SEJAK Zahra melangkah masuk ke dalam dewan kuliah,
Sheila tak habis-habis memerlinya. Tak cukup dengan itu sahaja, dia menuduh
Zahra sengaja berpakaian sebegitu kerana hendak berlagak baik. Nak tarik minat
Encik Arif kononnya.
“Si gedik ni ada juga dapat
penampar sulung aku nanti.” Ida mula hilang sabar. Namun cepat-cepat dia
beristighfar. Tak mahu kalah dengan rasa marah yang hampir bermukim di hati.
Zahra pegang lengan Ida. “Ida, biar jelah.
Jangan dilayan si Sheila tu. Kau sendiri cakap pada aku dulu kita kena tahan
rasa marah kita.” Dia cuba memujuk Ida. Kalau boleh dia tak mahu membesar-besarkan
perkara yang tak masuk di akal ini. Biarlah apa Sheila nak cakap. Janji dia
bukan macam tu. Dia ikhlas berpakaian sebegitu kerana Allah.
“Aku tahu Zahra.” Mendatar suara Ida. Istighfar masih diteruskan dalam hati.
Zahra teringat akan buku yang diberi oleh abahnya yang bertajuk Bagaimana
Hendak Menjadi Muslimah Sejati. Seorang Muslimah yang sejati akan mengikut segala
perintah-Nya dan meninggalkan segala apa yang dilarangNya. Menurut penulisnya,
terdapat dalil yang mengatakan bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali
wajah dan telapak tangan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Asma’ binti Abu Bakar, ‘Wahai
Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak
boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan
wajah dan telapak tangannya.’ (Riwayat Abu Dawud)
“Hei! Aku tengah cakap dengan kau ni!” Bengang betul Sheila apabila Zahra
tidak mengendahkan dia langsung. Niat di hati mahu menyakitkan hati Zahra. Tapi
hati sendiri pula yang sakit.
Zahra berdecit. “Kau nak apa? Memekak betul.” Boleh cair tahi telinga aku
dengar minah ni menjerit. Macam puntianak.
Puntianak pun boleh lari. Malas-malas Zahra menoleh ke arah Sheila. Tak boleh
tengok orang senang langsung. Ada je
yang didengkinya.
“Kau nak buat Encik Arif jatuh cinta dengan kau kan?! Sebab tu kau
berpakaian kolot macam ni!” Sheila masih tidak puas hati. Berang betul dia
dengan Zahra.
“Kolot-kolot pun Allah suka. Boleh masuk syurga." Zahra mengumam perlahan. Dipandang Sheila dari hujung
rambut hingga hujung kaki. Ya Allah, alhamdulillah, Kau
telah menyedarkan aku. Dan Kau berikanlah petunjuk hidayahMu kepada Sheila juga.
Kata abah, sebagai umat Islam, kita kena doakan untuk orang lain, bukan
merendah-rendahkan atau menghina mereka. Sebab hidayah dan rahmat Allah itu amatlah luas, untuk hamba-hambaNya tanpa mengira pangkat, darjat, rupa paras dan harta.
“Sheila, tak semestinya apabila kita terpaksa tutup sana sini bererti kita tak
boleh berfesyen dan nampak kolot. Dah ada ramai pereka fesyen Abaya dan baju
Muslimah lahir di mata dunia. Jap, jap,
kau tahu ke Abaya tu apa?” tambah Zahra lagi. Sarkastik punya soalan dia
lontar.
'Bahaya ni. Zahra ni macam nak membalas perang yang dilancarkan oleh Sheila je. Tadi dia suruh aku sabar,
sekarang dia pula yang nak meletup.' Ida mula risau. Dia amat memahami sepupunya
itu. Pantang dicucuk, pasti dia akan balas balik. Zahra, walaupun dah berubah
tapi ada masa dia akan kembali ke perangai asal dia. Susah nak buang.
“Oh my God! I’m so freaking pissed! Geramnya aku dengan pompuan ni! Hei! Kau ni betul-betul tak sedar diri la!” Sheila mengetapkan giginya, menahan rasa marah yang
membuak-buak. Macam volcano yang nak meletus. Muka dia tak payah cakap lagi. Merah
semerah-merahnya. Ada juga yang menjelma jadi naga nanti. Bertambah teruk lagi apabila dia menolak kasar bahu Zahra.
Zahra merasakan kesabarannya makin nipis. Sabar Zahra. Zahra mengurut
dadanya untuk mendapatkan ketenangan. Tak kuasa betul aku nak layan minah ni. Istighfar, istighfar. Keep that in mind and keep calm.
