lagi.”

“Kalau macam tu, okey lah. Cik Qina nak keluar makan ke? Kalau tak nak keluar, saya boleh tolong belikan. Sebab saya nak ke kedai Mak Timah yang kat hujung tu,” Fatin berbesar hati untuk membelikan makanan tengah hari buat ketuanya.

“Tak nak lah. Saya diet hari ni. Terasa macam badan dah naik lah,” tolak Qrina dengan baik.

“Nak naik pelamin ke Cik Qina? Amboi senyap-senyap sahaja dah dapat buah hati,” usik Fatin kepada gadia yang sudah pun menjangkau ke usia 30 tahun bulan lepas.

“Buah hati? Buah tangan ada lah, nak ke?” jawab Qarina. Geram betul kalau statusnya diperkatakan.

“Janganlah marah Cik Qina, gurau aje lah,” Fatin mula diburu kesal kerana mengusik Qarina.

“Tahu takut, tak marahlah Fatin. Cepat siapkan surat tu tau, kalau boleh hari juga kita nak pos kan,” sekali lagi Qarina mengingatkan.

“Okey bos,” jawab Fatin bersahaja. Dia memang senang bekerja di bawah seliaan Qarina. Seorang ketua yang bertimbang rasa. Kadang-kadang Qarina sendiri akan membantu menyudahkan laporan yang perlu disediakan.

Qarina membuka kembali e-mail yang diterimanya pagi tadi. Dia mula menaip membalas kembali e-mail itu.

Bestnya, lama tak jumpa dengan kau kan. Tak sabar nak jumpa. Jangan lupa hubungi aku tau.’

Hipokrit, marah Qarina pada diri sendiri. Biarlah, ada aku kisah. Yang pasti, selepas ini dia tidak akan membuka e-mail ini. Dia tersenyum lega.

Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.