Keep calm and keep istighfar.
“Baik kau mengaku cepat! Kau ada hati pada Encik Arif kan?! Kau nak ngorat dia kan?!” pekik Sheila yang terus-menerus, mendesak Zahra. Dia betul-betul tidak berpuas hati selagi tak dapat jawapan
yang diinginkan.
Perempuan ni betul-betul menguji kesabaran aku. Aku nak jadi baik pun tak senang. Zahra sudah bangun dari duduknya. Terus dia berdiri menghadap Sheila. Kedua-dua
tangannya sudah mencekak di pinggang.
“Sheila, kalau I ada hati dekat Encik Arif pun, you sakit mehhh!” Secara tak
sengaja Zahra memuntahkan kata-kata yang tak sepatutnya keluar daripada
mulutnya. Pantang betul kalau ada yang cuba mencucuh api kemarahannya. Matanya
mencerlung memandang Sheila.
Pap! Pap!
Pap! Pap! Bunyi tepukan
mengejutkan semua pelajar. Pantas mereka menoleh.
Encik Arif!
Ustaz Pink!
“Sedap bergaduh?” Arif sedang bersandar pada pintu belakang dewan kuliah. Dia
sedang memeluk tubuh. Keningnya terangkat sedikit. Riak wajahnya sukar
ditafsirkan oleh sesiapa pun. Matanya tajam menikam Zahra dan Sheila.
Bila pulak dia sampai ni? Tak dengar bunyi pintu pun. Zahra mengetap kuat bibir bawahnya.
Sepantas kilat Ida menarik tangan Zahra. “Yabai!
Zahra, cepat duduk.” Terkeluar dah bahasa Jepun Ida. Yabai! bermaksud alamak! oh no! OMG, very
bad dan seangkatan
dengannya. Juga bermaksud very
good,amazing dan seangkatan dengannya. Bukan cabai! tau.
Rakan sekuliah yang lain turut tergesa-gesa kembali ke tempat masing-masing
apabila drama dirasakan sudah tamat.
Arif mula menapak ke hadapan dan meletakkan beg komputer riba yang tersandang
pada bahunya di atas meja. Tanpa berkata apa-apa dia terus membuat persiapan
untuk memulakan kuliah.
“Ida, kau rasa dia dengar ke apa aku cakap tadi? Ke dia tengok dari awal?” bisik
Zahra. Kenapa lancang sangat mulut aku ni? Macam mana boleh terlanjur kata ni? Mulut ditampar-tampar, perlahan.
“Kau doa jelah supaya dia tak dengar. Tapi kalau terdengar pun apa
salahnya. Lagi bagus.” Ida menggigil menahan tawanya. Zahra terus menyiku
tangan Ida.
“Aduh! Wei sakitlah penangan kau
ni.” Ida menggosok tangannya. Apabila merasakan suara dia naik satu oktaf, cepat-cepat Ida menekup mulutnya.
Tanpa memandang, Arif yang sedang menghidupkan laptopnya bersuara. “Hah! Apa lagi dekat belakang tu? Ingatkan drama
dah tamat. Daripada bergaduh tak tentu hala, lebih baik fokus untuk final exam. Ingat studi last
minute tu bagus ke?” Nada
suaranya yang kedengaran tegas seakan-akan memerli seseorang. Entah kepada
siapa panahan kata-kata itu ditujukan. Apa yang pasti siapa yang tergigit cili, dia yang terasa pedasnya.
Arif panggung kepala dan memandang sejenak ke arah para pelajarnya sebelum dia menyambung
bicaranya lagi. “And
one more thing. Assignment
dah siap? Rasanya tak perlu lagi
saya nak remind dateline dia.” Dengan kening terjongket sedikit, terukir segaris senyuman nipis di bibir. Riak wajahnya masih seperti tadi. Namun tak seorang pun
yang berani menjawab. Masing-masing hanya tunduk, menekur nota dan buku.
Dari ekor mata, Zahra dan Ida mengerling antara satu sama lain.
Akhirnya kelas berjalan
dengan aman tanpa peperangan yang nak tercetus tapi tak jadi nak meletus tadi. Masing-masing
takut untuk bersuara lagi.
'Badmood ke apa Ustaz
Pink ni? Ingatkan perempuan je yang
Premenstrual Syndrome a.k.a PMS. Tapi, nasib
baik dia tak bagi denda.' Zahra bermonolog dalam hati kecilnya sebelum
menghela nafas lega. Lega, lega. Fuh! (lap peluh)